Make your own free website on Tripod.com
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 2 - Per 110 - 111 & Fasal 3 - Per 112(4)

Bab Ketiga

Qisas

Fasal Kedua

Rukun Pembunuhan

      

Perkara 110 : Rukun pembunuhan yang serupa dengan sengaja.

1) Rukun-rukun pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul syabhil `amdi) adalah sebagaimana berikut:

a) Perbuatan si pembunuh itu membawa kematian.

 

[ Maknanya mangsa mati kerana perbuatan si penjinayah. Bukannya dari perbuatan orang lain. Contohnya katalah si penjinayah tikam mangsa. Kemudian si mangsa itu dalam keadaan cedera parah lari lintas jalan, tiba-tiba dilanggar kereta lalu mati. Bila buat post-mortem, didapati punca kematian ialah kerana patah tengkoknya akibat dilanggar kereta, bukannya kerana tikaman. Jadi dalam kes ini, perbuatan si penjinayah itu tidak terlibat secara langsung kepada kematian mangsa berkenaan. Maknanya si penjenayah itu hendaklah dituduh dengan pertuduhan yang lain. Bukannya pertuduhan atas pembunuhan yang serupa dengan sengaja. ]  

                           

b) Penjinayah itu sengaja melakukan perbuatan yang membawa kematian.

 

[ Kalau tak sengaja, ia dipanggil qatlul khata`(pembunuhan yang tersalah). Satgi kita bincang bab ni. ]

 

c) Antara kematian orang yang terbunuh dan perbuatan penjinayah ada hubungan sebab dan musababnya.

 

[ Maknanya kita tak boleh tuduh kecuali ada bukti yang boleh mengaitkan kematian itu dengan orang yang tertuduh. Contohnya macam cerita penculikan yang hangat berlaku di Iraq sekarang ni. Kita sering kali diberitahu oleh media bahwa yang melakukan penculikan itu ialah dari puak-puak mujahidin. Tetapi kalau kita amati betul-betul semua klip video yang disiarkan, kita akan dapati tahanan-tahanan asing yang diculik itu selalu diberi pakai baju color oren. Sedangkan kita tahu, yang pakai baju color oren ini ialah tahanan tentera Amerika. So takkan pejuang mujahidin pun bagi kat tahanan depa baju color oren jugak kot?…Takkan takdak baju color lain?…Maknanya, dengan color baju tahanan tu saja kita dah boleh pertikai kesahihan yang mengaitkan pejuang mujahidin dengan kerja penculikan apa semua ni. Sebab itu, ada pendapat yang mengatakan bahwa sebenarnya yang melakukan penculikan dan penyembelihan ini ialah pihak Amerika sendiri. Mereka lakukan ini untuk mengaburi dan mengelirukan masyarakat antarabangsa bahwa ini adalah kerja militan Islam. Nampak tak tuan-tuan, macamana liciknya taktik puak kuffar terhadap Islam?…Amerika yang buat kerja tu, tapi Islam pula yang dituduh. So please be alert tentang isu sebegini. ]      

 

2) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja ialah perbuatan si pembunuh itu membawa kematian, dan penjinayah itu memang bersengaja melakukan perbuatan itu, dan di antara kematian orang yang terbunuh dan perbuatan penjinayah ada hubungan sebab musababnya. Misalnya seseorang memukul seorang yang lain dengan sesuatu benda yang pada adatnya tidak boleh mematikan, tetapi dengan sebab pukulan itu secara kebetulan orang yang dipukulnya itu mati.  

