Make your own free website on Tripod.com
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 1 - Pembunuhan - Per 106(4) - 107(2)(i)

Perkara 106: Hukuman pembunuhan dengan sengaja.

4) Orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja wajib dikenakan ke atasnya hukuman kifarah. Hukuman ini ialah apabila wali (ahli waris) orang yang dibunuh itu memaafkan si pembunuh, atau ahli warisnya itu bersetuju untuk menerima diyat. Tetapi apabila si pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman qisas, maka tidak wajib lagi baginya membayar kifarah. Ini adalah merujuk kes pembunuhan yang dilakukan oleh salah seorang daripada Bani Salim, di mana satu rombongan dari Bani Salim datang mengadap Nabi saw dan mereka berkata: "Sesungguhnya sahabat kami telah wajib masuk neraka."...Lalu Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Merdekakanlah seorang hamba sahaya (abdi) supaya Allah menebuskan tiap-tiap satu anggota daripada hamba sahaya itu satu anggota dari sahabat kamu daripada api neraka." (Riwayat Imam Ahmad) 

 

[ Hadith di atas ini adalah dalil kepada wajibnya pembayaran kafarah dalam kes pembunuhan, khususnya bagi si penjinayah yang dimaafkan. ]

 

Dan dalam hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Khuzaimah bin Thabit, baginda bersabda yang bermaksud: "Pembunuhan (qisas) adalah sebagai kifarah." (Riwayat Abu Na`im)

 

5) Orang yang melakukan pembunuhan terhalang daripada mewarisi harta pusaka orang yang dibunuhnya, samada pembunuhan itu sengaja atau tersalah. Hukuman ini adalah berdasarkan hadith-hadith Rasulullah saw berikut:

i)                    Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Umar bin Syuib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak mendapat sedikit pun bagi si pembunuh harta pesaka orang yang dibunuhnya." (Riwayat Nasaie dan Dar-Qutni)

ii)                  Hadith Rasulullah saw sabdanya yang bermaksud: "Tidak mendapat sedikit pun bagi si pembunuh harta orang yang dibunuhnya. Dan jika orang yang dibunuh itu tidak ada mempunyai waris, maka orang yang mewarisi harta pusaka orang yang dibunuh tadi ialah warisnya yang lebih hampir kepadanya. Dan tidak mewarisi sedikit pun oleh si pembunuh harta pesaka orang yang dibunuhnya." (Riwayat Abu Daud dan Nasaei dan Ibn Majah)

 

[ Memang kita mengaku undang-undang yang kita baca daripada dua hadith Nabi di atas memang agak asing. Sebab apa jadi asing?...Sebabnya ialah undang-undang ini tidak diamalkan dalam negara kita sekarang. Itu saja sebabnya. Kalau lah dari dulu orang-orang Melayu Islam dapat maintain undang-undang Islam ini, mungkin tak sampai jadi macam ni. Sekarang ni masyarakat umat Islam di Malaysia khususnya sudah tak reti apa itu undang-undang Islam. Ini merupakan episod yang amat menyedihkan kita. Undang-undang yang disebut dalam hadith di atas merupakan sunnah yang diajar oleh Nabi saw, yang sekarang ni sudah tidak dipedulikan lagi. 

Tak habih lagi kepala kita pening memikirkan kekalutan masyarakat Islam hari ini meninggalkan sunnah Nabi, tetiba muncul pula umno dengan Islam hadharinya. Bertambah peninglah jawabnya. Awat taknya?...Istilah Islam hadhari ini bukannya untuk meleraikan kekalutan umat Islam dalam penghayatan sunnah Nabi, malah bertambah serabut kita lihat. Sebab apa jadi serabut?...Sebab Nabi saw dah kata, "Setiap benda baru dalam agama adalah sesat. Dan setiap yang sesat itu ke neraka!"...Islam hadhari ni benda baru tuan-tuan sebab yang ada dalam kamus Islam ialah hadarah Islam, bukannya Islam hadhari. Kalau ya pun nak cakap pasai tamadun, letakkanlah tamadun itu yang kena ikut Islam, bukannya Islam yang kena ikut tamadun. Itu yang kita kena reti.

