Make your own free website on Tripod.com

Qanun Jinayah Syar`iyah - Bah I - Bab 3 - Fasal 2 - Per 109

Bab Ketiga

Qisas

Fasal Kedua

Rukun Pembunuhan

Perkara 109 : Rukun pembunuhan dengan sengaja.

1) Rukun-rukun pembunuhan dengan sengaja (qatlul `amdi) adalah sebagaimana berikut:

a)      Pembunuh itu berakal, baligh dan sengaja secara sedar untuk membunuh orang yang dibunuhnya.

 

[ Inilah syarat yang pertama, dan ia merujuk kepada pembunuh. Maka ditetapkan oleh hukum syara` bahwa pembunuh itu mestilah seorang yang mukhallaf dan dia tahu benar perbuatan yang dilakukannya itu. ] 

 

b)      Orang yang dibunuh itu manusia yang masih hidup, walaupun dalam sakaratul maut, dan terpelihara darahnya.

 

[ Yang kedua ini pula adalah syarat mangsa. Nampak tak ada istilah "terpelihara darahnya" dalam syarat kedua ini. Golongan pertama yang terpelihara darahnya ialah orang Islam. So orang yang murtad tidak termasuk dalam golongan "terpelihara darahnya". Jadi kalau ada sapa ka pi bunuh orang murtad, maka dia tidak boleh dikenakan hukuman bunuh balas. Contohnya katalah ada sorang tu, dia seorang yang menolak hadith Nabi saw. Bukankah kita dah tahu fatwa telah dikeluarkan bahwa golongan yang menolak hadith adalah golongan yang murtad sebab terbatalnya syahadah mereka?...Jadi kalaulah ada orang pi bunuh orang yang menolak hadith ini, samada pembunuhan itu kerana penolakannya terhadap hadith ataupun kerana alasan-alasan lain seperti bergaduh sesama jiran atau bergaduh kerana perniagaan; maka dalam hukum syara`, si pembunuh itu tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Sebab apa?...Sebab orang yang menolak hadith itu bukan lagi beragama Islam, dan secara automatik tidak termasuk dalam golongan yang terpelihara darahnya.

Manakala golongan kedua yang terpelihara darahnya ialah golongan yang aman (golongan kafir zimmi). Kita hormati golongan ini sebab mereka tidak mencabar agama Islam dan mempunyai perjanjian damai dengan kerajaan Islam. Golongan kafir yang mencabar dan mempertikai Islam adalah golongan harbi. Bila sebut "kafir yang mempertikai Islam", teringat ana kat isu sekarang ni. Iaitu isu dalam majalah Infoline yang dikeluarkan oleh majlis peguam berkenaan perbandingan antara laungan azan dan salakan anjing. Ana tak mau sentuh bab kebiadapan penulis cina tu terhadap laungan azan sebab semua orang dah komen, tapi apa yang ana nak sentuh ialah punca artikel itu ditulis. Kalau kita baca artikel itu dari awal sampai habis, kita akan dapati sebenarnya penulis tu tulis sebab nak mencabar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan berkenaan syarat yang ditetapkan kepada sesiapa yang hendak memelihara anjing. Syarat yang ditetapkan sekarang ialah bagi mana-mana orang yang ingin memelihara anjing, maka dia perlu dulu mendapat kebenaran dari jiran tetangganya yang di sebelah kiri dan kanan. Lalu timbul beberapa pandangan daripada masyarakat tentang hal ini. Antaranya ialah masyarakat menyokong undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan tadi, malah meminta pihak berkuasa tempatan supaya memperketatkan lagi procudure tersebut, dengan bukan setakat perlu meminta kebenaran dari jiran sebelah kanan dan kiri, malah kena tambah dua lagi iaitu kena minta kebenaran dari jiran di hadapan dan di belakang rumah juga. Kenapa?...Kerana yang kata anjing ni tuan-tuan bukan setakat salakannya dan najisnya menjadi masalah, malah ancaman nyawa dan keselamatan diri perlu juga diambil perhatian, terutamanya kepada kanak-kanak. Pengenalan untuk meminta keizinan dari jiran hadapan dan belakang itu baru cadangan tuan-tuan. Walaupun baru cadangan, tapi inilah yang majoriti masyarakat kita yang beragama Islam mahu. Jadi biasa la tuan-tuan, bila sabit dengan kemahuan pihak Islam, selalunya pasti ada penentangan dari pihak bukan Islam. Pertembungan ini kita boleh lihat dalam akhbar-akhbar. Masing-masing mengemukakan hujah. Jadi ekoran dari pertembungan hujah dari pihak Islam dan bukan Islam ini, tiba-tiba pihak berkuasa tempatan mengambil sikap menangguhkan terlebih dahulu cadangan tambahan pada undang-undang tersebut. Ini yang menyedihkan kita tuan-tuan. Sebab apa jadi macam ni?...Sebabnya ialah pihak berkuasa tempatan dalam negara kita sebenarnya amat sensitif dengan pandangan-pandangan daripada orang-orang bukan Islam. Mereka cukup takut kepada ketidakpuasan-hati yang datang daripada orang-orang bukan Islam. Sebab apa, kita pun tak tahu. Mungkin depa takut hilang undi daripada masyarakat bukan Islam la kot!

