Make your own free website on Tripod.com
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 3 - Per 112(7) - 113

Qanun Jinayah Syar`iyah

Bahagian 1

Bab 3

Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

Perkara 112 : Syarat-syarat yang mewajibkan qisas. 

7) Dalam kes pembunuhan, hukuman qisas itu disyaratkan juga, wajib dikenakan ke atas si pembunuh apabila ia membunuh orang yang berhak mendapat perlindungan nyawanya, samada orang Islam, atau yang bukan Islam seperti kafir zimmi, atau ma`ahad. Ini adalah berlandaskan perkataan Saidina Ali ra yang bermaksud, “Dan tidaklah boleh dibunuh orang mukmin dengan sebab membunuh orang kafir, dan tidak boleh dibunuh juga orang kafir yang mengikat janji setia selama berlaku perjanjiannya itu.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaai)   

 

[ Ma`ahad adalah kafir yang ada perjanjian dengan kerajaan Islam dan selama mana mereka patuh kepada perjanjian itu, mereka tidak boleh dibunuh. Jadi maknanya hadith riwayat Abu Daud dan Nasaai ini menjadi dalil bahwa darah kafir zimmi dan kafir yang ada perjanjian dengan kerajaan Islam terjamin. Inilah yang sepatutnya kita bagitau kat kaum bukan Islam yang ada dalam negara kita. Jangan kita takut-takutkan mereka dengan Islam. Kalau kita adakan dialog dengan mereka dari masa ke semasa, insyaAllah mereka akan faham apa itu Islam yang sebenar. Bila depa dah faham, takpayah la lagi dok bubuh hadhari kat tepi perkataan ‘Islam’ tu. Ini semua hanya agenda politik umno tuan-tuan untuk maintain sokongan bukan Islam kepada mereka. Bila mereka terpukul dengan buku TG Hj Hadi Awang “Hadharah Islamiyah, bukan Islam hadhari”, maka sekarang mereka cuba pula memperkudakan para intelek Islam untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyebelahi mereka hanya semata-mata untuk survival mereka sahaja, tak lebih daripada itu. Ini telah dibuktikan dalam pemilihan umno setahun yang lalu. Setelah diperkudakan para ulama dalam PR11 yang lalu dengan jayanya, selang beberapa bulan selepas itu dalam mesyuarat agong umno, didapati tidak ada seorang pun dari kalangan para ulama ini terpilih dalam majlis tertinggi. Ini dia yang kata umno tu tuan-tuan. Jadi ana nasihat kepada para cendiakawan Islam yang masih dalam umno atau yang berura-ura nak berjinak-jinak dengan umno, kamu perlu alert tentang hal ini. ]              

                   

8) Hukuman qisas wajib dikenakan ke atas mereka yang merosakkan tubuh badan atau anggota orang lain, samada dipukul, ditampar dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Anas ra yang bermaksud, “Bahawa seorang anak perempuan Bani Nadhar telah menampar seorang anak perempuan lain, maka patah gigi siongnya, lalu mereka (keluarganya) datang kepada Nabi saw, maka baginda menyuruh membalasnya.” (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)  

 

[ Inilah dalil menunjukkan bahwa membalas perbuatan jahat yang dilakukan oleh golongan lain ke atas orang Islam merupakan sunnah daripada Nabi saw. Walaupun memilih untuk memaafkan itu lebih baik tapi kita tak boleh larang orang yang teraniaya untuk membalas perbuatan jahat yang ditimpakan ke atasnya kerana membalas itu juga adalah sunnah Nabi saw.

Dalil ini juga boleh diambil bagi menunjukkan perbezaan jelas antara Islam dan kristian, sebab dalam gospel version matthews, ada ayat yang menyatakan “If you are slap on your right cheek, then offer your left cheek.”…Maksudnya kalau kamu ditempeleng di pipi kanan, bagi pipi belah kiri pula. Nampak tak tuan-tuan adanya perbezaan yang ketara antara nada Islam dan kristian. Islam membenarkan kita untuk membalas kejahatan adalah sebagai salah satu cara untuk membela maruah dan memberi pengajaran kepada pelaku kejahatan bahwa orang yang teraniaya itu juga mempunyai hak untuk membalas. ]        

 

Perkara 113 : Bukti mensabitkan pembunuhan

1) Dalam kes pembunuhan, untuk mensabitkan seseorang itu melakukan pembunuhan yang wajib dikenakan hukuman qisas adalah tertakluk di bawah bukti-bukti berikut:

 

a)      Iqrar (pengakuan si pembunuh)

b)      Saksi dua orang lelaki yang adil.   

 

[ Maknanya pembuktian dalam kes bunuh, hanya dua cara ini sahaja yang bersandar kepada nas al-Quran dan sunnah Nabi saw.