Tak guna kita sembang pasai hadharah Islam ni pun kalau kita masih ketepikan hukum hakamnya. Sebab tanpa hukum hakam Allah swt, masyarakat semakin menjadi kelam kabut. Lihat saja kes pramugara terlampau. Yang dituduh, saudara Rizal telah mengaku bahwa dia melakukan zina dengan stewardess berkenaan di Brisbane, Australia. So adakah pihak berkuasa negara kita mengambil sebarang tindakan terhadap Rizal pramugara terlampau itu?...Jawabnya, tidak diambil sebarang tindakan tuan-tuan, walaupun dia mengaku dengan jelas dalam mahkamah bahwa dia telah berzina. Dalam undang-undang Islam, sekiranya pengakuan melakukan zina dibuat di depan hakim dalam mahkamah, maka si pengaku itu mesti bersedia menghadapi hukuman. Hukumannya ialah sekiranya dia sudah berkahwin, maka wajib dia direjam dengan batu sampai mati. Tu dia berat hukumannya tuan-tuan. Sebab itu, kalau kita flashbck apa yang kita mengaji dulu berkenaan hadith Ma`iz al-Islami; kita tidak digalakkan untuk membuat pengakuan zina walaupun kita memang pernah berzina sebelum ini. Sebab apa jadi lagu tu?...Sebab Islam tak mau cerita pasai zina ini menjadi satu benda yang immune dalam masyarakat. Islam tak mau masyarakat lali dengan cerita-cerita zina ni. Sebab itu Islam larang. Tapi kalau nak cerita juga, boleh, tapi ada syaratnya. Iaitu dia mesti cerita depan hakim, dan selepas tu hendaklah dia bersedia dengan hukuman hudud. Itu bagi sapa yang sanggup terima hukuman hudud la. Tapi kalau tak sanggup dengan hukuman hudud, baik duduk diam-diam, pi bertaubat sorang-sorang. 

So sekarang ni kita merasa amat sedih, sebab dalam negara yang dah lama dah declare negara Islam, tapi masih membiarkan si Rizal pramugara terlampau itu bermaharajalela membuat kenyataan berzinanya tanpa diambil sebarang tindakan terhadapnya. Begitulah juga dengan pengakuan Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norrita. Pengakuan berzinanya dengan si mati telah direkod dalam nota keterangan di mahkamah. Dalam hukum Islam, pengakuan seseorang hanya terikat pada diri si pengaku sahaja tanpa diikat si mati. Maknanya, samada Norrita berzina ataupun tidak dengan si pengaku, itu kita tolak ke tepi sebab si mati sudah tidak boleh membela diri. Tapi si pengaku yang masih hidup ini, dia wajib dikenakan hukuman hudud dengan disebat dengan rotan 100x, kemudian direjam dengan batu sampai mati. Jadi adakah dikenakan sebarang tindakan terhadap Hanif Basri?...Jawapannya pun sama juga, iaitu kerajaan tidak ambil sebarang tindakan pun. Tapi cuba kalau time ni juga tuan-tuan mengaku baru balik mengaji daripada Pakistan, siap!...Tuan-tuan pasti akan kena!...Kalau tak caya, try la tengok.

Pointnya apa tuan-tuan?..Pointnya yang ana nak bagitau ialah inilah dia contoh silap keutamaan yang diamalkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Sebab apa jadi macam ni?...Sebabnya, tak lain tak bukan sebab kita ke tepikan Islam. Itulah sebabnya masyarakat kita menjadi semakin teruk sekarang ni. Tak tahu dah yang mana satu nak diutamakan dan mana satu nak dikemudiankan. Bila berlaku keadaan macam ni, maka tidak hairanlah apa yang kita bincang selama ni tentang hukum hudud, hanya tinggal setakat perbincangan ilmiah sahaja tanpa diamalkan dalam masyarakat kita. ]   

                       

Dan diriwayatkan daripada Khallas, bahawa seorang lelaki telah melontar dengan batu, maka lontarannya itu terkena ibunya, lalu mati. Maka lelaki itu meminta bahagiannya dari harta pusaka ibunya. Maka berkata saudara-saudara lelaki itu kepadanya: "Engkau tidak mendapat apa-apa hak dan bahagian dari harta pusaka ibu."...Lalu mereka membawa kes itu kepada Saidina Ali ra. Maka beliau berkata kepada lelaki itu: "Hak engkau dari harta waris (harta pusaka peninggalan ibu engkau) ialah batu (batu yang mengenai ibu engkau). Maka bayarkanlah untuk diyat."...Dan beliau (Saidina Ali) tidak memberi sedikit pun harta waris kepada lelaki itu. (Riwayat Baihaqi) 

 

Perkara 107: Hukuman pembunuhan yang serupa dengan sengaja.

1) Hukuman yang wajib dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil `amdi) adalah tertakluk ke atasnya dua jenis hukuman:

a)      Dosa , (b) Diyat yang berat (Diyat Mughallazah).

 

2) Dalam nas al-Quran dan hadith, membunuh manusia secara zalim, tanpa sesuatu sebab yang diharuskan oleh syara` adalah haram dan termasuk dalam dosa besar. Ini adalah merujuk firman-firman Allah Ta`ala dan hadith Nabi saw:

i)                    Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya, kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syara`)." (Surah al-Isra`:33)

 

[ Ada 3 golongan darah mereka menjadi halal. Yang pertamanya ialah golongan yang melakukan pembunuhan tanpa sebab. Yang keduanya ialah orang yang berzina dalam keadaan dia sudah berkahwin. Dan yang ketiganya ialah orang Islam yang murtad.

