Make your own free website on Tripod.com
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 3 - Per 114 - 115(4)

 

Qanun Jinayah Syar`iyah

Bahagian 1

Bab 3

Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

 

Perkara 114 : Masa perlaksanaan hukuman qisas. 

1) Hukuman qisas boleh dilaksanakan setelah hadir ahli-ahli waris orang yang dibunuh yang telah baligh semuanya, dan mereka telah menuntut supaya hukuman qisas itu dilaksanakan.

                 

[ Ada sahabat tanya, “Macamana kalau mangsa yang dibunuh itu foreigners yang tidak ada waris di negara Islam yang dia merantau; adakah boleh kerajaan negara Islam itu menjatuhkan hukuman bunuh kepada si pembunuh?”…Jawapannya ialah kalau kerajaan dapat menangkap si pembunuh dan setelah dibicarakan, dia memang didapati bersalah, maka kerajaan tetap tak boleh menjatuhkan hukuman qisas kepada si pembunuh. Melainkan kerajaan kena memenjarakan dia terlebih dahulu sehingga dijumpai waris kepada si mati. Ini disebabkan oleh prinsip qisas yang menyatakan bahwa darah mangsa adalah milik keluarga mangsa, bukannya milik kerajaan. Jadi yang berhak untuk menentukan samada hukuman qisas boleh dilaksanakan ataupun tidak, bergantung kepada keputusan keluarga mangsa. ]        

 

2) Seseorang yang telah sabit kesalahannya membunuh seorang yang lain dengan adanya salah satu dari bukti-bukti yang disebutkan dalam perkara 113 perenggan (a) dan (b), pihak pemerintah/kerajaan hendaklah bersegera melaksanakan hukuman qisas itu, kecuali pembunuh itu seorang perempuan yang sedang hamil. Maka dalam kes ini, hukuman qisas itu bolehlah ditangguhkan sehingga perempuan tadi  melahirkan anaknya.

 

[ Hanya dua sahaja cara pembuktian, iaitulah dengan iqrar (pengakuan dari si pembunuh) dan saksi dari dua orang lelaki yang adil. Maknanya, tidak ada cara lain selain dari dua cara ini sahaja yang boleh diterima. Walaupun hari ini kita ada teknologi moden seperti menggunakan close circuit tv (cctv), atau teknologi fotografi yang snap imej yang tidak bergerak, untuk membuktikan bahwa seseorang melakukan pembunuhan, namun kedua-dua kaedah teknologi ini tidak boleh digunakan dalam kes hukuman qisas.

Begitu juga kita lihat hari ini laungan hak kesama-rataan antara lelaki dan wanita semakin menjadi-jadi. Sehingga sis yang champion dalam hal ini di negara kita mendapat ruang di akhbar-akhbar arus perdana. Jadi, ada tak kemungkinan nanti mereka meminta untuk menjadi saksi dalam kes nikah umpamanya?…Nak jadi saksi kes hukuman qisas jangan harap la sebab mereka antara penentang kuat undang-undang Islam. Sebab itu ana sebut sebagai saksi nikah saja sebab ianya sama iaitu minimum memerlukan dua lelaki yang adil. Ana rasa kalau mereka ini semakin hari semakin diberi ruang, kemungkinan besar mereka akan tuntut juga nak jadi saksi.

Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, dalam hal seperti ini (saksi dua orang lelaki yang adil), kita hendaklah “sami`na wa ato`na”, kita dengar dan kita patuh sebab dia adalah perintah Allah secara qatie. Dalam kes ini, logik akai tak boleh pakai. Bawa mai pi lah wanita ada PhD ka, prof wanita ka, ustazah ka; selagi gender mereka wanita, tetap tak boleh jadi saksi nikah maupun saksi hukuman qisas. ]  

 

Perkara 115 : Menyempurnakan perlaksanaan hukuman qisas.

1) Untuk menyempurnakan perlaksanaan hukuman qisas yang telah dijatuhkan oleh hakim ke atas pembunuh adalah tertakluk di bawah tiga syarat:

i)                    Orang yang berhak menuntut hukuman qisas itu (ahli waris orang yang dibunuh) mestilah orang yang berakal dan baligh.   