Tapi yang peliknya, kalau hal begini berlaku antara orang Islam sesama orang Islam, pihak berkuasa tempatan tanpa berlengah lagi, sanggup mengambil tindakan segera yang jauh lebih keras. Umpamanya isu surau dan masjid. Mereka sanggup bawa polis, bawa FRU untuk rampas masjid, rampas surau, sehingga hampir-hampir berlaku rusuhan. Ini berlaku bila isu timbul sesama orang Islam tuan-tuan. Tetapi kalau ianya berkaitan dengan orang bukan Islam, kita akan dapati pihak berkuasa tempatan mengambil sikap lunak terhadap golongan ini. Yang kita sebut ni tuan-tuan hanyalah isu anjing saja. Kecik saja isu tu. Itu pun wujud double standard, berlaku dua cara layanan yang berbeza. Jadi apahalnya kalau timbul isu besar?

Jadi apa yang kita nak bagitau tuan-tuan; dalam Islam ni kalau orang kafir itu taat kepada kerajaan Islam, mereka akan dihormati dan diraikan. Tetapi once mereka mulai mempertikaikan undang-undang Islam serta mencabar kedaulatan sebuah negara Islam, maka mereka akan dianggap sebagai golongan harbi. Ini yang mesti kita fahami kenapa golongan harbi ini tidak termasuk dalam golongan yang "terpelihara darahnya". Ketegasan yang diambil oleh Islam terhadap golongan harbi ini adalah supaya mereka tidak bertindak melampaui batas. Samalah juga dengan orang Islam yang terbatal syahadah, mereka ini juga perlu diambil tindakan yang tegas. Kenapa?...Kerana golongan ini tidak boleh dibiarkan berleluasa berkeliaran dan mengembang biak dalam masyarakat. Mereka ini amat bahaya kerana boleh mengancam kewujudan sebuah negara Islam. ]      

 

c)      Alat yang digunakan untuk membunuh itu adalah dari suatu benda yang biasanya boleh mematikan.

 

[ Kalau dengan satu tumbukan saja, tiba-tiba mangsa itu mati, maka itu tidak boleh diterima sebagai pembunuhan yang sengaja. Walaupun tumbukan itu sengaja, tapi pada hukum adatnya, satu tumbukan tidak boleh membunuh manusia. ]

 

d) Perbuatan penjinayah itu menyebabkan kematian orang yang terbunuh.

 

[ Maksudnya ialah mangsa mati kerana perbuatan si pembunuh, bukannya dari perbuatan orang lain. Contohnya, katalah ada orang jahat pi tikam sorang mangsa. Mangsa tu pun panik lari tak ketahuan punca, tiba-tiba dia jatuh dalam sungai lalu mati lemas. Jadi kematian mangsa itu tidak boleh dikaitkan dengan si penjahat tadi sebab dia mati bukan kerana perbuatan penjahat itu, tetapi dia mati kerana punca lain yang berlaku selepas daripada ianya ditikam. ]

2) Orang yang gila atau kanak-kanak yang melakukan jinayah syar`iyah tidak boleh dianggap melakukan jinayah yang boleh dikenakan hukuman hudud atau qisas. Pengecualian kes ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali ra: "Diangkat qalam (Allah tidak menyiksa) tiga golongan manusia: Orang yang gila hingga ia sembuh dari gilanya (sudah siuman), orang yang tidur hingga ia jaga (bangun dari tidurnya), dan kanak-kanak hingga bermimpi (baligh)." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan at-Tirmizi)