 

[ Contohnya, katalah cikgu displin pi rotan sorang murid nakal. Niat cikgu tu hanya nak bagi pengajaran kepada murid tersebut. Tetapi tiba-tiba dengan sekali pukul saja, murid tu rebah lalu mati. Jadi di sini kita boleh lihat, adakah perbuatan cikgu itu yang menyebabkan kematian murid tersebut?…Ya. Adakah perbuatan cikgu itu sengaja?…Ya. Jadi maknanya, kematian murid itu ada hubungan dengan perbuatan cikgu tersebut. Namun begitu, kes ini menjadi “serupa dengan sengaja” ialah kerana alat yang digunakan dan niat cikgu tersebut. Alat yang digunakan hanyalah rotan, yang mana pada adatnya tidak boleh membunuh. Begitu juga dengan niat cikgu tersebut, yang mana cikgu itu sekali-kali tidak berniat hendak membunuh murid tersebut. Kematian itu berlaku hanya secara kebetulan sahaja. ]  

 

3) Dalam kes pembunuhan yang sengaja (qatlul `amdi), atau yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil `amdi) bolehlah disimpulkan sebagaimana berikut:

a) Jika pukulan itu pada tempat yang boleh mematikan, atau yang dipukul itu kecil, atau sakit yang biasanya pukulan seumpama itu boleh menyebabkan kematian, atau pukulan yang kuat hingga mati, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja (qatlul `amdi).

 

[ Contohnya, pukul di kepala dengan kayu golf. Tuan-tuan boleh bayang macamana hayunan yang kuat kayu golf kena pada tempat yang cukup sensitive seperti di kepala?…Boleh pecah kepala tuan-tuan. Jadi bila pukulan itu dibuat dengan sengaja, kemudian mangsa pula mati kerana pukulan tersebut, maka kes ini dipanggil membunuh dengan sengaja. Sebab apa?..Sebab alat yang digunakan memang alat yang boleh membunuh. ]

 

b) Jika pukulan itu dengan tongkat yang ringan atau batu yang kecil sekali pukul, atau dua kali pukul, lalu mati orang yang dipukulnya itu disebabkan pukulan tadi, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil `amdi).

 

Perkara 111 : Rukun pembunuhan yang tersalah.

1) Rukun-rukun pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) adalah sebagaimana berikut:

a) Perbuatan itu membawa mati orang lain.

 

[ Mangsa mesti mati. Kalau setakat cedera saja, itu bukan dipanggil pembunuhan. ]

 

b) Perbuatan itu nyata tersalah dan terkeliru.

 

[ Kejadian begini sering berlaku ketika pergi berburu di hutan. Kita nampak pokok bergoyang, kita ingatkan pelandok, tiba-tiba bila tembakan dilepaskan, tengok-tengok yang kenanya kawan yang pergi berburu sekali dengan kita. Tak ke haru punya cerita tu tuan-tuan?…Bukan nak kata la; yang kata hutan ni tuan-tuan, jangan buat main. Sapa yang sekali sekala masuk hutan; boleh tau la macamana peritnya nak menyesuaikan diri dalam hutan. Kalau yang tiap-tiap hari masuk hutan, itu cerita lain sebab depa ni dah very familiar. Yang nak cerita ni, hat sekali-sekala masuk hutan, seperti pi camping atau jungle tracking. Jangan buat main; daun bergoyang di tiup angin je, kita dok ingat memacam dah. Nampak macam rimau lintas la, nampak macam babi hutan la, nampak macam hantu la. Semua kira takut punya cerita. Padahal takdak apa pun. Tu baru jungle tracking tuan-tuan; apatah lagi pegang senapang pi memburu. Jadi nak habagnya, hutan ni jangan buat main-main sebab ianya sering kali mengelirukan mata kita. ]   

 

c) Antara perbuatan yang tersalah dan kematian ada hubungan sebab dan musababnya.