 

[ Katalah si mangsa meninggalkan hanya seorang waris. Dan waris tu pula hanya berusia 7 tahun. Jadi adakah boleh waris yang berusia 7 tahun itu menuntut hukuman qisas ke atas pembunuh bapanya?…Tak boleh tuan-tuan. Dalam kes sebegini, kerajaan terpaksa memenjarakan dahulu si pembunuh sehingga waris itu menjadi baligh, sebab hak untuk mendapatkan balik darah si bapa ada pada si anak. Ini syaratnya. Bila si anak dah baligh, baru boleh ditanya samada nak hukum si pembunuh atau memaafkannya. ]  

 

ii)                  Kesemua ahli waris orang yang dibunuh itu mestilah bersetuju supaya hukuman qisas yang telah dijatuhkan oleh hakim ke atas pembunuh itu dilaksanakan.

 

[ Katalah waris ada 3 orang. Tiba-tiba sorang tak setuju qisas dilaksanakan, maka kerajaan tidak boleh menghukum si pembunuh. Mereka semua kena sepakat bersetuju untuk menjatuhkan hukuman qisas ke atas si pembunuh, barulah kerajaan boleh melaksanakannya. ]

 

iii)                Hukuman qisas yang dikenakan ke atas pembunuh itu tidak melibatkan kepada orang lain.

 

[ Yang kata waris ni ialah orang yang berhak menerima harta pusaka dari segi undang-undang faraid. Saudara kandung kepada si mati sendiri tidak akan dikira sebagai waris sekiranya lima orang yang dikatakan sebagai waris masih ada; ie ibu, bapa, suami/isteri, anak lelaki dan anak perempuan. ] 

 

2) Ahli-ahli waris orang yang dibunuh yang berhak menuntut hukuman qisas ke atas si pembunuh ialah ahli waris yang mukhallaf (berakal lagi baligh), kerana mereka itu adalah orang yang telah dipertanggung-jawabkan oleh Allah untuk melaksanakan hukum-hukumnya.

 

[ Bila kita sebut “mukhallaf” sebagai syarat untuk waris menuntut hak, maknanya waris tu dah sampai tahap cerdik, dah boleh pikiaq secara matang. Sebab itu anak-anak kita yang berusia sekitar 7 – 10 tahun yang berada diambang baligh, tugas kita sebagai parent hendaklah mendidik mereka supaya bersiap-sedia menghadapi suasana ketika baligh. Bukannya apa tuan-tuan, kalau kita tengok anak-anak kita hari ini yang berusia 15 – 19 tahun, nampak gaya macam tak baligh. Depa masih teraba-raba tentang tanggung-jawab terhadap agama, bangsa dan tanahair. Yang depa minat ialah program-program hiburan sahaja. Apa yang berlaku memang kita tak heran, sebab hari ini dalam tv dilimpahi program-program seumpama itu. Ini yang menjadi masalahnya. Jadi sebagai ibubapa, tugas kita sekarang bertambah berat kerana terpaksa berperang menghadapi keadaan yang menggoncang iman dan aqidah anak-anak kita. Ini baru cerita dalam rumah kita sendiri, belum lagi cerita di luar. Takpa itu secondary. Yang utamanya sekarang ialah tugas kita untuk menyiapkan anak-anak bagi berhadapan dengan keadaan macam ni, supaya bila depa keluar dari rumah dan apabila anasir-anasir jahat menyerang minda mereka, maka ketika itu mereka ada immunity, sekali-kali tidak bergoncang keimanan kepada Allah swt. Ini bukan kerja senang tuan-tuan. Cakap memang senang tapi nak melaksanakan tu, amat mencabar.

