Make your own free website on Tripod.com
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 3 - Per 112(5) - (6)

Bab Ketiga

Qisas

Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

 

Perkara 112 : Syarat-syarat yang mewajibkan qisas.

5) Perlaksanaan hukuman qisas adalah disyaratkan dalam perkara-perkara yang bersamaan, iaitu nyawa dibalas dengan nyawa, mencederakan anggota badan dibalas dengan mencederakan anggota badan, dan melukakan dibalas dengan melukakan. Hukuman ini adalah merujuk firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya (memaafkan), maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Ma`idah: 45)

 

[ Muslimin dan muslimat sekelian. Sepertimana yang pernah kita sebut dahulu, apabila kita define perkataan 'zalim', hendaklah kita sebagai orang yang mengaku Islam mendefinasikan mengikut takrif Allah swt. Jangan guna takrif akal kita...Okay lawan zalim ialah adil. Takrif adil dalam Islam ialah meletakkan suatu benda kena pada tempatnya. Jadi bila kita tidak meletakkan suatu benda pada tempatnya, maka ianya menjadi zalim. Ini definasi dalam Islam.

Contohnya kalau kita tidak sembahyang sedangkan ianya satu kefardhuan, maka kita telah berlaku zalim. Walaupun dalam keadaan lain kita nampak macam bagus, seperti sedeqah kat orang miskin, bagi gula-gula kat budak-budak, time berjalan nampak tunduk sopan semacam saja; tetapi kalau masih tak solat, maka automatically kita adalah seorang yang zalim di sisi Allah swt.

Ok mari kita tengok ayat 45 Surah al-Ma`idah di atas. Sebenarnya dalam ayat ini, Allah mengembalikan ingatan kita kepada sejarah undang-undang qisas sebab dimentionNya kitab Taurat di situ. Maknanya undang-undang qisas ini adalah satu undang-undang yang asalnya diwajibkan oleh Allah ta`ala kepada kaum Bani Israil zaman Nabi Musa as lagi. Kita boleh tengok macamana Allah swt mendetailkan sebut satu persatu sifat undang-undang qisas itu. Jadi takkan ulama dalam negara Islam hadhari ini tak reti lagi kot?...What they have to do ialah just do it sahaja. Tapi yang kata manusia ni, memang cukup keras kepala walaupun pada hujung ayat ini Allah memperingatkan lagi kepada kita bahwa pada sesiapa yang tidak melaksanakan undang-undang qisas, maka orang itu adalah zalim. Tak kiralah walaupun kita ni semayang sampai lebam dahi ka, jubah serban tak tinggai ka, janggut lebat sampai ke dada ka; selagi kita tak berhukum dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah swt, maka kita tetap seorang yang zalim...nauzubillah. 

Okay tuan-tuan mari sejenak kita tengok isu terkini yang sedang melanda masyarakat kita. Mana-mana pun kita pergi hari ini; baik dalam tv, radio, paper malah kat papan-papan kenyataan tepi-tepi jalan tu pun, akan ada slogan-slogan mengajak masyarakat menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang....Ya, memang kita tidak nafikan bahwa semua orang nak kepada cemerlang, gemilang dan terbilang. Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, dari acuan mana kita nak capai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan tersebut?...Adakah dari acuan selain daripada Islam yang pasti tidak ada rahmat Allah?...Sudah pasti kita sebagai orang Islam tidak mahu, betul tak tuan-tuan?...Yang kita mahu ialah daripada acuan yang dibentuk oleh Allah swt, maka barulah apa yang dicita-citakan itu diredhai Allah swt.

