Make your own free website on Tripod.com

Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 1 - Pembunuhan - Per 107(2)(ii) - 108

Bab Ketiga

Qisas

Fasal Pertama

Pembunuhan

Perkara 107: Hukuman pembunuhan yang serupa dengan sengaja.

2) Dalam nas al-Quran dan hadith, membunuh manusia secara zalim, tanpa sesuatu sebab yang diharuskan oleh syara` adalah haram dan termasuk dalam dosa besar. Ini adalah merujuk firman-firman Allah Ta`ala dan hadith Nabi saw:

ii) Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh diri seseorang dengan tidak ada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau kerana melakukan kerosakan di mukabumi, maka seolah-olahnya dia telah membunuh manusia kesemuanya.” (Surah al-Maidah:32)

[ Daripada ayat di atas, dapatlah kita faham bahwa yang 1st sekali menerima perintah daripada Allah supaya melaksanakan hukuman qisas, tak lain tak bukan ialah Bani Israil. Maknanya, pada zaman Nabi Musa as lagi dah ada hukuman qisas. Jadi, hukuman qisas dalam syariat Nabi Muhammad saw yang ada sekarang adalah susulan daripada syariat Nabi Musa as ke atas kaum yahudi.

Dan dalam ayat kemudiannya Allah sebut bahwa hukuman qisas ini diwajibkan kerana untuk mencegah manusia daripada melakukan kerosakan di atas mukabumi. Inilah yang disebut dalam Suratul Baqarah:179 bahwa Allah akan beri jaminan kehidupan yang aman sekiranya hukuman qisas dilaksanakan. Jadi bila hari ini kita tidak melaksanakan undang-undang qisas, maka sudah pasti tiada jaminan daripada Allah untuk kita hidup dalam keadaan aman. Sebab itu kita boleh lihat sejak akhir-akhir ini berlakunya begitu banyak kes-kes pembunuhan dalam negara kita. Seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian minggu sudah, bagaimana seorang pembantu rumah kepada seorang hakim mahkamah sesyen telah mati dibunuh. Mayatnya diseret sejauh 150m daripada rumah hakim tersebut dan dibuang ke dalam gaung dalam keadaan pakai baju tapi belah bawah dah takdak. Sebelum ini, kita boleh lihat dengan kes Norita Shamsudin nya, dengan kes pembunuhan pensyarah UiTM Bakarudin Busu nya, dengan kes Dato` Norjan nya, dengan kes pembunuhan dalam pimpinan MCA nya dan banyak lagi yang tak larat kita nak sebut. Seolah-olah hari ini macam kita bukan berada di M`sia. Rasa macam ada kat Thailand pulak dah. Sebab dulu kalau nak dengar berita bunuh secara kejam kat M`sia ni, memang jarang-jarang sekali. Hat banyaknya kat Thailand nu. Tapi hari ini Allah Ta`ala telah menjadikan ianya berlaku dalam negara kita sendiri. Sebab apa?…Sebab tidak ada lagi jaminan daripada Allah swt lantaran tidak dilaksanakan undang-undang Islam. Maka berlakulah kerosakan demi kerosakan di atas mukabumi ini tanpa henti.

Cuba kita tengok apa yang berlaku dalam kes Dato` Norjan. Dalam keterangan di mahkamah, saksi telah menceritakan bagaimana Dato` Norjan memerlukan wang sebanyak RM24000 bagi menghadapi masalah dalam politiknya. Lalu dia berurusan dengan seorang lelaki bangsa Pakistan. Dan apabila lelaki Pakistan itu bersetuju untuk cari wang sebanyak itu untuk Allahyarhamah Dato` Norjan, maka ada seorang wanita dalam bilik yang sama itu juga memberi service urutan kepada si Pakistan tersebut sebagai tanda balas budi. Apabila pendakwaraya tanya lelaki Pakistan itu, “Ketika kamu diurut, adakah kamu buka semua pakaian kamu?”…Si Pakistan tu jawab, “Tidak. Hanya buka seluar sahaja.”…Tuan-tuan boleh imagin sendiri, urutan jenis apa tu kalau hanya seluar saja yang dibuka….Okay lepas tu pendakwaraya tanya lagi, “Adakah kamu mengadakan hubungan seks dengan Allahyarhamah?”…Kata si Pakistan tu, “Tidak! Saya tidak melakukan apa-apa.”…Kalau betul dia tak lakukan apa-apa, tapi macamana pula air mani dia dikesan ada dalam kemaluan mangsa?…Dan dikesan juga melekat pada kain selimut dan cadar?…Tu dia tuan-tuan. Pointnya apa?…Pointnya ialah kita boleh lihat betapa kotornya perancangan sesetengah ahli politik dalam nak menyelamatkan survival politik mereka. Jadi, Allah swt menjadikan peristiwa ini berlaku adalah sebagai pengajaran kepada kita.