Apa sebenarnya maksud "darah menjadi halal"?...Maksudnya katalah kita ambil saja dua orang tadi yang mengaku melakukan zina, iaitu Rizal pramugara terlampau dan Hanif Basri dalam kes Norrita sebagai contoh. Pengakuan berzina kedua-duanya telah direkodkan oleh mahkamah dalam perbicaraan masing-masing. Sebaik sahaja mereka mengaku dalam mahkamah bahwa mereka berzina, maka dalam hukum syara`, darah mereka masa tu telah menjadi halal. Kemudian katalah tetiba ada sorang sangat benci dengan perbuatan pramugara terlampau tu, lalu dia pun tunggu Rizal keluar daripada mahkamah. Bila keluar saja Rizal, orang tu pun serbu lalu menikam Rizal bertubi-tubi sampai mati. Dalam hukum syara`, orang yang membunuh Rizal itu tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Inilah dia maksud "darah menjadi halal" sebab si pembunuh itu tidak boleh diqisas. Kenapa tidak boleh diqisas si pembunuh itu?...Sebabnya ialah darah Rizal sudah menjadi halal sebaik sahaja dia mengaku dalam mahkamah depan hakim bahwa dia telah berzina dengan seorang stewardess di Brisbane, Australia. Tapi adakah si pembunuh itu terlepas begitu sahaja?...Tidak tuan-tuan. Dia akan ditangkap oleh pihak kerajaan dan akan dikenakan hukuman ta`zir.

Jadi pointnya apa?...Pointnya nak cerita ialah betapa besarnya dosa orang yang dah kawin tapi berzina. Begitulah juga besarnya dosa orang yang melakukan pembunuhan tanpa sebab, dan besarnya dosa orang yang murtad, sehingga menyebabkan darah mereka halal.

Tuan-tuan, nak buat ketiga-tiga dosa besar ini bukannya susah. Cukup senang diperlakukan bagi orang yang tidak ada iman. Lihat saja orang-orang yang suka pada benda tahyul, especially kaki tikam nombor ekoq yang suka pi minta nombor kat kubuq-kubuq. Syahadah orang macam ni terbatal tuan-tuan. Terkeluar daripada ajaran Islam. Kalau dia mati, haram bagi kita untuk melakukan solat jenazah ke atasnya. Memang tidak ada mahkamah yang boleh mengesahkan orang macam ni murtad, tapi kalau dengan mata kepala kita sendiri melihat orang itu melakukan benda yang membatalkan syahadahnya, maka hukumnya dia tetap murtad. Biaq pilah tara mana ramai orang sembahyang jenazah ke atasnya sekalipun, walaupun satu negeri sembahyang ke atasnya, tetapi apabila masuk saja mayatnya dalam kubur, maka mayat itu adalah seorang yang kafir kepada Allah swt.

Bila sebut "kafir" ni tuan-tuan, teringat ana dengan sebuah buku yang digunakan dalam kursus Biro Tata Negara. Dalam buku tersebut ada mendedahkan berkenaan dengan masalah "takfir", yakni menceritakan beberapa ustaz yang mengkafirkan orang...Tuan-tuan sekelian, sepanjang ana pi mengaji dari masjid ke masjid, dari markaz ke markaz, dari dulu sampailah sekarang; setakat ini, tak pernah lagi ana tengok ustaz-ustaz kita mengkafirkan orang secara sembrono. Kesemuanya mereka hanya cerita mengenai hukum. Mereka hanya bagitau kalau ada orang buat benda yang boleh membatalkan syahadah, maka hukumnya orang tu murtad dan perlu bertaubat dengan segera. Tu saja. Tapi dalam buku tersebut ditulis bagaimana ustaz-ustaz tersebut menggunakan hujjah di penghujung ayat 44 Suratul Maidah untuk mengkafirkan orang. Ayat itu bermaksud, "Barangsiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah, maka dia menjadi golongan yang kafir!"...Dalam buku tu kata bahwa ayat ini diturunkan oleh Allah kerana ditujukan kepada orang yahudi di Madinah. Bukannya kepada orang Islam. Pointnya buku tu nak bagitau ialah kalau orang Islam tidak melaksanakan undang-undang Islam pun takpa. Masih tidak kuffur kepada Allah lagi. Tu dia tuan-tuan tafsiran ulama umno. Ya memang asbabunnuzul ayat ini Allah swt tuju kepada yahudi di Madinah. Tapi dalam ussulut tafsir, dinyatakan bahwa pengajaran hukum daripada ayat tersebut adalah dengan keumuman lafaz ayat, bukan dengan khususnya sebab turun ayat.

Jadi kalau orang Islam sendiri yang perangainya tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam, kemudian disusuli dengan lebih teruk, mengeji pula undang-undang Islam; maka dia juga akan jadi macam orang yahudi Madinah, iaitu menjadi kuffur kepada Allah swt...nauzubillahiminzalik. Tu yang melayu umno karat melenting sangat hari tu bila TG Nik Aziz mention sapa yang tak mau kepada undang-undang Islam, serupa saja dengan yahudi. Betul la tu. Kita cakap ada asasnya. Yang hangpa umno karat melenting pasai apa?...So kalau tak mau terasa jadi macam yahudi, martabatkanlah hukum hakam Islam. Tu saja. ]

conceptm53.jpg