Make your own free website on Tripod.com

Qaunu Jinayah Syar`iyah - Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 6 - Murtad - Per 92 - 93

FASAL 6.

MURTAD

Perkara 92: Harta orang yang telah sabit kesalahan murtad.

1) Seseorang yang telah sabit kesalahan murtad dalam mahkamah, dan dia enggan bertaubat setelah disuruh dan diberi tempoh selama tiga hari untuk bertaubat. Maka dalam kes ini hakim hendaklah menjatuhkan serta mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan semua harta benda yang diperolehinya sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan murtad itu dirampas dan diserahkan kepada Baitulmal dan menjadi hak milik Baitulmal.

[ Ini dia hukuman Islam ke atas orang yang melakukan kesalahan murtad. Kita bukan boleh bunuh dia terus. Sebaliknya, pihak kerajaan hendaklah memberi tempoh kepada pesalah murtad itu untuk bertaubat dulu. Sekurang-kurangnya 3 hari. Kemudian selepas itu kalau dia masih berdegil dengan kemurtadan yang dilakukannya, maka hukuman bunuh hendaklah dijatuhkan. Selain dipenggal kepalanya, segala harta benda si pesalah itu turut dirampas dan dijadikan milik Baitulmal. Ini menunjukkan betapa tegasnya hukum Islam terhadap golongan yang terlibat dengan gejala riddah. ]

2) Seseorang yang telah melakukan kesalahan murtad, kemudian bertaubat sebelum dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya atau selepas dijatuhkan hukuman bunuh itu, tetapi hukuman itu belum lagi dilaksanakan dan dijalankan ke atasnya, maka dalam kes ini hakim hendaklah melepaskan dan membebaskannya dari hukuman bunuh, dan hartanya yang dijatuhkan hukuman rampas itu ditarik balik hukumannya dan diketepikan hukuman itu, dan hartanya itu hendaklah dikembalikan kepadanya, dan dia hendaklah dikenakan hukuman ta`zir, iaitu dipenjarakan selama tempoh yang diperlukan oleh hakim supaya dia menyedari dan menyesali kesalahannya itu.

[ Ada ketikanya orang yang melakukan kesalahan murtad ini enggan bertaubat setelah diberi peluang. Bila berlaku keadaan sedemikian, maka kerajaan Islam akan mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya. Contohnya, katalah hari ini 15 Feb, mahkamah mendapati si pesalah enggan bertaubat setelah diberi peluang 3 hari untuk bertaubat. So, pada hari ini juga (15 Feb), mahkamah pun menjatuhkan hukuman pancung ke atas si pesalah murtad ini. Maka ditetapkan satu tarikh, katalah minggu depan pada 22 Feb hukuman tersebut akan dijalankan. Tiba-tiba dalam masa dok tunggu 22 Feb tu, katalah pada 20 Feb tiba-tiba si pesalah itu kembali bertaubat kepada Allah swt. Dia mengakui kesilapannya, dia menyesal lalu kembali kepada Islam, lantas beriman kepada Allah dan rasulullah saw. Maka pada ketika itu, hukuman pancung yang telah dijatuhkan ke atas pesalah ini hendaklah ditarik balik. Begitulah juga dengan hartanya yang dirampas, turut juga dikembalikan. Tapi pesalah ini tetap akan dikenakan hukuman ta`zir, seperti dipenjarakan. Berapa lama?...Terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. ]

3) Menurut peruntukan hukum syara`, harta benda mereka yang melakukan kesalahan murtad tidak boleh diwarisi oleh ahli warisnya, samada ahli warisnya yang Islam, atau yang bukan Islam.

[ Serupalah juga dalam kes bunuh. Orang yang melakukan kesalahan bunuh, tidak boleh mewarisi harta mangsanya itu. Contohnya seperti anak membunuh bapanya, atau cucu membunuh datuknya. Perbezaan antara kes murtad dengan kes bunuh ialah dalam kes murtad, bukan setakat tidak boleh diwarisi, malah harta itu akan dirampas oleh kerajaan dan diserahkan kepada Baitulmal. Manakala dalam kes bunuh pula, hanya si pembunuh itu sahaja yang tidak boleh mewarisi harta tersebut. Ianya boleh diwariskan kepada waris-waris yang lain. Ini adalah pendapat Imam as-Syafie termasuklah pendapat jumhur ulama`. Pendapat mereka ialah membunuh dengan sengaja, maupun tidak sengaja, maka si pembunuh itu tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh.