[ Gila yang dimaksudkan di sini, dia ada dua jenih. Yang pertama, memang sejak dilahirkan dia gila sampailah dewasa (gila yang berkekalan). Dan yang keduanya, dia gila berwaktu (sat ok, sat tak ok). Contohnya bila dia tension, gila dia datang. Kemudian bila tension dia dah release, penyakit gila dia pun hilang. Sebab itu sebagai orang Islam, kerap kali kita diajar oleh ustaz-ustaz, kalau kita ada masalah ataupun kita ditimpa musibah, maka hendaklah kita sebut "Innalillahiwainnailaihirojiun". Yang bermaksud keseluruhan tubuh kita ini daripada hujung rambut sampailah ke hujung kaki adalah milik Allah swt. Dan segala milik Allah ini akhirnya akan kembali kepada Allah swt juga. Bila kita faham macam tu, maka kita sentiasa akan redha atas segala ketentuan yang Allah lakukan ke atas kita. Allah boleh buat apa sahaja ke atas kita sebab takdak satu benda pun dalam diri kita ni milik kita. Semuanya milik Allah.

Tuan-tuan yang kata tension ni, semua orang kena. Kita kerja apapun, tekanan tetap ada. Doktor dengan pesakitnya, guru dengan anak-anak muridnya, pegawai perhubungan dengan kerenah pelanggannya; pendekata semua orang pasti ada tekanan. Bila bebanan tekanan semakin hari semakin tak tertanggung, ini yang boleh gila tu. Mulalah pi cari pakar psikologi. Jadi sebelum kena sampai tahap tu, kita sebagai orang yang mengaji, sepatutnya tahu jalan penyelesaian yang Allah swt tunjuki.

Okay, jalan dia macam ni. Yang kata manusia ni kita sekurang-kurangnya terdiri dari dua unsur. Yang pertamanya unsur rohiyah dan yang keduanya unsur jasadiyah. Jadi bila kita ada masalah, kita mesti guna dua pendekatan ini. Yang pertamanya ialah pendekatan rohiyah. Seperti memperbanyakan membaca al-Quran. Selain bunyi sebutan Quran itu mendamaikan, memahami makna yang terkandung dalam wahyu Allah Ta`ala itu juga boleh mendamaikan. Begitu juga bila kita bangun sembahyang malam seperti bertaubat, bertahajud dan bertasbih kepada Allah. Qiamullail seperti inilah yang akan menggugurkan untaian-untaian jernih airmata taubat. Kalau tuan-tuan belajar ilmu psikologi, tuan-tuan akan dapati bahwa keluarnya airmata itu sebenarnya boleh menolong membawa kepada ketenangan jiwa manusia. Inilah dia penyelesaian dari sudut rohiyah. Kemudian pendekatan yang kedua ialah dari sudut jasadiyah. Jadi bila timbul masalah, kenalah kita buat benda-benda yang menggembirakan. Seperti tengok cerita Mr Bean umpamanya. Ataupun bila mai serabut, ajak kawan pi berenang, pi memancing  apa ka. Ini semua boleh menyumbang kepada keseronokan fizikal. Jadi kalau ada sapa-sapa mai bagitau kat kita bahwa jiwa dia berserabut sampai tak boleh hidup dah atas dunia ni; kita boleh tolong dia dengan memberitahu dua pendekatan ini. Bahaya tuan-tuan kalau kita layan sangat bebanan tekanan sebab ianya boleh sampai ke tahap merosakan kewarasan pemikiran. ]                  

 

3) Pembunuhan yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh ialah pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja secara sedar untuk membunuh orang yang dibunuhnya, kecuali si pembunuh itu dimaafkan oleh ahli waris orang yang dibunuh. Kes ini adalah merujuk hadith Rasulullah saw sabdanya: "Pembunuhan dengan sengaja dikenakan hukuman qisas, kecuali dimaafkan oleh ahli waris orang yang dibunuh." (Riwayat Abu Daud)

 