Bila sebut tentang ‘saksi’ ni tuan-tuan, teringat ana dengan kes rogol beramai-ramai ke atas seorang gadis Islam atas arahan seorang ketua puak yang berlaku di Pakistan sebulan yang lalu. Arahan sebegini hanyalah adat di Pakistan. Sewaktu jahiliyah dulu, kalau ada seorang pemuda dari suatu puak (katalah puak A) buat affair dengan gadis dari puak yang lain (puak B), maka pemuda dari puak A itu hendaklah dikenakan balasan dendam. Caranya ialah cari mana-mana gadis dari puak A, kemudian di arah pemuda-pemuda dari puak B pi rogol gadis puak A itu beramai-ramai. Jadi bila adat jahiliyah ini masih diamalkan, maka 8 orang pemuda dari puak B itu dihadapkan ke mahkamah agong syariah Pakistan. Lima daripada mereka telah menjatuhkan hukuman bunuh dan tiga lagi dibebaskan kerana kekurangan bukti. Bila berlaku macam tu, ada sahabat tanya kat ust Ahmad Jailani, “Mana keadilannya sedangkan seluruh Pakistan tahu puak itu telah mengeluarkan arahan supaya gadis tersebut dirogol secara berkumpulan? Sepatutnya kesemua yang terlibat hendaklah dikenakan hukuman, bukannya 5 orang itu sahaja.”…Lalu ust Jailani jawab dari pengalamannya sebagai seorang peguam. Ust bagitau, mahkamah jatuhkan keputusan macam tu bukannya saja-saja. Dia ada sebabnya. Lalu ust buat contoh. Contohnya, katalah seorang isteri datang mengadu hal tentang suaminya seorang womanizer. Bila ust tanya, “Apa bukti yang puan ada untuk bawa ke mahkamah bagi mengatakan bahwa suami puan memang womanizer?”…Isteri tu pun kata, “Eleeehhh! Satu kampung tahu dah ustaaaaat!”…Bila dengaq lagu tu, ust pun buat preparation. Tapi bila ust minta dua orang saksi dari satu kampung tu tadi untuk pergi ke mahkamah buat keterangan, tiba-tiba sorang pun tak berani. Ini dia masalahnya tuan-tuan. Jadi bila keterangan takdak, mana mungkin pihak mahkamah nak buat judgement?…Inilah yang berlaku seperti kes di Pakistan tu tuan-tuan. Walaupun depa kata satu Pakistan tau bahwa 8 orang itu yang terlibat, tapi masalahnya, bukti kukuh hanya pada 5 orang daripada mereka sahaja, sedangkan 3 orang lagi walaupun ada bukti tapi bukti tersebut kurang bertetapan dengan tuntutan yang perlu dipenuhi oleh mahkamah syariah di Pakistan. Jadi sebab itu mereka bertiga dibebaskan.

Ana amat bimbang dengan trend hari ini yang semakin menjadi-jadi memburuk-burukkan apa saja yang berkaitan dengan Islam. Jawi pi tangkap pelaku maksiat, jawi pula yang dipersalahkan. Dalam masalah di Pakistan tu pun sama juga. Kita seolah-olah melihat mahkamah syariahnya yang salah. Walhal undang-undang barat yang dikagumi masyarakat antarabangsa itu banyak sangat kelemahannya kalau nak compare dengan undang-undang syariah. Tapi oleh kerana puak kuffar ini pandai make-upnya, maka ramai yang nampak undang-undang barat lebih baik daripada hat Islam dari segi praktikal masakininya. Inilah dilemma krisis keyakinan yang melanda ke seluruh pelusuk hati orang Islam hari ini. Contoh yang kata krisis keyakinan umat Islam dah teruk, kita tak payah pi jauh-jauh. Tengok di M`sia ni pun dah cukup tuan-tuan. Sebagai contohnya, ust Jailani membuat comparison antara amalan perbankan di M`sia dan di UK. Di M`sia, kalau tuan-tuan nak guna buku check, tuan-tuan kena buka account semasa, betul tak? Tapi bolehkah tuan-tuan pergi kat kaunter macam tu saja tanpa introducer?…Tak boleh tuan-tuan. Jadi kita kena cari orang yang ada account di bank tersebut untuk jadi introducer memperkenalkan kita kepada pihak bank. Nampak tak, begitu strictnya pihak bank kepada procedure. Tapi kalau kita kaji sejarah amalan kena bawa introducer ini, kita akan dapati amalan ini berasal dari pihak British yang menjajah kita dulu. Pada waktu penjajahan dulu, perbankan di Britain guna introducer sebab rakyatnya takdak id pengenalan diri dalam bentuk apa pun. Jadi untuk mengelak dari berlakunya penipuan, maka introducer diperlukan. Ini bentuk amalan di Britain zaman dulu tuan-tuan. Yang kita pi tiru tu buat apa, sedangkan rakyat kita hari ini dah ada id pengenalan diri. Inilah yang kata bengongnya kerajaan kita hari ini. Punya la nak agongkan undang-undang penjajah sehingga ikut secara membuta tuli. Undang-undang penjajah yang dah lapok pun masih digunakan pakai.