Contohnya katalah seorang anak tergesa-gesa masuk dalam kereta dan terus masuk gear reverse tanpa menyedari emaknya sedang potong rumput di belakang keretanya. Lalu bila dia langgar emak dia, maka si emak pun mati. Adakah dia langgar emak dia dengan sengaja?...Tidak tuan-tuan, sebab dia tak nampak time tu emak dia sedang potong rumput betul-betul di belakang keretanya. Okay bila si emak itu meninggalkan harta pusaka, maka anak yang langgar si emak tadi, tidak berhak untuk menerima harta pusaka tersebut. Ini adalah pendapat jumhur ulama termasuklah mazhab Imam as-Syafie rahimahullahu ta`ala. Tapi lain dengan pendapat Imam Malik. Pendapat Imam Malik mengatakan bahwa membunuh dengan sengaja sahaja yang menghalang pewarisan harta. Kalau tidak sengaja macam contoh tadi, maka si anak itu tetap berhak menerima harta pusaka si emak yang dia langgar tadi. Di sini ada sedikit perbezaan pendapat dikalangan para ulama`. ]

4) Seseorang yang telah sabit melakukan kesalahan murtad, hubungan mereka dengan keluarganya dalam masalah perwarisan telah terputus disebabkan berlainan agama, sekalipun harta benda itu diperolehi sebelum dia murtad. Kes ini adalah merujuk hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid. Bahawa Nabi saw telah bersabda, "Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir, dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam." (Muttafaq Alaihi - Bukhari dan Muslim)

5) Mereka yang telah murtad tidak terhalang untuk memiliki harta benda melalui hebah, wasiat, sewa menyewa, jualbeli dan sebagainya, hanya mereka itu dihalang (tidak boleh) memiliki harta benda secara perwarisan, iaitu melalui harta tarikah (harta pusaka peninggalan orang yang mati).

[ Maknanya dalam dua perenggan di atas, orang Islam dan orang bukan Islam hanya terhalang dari sudut perwarisan (harta pusaka). Selain daripada itu, semuanya boleh belaka. Jualbeli boleh tak dengan orang bukan Islam?...Jawabnya, boleh. Kita nak jual barang kita kat depa, boleh. Dan depa nak jual barang depa kat kita, pun boleh. Macamana dengan wasiat?...Jawabnya, boleh. Time rasa nak mati, tiba-tiba kita teringat kat Ah chong jiran sebelah rumah yang pernah menyelamatkan anak kita yang hampir-hampir mati lemas suatu ketika dulu. Jadi untuk mengenangkan kebaikan yang pernah si Ah Chong buat dulu, kita pun buat wasiat, bagi kat dia sebidang tanah. Adakah sah wasiat camni?...Jawabnya, sah tuan-tuan. Yang tidak sah ialah wasiat kepada waris. Contohnya bila pak nak mati, dia teringat nak bahagi-bahagikan harta dia. Dia kata, rumah yang pertama untuk anak sulung. Rumah yang kedua untuk anak hat tengah. Dan rumah yang ketiga untuk anak bungsu. Wasiat ini tidak sah sebab Nabi saw kata, "La wasiyah li warisin". Maknanya tidak boleh bagi wasiat kat pewaris, termasuklah wasiat kepada makbapak. Sebab ini adalah larangan daripada Nabi saw.

Okay sekarang kita tengok pula hebah (pemberian hadiah). Adakah boleh kita terima hadiah daripada orang bukan Islam?...Jawabnya, boleh. Macam raya cina baru-baru ni. Kawan-kawan cina punya bagi limau, sampai ana tak larat nak makan. Siap bawa balik bagi kat anak-anak lagi...Begitu jugalah dengan sewa menyewa. Memang sah sewa menyewa antara kita dengan orang bukan Islam. Yang tidak sah hanyalah dalam masalah perwarisan. Harta pusaka tidak boleh dipusakai antara orang yang berbeza agama. ]

Perkara 93: Perkahwinan orang yang sabit kesalahan murtad.