 

[ Punca kematian ada hubungkait dengan perbuatan tersalah tadi. Bukannya dengan sebab lain. Misalnya ketika berburu, kita tertembak kawan kita, kemudian dalam masa yang masa, kawan kita yang dalam keadaan cedera parah itu jatuh pula dalam perangkap yang dibuat oleh orang lain, lalu mati. Bila polis ambik pi buat post-mortem, didapati kawan kita itu mati bukan kerana peluru kita, sebaliknya dia mati kerana jatuh dalam perangkap tersebut. So dalam kes ini, kita terlepas dari kes pembunuhan yang tersalah, sebaliknya kita akan di charge dengan pertuduhan yang lain. ] 

 

2) Pembunuhan yang tersalah ialah perbuatan itu membawa mati orang lain, dan perbuatan itu juga nyata tersalah dan terkeliru, dan antara perbuatan yang tersalah dan terkeliru itu pula ada hubungan sebab dan musababnya. Misalnya seorang pemburu menembak binatang buruan, maka terkena manusia, lalu mati disebabkan terkena tembakan tadi, atau seseorang menggali perigi, maka terjerumus manusia ke dalam perigi itu, dan ia mati di dalamnya. Maka dalam kes ini terdapat tiga sebab yang membolehkan kes ini dimasukkan ke dalam kes pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`).

i) Perbuatan seseorang menembak, atau menggali perigi itu menyebabkan kematian orang lain.

ii) Perbuatan seseorang menembak, atau menggali perigi itu ternyata salah dan terkeliru.

iii) Perbuatan seseorang menembak, atau menggali perigi itu mempunyai hubungan dengan kematian.

 

[ Ana rasa tak payah bahas perenggan ni sebab straight forward mudah faham. ]

 

 

Fasal Ketiga

Yang mewajibkan qisas

 

Perkara 112 : Syarat-syarat yang mewajibkan qisas.

1) Syarat-syarat yang mewajibkan dikenakan hukuman qisas ke atas pembunuh ialah:

i) Orang yang membunuh itu sudah baligh dan berakal (mukhallaf)

ii) Orang yang membunuh itu bukan bapa atau ibu orang yang dibunuh.

 

[ Ini sabit daripada hadith yang kita baca dulu, kata Nabi saw, “Kamu dan harta benda kamu adalah milik bapa kamu.”…Maksud “bapa” dalam hadith ini termasuklah ibubapa, datuk nenek dan moyang ke atas. Jadi bila berlakunya pembunuhan yang dilakukan oleh bapa ataupun ibu ke atas anak mereka sendiri, maka sabit daripada hadith ini, ianya akan menimbulkan keraguan. Jadi bila ada keraguan, hukuman hudud maupun qisas tertolak. ]

 

iii) Orang yang dibunuh itu sama darjatnya dengan orang yang membunuh, atau lebih darjatnya.

 

[ Maknanya kalau status pembunuh itu merdeka dan si mangsa juga seorang yang merdeka, maka pembunuh itu dikenakan qisas. Begitu juga sekiranya si pembunuh itu seorang hamba dan si mangsa juga seorang hamba, maka si pembunuh itu juga hendaklah dikenakan qisas. Sebab apa?…Sebab darjat mereka sama. Tapi kalau seorang yang merdeka itu membunuh seorang hamba abdi, dia tidak boleh dikenakan qisas sebab nilai mangsa itu hanya separuh kepada orang yang merdeka. Sebaliknya kalau si pembunuh itu hamba abdi dan orang yang dibunuh pula orang yang merdeka, maka wajib dikenakan qisas ke atas si pembunuh. Sebab apa?..Sebab darjat mangsa lebih tinggi daripada si pembunuh.

Begitulah juga dengan status kafir harbi. Kalau orang Islam bunuh kafir harbi, tidak boleh dikenakan qisas ke atas orang Islam tersebut sebab status kafir harbi nilainya lebih rendah daripada orang Islam. Tapi sebaliknya kalau kafir harbi bunuh orang Islam, wajib dikenakan qisas ke atas kafir harbi tersebut. ]  

 

iv) Qisas dilaksanakan dalam perkara-perkara yang bersamaan.