Sebagai contohnya, jangan tunggu sampai dah baligh baru nak cerita kat depa pasai haid, pasai air mani, pasai air mazi. Kita kena explain in advance kat depa. Alaaa…macam nak pi haji la juga tuan-tuan. Mentaliti orang-orang kita hari ini, nak habag macamana pun taktau. Depa suka tunggu surat mai dari tabung haji, baru kelam-kabut nak pi kursus haji. Selagi tak mai, selagi tuuu lah tak pi kursus. Ini yang tak betoinya tuan-tuan. Apa depa ingat mengaji boleh main sekelip mata ka?…Ya memang ada sahabat kata kursus haji ni tak payah makan masa lama-lama, satu hari pun dah. Itu pendapat hang. Kalau IQ bakal-bakal haji semua pickup, oklah buat satu hari saja pun takpa. Tapi kita kena terima bahwa IQ semua orang bukannya sama, ada yang pickup, ada yang slow motion. Kalau hari ini terima surat tabung haji, hari ini baru nak pi kursus, inilah yang dikatakan ibadat “cukup makan”. Bukannya apa; kita takut nanti kalau berlaku apa-apa yang kritikal di Baitilharam, dah tak tau nak buat apa. Ini masalahnya. Jadi plan buang siap-siap. Katalah tahun ni kita start simpan duit, target lagi 5 tahun kita akan pi haji, so sekaranglah kita kena start mengaji bab haji.

Begitulah juga dengan masalah nak didik anak-anak kita tuan-tuan. Sepatutnya anak-anak kita yang dah baligh berumur sekitar 15 tahun dah complete A to Z tentang semua fardu ain dan fardu kifayah. Sepatutnya depa dah tahu kesemua jenis-jenis jihad, ie jihad qital tu apa, jihad pelajaran tu apa, jihad ekonomi tu apa dan sebagainya. Ni dak! umur dah 33 masih tanya nak mandi wajib macamana?…Tak keharu tu tuan-tuan. Tanya tu memang la baguih. Tapi kalau hat tanya tu umuq 13 tahun, takpala juga. Ni umoq 33?!…Habih macamana kita nak maju tuan-tuan, sedangkan bab-bab fardu ain pun kita tak lepas lagi?…Sedangkan banyak lagi ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw yang belum kita mengaji maupun mengkaji. Inilah masalah kita tuan-tuan, kita takdak perancangan.

Cuba kita lihat perancangan pihak kuffar dalam nak menjayakan misi mereka. Depa studi, depa kaji, kemudian depa guna segala medium yang ada. Contohnya cuba kita perati filem Hindustan. Kebanyakannya yang ana perati, mereka menggunakan sentimental value yang ada pada manusia sejagat untuk menerima filem-filem mereka. Semua pakat menangis termasuklah melayu-melayu yang tak tau bahasa Hindustan tu pun. Heroin hindustan selalu kalau sedih, dia akan lari pi tokong. Maka ketika itulah, mereka selit tokong-tokong masuk ke dalam rumah orang-orang Islam kita tanpa disedari, sedangkan kita amat larang anak-anak kita pi tengok tokong. Nampak tak tuan-tuan, bagaimana mereka menggunakan elemen-elemen sejagat untuk membawa tuhan-tuhan mereka tepat di hadapan batang hidung kita.