[ Ini dia dalil yang menunjukkan betapa adilnya undang-undang Islam, yang tidak ada pada undang-undang barat. Walaupun Islam itu adil, tapi sampai ke hari ini masih diketepikan. Ini yang sedihnya. Minggu sudah dalam Radio Pulau Pinang, ana dengar ada sorang ustaz bercakap tentang isu perlaksanaan undang-undang Islam. Dia sebut bahwa kita perlu terlebih dahulu beri penjelasan kepada masyarakat tentang undang-undang Islam, kemudian baru kita boleh laksanakan undang-undang Islam...Tu dia tuan-tuan yang kata ustaz umno tu. Kurang pendedahan tentang sejarah tanah melayu agaknya puak-puak umno ni walaupun bersemangat nak sambut merdeka. Kalau kita banyak baca sejarah tanah melayu, kita akan rasa pelik dengan statement si ustaz tadi. Sebab, sebelum merdeka lagi iaitu tahun 1948, British tiba-tiba saja ambik sebijik undang-undang depa mai bubuh seketoi kat tanah melayu ni dan kemudiannya suruh orang-orang tua kita ikut tanpa sebarang penerangan pun kepada masyarakat ketika itu. Tu dia yang kata british tu. Tapi awat semua orang boleh ikut walaupun depa tak masuk ke kampung-kampung buat sesi penerangan pun?...Tapi bila mai turn Islam, tiba-tiba saja kena buat penerangan dulu. Ni apa kejadah!...Dah merdeka selama 47 tahun pun takkan tak reti-reti lagi tentang Islam?...Sampai bila lagi?

Yang sebenarnya kita nak sebut ialah bukannya masalah kena bagi penerangan dulu, tapi masalah sebenarnya ialah dalam hati puak-puak munafik itu berkata, "Aku tak mau buat!"...Ini yang sebenarnya. Elehhhhhh! Macam masalah undang-undang hudud dulu la tuan-tuan. Alasan yang diberi ialah depa memang nak buat, bukan tak mau buat langsung. Tapi masalahnya ialah kita masih kurang kepakaran....Ptuuihh!...Kurang kepakaran konon!...Penang Bridge yang naik depan mata ana tu, orang melayu buat ka?...Tarak aih!...Depa import mai kepakaran dari Korea nuuu. Awat boleh buat?...Bila depa terrrketaq-ketaq sangat nak buat, depa sanggup cari engineer dari Korea nu mai. Sebab apa boleh pi cari?...Sebab "Aku nak buat!". Jadi bila Islam ni "Aku tak mau buat!", so depa pun bagi la alasan takdak kepakaran. Tu saja jawapannya. Alasan demi alasan depa beri bila masyarakat tanya bila lagi nak buat Islam. Ada sekali tu depa bagi alasan bahwa Islam tak boleh buat lagi sebab ekonomi masih belum stabil. Masih ada lagi orang miskin. Tapi bila mai time nak pilihanraya, terus depa bagitau, "Mantap ekonomi kita di bawah kepimpinan BN!"...Nampak tak tuan-tuan, sifat munafik lidah bercabang. Bila nak pilihanraya, dan-dan ekonomi stabil. Tapi bila nak buat undang-undang Islam, tiba-tiba tak stabil pula dah.

Kalau tuan-tuan nak tau ekonomi benar-benar stabil atau tidak; tuan-tuan pi la tanya kat pegawai-pegawai bank. Jawapannya ada kat depa. Baru-baru ni ana jumpa sorang kawan kerja bank. Ana kata kat dia, "Wah! Hangpa senang manyak la la ni pasai customer tak pi kat hangpa dah. Depa berurusan dengan mesin aja."...Tau dia kata apa?...Dia kata, "Senang apa sheikh! Kami dok pening la ni pasai bank-bank nak gabung apa semua ni."...Laaa...baru-baru ni bukan dah gabung ka?...Sampai tinggal sikit. Jadi hat tinggai sikit ni pun nak gabung lagi?…Tak ke haru tu?...Maksudnya apa tuan-tuan?...Maksudnya ialah ekonomi kita still down. Sejak jatuh dari tahun 97 hingga sekarang, tak pernah naik-naik lagi. Ini realitinya tuan-tuan. Tapi gambaran dalam akhbar-akhbar adalah sebaliknya, semuanya dipaparkan elok belaka. ]