 

[ Maknanya kalau si penjinayah kerat ibujari mangsa, maka mahkamah akan suruh kerat ibujari si penjinayah itu balik. Kalau si penjinayah butakan mata kanan mangsa, maka mahkamah akan keluarkan perintah supaya dibutakan juga mata belah kanan si penjinayah. Tak boleh belah kiri. Contohnya kalau didapati mata kanan si penjinayah lama dah buta, adakah kita nak butakan mata kiri dia sebagai ganti?…Tak boleh tuan-tuan sebab tak sama. Jadi sebagai ganti, si penjinayah itu kena bayar diyat (pampasan). Ini caranya. Maknanya, ianya mestilah sama. Tak boleh lebih. Tapi kalau kurang takpa. Contohnya macam ni. Kalau penjinayah kerat di tengah-tengah lengan mangsa, sampai kena tulang; kita kena kerat balas bawah daripada lengan iaitu pada pergelangan tangan (area sendi) si penjinayah. Tak boleh kerat atas daripada lengan dan tak boleh kerat pada tulang. Sebab apa?…Sebab ini procudure dalam Islam untuk selamatkan penjinayah itu daripada mudarat tumpah darah yang lebih banyak. Tu dia yang kata keadilan Islam tu tuan-tuan. Sehingga penjinayah pun dijaga haknya. ]   

 

v) Qisas dilaksanakan menurut yang telah dilakukan oleh orang yang membunuh, atau orang yang melukai.

 

[ Maknanya kita kena buat kat penjinayah sebijik seperti apa yang dia buat kat mangsa. Tapi kalau keadaan yang susah nak tiru, jangan kita buat juga. Sebab apa?..Sebab ini berkemungkinan akan berlakunya ketidak-adilan pada penjinayah. Jadi dalam perkara yang susah nak tiru, penjinayah kena bayar diyat (pampasan). Tu dia yang keadilan Islam sampai tara tu tuan-tuan. ]    

 

vi) Orang yang terbunuh itu berhak mendapat perlindungan nyawanya.

 

[ Maknanya si mangsa hendaklah status “haram darahnya”, maka barulah boleh dikenakan qisas kepada si penjinayah. Kalau si mangsa status “halal darahnya”, hukum qisas gugur dari si penjinayah. Dia hanya boleh dikenakan ta`zir. ] 

 

2) Dalam kes pembunuhan, pembunuh-pembunuh yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah mereka yang sudah baligh dan berakal (mukhallaf). Tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas kanak-kanak dan orang gila, kerana mereka itu tidak dibebankan oleh Allah untuk memikul dan menanggung sesuatu dosa sebagaimana hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali ra yang disebutkan dalam perkara 109 ceraian (2).

 

3) Pembunuh yang wajib dikenakan hukuman qisas adalah disyaratkan pembunuh itu bukan bapa atau ibu orang yang dibunuh. Tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas bapa atau ibu yang membunuh anaknya. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith-hadith Rasulullah saw berikut:

a) Hadith yang diriwayatkan daripada Umar Ibnu Khattab, yang bermaksud, “Tidak boleh diqisas bapa disebabkan membunuh anaknya.” (Riwayat Tirmizi)

 

[ Hangpa jangan salah sangka pula dengan hadith ni. Hadith ni bagitau, bapa yang bunuh anak dia, tak boleh dihukum qisas. Bukannya maksud hadith tu, bapa boleh bunuh anak. Ana sebut ni bukannya apa tuan-tuan; sebab ada orang yang suka twist kenyataan kita. Dulu bila kita kata suami yang liwat isterinya tidak boleh dihudud sebab tidak ada nas, puak-puak umno putarbelit kata kita menghalalkan liwat. Kalau bagi Pas memerintah, pakat habih isteri-isteri nanti kena liwat. Nampak tak macamana bengong puak umno?…Kita kata lain, depa pi faham kot lain. ]  

 

b) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar ra, yang bermaksud, “Tidak boleh dibunuh bapa disebabkan membunuh anaknya.” (Riwayat Tirmizi)

 