Begitulah juga dalam kes pembunuhan yang berlaku pada Bakarudin (pensyarah Uitm). Kalau tuan-tuan baca kisah pembunuhan tersebut, tuan-tuan akan dapati bahwa ianya berpunca daripada dalam sebuah bilik karaoke. Sebelum keterangan dibaca berkenaan apa yang berlaku dalam bilik karaoke tersebut, tiba-tiba bangun seorang peguam memberitahu kepada hakim, meminta dikeluarkan larangan kepada media supaya tidak dilaporkan dalam akhbar tentang apa yang berlaku dalam bilik karaoke tersebut. Lalu hakim berkata kepada audience, “Walaupun saya ada kuasa untuk mengeluarkan arahan melarang pihak media daripada melaporkan apa yang berlaku dalam bilik karaoke tersebut, tetapi saya tidak akan menggunakan kuasa tersebut. Walaubagaimanapun, saya hanya minta para wartawan fikir sendiri, sekiranya perkara yang sama berlaku ke atas keluarga masing-masing; adakah hendak dilaporkan juga?”…Bila hakim dah kata macam tu, maka terpulanglah pada wartawan untuk melaporkan atau tidak. Dan apa yang kita dapati, wartawan telah mengambil sikap menceritakan sikit saja tentang apa yang berlaku dalam bilik karaoke tersebut. Tuan-tuan pun boleh imagin sendiri; pada kebiasaannya apa akan berlaku kalau seorang lelaki duduk dengan seorang perempuan (gro pula tu) di tempat yang sunyi?…Boleh imagin kan?…Jadi bila berlaku keadaan macam tu, tetiba gro tu keluaq pi cerita kat boyfriend dia apa yang berlaku dalam bilik karaoke tersebut. Apa lagi…boyfriend tu tak puashati la. So susulan daripada perasaan tak puashati ini lah yang membawa kepada pembunuhan yang mengerikan ke atas pensyarah UiTM tersebut.

Apa pengajaran yang boleh kita petik daripada kes di atas tuan-tuan?…Pengajarannya ialah kalau kita seorang yang baik, pasti perkara macam ni tak akan berlaku pada kita. Sebab kalau kita seorang yang baik, gerenti awal-awal lagi kita tak akan masuk bilik karaoke di pub-pub. Kalau kemaruk nak karaoke sangat, baik karaoke kat rumah. Yang keduanya kalau kita seorang yang baik, kita tak akan berkawan dengan gro sebab gro ini adalah satu pekerjaan yang tidak baik. Ada pernah kita dengaq muslimah yang commited dengan agama pi jadi gro?…Mana ada tuan-tuan. Yang jadi gro ni adalah orang yang jenih tak sembahyang, orang yang jenih kaki maksiat dan orang yang jenih lupa kepada Allah swt. So orang yang mengaji, solat tak tinggal, pejuang agama Allah; sepatutnya tidak terlibat dengan benda-benda macam ni…Ini ceritanya tuan-tuan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Allah swt jadikan perkara ini berlaku bukannya saja-saja, sebaliknya untuk kita ambil pengajaran.

Dan semua perkara ini berlaku tuan-tuan adalah kerana tidak ada lagi “nakalam minallah” (pencegahan daripada Allah swt) dan tidak ada lagi jaminan kehidupan daripada Allah swt. Sebab hukuman qisas ini telah Allah wajibkan sejak syariat Nabi Musa as lagi, kemudian turun kepada syariat Nabi Isa as dan akhirnya kepada syariat Nabi Muhammad saw; maknanya dah zaman berzaman undang-undang ini telah disyariatkan kepada kita semua, tapi yang menyedihkan kita dapati bagaimana golongan yang berkuasa masih tetap menidakkan undang-undang Allah ini. Mereka masih merasakan undang-undang barat ciptaan manusia itu lebih baik. ]                                 

iii) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Buraidah yang bermaksud, “Membunuh orang yang beriman adalah satu dosa yang paling besar di sisi Allah dari semua dosa di dunia ini.” (Riwayat Nasaai)

3) Hukuman pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil `amdi) wajib dikenakan “Diyat Mughallazah”, iaitu pembayaran ganti nyawa yang berat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 134(1) perenggan (a) (b) dan (c).