4) Dalam kes pembunuhan yang wajib dikenakan hukuman qisas, Abu Hurairah ra berkata: "Dimasa hayat Rasulullah saw, seorang lelaki telah membunuh seorang yang lain. Maka lelaki itu dibawa ke hadapan Nabi saw untuk dibicarakan. Maka baginda menyerahkan lelaki tadi kepada ahli waris orang yang dibunuh (untuk mengenakan suatu hukuman). Maka berkata orang yang membunuh. Ya Rasulullah! Demi Allah! aku tidak sekali-kali berkehendak untuk membunuhnya (tidak sengaja membunuhnya). Maka Nabi saw berkata kepada wali (ahli waris orang yang dibunuh). Ingatlah, sesungguhnya jika perkataannya itu benar, kemudian engkau bunuh dia, tentulah engkau masuk neraka. Maka ahli waris orang yang dibunuh itu melepaskan lelaki yang membunuh tadi, dan adalah tangannya diikat ke belakang dengan tali kulit, lalu ia keluar menarik (membuka) tali ikatannya." (Riwayat Abu Daud, Nasaai, Ibnu Majah dan Tirmizi)

[ Hadith ini menjadi dalil bahwa Rasulullah saw memberi kuasa kepada ahli mangsa yang dibunuh itu membuat keputusan samada hendak bunuh balas ataupun memaafkannya. Namun demikian, dalam masa yang sama Nabi saw juga memberi peringatan bahwa kalau ahli keluarga mangsa ambil keputusan untuk bunuh balas sedangkan tertuduh sebenarnya tidak bersalah, maka ahli keluarga mangsa itu akan menghadapi ancaman neraka Allah swt. Inilah dia cara Nabi saw mengajar kita supaya jangan mengikut hawa nafsu ketika menuntut sebarang pembelaan. Nampak tak tuan-tuan betapa cantiknya Islam yang Nabi saw ajar?...Tapi inilah yang tidak diamalkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Apa yang kita baca ini hanyalah setakat ada dalam kitab, dalam masjid dan dalam majlis pengajian sahaja. Tidak ada dalam bentuk undang-undang khususnya di negara M`sia kita ini. Sekali lagi, ini amat menyedihkan kita semua.

Sebenarnya dalam bab perlaksanaan atau amalan ini, kita tak payah sembanglah benda hat besar-besar seperti qisas mahupun hudud. Kita tengok hat kecik-kecik pun sudahla. Macam isu kuiz sms, isu konsert sureheboh dan isu haramnya rokok (selit pi la sekali isu rokok ni sebab ada yang buat-buat pekak badak tak dengaq jumhur ulama "dah lama dah" mengharamkannya. Yang kata pekak badak ni pun, termasuklah ahli Pas. Habih tu macamana nak menang?...Dok mentahkedarah benda haram!). Ni semua benda yang dok ada depan mata kita tuan-tuan. Macam isu konsert sureheboh tu; sebenarnya takdak khilaf dah nak kata dia tak haram. Jelas, semua mazhab termasuklah ahli hadith wal salafiyah bersepakat mengatakan bahwa sekiranya ada artis perempuan buka aurat, menyanyi, melompat atas stage, kemudian mengundang pula pergaulan bebas, maka itu adalah haram!...Tapi tiba-tiba ada sorang anak tok sheikh dikalangan umno mempertikaikan hukum haram tersebut. Dia kata, "Kalau konsert di sureheboh tu haram, apa akan jadi dengan sambutan hari kebangsaan kita yang ada para artis mai menyanyi?"...Inilah dia masalah mentaliti masyarakat kita tuan-tuan. Sikit-sikit, artis. Sebenarnya dalam nak menyambut hari kebangsaan, tak payah panggil artis menyanyi aih!...Trend begini sepatutnya kena ubah. Sepatutnya kita kena riwayatkan kembali bagaimana perjuangan para ulama kita dalam menentang penjajah seperti perjuangan Datok Maharajalela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Abdurrahman Limbong dan ramai lagi para pejuang Islam Melayu kita, sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir. Mereka inilah yang sebenarnya yang meletakkan asas perjuangan sehingga kita diberi kemerdekaan akhirnya. Inilah sepatutnya disajikan kepada masyarakat. Bukannya disajikan dengan hiburan-hiburan daripada para artis yang memang gerenti akan disusuli dengan benda mungkar dan maksiat!