1) Seseorang suami atau isteri yang telah sabit kesalahan murtad dalam mahkamah, hakim hendaklah mengisytiharkan bahawa perkahwinan mereka itu terbatal, kerana dengan murtad salah seorang dari suami isteri itu diwajibkan di antara keduanya bercerai, kerana orang yang murtad itu adalah orang yang tidak mempunyai pegangan agama, sekalipun mereka itu keluar dari agama Islam untuk menganut agama samawi.

[ Apa dia agama samawi tuan-tuan?...Agama samawi ialah agama yang asalnya dari langit. Maksudnya, agama yang berteraskan pada wahyu, seperti agama yahudi dan kristian. Yang kita tahu kemudiannya, kedua-dua agama ini telah diselewengkan. Okay walaupun salah sorang suami isteri tu masuk agama samawi (agama yang asalnya daripada langit itu) sekalipun, tetap terbatal pernikahan mereka. Jadi, kalau salah seorang bertukar agama kepada kristian umpamanya, maka terbatal pernikahan.

Menurut ust Jailani, dalam akta Memperbaharui undang-undang pernikahan (ie satu undang-undang sivil dlm masalah keluarga), pun begitu juga. Contohnya katalah sepasang suami isteri yang pada asalnya mereka dari agama hindu. Tiba-tiba suami dapat hidayah, memeluk agama Islam. Tapi si isteri tak mau ikut. Jadi bila berlaku pertentangan sedemikian, maka dalam undang-undang sivil, si isteri tersebut akan diberi satu tempoh masa untuk dia buat decision. Kalau dia mengambil keputusan untuk tidak mengikut suaminya, maka pernikahan mereka juga turut terbatal. Ini undang-undang sivil. Begitulah juga dengan undang-undang Islam. Kalau salah seorang keluar daripada ajaran Islam, maka pernikahan mereka adalah terbatal.

Dalam kita dok cerita pasal status perkahwinan pasangan yang berlainan agama; ini ada satu cerita tentang real dilemma yang dihadapi oleh seorang suami bangsa cina yang asalnya berugama buddha. Menurut ust Jailani, si suami ini telah pun memeluk agama Islam tapi belum diisytiharkannya lagi dalam bentuk dokumen. Hanya dikalangan kawan-kawannya yang rapat saja yang tahu. Dia telah cuba sedaya upaya untuk convince isterinya kepada Islam, tapi sampai ke saat ini, isterinya masih belum mahu lagi. Ini yang menjadi masalahnya. Sebab kalau dia isytiharkan juga bahwa dianya Islam sekarang, maka dia akan terikat dengan undang-undang sivil. Sekaligus pernikahan mereka akan terbatal. Ini akan menimbulkan masalah terhadap anak-anak mereka nanti. Walaupun ust Jailani cuba meyakinkannya bahwa dia berkemungkinan akan menang kalau kes ini fight dalam mahkamah, membolehkan anak-anak mengikutnya, tetapi dia rasa masih belum yakin boleh menang. Inilah realiti dilemma seorang yang asalnya bukan beragama Islam. Kalau dia bujang, memang takdak masalah. Tetapi yang ada keluarga ini, agak bermasalah sikit. Selalunya sesudah dia memeluk agama Islam, pada masa yang sama, dia ingin turut membawa keluarganya kepada Islam. Ini dilemmanya sebab dia akan berhadapan dengan dua undang-undang dalam nak menentukan masa depan keluarganya. Jadi tuan-tuan, bila ust Jailani tengok jiwa si suami yang baru masuk Islam tadi masih belum kuat untuk menghadapi realiti ini, maka ust kata kat dia, "Ok takpa. Tuan cuba sabar dulu. Biar kita ambil masa lagi."...Orang yang baru masuk Islam, kita jangan push dia sangat sebab dengan jiwa dia yang masih lemah, mungkin membuatkan dia rasa goyah. So, apa yang perlu kita lakukan ialah kita sentiasa kena bagi dorongan semangat untuk meyakinkannya bahwa tempatnya terbuka luas dengan ajaran Islam dan banyak kemudahan-kemudahan yang akan dia perolehi.