Lagi satu contoh nak tengok betapa bengongnya puak legislature dalam negara kita hari ini ialah apabila kita tengok dalam bab undang-undang. Ada satu akta yang disebut sebagai sivil law act 1956. Dalam akta itu disebut bahwa bagi negeri-negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu (ie negeri-negeri selain daripada P.Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak), sekiranya ada kekurangan dalam undang-undang dalam negara, maka sivil law act 1956 (yang diamal dalam negara kita hari ini) memperuntukkan bahwa hendaklah dipakai undang-undang England sebelum tahun 1956. Ayat mudah fahamnya; katalah kita ada masalah dengan seseorang, lalu kita masuk mahkamah sivil. Tiba-tiba masalah yang kita hadapi tu takdak referencenya dalam mahkamah. Hakim cari habih dah, tapi tak jumpa juga. Bila berlaku macam ni, undang-undang di M`sia hari ini menyatakan bahwa kita kena refer balik apa yang diamalkan oleh England sebelum tahun 1956. Tak bengong ka lagi macam tu tuan-tuan?…Kalau nak rujuk sangat hat England punya, pi lah tiru apa yang England buat hari ini, macam tu ok la juga sebab mengikut peredaran zaman. Ni dak! dah la kita ikut undang-undang England, ini satu hal dah sebab kita negara Islam, kemudian pi ikut pula hat 1956 punya, 50 tahun kebelakang; tak bengong lagi ka macam tu tuan-tuan?!

Sebenarnya benda ini telah dibincang di peringkat universiti dah lebih dari 10 tahun. Para pensyarah undang-undang universiti sepakat kata benda ini tidak logic sebab untuk apa dipisah-pisahkan antara negeri-negeri selat dan negeri-negeri bersekutu/tidak bersekutu, sedangkan kita bukan di zaman penjajah dah sekarang. Bincang dengan para hakim, semua pakat setuju bahwa undang-undang bengong ini sepatutnya tak wujud. Pendekata dari segi common sense pun kita dah nampak kepincangannya. Tapi bila hantar cadangan kepada pihak legislature (ahli-ahli parlimen) supaya ubah undang-undang tersebut, sampai sekarang tidak dilayan, walhal gaji dah naik 10% baru-baru ni. Bising satu M`sia cerita pasai gaji masing-masing. Ya, memang la gaji RM4k – 6k tu murah saja kalau ikut cost living sekarang ni, tapi tuan-tuan kena tau bahwa depa ni berebut sakan nak jadi ahli parlimen/adun, sebenarnya bukan pasai gaji RM4k – 6k apa semua tu. Yang depa pakat berebut tu sebab ada agenda lain. Adun-adun apa semua ni jadi kaya bukan dari gaji depa tuan-tuan, sebaliknya depa kaya sebab dapat banyak ‘lubang’. Ini yang kita mautau. Jangan dok nganga sampai tak tau apa tentang isu semasa. 

Okay tuan-tuan berbalik kita kepada masalah pembuktian tadi. Dalam Islam, kalau kedua-dua kaedah pembuktian (ie iqrar dan saksi) tidak dapat menyelesaikan masalah, maka undang-undang boleh diubah dari hukuman qisas kepada hukuman ta`zir. Tapi katalah dalam perbicaraan ta`zir tiba-tiba didapati pesalah itu bersalah, maka ketika itu pesalah tersebut tidak boleh dihukum bunuh. Ini dia Islam tuan-tuan. Tapi dalam negara kita hari ini, akibat tidak melaksanakan undang-undang Islam, maka kedengaranlah cadangan-cadangan yang cukup pelik bagi menyelesaikan masalah jenayah dalam negara. Antaranya dicadangkan supaya penagih-penagih dadah yang dikatogerikan sebagai ‘tegar’ (yang tak boleh dirawat lagi), dibekalkan dadah secara percuma. Alasannya, supaya antara penagih dan pusher sudah tidak ada contact, dan dalam masa yang sama, menghancurkan ekonomi pembekal dadah. Ini cadangan gila tuan-tuan. Tengok tak paper baru-baru, yang menyiarkan berita tentang tertangkapnya seorang penguatkuasa undang-undang yang menjadi kayaraya hasil dari membekalkan dadah?…Bila ana baca berita tu, ana pun ingat no wonder lah ada cadangan bagi dadah free tu, sebab penguatkuasa undang-undang pun buat kerja tu. Macamana boleh berlaku pecah amanah macam tu tuan-tuan?…Sebenarnya benda macam ni dah lama dah berlaku. Kita saja yang tak tahu. Bila tertangkapnya penguatkuasa undang-undang tersebut, baru kita tahu.