Tuan-tuan, kalau mentaliti para menteri pun teruk sebegini, apatah lagi mentaliti rakyat marhain, lebih-lebih lagi yang pilih depa sebagai pemimpin tu?...Sama saja teruknya. Hati depa macamana ana pun tak tau?...Sampai sesuatu isu tu kalau sentuh bab agama, semuanya depa nak pertikai. Seolah-olahnya depa lagi cerdik daripada Allah Ta`ala. Cerdik apa tuan-tuan, kalau memanjang saja kita dengar helicopter jatuh. Yang terbaru, minggu sudah Nuri jatuh di Ba'Kelalan, Sarawak. Kita dimaklumkan bahwa area kat Ba`kelalan tu macam Bermuda Tringle juga. Kapalterbang lalu saja, terus hingga. Tak tau sebab apa. Penuh misteri. Ramai juruterbang kata, helicopter memang tak sesuai lalu kot Ba`kelalan sebab mukabumi yang bergunung ganang di situ mewujudkan angin lintang lalu kot situ. Itu nasib baik jumpa tuan-tuan. Yang sebelum ni, helicopter hornbill jatuh pakat cari sampai hari ke17 baru jumpa. Jadi daripada dua kejadian ini, apa pengajaran yang boleh kita ambil?...Pengajarannya ialah walaupun kita cerdik tara mana sekalipun sehingga boleh create teknologi yang begitu canggih, tapi kita tetap tertakluk kepada keizinan daripada Allah swt. Yang hornbill tu kita kata tak nampak pasai hutan belantara tebal tutup pandangan kita. Ya memanglah sebab hutan belantara itu ciptaan Allah swt. Kemudian kita kata heli tu jatuh pasai angin lintang. Ya memanglah sebab angin lintang tu datangnya daripada Allah swt juga. Jadi, begitulah juga setiap apa yang berlaku dalam masyarakat seperti jenayahnya, ekonomi ok ke tak ok, famili kita ok ke tak ok; semuanya dibuat oleh Allah swt. Kalau kita faham macam tu, maka mau tak mau kita kena patuh dan taat kepada perintah Allah swt tanpa mengira kepentingan kita.

Ni nak cerita pasai rokok pulak. Baru-baru ni ada satu kertas kerja dibentang di Kepala Batas. Dijemput para doctor dan alim ulama duduk sekali nak cari kot-kot ada dalil yang kata rokok ni makruh. Doktor dengan kepakaran mereka mai tunjuk dengan gambar slides lagi, kemudian para ulama pula tampil dengan nas-nas mereka. Akhir sekali mereka bersepakat takdak jalan nak kata rokok tu masih lagi makruh, bahkan mereka sepakat bahwa rokok itu haram!...Lagi sekali ana tulis bahwa rokok itu HARAM!!!...Mana la tau kot-kot ada yang buat-buat tak nampak. Tu yang ana tulis sekali lagi tu, dengan capital letter lagi. Kalau tak nampak juga, baik pi jadi Kasim Selamat la lagi baguih. Sebab itu dalam satu wacana dengan Setiausaha Agung Pas, Ust Nasharudin Mat Isa di Usm baru-baru, beliau menyeru kepada semua para pejuang agama Allah (lebih-lebih lagi ahli-ahli Pas) supaya tinggalkan saja tabiat buruk merokok tu, sebab selain memudaratkan kesihatan, yang lebih utamanya ialah sebahagian besar saham dalam industri rokok itu disalur terus kepada negara Israel yang membunuh saban hari sahabat-sahabat Islam kita di Palestin. So, pikiaq la sendiri kalau hangpa mengaku sebagai pejuang agama Allah. ]                    

5) Pembunuhan dengan sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas pembunuhnya ialah membunuh orang yang terpelihara darahnya, iaitu orang Islam. Tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh yang membunuh orang yang tidak terpelihara darahnya, seperti orang yang murtad, atau kafir harbi, atau musta`man (kafir yang berada dalam negara Islam).