Dalam permasalahan orang kafir ni, ada sahabat tanya, "Apa hukum kita berdoa untuk orang kafir?"...Jawapannya ialah kita boleh berdoa, berdasarkan peristiwa Nabi saw pernah berdoa kepada Allah, supaya berimannya antara dua Omar. So dalam kes ini, kalau kita nak berdoa supaya Allah bagi petunjuk kepada kawan bukan Islam, boleh. Itupun sewaktu dia masih lagi hidup. Kalau dia dah mati, tak boleh kita berdoa tuan-tuan. Maknanya, kita boleh berdoa tapi terbatas hanya kepada perkara dunia sahaja. Contohnya, kalau kita tengok ada kawan bukan Islam sakit, lalu kita berdoa supaya dia lekas sembuh. Ini dibenarkan. Atau kita tengok jiran bukan Islam sebelah rumah kita tiap-tiap hari gaduh, "gong! gang! gong! gang!", lalu kita berdoa supaya rumahtangga depa jadi elok. Ini dibenarkan. Yang tidak dibenarkan ialah perkara yang berhubung dengan akhirat. Ini tidak boleh untuk kita berdoa. Misalnya, katalah jiran bukan Islam kita mati, lalu kita berdoa, "Ya Allah! masukkanlah rohnya ke dalam golongan orang yang solih."...Macam ni tak boleh tuan-tuan sebab haram hukumnya kita berdoa untuk perkara akhirat bagi orang yang kuffur kepada Allah swt. Maknanya, antara kita dengan orang bukan Islam, ada batasannya. Setakat hal keduniaan, itu boleh. Tapi kalau masuk bab agama, tolong berhati-hati sikit.

Bukannya apa tuan-tuan; sekarang ni ada golongan manusia yang mengaku saja Islam, tapi kalau nak buat apa pun, ikut sedap dia saja tanpa rujuk kepada batasan-batasan yang kita sebut tadi. Contohnya isu kongsi raya baru-baru ni. Kalau setakat buat makan-makan sempena raya cina, sebenarnya takdak masalah. Sebab raya cina tidak berkaitan dengan agama. Tapi kalau dengan hindu, seperti nak raya depavali sekali ngan puak tu, sori tuan-tuan; jangan dok buat kerja lagu tu. Begitu juga dengan krismas hari tu. Kalau kita kongsi juga raya kita dengan krismas, maka haram hukumnya. Boleh membatalkan syahadah. Jangan sekali-kali orang Islam yang mengaku beriman terlibat dengan benda-benda macam ni...Ya memang betoi, Islam menganjurkan perpaduan berbilang bangsa dan agama. Tapi janganlah sampai melepasi batasan syara`. ]

2) Kes yang disebutkan dalam perkara 93(1) Fuqaha` telah mengutarakan beberapa pandangan dan pendapat sebagaimana berikut:

a) Sebahagian ulama berpendapat, seseorang suami yang murtad wajib dipisahkan (diceraikan) dengan isterinya dengan "talak bain".

[ Lawan talak bain ialah talak ruj`i. Perbezaan antara dua jenis talak ini ialah talak ruj`i ialah talak yang si suami boleh rujuk isterinya kembali walaupun tanpa izin isteri. Tapi talak bain ialah talak yang tak boleh rujuk. Contohnya perceraian secara fasakh ataupun khulu`. Maknanya kalau suami isteri yang bercerai secara fasakh ingin kembali, maka mereka kena menikah lagi sekali. Dalam situasi begini, isteri kena redha. Kalau isteri tak redha (tak mau dah kat bekas suaminya), maka bekas suami itu tak boleh buat apa-apa. Itulah dia perbezaan antara bain dan ruj`i.