4) Diyat Mughallazah tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan wali (ahli waris yang terbunuh). Diyat Mughallazah itu boleh dibayar kepada ahli waris yang terbunuh, apabila mereka itu memaafkan si pembunuh dari hukuman qisas. Kes ini adalah merujuk firman Allah Taala yang bermaksud, “Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu siapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula), maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Baqarah:178)

[ Sebab apa Allah kata keampunan daripada ahli mangsa itu sebagai suatu rahmat?…Sebab sebelum datangnya Nabi Muhammad saw; dalam syariat Nabi Isa as, apabila berlaku suatu pembunuhan, maka wajib dikenakan qisas tanpa maaf. Maknanya keluarga mangsa tidak diberi hak oleh Allah swt untuk memaafkan si pembunuh. Tapi apabila datang syariat Nabi Muhammad saw, Allah kata bahwa ada keringanan dan rahmat daripada Tuhan kamu. Sebab Allah telah memberi kuasa kepada ahli waris untuk menentukan samada si pembunuh diqisaskan atau dimaafkan. Inilah bezanya antara syariat Nabi Muhammad saw dengan syariat Nabi Isa as.

Jadi tuan-tuan, Islam yang dibawa oleh Nabi saw memang cantik dah sebab nampak begitu adil dalam kes pembunuhan. Sepatutnya tidak ada lagi alasan untuk kita tidak memilih undang-undang Islam ini. Tapi sampai ke hari ini, undang-undang Islam masih tidak mendapat tempat dalam perundangan negara. Ini yang kita sedih…Elehhh! samalah dengan isu Islam hadhari ni pun. Kita kata Islam yang Nabi saw bawa dah cukup bagus dah, tapi ada geng yang kata Islam hadhari ini lagi bagus. Okay sekarang kita tak mau bergaduh dah pasal istilah, pasal grammar, pasal nahu apa semua. Tapi kalau dah sampai dalam kawasan parlimen PM sendiri pun boleh buat konsert sohebo besar-besaran; ni apa cerita?….Islam bertamadun apa macam tu kalau melalaikan rakyat sampai tak sembahyang Maghrib?…Di mana consent nya pemerintah kepada masalah sembahyang atau tak sembahyangnya rakyat dalam negara kita?…Kalau ada orang suruh kita bersangka baik; agak-agak boleh ka?…Nak bersangka baik macamana tuan-tuan kalau daripada 7.30pm sampai 8.45pm dok jamned dalam kereta lagi. Queue nak tengok konsert nu. Tuan-tuan habag mai, nak semayang kat mana kalau macam tu?…Nak semayang dalam kereta ka?…Kalau bawa satu famili, habih satu famili tak semayang. Ataupun ada fatwa baru kata boleh buat jamak qasar kalau nak tengok konsert?…Cuba bagitau mai kat ana kalau antum semua pernah dengaq mana-mana ulama kata boleh?…Inilah dia tuan-tuan dilemma dalam masyarakat kita hari ini, yang tak reti nak beri keutamaan. Bukan kita kata tak boleh langsung buat konsert. Buat pi lah, tapi kena la siasat, konsert jenih macamana yang pihak penganjur nak buat. Bukannya apa tuan-tuan; cuba kalau ada ustaz-ustaz atau penceramah-penceramah dijemput dalam kawasan parlimen PM, tak kiralah samada dulu di Kubang Pasu atau la ni di Kepala Batas; gerenti very-very strict para penceramah tu akan disiasat dulu. Nak habagnya, punyalah depa jaga kawasan PM. Tetapi kenapa dalam bab konsert ini depa tak seteliti itu?…Yang ini mesti kita perbetulkan, ie prioritinya.

Begitulah juga dalam bab rasuah. Yang selalu kita dengaq, hat kena tangkapnya konstabel, hat kenanya lans koperal, tapi macamana pulak hat “atas” nu?…Awat tak pi tangkap hat “atas” tu?..Sama lah juga dengan masalah politik wang. Hat kenanya cawangan, hat kenanya bahagian; hat “atas” nu tak kena ka?…Sebenarnya takyah cerita bab besaq-besaq ni, kita cerita bab khalwat dah la. Baru-baru ni kan kita baca dalam paper, hat kena tangkap khalwatnya ialah ketua cawangan dengan ketua wanita cawangan. Hat kenanya, ikan-ikan bilis saja. Hat jerung bermaharajalela. Awat taknya tuan-tuan?…Ada sahabat ana cerita, bila dia call pegawai pencegah maksiat bagitau tentang lokasi-lokasi tertentu yang confirm berlakunya maksiat, tiba-tiba pegawai-pegawai pencegah maksiat ni pi tanya balik kat sahabat ana tu. Depa tanya, “Maaf sheikh, nak tanya sikit. Yang buat kerja tu orang politik ka atau bukan orang politik?…Bukannya apa. Kalau sabit dengan orang politik, kami kena minta kelulusan daripada bos kami dulu.”…Tu dia tuan-tuan, sampai tara tu. Lailahaillallah. Apa kejadah dengan orang kita la ni tuan-tuan?…Mana pi keadilan?…Sedangkan Nabi saw kata, “Kalau anak aku Fatimah mencuri, aku sendiri akan kerat tangan dia!”…Ini dia keadilan Islam. Tapi kalau main dengan budaya takut yang ditanam dalam masyarakat kita hari ini, habih!…Tak nampak dah keadilan Islam. ]