Dalam Quran pun Allah dah sebut dalam Surah Ali `Imran: 110, "Kuntum khaira ummatin ukhrijat linnas..."...Allah bagitau kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia. Tapi sebelum suatu umat boleh dikatakan sebagai sebaik-baik umat, depa kena buat dua benda. Yang pertama, depa kena suruh orang buat baik. Dan yang keduanya, depa kena cegah orang daripada kerja-kerja mungkar. Kalau nampak orang buat maksiat, kita kena larang. Tapi tuan-tuan, kenapa Allah letak ayat "wa tu`minu nabillah" selepas ayat "ta`muru nabil makruf wa tanhau na `anil munnkar"?...Awat Dia tak letak "wa tu`minu nabillah" tu di depan atau seiring dengan ayat suruh buat baik dan seiring dengan mencegah kemungkaran?...Apa yang ana nak bagitau, kenapa Allah memisahkan ayat "ta`muru nabil makruf wa tanhau na `anil munnkar" dengan ayat  "wa tu`minu nabillah"?...Ini yang perlu kita faham tuan-tuan. Sebenarnya Allah nak bagitau ada manusia yang masih confuse di antara keimanan kepada Allah dengan persoalan amal makruf nahi mungkar. Ada dikalangan manusia dok ingat bila depa dah rajin mai mengaji, rajin solat, rajin qiamullail; depa sangka depa dah cukup beriman kepada Allah, sedangkan depa lupa kepada persoalan "ta`muru nabil makruf wa tanhau na `anil munnkar" itu juga criteria orang yang beriman. Ini yang geng-geng masjid kena alert!

Okay sekarang mai kita sentuh sikit isu Jawi vs Zouk. Masalah ini takla berapa hot di akhbar-akhbar bahasa Melayu, tapi kalau tengok The Star, Malay Mail dll, seolah-olah digambarkan Jawi telah melakukan suatu kesalahan yang besar dalam negara kita. Teruk sangatkah tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Jawi itu sehingga pemimpin tertinggi dalam negara juga membuat kutukan?...Eleeehhhh! kalau setakat tak bagi call makbapak, setakat kena sepak punggung tu biasala bila kena tahan. Yang kita nak persoalkan sekarang ialah kenapa paper berbahasa Inggeris dalam negara kita begitu lantang menghina Jawi?...Apa motif disebalik penghinaan tersebut?...Ini amat membimbangkan ana sebab seakan-akan ada anasir yang hendak memukul Islam secara indirect dengan menggunakan Jawi. Ini amat bahaya tuan-tuan sebab mereka cuba mempengaruhi golongan elit dan golongan bukan Islam supaya membenci Islam. Golongan mana yang majoritinya baca paper berbahasa Inggeris tuan-tuan kalau bukan golongan elit dan golongan bukan Islam?

Kita berasa amat sedih apabila pemimpin tertinggi dalam negara kita yang menjaja Islam hadhari ke merata ceruk turut juga tidak ketinggalan mengecam pihak Jawi, atas dakwaan Jawi melakukan kekasaran, padahal tidak ada bukti pun. Adakah cerita dari Jeslina Hashim yang biadap itu hang boleh percaya wahai Paklah oii?!...Tak biadap lagi ka tuan-tuan, sehingga Jawi pun dia ejek dalam satu slot rancangan Melodi?...Seolah-olah kita lihat sekarang golongan Penguatkuasa Agama sudah tidak ada perlindungan lagi seperti yang diterima oleh jabatan-jabatan lain.