Okay dalam kita dok cerita pasai cerai ni, ana nak ambik kesempatan untuk buat beberapa teguran. Dalam mazhab kita Syafie, haram bagi lelaki menjatuhkan talak bid`i. Apa dia talak bid`i?...Talak bid`i ialah talak yang tak ikut sunnah Nabi saw. Contohnya, ialah suami menceraikan isteri dalam keadaan haid. Walaupun hukumnya haram tapi penceraian itu sah. Si suami itu berdosa kepada Allah. Dan satu lagi contoh talak bid`i ialah perceraian yang dilafazkan oleh suami semasa isteri dalam keadaan suci, tetapi suci itu telah disetubuhi oleh suami. Nak mudah fahamnya macam ni tuan-tuan. Katalah si isteri kering darah haidnya dua hari lepas. Dia pun dah mandi ngan semayang apa semua. Lalu semalam si suami telah menyetubuhinya. Tapi tiba-tiba hari ini depa bergaduh, terus si suami keluar perkataan cerai kepada isterinya. Maka perceraian itu adalah haram, hukumnya berdosa. Tetapi ianya tetap sah jatuh talak. Jadi para suami biarlah berhati-hati sikit bila rasa marah tu. Ego tu control la sikit. Jangan nak cerai pun main mengkhinzir-buta ja. ]

b) Sekiranya suami itu bertaubat dan ia hendak kembali semula kepada isterinya, hendaklah dinikahkan semula dengan "aqad dan mahar" yang baru, kerana penceraian di antara suami isteri itu adalah dari sebelah pihak lelaki dengan kehendaknya sendiri, iaitu melakukan kesalahan murtad.

c) Kebanyakan ulama` fiqih berpendapat, penceraian di antara suami isteri disebabkan murtad suaminya adalah dianggap sebagai "fasakh", kerana penceraian di antara suami isteri itu adalah ditetapkan oleh hukum syara` bukan dilakukan oleh suami.

[ Maknanya, cerai dan fasakh adalah dua benda yang berbeza. Fasakh ialah pembubaran pernikahan mengikut perintah mahkamah. Manakala cerai ialah perpisahan yang dibuat oleh suami kepada isterinya. Itu bezanya. ]

d) Seseorang isteri yang telah murtad wajib dipisahkan (diceraikan) dengan suaminya dengan penceraian secara fasakh.

[ Mana boleh duduk sekali kalau agama suami isteri dah berbeza. Lihat saja apa yang berlaku di Indonesia?...Macam-macam bala bencana yang di turunkan oleh Allah swt kepada mereka disebabkan mereka tidak patuh kepada ajaran Allah. Dalam kehidupan kekeluargaan depa bercelaru habih tuan-tuan. Ana dengar, dalam satu keluarga tu sampai ada 4 agama. Suami kristian, isteri Islam, anak hindu, cucu buddha, boleh duduk satu rumah. Tak pening ka lagu tu tuan-tuan?

Bukan kata di Indonesia; di M`sia kita sekarang pun pening dah jugak. Dalam bulan Januari yang lalu saja, berlaku beberapa kejadian yang semua kita sedia maklum. Cukup sadis tuan-tuan. Dua orang budak perempuan umur 10 tahun, dirogol dan dibunuh. Ini bukan kerja manusia tuan-tuan. Ini kerja binatang. Kalau gadis umur 20 tahun kena rogol, itu memang logik sebab tubuh badan dia boleh merangsang syahwah lelaki. Tapi budak-budak ini umur hanya 10 tahun, takdak orang terangsang tengok budak 10 tahun kecuali hati yang bersifat kebinatangan.