4) Dalam kes pembunuhan, pembunuh-pembunuh yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah orang yang dibunuh sama darjatnya dengan orang yang membunuh atau kurang darjatnya, iaitu ketika berlaku pembunuhan itu, si pembunuh dan orang yang dibunuh, kedua-duanya sama-sama beragama Islam dan sama-sama merdeka. Hukuman ini adalah berdalilkan nas-nas berikut:

a) Firman Allah ta`ala yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu orang yang merdeka dengan orang yang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan.” (Surah al-Baqarah:178)

 

[ Walaupun ayat ini clear Allah sebut wajib buat qisas, tapi masih ada orang melayu yang mengaku Islam kata, “Belum sampai masa lagi untuk kita melaksanakan hudud dan qisas. Ini disebabkan ada perkara lain yang mesti diutamakan dulu, seperti ekonomi kita kena mantap dulu. Lagipun kita duduk dalam sebuah masyarakat majmuk yang aman damai. Kalau kita buat hudud, ini akan mengundang bencana kerana kekeliruan dalam masyarakat. Maknanya maslahat umum perlu diutamakan.”…Nampak tak tuan-tuan hujjah puak umno dalam menolak hukum Allah. Sebenarnya merekalah yang terkeliru dengan kejahilan mereka sendiri. Bab maslahat ni tuan-tuan sebenarnya adalah satu perkara yang kabur. Hari ini ramai orang guna istilah “maslahat” (kebaikan umum) dan satu lagi ialah “darurat” (keadaan yang terdesak) apabila berhujjah. Tapi nak habagnya, perlaksanaan hukuman hudud maupun qisas bukannya masalah maslahat. Perintah perlaksanaan undang-undang Allah semua ni datang clear direct daripada Allah swt sendiri. Jadi dalam keadaan apa sekalipun, samada masyarakat suka ka atau tak suka; wajib kita buat….Eleehhh…macam solat Subuh la tuan-tuan. Hang larat ka, hang tak larat ka bangun tidoq; hang tetap wajib kena buat. Sebab apa?…Sebab dalil wajib solat Subuh very clear.  

Bila sebut “maslahat dan darurat” ni tuan-tuan, teringat ana dengan kata-kata Imam asy-Syatibi tentang dua istilah ini. Kata beliau, “Ada dua perkara ulama Islam suka cakap, tapi bila mereka start saja bercakap, mereka menghadapi kesukaran pula untuk cari jalan keluar. Dua perkara itu ialah darurat dan maslahah.”…Betoi tuan-tuan, sebab hari ini ana tengok ramai ulama suka cakap dua benda ni, tapi jalan penyelesaian tak pernah jumpa pun. Sebagai contohnya, cuba kita tengok masalah yang dihadapi Perbankan Islam dalam negara kita. Menurut ust Jailani ketika beliau mengaji bab undang-undang Perbankan; timbul beberapa persoalan berkenaan pasai apa benda-benda yang Bank Islam buat, Bank Muamalat buat, perbankan Islam dalam Maybank buat dll tu; pasai apa kesemuanya tak jauh beza dengan bank-bank conventional buat?…Malah ada yang lebih mahal daripada bank konvensional. Kita lihat saja housing loan Bank Rakyat yang profit ratenya sekitar 7% p.a. saja, sedangkan perbankan Islam mencapai sehingga >9% p.a. Sebab apa Bank Islam jadi lagi mahal?…Isu ini dibahaskan di UIA. Menurut ust Jailani, bila isu ini dibahaskan dan dibahaskan, akhirnya barulah kita tahu ada benda yang tak kena (yang tak sedap didengar). Tuan-tuan nak tau ceritanya?…Ceritanya ialah Bank Negara ada SACnya (Syariah Advisory Council), betoi tak?…Begitu juga dengan setiap bank. Mereka juga ada Penasihat Syariah in-house mereka sendiri, yang dipanggil Syariah Advisory Body. Okay bila depa nak perkenal sesuatu produk; katalah skim pinjaman peribadi sebagai contoh. Sebelum depa keluarkan produk tersebut, depa akan rujuk dulu kepada Badan Penasihat Syariah. Katalah Badan Penasihat Syariah itu tidak setuju dengan produk tersebut dengan alasan ada unsur riba. Tuan-tuan tau apa akan jadi pada Badan Penasihat Syariah tersebut bila dia buat keputusan macam tu?…Dia akan dipecat dan diganti dengan orang lain. Tu dia tuan-tuan. Habih macamana kita nak produce produk yang betul-betul Islamik kalau macam ni punya gaya?…So yang ada hari ini, sebenarnya kita tiru sebijik daripada konvensional. Bukan saja ada yang lebih mahal dari konvensional, malah ada late charge pulak lagi. Dulu takdak, tapi la ni ada. Nampak tak tuan-tuan, ada unsur penindasan di sini. Inilah bahananya nak buat cara Islam, tapi kena tiru konvensional.