Dengan imej Islam hadhari, sepatutnya tindakan Jawi itu mendapat sokong, tetapi lain pula jadinya. Para remaja kita sekarang diberi 'muka' sehingga depa nak buat apa, depa punya suka. Kalau beginilah sikap pemimpin tertinggi kita, ana rasa pemuda seperti Muhammad al-Fateh tidak akan lahir di bumi M`sia ini. Cuba kita tengok hadith Nabi saw yang panjang menceritakan tentang penaklukan kota Constantinopel dan kota Rom. Dalam hadith tersebut, Nabi cerita kedua-dua kota ini akan dibuka oleh orang Islam, bahkan Nabi kata bahwa pemimpin dan tentera Islam yang terbaik adalah yang membuka dua kota ini. Jadi bila Muhammad al-Fateh dalam usia 23 tahun masuk ke kota Constantine, beliau mengulang-ulangkan kembali kata-kata Nabi dalam hadith tersebut bahwa pemerintah yang terbaik adalah pemerintah yang menawan Constantinopel dan tentera yang terbaik adalah tentera yang menawan Constantinopel. Jadi berapa ramai dikalangan remaja kita hari ini yang ada cita-cita untuk menjadi seperti Muhammad al-Fateh bagi membenarkan kata-kata Nabi untuk membuka kota Rom pula?...Sehingga ke hari ini, kota Rom masih belum dibuka oleh orang Islam tuan-tuan. Tak teringin ka Paklah nak menjadi seperti pemimpin yang disebut dalam hadith tersebut?...Iaitu menjadi pemimpin terbaik apabila dapat membuka kota Rom. Hmmmm...dari apa yang ana perati, ana rasa Paklah seperti tak teringin menjadi pemimpin terbaik tersebut sebab suntikan membenci keganasan versi Amerika dah penetrate dalam kepala hotak dia...Ya, memang kita juga membenci keganasan tetapi bukan keganasan versi Amerika. Yang kita benci ialah keganasan dari kacamata Islam. So bila kita ikut sangat telunjuk Amerika, akhirnya kita melahirkan para remaja yang langsung tidak ada keberanian. Adakah remaja seperti ini boleh menyahut seruan Nabi saw untuk membuka kota Rom?...Kita perlu ingat bahwa Islam dah dua kali disembelih dan dihalau dari Eropah, iaitu di Andalusia (Sepanyol) dan di Vienna. Jadi bila pula kita akan kembali untuk menguasai benua Eropah sepertimana yang disebut oleh lisan Nabi saw?...Sepatutnya kita sebagai orang Islam yang mengaji, kena ada satu keazaman untuk menjadi pemimpin dan tentera Islam seperti yang disebut Nabi dalam hadith tersebut. Samada berjaya atau tidak rancangan kita, itu terserah kepada Allah swt. Yang pentingnya, kita kena tanam tekad, "Aku mahu menjadi pemimpin atau tentera yang dinyatakan oleh Nabi sebagai yang terbaik!" ]

 

6) Perlaksanaan hukuman qisas adalah juga disyaratkan mengikut apa yang telah dilakukan oleh orang yang membunuh, atau orang yang mencederakan atau melukakan. Jika seseorang itu mencederakan atau melukakan seorang yang lain dengan batu atau pisau, maka qisasnya wajib dengan batu atau pisau juga dan sebagainya.

 

[ Inilah undang-undang yang dianggap primitif oleh kerajaan-kerajaan secular. Depa tak mau dah undang-undang macam ni. Depa pun buat undang-undang sendiri dan menganggapnya lebih baik daripada undang-undang Islam.

Okay sekarang mari kita tengok antara undang-undang buatan manusia dengan undang-undang Allah, mana lebih baik?…Kita ambik contoh, hukuman bunuh misalnya. Antara hukuman bunuh di tali gantung, hukuman bunuh di kerusi eletrik, hukuman bunuh dengan suntikan maut dan hukuman bunuh dengan kaedah pancung; yang mana satu lebih baik dari segi memberi kesengsaraan yg paling minima?…Ya memang betul kalau kita tengok antara keempat-empat hukuman tersebut, hukuman pancunglah yang paling mengerikan. Nampak seolah-olah ada unsur keganasan sebab nampak kepala tergolek dan darah keluar banyak. Tapi yang kata pancung tu, dengan sekali tetak saja, segala rasanya habih. Tapi kalau dengan tali gantung, tuan-tuan agak boleh mati terus ka?…Dak juga. Dia akan ambik beberapa saat dan ada yang beberapa minit untuk mati. Sementara nak tunggu dia tak boleh nak bernafas apabila lehernya dijerut, selama tu lah dia terseksa di tali gantung. Sebab itu bila kajian dibuat, didapati bahwa pancung lebih baik daripada tali gantung.