Bila berlaku kejadian begini, kita lihat tiap-tiap hari dalam paper dok bergaduh macamana nak laksanakan undang-undang terhadap pesalah rogol/bunuh ni. Yang menariknya dalam bulan sudah (paper BH), ada seorang cina yang mengendalikan hotline mca telah mencadangkan bahwa kepada pesalah sebegini hendaklah dikasi (kerat kemaluan melalui pembedahan) dan disebat dikhalayak ramai. Tetapi apabila pendapat pengendali hotline mca ini ditanya kepada seorang mufti (takyah sebut nama dia. Hangpa pun tau. Yang penting, dia bukan mufti P.Pinang sebab P.Pinang punya "A"), jawapan yang si mufti itu keluarkan amat-amat mengecewakan ana. Adaka dia kata, "Kasi ni tak boleh! Memadailah dengan hukuman yang ada sekarang..."?...Apa punya mufti ni?!...Boleh dia kata lagu tu?!...Inilah peluang untuk kita sebut undang-undang Islam. Sepatutnya dia mau kata, "Sebab itu Islam suruh sebat di khalayak ramai!"...Inilah peluang kita, tapi pasai apa mufti tu tak mau sebut macam tu?...Apa lagi tuan-tuan kalau bukan sebab nak jaga jawatan dia. Sebab itu ulama ` dahulu tak mau terima jawatan rasmi daripada kerajaan. Inilah masalahnya. Orang cina dah bagi line cantik punya, tapi kita pula tak mau sokong. Tak pening ka lagu tu tuan-tuan?

Begitu juga dalam UM hari tu. Ketua penerangan wanita umno Seremban kata, "Orang yang merogol ini memang patut dibunuh!"...Setakat itu saja pendapat dia. Ini pun sama la juga tuan-tuan. Sepatutnya, dia kena cerita la sikit, yang kata bunuh tu, macamana?...Cerita la terang-terang sikit. Awat takut sangat ka nak sebut "kena rejam sampai mati"?...Pasai apa tak mau sebut macam tu?...Apa lagi kalau bukan pasai nak maintain jawatan ketua wanita umno tu. Kalau dia sebut, takut satgi hat putrajaya tegur, "Aei! Hang serupa ngan hijau ja."...Itu yang payahnya kalau sentimen parti di letakkan di depan. Islam bukan dia kira umno Pas, tuan-tuan. Tak kiralah kita parti apa pun, sebagai seorang yang mengaku Islam, sepatutnya kita kena bercakap dengan point untuk berbangga dengan ajaran Islam.

Dalam tv pun hangat juga dibincangkan. Habih semua orang pakat diinterview, termasuklah seorang sheikh al`azim iaitulah si astora jabat. Bila pengerusi tanya dia, "Macamana dengan padangan orangramai supaya kita laksanakan hudud?"...Jawab si astora jabat, "Hudud ini tujuan sebenarnya, untuk menakutkan orang..."...Aei! Okay gak jawapan sheikh ni, kata hati saya. Lepas tu sambung dia lagi, "...tapi bukan untuk dilaksanakan."...Ya rabbi!..intro dia cantik dah. Tapi kat ujung dia pi bagi blurrr pulak dah...hmmmm!...Buang karan ja aku buka tv pagi tu. Habih, buat apa disebut dalam Quran dan diulang-ulangkan dalam hadith Nabi saw, kalau bukan untuk dilaksanakan?...Sepatutnya dia kena cerita sikit lagi biar orang faham. Memang betoi dia kata bahwa hudud ni untuk menakutkan orang ramai. Dan lepas tu dia patut kata bahwa hudud ini tidak digalakkan untuk dilaksanakan, tetapi kalau cukup syarat, wajib dilaksanakan. Kalau tidak laksanakan walaupun cukup syarat, maka pemerintah yang menanggung dosa. Sebab yang wajib melaksanakan hudud ialah pemerintah, bukannya rakyat marhain macam kita.

Kemudian sambung sheikhul `azim tu lagi, kata dia, "...zaman sekarang ni, mana nak boleh jumpa 4 orang saksi adil. Sampai bila pun tak akan jumpa. Itulah tandanya hudud bukan untuk dilaksanakan!"...Ish! Ish! ish! bengong betoi sheikhul `azim sorang ni. Daripada kenyataan dia tu, ana teringat, dulu pernah sekali kawan perempuan tempat kerja ana kata, "Mana nak cari orang baik-baik dah la ni, bang!"... Ana kata kat dia, "U tau pasai apa u kata macam tu?...Pasai u selalu bergaul dengan orang yang tak baik. Kalau kawan-kawan u semuanya baik, gerenti u tak akan keluar kenyataan macam tu. Kawan-kawan abang semuanya orang-orang masjid, baik-baik belaka. Takdak masalah kalau nak jadi saksi adil."...Buah tu dia kena, tunduk malu juga dia. Jadi pergaulan budak perempuan tu, lebih kurang sama ja dengan sheikhul `azim kita ni. Allahu `alam.