Tuan-tuan tau ka berapa elaun Penasihat Syariah kepada bank-bank dan kilang-kilang?…Cukup lumayan depa dapat tuan-tuan. Maknanya depa boleh jadi kaya dengan hanya jadi Penasihat syariah saja. So kalau si penasihat itu kurang imannya, dia akan pandang elaun hat banyak tu. “Riba pun riba lah, janji jangan pecat aku. Kalau aku kena pecat, BMW 7-series tu sapa nak bayar?”…Inilah masalahnya tuan-tuan. Sudah tidak ada kejujuran dalam agama. Ada yang kita lihat muka dia saja yang dijadikan sebagai Penasihat. Kita pi bank ni pun muka dia. Kita pi bank nu pun muka dia. Dia monopoli habih. Bayangkan kalau 1 bank bagi RM5000 kat dia; 4 bank dah RM20000 sebulan. Tu baru elaun saja tuan-tuan, tak masuk gaji hat betoi. Ini dia masalahnya tuan-tuan bila ada ulama gunakan peluang “darurat” untuk kepentingan peribadi. Darurat apa tuan-tuan kalau telan sampai RM20000 sebulan?…Darurat 7-series kot. Sebab itu kita nak Penasihat syariah ini dari golongan yang betul-betul bertaqwa kepada Allah swt. Yang bercakap benda betoi walaupun kena pecat sekalipun.

Contoh yang paling ketara yang dikatakan cara Islam tapi sebenarnya konvensional ialah dalam urusan transaction pembelian rumah. Cara Islam yang kita dengar Bai`ul-ainah itu ialah bank beli rumah tersebut daripada kita dan kemudiannya bank jual balik kat kita. Jadi sepatutnya dokumen yang pertama ialah kita kena sign untuk jual kepada bank. Maknanya kita sign, dan bank pun sign. Kemudian bila bank nak jual balik kepada kita, kita sign pulak dokumen yang kedua. Tapi apa yang berlaku sekarang ialah on the spot kita sign kedua-dua dokumen tersebut. Kita sign dokumen pertama, kemudian terus kita sign dokumen kedua. Bagi kat bank dan bank pun macam tu juga, ie sign kedua-dua dokumen sekaligus. So mana ada pergerakan cara Bai`ul-ainahnya tuan-tuan. Kita boleh kata, hampir kesemua transaction berkenaan pembelian rumah cara Islam ini, pada realitinya, sudah tidak jadi cara Islam. Dia tetap jadi cara riba. Nampak tuan-tuan realitinya?…So apa yang kita nak bagitau ialah kita sebenarnya masih lagi jauh dengan cara Islam. Memang kita sedang dalam usaha nak perbetulkan keadaan ini, tapi ianya akan mengambil masa yang agak lama sebab nak pecahkan tradisi riba yang sudah berakar umbi bukannya senang tuan-tuan. ]           

 

b) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ali karamallah wajhah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Ingatlah! Bahawa tidak dibunuh orang yang beriman dengan sebab membunuh orang kafir.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaai dan Hakim)