[ Sekali lagi bila sebut kafir harbi, terus saja ana nampak puak yahudi sebab mereka adalah musuh #1 umat Islam. Kalau tuan-tuan buka Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 dalam membicarakan ayat 26 Suratul Baqarah, tuan-tuan akan lihat macamana perangai yahudi ketika depa kondem Quran. Ayat Suratul Baqarah:26 ini turun bila yahudi kata, “Pasai apa Allah pi sebut tentang semut, tentang lebah, tentang labah-labah, tentang binatang kecik-kecik apa semua ni dalam Quran?…Sepatutnya Dia sebagai suatu kuasa besar, kenalah Dia sebut benda yang besar-besar yang padan dengan KebesaranNya.”…Nampak tak tuan-tuan macamana yahudi cuba kondem Quran?…Lalu Allah swt jawab, “Walaupun Aku Tuhan Yang Maha Besar, tapi Aku tak berasa malu untuk bercakap tentang benda yang kecik-kecik seperti nyamuk apa semua ni. Malah kalau ada benda yang lebih kecik daripada nyamuk tu pun, Aku tetap tak malu nak sembang.”…Tu dia yang kata Allah swt tu. Dia bukan macam manusia. Manusia kalau dah jadi orang kenamaan, sori la nak cakap benda lekeh-lekeh ni. Cakap tu kira, semua main tinggi-tinggi belaka. Ribu-ribu tak main, yang kita dengaq, juta-juta. Dok terapung tak jijak ke tanah dah. Pasai apa?…Pasai sesuai dengan kedudukan dia sebagai seorang yang kaya. So, yahudi ni ingat Allah macam tu. Nampak tak tuan-tuan, Quran diserang dari sudut ini? ]        

6) Pembunuhan yang berlaku ke atas mereka itu (ceraian 5) tidak dikenakan hukuman qisas ke atas pembunuhnya kerana darah mereka yang dibunuh itu tidak terpelihara (tidak terjamin dari tertumpah). Dalam kes ini, si pembunuh itu wajib dikenakan hukuman ta`zir mengikut kearifan dan budi bicara hakim yang difikirkannya perlu dan patut, demi untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat majmuk.

[ Walaupun orang yang membunuh si murtad itu terlepas daripada qisas, tetapi dia tidak terlepas begitu saja. Dia akan menghadapi hukuman ta`zir. Pasai apa dikenakan ta`zir?…Sebab nak memelihara negara Islam supaya tidak menjadi huru hara. Awat taknya?…Kalau semua orang pakat nak bunuh orang kafir sewenang-wenangnya, maka ini akan menimbulkan suasana tidak aman lagi dalam masyarakat majmuk. ]  

7) Pembunuhan yang sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh ialah alat yang digunakan untuk membunuh itu mestilah alat yang biasanya boleh mematikan, di mana si pembunuh yang menggunakan alat-alat itu yang menyebabkan kematian orang yang dibunuhnya itu.

[ Bila sebut pasai alat membunuh ni tuan-tuan, teringat ana satu hari selepas solat Isya`, datang sorang prof usm, mai bagi tazkirah tentang perlunya pemuda-pemuda kita hari ini belajar tentang persenjataan. Dia kata kat bebudak yang ada bersama-sama dengan ana    ketika itu, kata beliau, “Hangpa budak-budak muda semua ni, sikit sebanyak mau tau seni mempertahankan diri. Pi belajaq, tak kiralah; silat ka, taekwando ka, karate ka. Perkemaskan diri tu. Kendian masuk unit-unit sukarelawan untuk belajaq macamana nak operate senjata. Ini semua adalah persediaan jihad. Kalau ada duit, pi masuk kelab-kelab menembak apa ka. So kalaulah berlaku perang jihad dalam negara kita, time tu tuan-tuan senjata akan dilambak depan kita. Macam kat Iraq tu. Masa tu kita dah takdak masa nak training hal senjata apa dah. Sebab tu dalam Quran, Allah suruh makbapak alert minta anak-anak diajar berenang, naik kuda dan memanah. Maknanya persediaan sebelum jihad itu penting.”…Ternganga budak-budak tu dengaq termasuklah ana. Betoi tuan-tuan, pendapat ana kalaulah pihak kuffar mai masuk negara kita macam kat Iraq atau Afghanistan tu; ana gerenti cina/hindu takkan bantu. Pengalaman kat Kg Rawa mengajar kita. Hari tu bila pemuda Islam kena pukoi ngan hindu depan kedai cina; sori la, tokey kedai tu takdak nak tolong. Orang-orang cina dalam kedai tu boleh tengok saja. Tapi bila bebudak kita hambat hindu sampai lari masuk kedai cina, dan-dan tokey tu nak tutup kedai dia. Nampak tak tuan-tuan?…Inilah yang menunjukkan puak kuffar itu satu millah. Tak kiralah samada mereka hindu, cina, yahudi maupun nasara; bila berhadapan dengan Islam, mereka akan menjadi satu. ]

 

pic23811.jpg