Begitulah juga hukuman bunuh di kerusi eletrik. Nak tunggu orang tu mati kena karan, ya Allah, tak tau berapa lama. Puas menggeletar dulu sampai habih satu badan kena ikat. So kalau nak banding dengan pancung, hukuman di kerusi eletrik adalah lebih kejam. Ini dia Islam tuan-tuan. Walaupun begitu, masih ada juga orang ingat kerusi karan lebih bagus daripada pancung. Begitulah juga dengan suntikan maut. Nak tunggu racun tu menjalar ke seluruh badan, akan memakan masa beberapa saat ataupun beberapa minit, maka barulah orang itu mati.

Jadi apa yang ana nak sebut ialah sebagai orang Islam, kita kenalah yakin bahwa apa saja yang dianjurkan oleh Islam berdasarkan sunnah Nabi saw, maka itulah yang lebih baik berbandingkan dengan apa yang ditunjukkan oleh kerajaan kuffar di atas mukabumi ini.

Kalau tuan-tuan kaji undang-undang Peranchis, tuan-tuan akan dapati bahwa sebahagiannya mirip kepada undang-undang Islam. Sebab apa?…Sebab dulu semasa Napoleon Bonaparte menjajah dunia, beliau mendapati tidak ada undang-undang lain yang lebih baik daripada undang-undang Islam. So dia ambik undang-undang Islam khususnya daripada mazhab Hanafi, lalu dia terap ke dalam undang-undang Peranchis dan sebahagiannya kekal sehingga ke hari ini. Sebab itu kita tengok ada negara-negara Arab lebih suka mengikut undang-undang Peranchis. Ini satu lagi bengong punya tok Arab. Adaka depa pi copy undang-undang yang pada asalnya dari depa sendiri?…Sedangkan depa tau hat Peranchis copy tu dah dimodified; so tak ke bengong namanya tu?…Sepatutnya depa ambik la undang-undang Islam hat original punya, seperti yang diajar oleh Allah swt dan rasulNya, betoi tak?!…Inilah contoh inferiority complex yang melanda umat Islam hari ini, sampai depa tak yakin dengan undang-undang yang ada dalam agama depa sendiri. 

Bila sebut keyakinan manusia kepada agama, teringat ana pada tsunami yang mai baru-baru ni. Berapa ramai yang boleh ambik ikhtibar daripada peristiwa dahsyat tu?…Tak ramai tuan-tuan. Masjid kosong serupa tu la juga. Bila masuk waktu solat, macam dulu la juga, setakat satu dua saf saja. Tapi selang sebulan selepas tu, bila berlaku gempa bumi di Kepulauan Sulu Filipina, dan digemparkan akan berlaku tsunami ke2 di Sabah, semua pakat lari cari masjid pula. Nampak tak tuan-tuan, nak cerita betapa bengongnya manusia ni. Kenapa bila dah desperate, baru nak cari masjid?…Diberitakan, setengah tu, bila takdan cari masjid, berlindung di surau pun jadi. Ini dia yang ana nak bagitau tu tuan-tuan. Manusia ni memang fitrahnya percaya kepada agama. Tapi bila mereka membiarkan nafsu berkembang menjadi kuat dalam diri, membuatkan nafsu itu yang control diri mereka. Masjid depan idung tak dipedulikan langsung, tapi bila tsunami nak berlaku sekali lagi, baru sibuk nak cari masjid.