Cerita dia macam ni tuan-tuan. Menurut ust Jailani, kita tengok kes vcd cetak rompak sebagai contoh. Apabila selesai saja pesalah dikenakan denda dan barang kes disebut oleh mahkamah akan dilupuskan; apa yang berlaku selepas itu sebenarnya bukan barang kes (ie vcd) itu dilupuskan dengan steam roll, tapi ia ‘dilupuskan’ dengan cara diagih-agihkan vcd itu dikalangan polis dan lawyer-lawyer yang ada kat situ. Masing-masing bawa balik, kemudian pi agih pula kat adik beradik. Ini dia realitinya tuan-tuan. Tapi kes vcd cetak rompak apa semua tu takpa lagi sebab kesannya tak seberapa. Tapi macamana kalau kaedah ‘pelupusan’ barang bukti seperti yang ana sebut tadi berlaku pada dadah?…Haru jawabnya tuan-tuan. Ada bukan takdak pegawai kerajaan yang amanah menjalankan tugas pelupusan barang bukti seperti membuang dadah dalam sungai, membakarnya dan sebagainya. Itu lain ceritanya. Tapi macamana kalau berlaku pecah amanah?…Bila mai hari perbicaraan, tengok-tengok, barang bukti dah takdak. Inilah yang sering kita dengar akhir-akhir ini, sehingga terpaksa buang kes sebab barang bukti hilang. Ini dia tuan-tuan, sapa punya kerja tu? ]  

 

2) Bukti untuk mensabitkan kesalahan seseorang itu membunuh seorang yang lain sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (b) adalah berdasarkan hadith-hadith berikut:

i)                    Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Wail bin Hajri katanya: “Sesungguhnya aku (Wail) duduk bersama-sama Nabi saw, tiba-tiba datang seorang lelaki mengikat pergelangan tangan lelaki yang lain dengan tali kulit, lalu berkata: Ya Rasulullah! Lelaki ini telah membunuh saudaraku. Maka baginda berkata: Kalau ia tidak mengaku adakah engkau boleh mengemukakan keterangan? Lalu Rasulullah saw berkata lagi: Adakah engkau hendak membunuhnya? Lelaki itu menjawab: Ya aku hendak membunuhnya.”

ii)                  Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Rafi` bin Khadij katanya: “Di waktu pagi-pagi lagi seorang dari kaum Ansar di Khaibar telah dibunuh. Maka pergilah ahli waris lelaki yang dibunuh tadi mengadap Nabi saw. Lalu mereka menceritakan trajedi itu kepada baginda. Maka baginda pun berkata: Kamu hendaklah membawa dua orang saksi yang menyaksikan kedua-duanya mengenai pembunuhan sahabat kamu itu.” (Riwayat Abu Daud)      

 

[ Kedua-dua hadith di atas menjadi dalil bahwa untuk mensabitkan kesalahan membunuh dalam undang-undang Islam, kita perlu kepada baiyinah (pengakuan) dan kesaksian. Dua ni saja kaedah pembuktian.

Masalah bukti ni tuan-tuan memang cukup penting dalam Islam sebab untuk mengelak dari tuduhan melulu. Walaupun yang kita tengah bincang sekarang ini adalah berkenaan dengan qisas, tapi masalah bukti ini hendaklah di apply kepada semua keadaan; baik dalam undang-undang, baik dalam kehidupan rumahtangga, dalam ekonomi, dalam pendidikan dan sebagainya. Jangan main tuduh secara sembarangan kecualilah ada bukti yang jelas. Berkhutbah atas mimbar kena hati-hati, bersembang kat kedai kopi pun kena hati-hati, begitulah juga dengan penulisan, perlu hati-hati. Pastikan apa yang kita cakap maupun tulis adalah benda betul, yang jelas fakta dan buktinya. Bukannya apa tuan-tuan; trend sekarang, silap sikit saja, kena saman malu la jawabnya. Ini akan menimbulkan banyak masalah.

Kalau setakat nak komen tentang Amina Wadud, itu takpa sebab dia dah banyak mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Tak nampak jalan dah nak bersangka baik dengan orang seperti Amina Wadud tu. Begitu juga dengan para artis. Bolehkah kita harap artis untuk bagi didikan kepada anak-anak kita?…Lagi tak nampak jalan sebab terbukti golongan artis ini bukan golongan yang baik. Nak kata baik macamana tuan-tuan, dengan terkinja-kinja atas stage sampai nampak pusat, nampak semuanya. Bolehkah golongan artis macam ni kita jemput untuk bagi motivasi kepada anak-anak kita di sekolah?…Memang tak layak tuan-tuan. ]

 

Wallahu ta`ala `alam. 

75f46267670.jpg