Begitu juga apa yang berlaku dalam rancangan forum perdana. Cuba tuan-tuan tengok apa yang berlaku dalam forum perdana hari ini?…Semua orang pakat menangis sebab sat-sat depa interview anak-anak yatim, pastu interview pulak makcik muka sedih. Kita hat tengok tu pun naik sebak. Tapi disebalik sebak dan sedih itu, sebenarnya ada perancangan yang geng hijau putih agak alpa. Cuba kita flashback kembali rancangan forum perdana sekitar 8 tahun yang lalu. Ketika itu ahli-ahli panelnya terdiri dari Dr Haron Din, Ust Ismail Kamus, Ust Badrul Amin dan lain-lainnya. Dipengerusikan pula oleh Dr Hassan Ali. Lepas itu dengan takdir Allah berlaku pemecatan DSAI dan seterusnya membawa kepada PR 1999. Kita boleh tengok ketika itu apabila tokoh-tokoh agama yang dipopularkan oleh media massa seperti yang ana list tadi menyertai Barisan Alternatif, ianya memberi satu impak yang cukup besar dalam arena politik ketika itu. Kemudiannya selepas itu, geng BN buat kajian. Depa kaji punca kemerosotan yang dialami mereka dalam PR99. Depa dapat lihat betapa berkesannya apabila orang yang dipopularkan melalui program-program agama. Sejak daripada itu, kita tengok mereka start menyusun strategi. Mereka pastikan orang-orang yang diletakkan di depan kamera adalah orang yang telah mengisi borang “kaf ro` ya sin”. Hasilnya apabila berlaku PR04, dipergunakan mereka ini atas tiket BN, maka ianya memberi impak yang cukup besar kepada keputusan pilihanraya04 sehingga habih berteraboq geng-geng hijau putih dibuatnya. Point yang ana nak bagitau ialah kehidupan kita bukannya straight forward tuan-tuan. Dalam kehidupan kita kalau tidak ada perancangan, kalau tidak ada sistem yang tersusun, main ikut kebetulan sahaja tanpa melihat kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku, tidak ada kemampuan untuk melihat jauh ke hadapan; maka kita akan gagal dalam hidup. Ini realitinya. Benda-benda yang berlaku di sekeliling kita bukannya kebetulan. Semuanya adalah hasil rancangan-rancangan yang disusun oleh suatu golongan yang ada kepentingan. Oleh sebab itu, kita sebagai orang yang mengaji yang nak kepada Islam, yang nak tengok ahli keluarga kita jadi baik, nak tengok masyarakat kita jadi baik; maka kita juga perlu kepada perancangan.

Mari kita tengok pula perancangan yang diatur oleh pihak barat melalui filem “The Kingdom of Heaven”. Sebenarnya ana pun belum tengok filem tu. Tapi dari ulasan-ulasan melalui akhbar dan internet, ana dapat serba sedikit gambaran. Ini lagi satu contoh bagaimana pihak barat menyusun strategi sehingga umat Islam tak faham. Pertama sekali mari kita tengok dulu asal perkataan “Kingdom of Heaven” tu dari mana?…Kalau tuan-tuan buka old testament, new testament, gospel version matthews, gospel version mark, gospel version luke; tuan-tuan akan jumpa istilah-istilah kingdom of heaven yang membawa makna “kerajaan langit”. Ini dia asal usulnya tuan-tuan. Dalam bible, adakalanya kingdom of heaven disebut juga dengan nama kingdom of god. Tapi yahudi tak suka sebut perkataan “god”, maka mereka bersepakat untuk guna istilah “heaven” instead of “god”. Jadi, dari sini pun kita boleh tahu bahwa adanya konspirasi antara kristian dan yahudi. Kemudian bila ana baca ulasan seterusnya, ada juga dikalangan kita berpendapat cerita ini telah menaikkan maruah umat Islam. Ini mengarut. Tuan-tuan kena tahu, adakah pihak kuffar yang sanggup buat filem yang memakan belanja puluhan juta dollar ini untuk menaikkan umat Islam?…Jangan mimpi tuan-tuan. Jangan anggap bila depa tunjuk satu scene kemenangan kepada Salahudin al-Ayubi, maka kita dah anggap depa nak tunjuk kehebatan Islam. Tidak tuan-tuan. Sebenarnya depa bukan nak tunjuk yang tu. Yang depa nak tunjuk ialah baiknya panglima kristian yang bernama Bellion, sehingga sanggup memberi kemenangan kepada Salahudin apabila melihat kekurangan yang ada pada tenteranya. Ini dia tujuan depa. Sedangkan kita tahu dari segi faktanya, Peperangan saliblah yang telah menceritakan tentang kezaliman tentera-tentera kristian. Tapi mengapa sekarang pengarang cerita ini nak tunjuk kebaikan tentera-tentera kristian?…Dalam perang salib, bukan setakat orang-orang Islam sahaja yang dibunuh, malah orang yahudi yang berada di al-Quds itu juga turut dibunuh. Dan termasuk yang dibunuh juga adalah orang-orang kristian sendiri yang bermazhab Greek ortodoks, yang ketika itu menjadi penduduk Palestine. Mereka dibunuh ketika beribadat dalam gereja. Ini dia tuan-tuan cerita yang sebenar.