Hari tu bila berlaku tsunami, diceritakan dalam Harian Metro bagaimana seorang pelayan bar yang kahwin dengan orang Acheh, dia tengok sendiri macamana ganasnya ombak besar menghempas di bumi Acheh. Dari peristiwa itu, dia menjadi insaf, lalu bila dia balik ke M`sia, terus dia resign daripada kerja di pusat hiburan tersebut. Ini sifat orang yang bagus kerana dapat mengambil pengajaran daripada bencana yang Allah bawa mai. Bukannya seperti Hajjah Kris Dayanti. Balik-balik daripada Mekah, kita ingatkan dia nak insaf dah. Tapi bila wartawan tanya, dia kata, “Saya masih akan teruskan karier sebagai penyanyi.”…Tu dia aih!..Hajjah pesyen apa tu tuan-tuan?…Sama la juga macam si biadap Jeslina Hashim. Baru 3 minggu tsunami berlaku, dia dah lantang mencabar Jawi. Ini sebagai contoh tuan-tuan bagi orang yang nak ambil pengajaran dan kembali patuh kepada Allah swt. ]        

 

Hukuman ini adalah berdalilkan nas-nas berikut :

a)      Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu.” (Surah al-Nahl: 126)

 

[ Ini dia dalil nak bagitau bahwa kita tak mau balas dengan memaafkan si pesalah pun boleh atau nak balas pun boleh. Tapi kalau nak balas, Allah bagi warning, kena buat benda yang sama. Jangan buat lebih. Kalau dia pukul kita, bolehlah kita pukul dia balik sebagaimana dia buat kat kita. Jangan pula bila dia pukul kita, kita balas sampai pi bunuh dia. Maknanya boleh balas dalam katogeri yang dibenarkan oleh hukum syara`. Tapi kalau kita tak mampu nak balas sebijik macam dia buat, jangan kita balas. Dalam keadaan macam ni, kita boleh settle melalui diyat (pampasan). ]

 

b)      Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Maka sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu.” (Surah al-Baqarah: 194)

c)      Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra yang bermaksud: “Bahawa seorang yahudi telah menyepitkan kepala seorang anak perempuan antara dua batu, lalu ditanyakan kepadanya: Siapa yang melakukan perbuatan itu kepada engkau, betulkah si anu? Hingga disebutkan nama orang yahudi itu, lalu diisyaratkannya dengan kepalanya. Maka didatangkanlah orang yahudi itu, dan ia mengaku. Maka Nabi saw pun menyuruh sahabatnya menyepitkan kepala orang yahudi itu dengan kedua buah batu itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)   

 

[ Ini dia Islam tuan-tuan. Hang serang aku, aku serang hang balik. Sebab tu ana sedih bila baca artikel-artikel yang ditulis oleh bijak-pandai Islam tentang masalah keganasan. Depa masih lagi membawa hujjah-hujjah mengatakan bahwa Islam ini anti-keganasan walaupun satu persatu depan mata depa negara-negara Islam dicerobohi. Depa sanggup kata terroism ini punca daripada jihad. Kalaulah ulama itu ada depan ana, memang ana taruh punya, “Enta sembang apa!…enta bukan duduk di Palestin, enta bukan berada di Iraq ketika ini. Apa yang berlaku di Iraq dan Palestin, enta tak tau tapi enta nak komen jugak. Adakah tak boleh orang Islam melakukan serangan dalam keadaan negara Islam dicerobohi?…Serangan berani mati tu kira dalam katogeri mempertahankan diri la tu. Isu semasa suatu tempat kita kena alert sebelum buat sebarang komen. Enta duduk goyang kaki di M`sia, kemudian nak buat komen kata serangan berani mati tu adalah bunuh diri?”…Tangkap dia bawa pi Iraq atau Palestin, baru dia ada akai kot. Bukannya apa tuan-tuan. Geram ana dengan orang yang cakap pandai ni. Dia duduk di M`sia dengan senang lenang apa semua cukup, nak cakap pasai jihad qital?…”Hang berenti sat lah!”, tu saja wording yang paling baik boleh ana ucapkan kat orang macam ni. ]

 

pic01543.jpg