Perkara 108: Hukuman pembunuhan yang tersalah.

1) Hukuman yang wajib dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) adalah tertakluk ke atasnya dua jenis hukuman:

a)      Diyat yang ringan (Diyat Mukhaffafah).

b)      Kifarat.

2) Hukuman pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) wajib dikenakan ke atasnya “Diyat Mukhaffafah”, iaitu pembayaran ganti nyawa yang ringan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 135(1) perenggan (a) (b) (c) (d) dan (e).

[ Kita akan huraikan perbezaan antara Diyat Mughallazah dan Diyat Mukhaffafah kemudian nanti bila sampai kepada perkara 135. Jadi bila kita sebut Mughallazah, teringat ana bulan sudah macamana spreadnya sms kata roti gardenia kat Singapura ada babi. Okay, bila berlaku macam ni, apakah reaksi kita sebagai orang Islam yang mengaji?…Dia macam ni. 1st sekali kita kena faham dari segi hukum fekah. Dalam hukum fekah disebut bahwa asal satu benda tu memang takdak. Maknanya asal dalam proses pembuatan roti tersebut memang takdak babi. Jadi hukumnya harus dimakan. Tapi kalau terbukti ada babi, baru hukum harus itu bertukar jadi haram. So, dalam kes roti gardenia ni; selagi berita yang disebar itu statusnya rumours, maka selagi itulah tak wajib kita percaya. Begitulah juga bila kita pergi ke rumah kawan bukan Islam yang kita tahu dia makan babi. So bila dia hidang makanan, dari segi hukum fekah; adakah boleh kita makan?…Hukumnya harus. Dibolehkan kita makan selagi tak nampak dengan mata kepala kita ada babi dalam periok yang depa masak tu. Tapi kalau clear kita nampak depa masak babi dalam periok yang sama, maka itu baru jadi haram. So pointnya apa tuan-tuan?…Pointnya ialah kita jangan menyusahkan dalam bab fekah ni. Lagi pun Islam adalah agama yang memudahkan kita. Kita hanya boleh berhukum setakat mana kita yakin. Hat mana kita tak tahu dan tak yakin, hat tu jangan memandai nak berhukum juga. Ini dia Islam tuan-tuan. Jadi, kita jangan terpengaruh dengan khabar-khabar angin. ]           

3) Hukuman pembunuhan yang tersalah wajib juga dikenakan ke atas si pembunuh kifarah, iaitu memerdekakan seorang hamba yang beriman yang tidak menghidap sebarang penyakit yang boleh menghalangnya untuk menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

4) Jika si pembunuh itu gagal memerdekakan seorang hamba mengikut syarat-syarat yang dikehendaki dalam ceraian (3) maka hendaklah ia berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Hukuman ini adalah berdalilkan firman Allah swt yang bermaksud, “Dan tidak harus samasekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja (tersalah). Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kifarah) dengan memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar “diyat” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka wajiblah si pembunuh membayar kifarah sahaja dengan memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diyat” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba sahaya yang akan dimerdekakan), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut. (Hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri) kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui, lagi amat bijaksana.” (Surah an-Nisaa`:92)    

[ Inilah ayat yang menjadi dalil hukuman kepada pembunuhan yang tersalah. Hukuman kifarah yang 1st sekali dikenakan ialah diwajibkan memerdekakan hamba sahaya. Kalau tidak ada hamba sahaya, maka dia hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Cumanya ada sedikit perbezaan pendapat dikalangan ulama tentang masalah boleh ke tidak orang yang tak mampu puasa dua bulan berturut-turut, digantikan dengan hukuman memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Pendapat ini diambil dari masalah persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadhan. Tapi kalau kita ambik dari nas al-Quran di atas, kifarah bagi kes pembunuh yang tersalah hanya ada dua sahaja, ie memerdekakan hamba dan puasa dua bulan. Itu sahaja.