Dalam kes di Gelang Patah; sekarang ni kita diberitahu bahwa syarikat sekuriti terbabit mungkin akan disaman oleh TNB. Ini pun ada satu ikhtibar yang boleh kita ambik. Iaitu jangan sekali-kali kita skip the procedure. Saman akan dikeluarkan sebab syarikat sekuriti tersebut tidak mematuhi procedure yang disediakan dalam nak mengambil seorang pekerja sebagai pengawal keselamatan. Procedure nya ialah selain pemohon kena tunjuk kad pengenalan, cap jari pemohon kena ambik juga. Bukan satu jari je tuan-tuan, sebenarnya kesemua sepuluh-sepuluh jari kena cap, termasuklah cap tapak tangannya sekali. Jadi macamana orang nak tipu kalau procedure yang cukup ketat sebegini?...Kemudian dokumen pemohon tersebut kena submit pula ke Pejabat Polis Bukit Aman, untuk check samada pemohon tersebut pernah terbabit dengan jenayah ataupun tidak. Kalau ikut betul-betul procedure yang ditetapkan, kita patut rasa selamat. Tapi hakikatnya syarikat keselamatan terbabit itu cuai dalam menunaikan tanggungjawabnya mengikut procedure yang ditetapkan. Akibatnya, kanak-kanak yang tidak bersalah dirogol, diliwat dan dibunuh.

Bukannya apa tuan-tuan; sebenarnya apa saja kejadian yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, sebenarnya Allah menguji kita, tuan-tuan. Sebab itu, kita kena sentiasa menyeru masyarakat supaya balik kepada Islam secara menyeluruh. Itu saja solutionnya. ]

e) Sekiranya isteri itu bertaubat dan ia hendak kembali semula kepada suaminya, hendaklah di`aqad nikah dan mahar yang baru dan tidak boleh dikurangkan bilangan talaknya.

[ Kita dok cerita ni bab fasakh. Bukannya bab cerai. Kita tahu kan yang kedua-dua ini berbeza. Kalau suami cerai isteri, jatuh talak 1. Kemudian bila rujuk balik, baki talak ada lagi 2. Kalau dia cerai sekali lagi, maknanya tinggai la 1. Tapi kalau dengan cara fasakh (pembubaran melalui mahkamah), bilangan talak tak terjejas. Kalau isteri tu masuk Islam balik dan depa menikah semula, maknanya talak mereka tetap ada 3. Bukannya 2. Ini dia perbezaan antara fasakh dan cerai. ]

f) Seseorang yang telah murtad yang hendak berkahwin dengan pasangannya dari penganut agama yang baru dianutinya, orang yang murtad itu menurut peruntukkan hukum syara` wajib dibunuh dan ia tidak dianggap lagi sebagai kafir zimmi yang boleh diberi perlindungan.

[ Yang biasa berlaku dalam masyarakat kita ialah seorang gadis melayu Islam lari ikut boyfriend dia yang bergama kristian. Lalu depa pun kawin kat gereja. Bolehkah kita kata bahwa ini adalah hak asasi manusia?...No way tuan-tuan. Adakah kita boleh kata bahwa negara kita yang bebas demokrasi ini kena bagi perlindungan atau hak untuk gadis itu memilih ajaran apa yang disukainya?...Tidak tuan-tuan. Sebab Islam kata bahwa orang seperti ini tidak boleh diberi perlindungan sebagaimana kafir zimmi. Sebaliknya dia adalah penjenayah yang wajib dibunuh...Fuh! Nampak tegas...Tapi inilah saja cara yang akan menakutkan orang-orang Islam yang cuba mempermainkan ajaran Islam. ]

g) Orang-orang yang murtad itu bukan sahaja ia tidak boleh berkahwin, malah hak mereka sebagai wali untuk mengkahwinkan perempuan yang di bawah kuasanya juga adalah dibatalkan dengan sebab murtadnya.

Wallahu ta`ala `alam.

altezza_04.jpg