Jadi kita sebagai umat Islam, benda-benda macam ni, kita kena be aware. Jangan tengok satu-satu benda secara straight forward saja. Kita kena tengok dalam pelbagai angle sebab dunia hari ini bukannya dunia yang simple. Hari ini dunia dah jadi terlalu complicated, sehingga kadang-kadang tak terjangkau oleh pancaindera kita dengan rancangan-rancangan jahat yang ada di sekeliling. ]                           

 

3) Jika ahli-ahli waris yang berhak menuntut hukuman qisas ke atas si pembunuh itu masih kanak-kanak, atau gila, dan tidak ada seorang pun yang berhak untuk menjadi ganti mereka itu bagi menyempurnakan tuntutan hukuman qisas itu. Misalnya tidak ada bapa, tidak ada orang yang menerima wasiat, dan tidak ada hakim, maka dalam kes ini, pembunuh itu hendaklah dikenakan hukuman penjara sehingga kanak-kanak yang menjadi ahli waris orang dibunuh itu baligh, dan siuman ahli waris yang gila tadi.

 

[ Mai kita cerita sikit pasai orang gila ni tuan-tuan. Dalam saintifik, penyakit mental ini dipanggil dengan nama schzophenia. Menurut seorang pakar sakit jiwa antara symptom seseorang dah kena penyakit schzophenia ialah:

i) dia dengar macam ada suara orang bercakap dan bagi arahan kat dia. Maknanya kalau sapa dengaq suara tanpa sesiapa di sekeliling dia, jangan anggap suara tu jin atau malaikat nak bagi wahyu pulak. Wahyu dah habih lama dah sejak zaman Nabi saw. Tapi itulah tanda dia nak gila.

ii) dia nampak benda pelik. Nampak muka orang lain macam raksaksa yang lawan ultraman tu. Itu pun bukan Allah buka hijab untuk kita nampak jin atau apa ka, tapi itulah tanda dah nak gila.

iii) takdak perasaan malu seperti masuk toilet main kencing camtu saja tanpa tutup pintu pun. Ini antara symptom awal orang yang akan kena schzophenia. Hat ni ana rasa ramai…J. So kalau sapa-sapa nampak orang perangai macam ni, suruh dia pi berubat awai sikit. Bukannya apa, takut melarat jadi gila, kan susah? ]

 

4) Hukuman penjara dalam kes yang disebutkan dalam ceraian (3) telah dijalankan dan dilaksanakan oleh Muawiyah ke atas Hadbah bin Hasyram yang telah dijatuhkan hukuman qisas sehingga anak lelaki orang yang dibunuhnya itu baligh. Kes ini telah berlaku di zaman sahabat-sahabat Rasulullah saw, dan tidak seorang pun dikalangan sahabat-sahabat yang membantah dan mempertikaikan hukuman penjara ke atas si pembunuh itu.  

 

[ Nampak tak tuan-tuan nama Muawiyah bin Abu Suffian radiallahuanhu di mention di atas?…Maknanya bila pengarang kitab ini Hj Said Hj Ibrahim mengambil dalil daripada beliau, ini bermakna Muawiyah bukannya jahat walaupun pernah berperang dengan Saidina Ali karramallahu wajhah. Para ulama telah membuat satu kesimpulan bahwa peristiwa itu berlaku disebabkan Muawiyah telah tersilap dalam bab ijtihad. Kita kan tahu kalau orang yang layak berijtihad melakukan ijtihadnya, tetapi salah, maka dia dapat 1 pahala. Kalau betoi, dapat dua pahala. Jadi Muawiyah bukanlah musuh Allah. Dia tetap dalam golongan sahabat radiallahuanhu. ]     

gen2.jpg