Nampak tak ada perbezaan pendapat di sini. Dan dah beberapa kali kita sentuh bab perbezaan pendapat. Memang kita akui banyak perkara berlakunya perbezaan pendapat. Kenapa berlaku?…Ini disebabkan perbezaan dasar yang dipakai oleh mazhab masing-masing. Mari kita ambik satu contoh. Kita tengok dalam masalah wudhuk. Jumhur ulama dalam mazhab Syafie, Maliki dan Hambali menyatakan bahwa tidak makruh kalau bercakap semasa wudhuk. Cumanya para ulama dalam mazhab Syafie kata, walaupun tidak makruh tetapi ianya bertentangan dengan keutamaan. Tapi dalam mazhab Hanafi pula, bercakap semasa wudhuk itu makruh. Okay sekarang mari kita tengok dalil-dalilnya. Tiga mazhab Syafie, Maliki dan Hambali kata kalau kata makruh, tapi pasai apa takdak nas yang menceritakan Nabi saw melarang. Sepatutnya kena la ada nas sebab makruh juga termasuk dalam benda yang dilarang Nabi saw. Cuma dari segi hukum je berbeza dengan benda haram. Inilah dasar yang dipakai oleh tiga mazhab tersebut. Tapi dalam mazhab Hanafi, dasarnya berbeza. Ulama Hanafi kata, walaupun tidak ada hadith yang menunjukkan Nabi saw larang perbuatan tersebut, tetapi pada masa yang sama, tidak ada juga hadith yang menunjukkan Nabi pernah bercakap semasa baginda mengambil wudhuk. So apabila Nabi tak pernah buat perkara tu dalam ibadah, maka itu menunjukkan perkara itu adalah makruh. Inilah dia pendapat dari kalangan ulama Hanafi.

Jadi pontnya apa tuan-tuan?..Pointnya ialah kita jangan dok bergaduh dalam bab-bab khilafiyah. Sebaliknya kita kena raikan perbezaan pendapat macam ni.

Tadi bila sebut tentang amalan daripada Nabi saw, teringat ana dengan masalah berkhatan anak perempuan; adakah selama ni kita ikut cara Nabi buat ataupun tidak?…Ust Jailani sebut, hukum khatan anak perempuan adalah sunat sebab dia bukan macam khatan anak lelaki. Khatan anak lelaki adalah wajib sebab membabitkan masalah kebersihan. Lebihan kulit pada hujung zakar lelaki kena buang sebab terdapat himpunan najis pada leher zakar. Inilah sebabnya khatan lelaki menjadi wajib. Tapi bagi orang perempuan, ianya tidak melibatkan masalah kebersihan. Maka sebab itu, khatan bagi orang perempuan tidak wajib. Hanya sekadar sunat sahaja…Okay sekarang mari kita tengok pula cara nak berkhatan anak perempuan. Dalam masyarakat Melayu, ada beberapa pandangan bagaimana cara nak khatankan anak perempuan. Tapi yang kita nak tengok ialah pandangan yang paling hampir dengan sunnah Nabi saw, ie ada dua pandangan. Yang pertamanya, sekadar dicucuk setakat keluar darah sedikit sahaja. Jangan digunting dan jangan dipotong sedikit pun daging. Maknanya semasa kita khatankan bayi perempuan, tiba-tiba kalau darah yang keluar tu banyak, itu bermakna kita tidak menepati sunnah Rasulullah. Ataupun kalau kita nak potong juga, mungkin pandangan yang kedua boleh diambil-kira. Tapi dalam pandangan kedua tu pun, tak perlu dipotong daging. Hanya sekadar kupas sedikit kulit di bahagian luarnya sahaja. Tak payah la kot mention kat mana. Tuan-tuan faham sendirilah. So inilah dua cara yang lebih menepati sunnah Rasulullah saw kerana sabit daripada satu hadith Rasulullah yang melarang kita menzalimi bayi perempuan. Apakah yang maksud “menzalimi bayi perempuan”? Maksudnya ialah dipotong daging tersebut. Nabi larang sebab itu adalah hak bagi bayi perempuan itu untuk mendapat nikmat ketika dia berkahwin kelak. Jadi jika kita sebagai bapa yang dianugerahkan anak perempuan, tolong be aware dalam masalah ini. Sebelum anak perempuan kita dikhatan oleh doktor atau bidan atau jururawat atau siapa saja, tolong tanya depa dulu kaedah mana yang depa pakai. Kalau didapati cara depa tak menepati sunnah Nabi, kita cari alternatif lain. Kita kena pilih hat buat cara yang paling menepati sunnah Rasulullah saw. ]

pic28703.jpg