Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 3 - Qisas - Fasal 3 - Per 118(5) - 122

Qanun Jinayah Syar`iyah

Bahagian 1

Bab 3

Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

Perkara 118 : Sebab-sebab yang membebaskan dari hukuman qisas.

5) Ahli waris orang yang terbunuh itu tidak diketahui siapa orangnya, dan tidak diketahui juga tempatnya.

[ Bila waris mangsa takdak, sedangkan tuntutan hukuman qisas terletak kepada keputusan ahli waris, maka dalam keadaan macam ni, hukuman qisas secara automatik gugur walaupun dengan jelas si pembunuh itu didapati bersalah. Hukuman alternatif akan dijatuhkan kepada si pembunuh. ]

6) Pembunuhan itu bukan berlaku dalam negara Islam.

[ Dalam hukum syara`, seperti yang kita belajar dulu, siapa yang bertanggungjawab melaksanakan hukuman hudud dan qisas?…Yang bertanggungjawab ialah pemerintah. Dalam kes qisas, walaupun tuntutan hukuman qisas berada di dalam tangan ahli waris tetapi yang melaksanakan hukuman ialah pemerintah, bukannya ahli waris.

Okay mari kita flashback kembali kepada time Dr Mahathir jadi PM dulu. Ada satu ketika kerajaan negeri Kelantan pernah meminta kepada kerajaan persekutuan untuk diberi keizinan menjalankan hukuman hudud dan qisas. Kerajaan negeri Kelantan buat macam tu sebab ia menghormati procedure yang digaris dalam sistem federalism yang diamal dalam negara kita hari ini. Jadi, apabila kerajaan persekutuan menolak permintaan tersebut, maka kerajaan negeri Kelantan tidak ada kuasa untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas. Siapa yang berdosa dalam keadaan macam ni tuan-tuan?…Siapa lagi kalau bukan orang yang paling berkuasa dalam kerajaan persekutuan ketika itu sebab dialah yang paling berkuasa untuk memberi kebenaran atau menolak. Bagi kita sebagai orang awam, yang tidak ada kuasa, kita tidak dibebankan dalam perkara-perkara yang kita tidak ada kemampuan. Jadi, apabila sesuatu pembunuhan berlaku bukan dalam negara Islam, maka tidak boleh dilaksanakan hukuman qisas sebab ia di luar dari bidang kuasa.

Bila sebut "bidang kuasa" ni tuan-tuan; apa yang kita lihat realiti yang berlaku di seluruh dunia hari ini memang "di luar bidang kuasa" Islam. Kita lihat apa yang berlaku di Britain selepas berlakunya pengeboman 7 Julai?….Kita boleh lihat bagaimana Majlis Islam Britain sendiri hari ini menyerang golongan yang dipanggil sebagai "pelampau Islam". Kenapa jadi macam tu?…Ini adalah kerana Majlis Islam Britain telah ditekan oleh kerajaan di seluruh Eropah supaya berbuat sesuatu terhadap golongan yang dikatakan sebagai "pelampau Islam". Yang kata "pelampau Islam" di Eropah ni, sebenarnya bukannya ramai. Tak boleh memberi kesan pun kepada masyarakat antarabangsa di Eropah. Tetapi seperti yang kita lihat hari ini, apabila ungkapan "pelampau Islam" ini diwar-warkan sendiri oleh golongan Islam yang terperangkap dengan strategi licik puak kuffar, maka menyebabkan kebanyakan orang Islam menjadi takut kalau-kalau mereka dikaitkan dengan golongan pelampau. Sedangkan segala pengeboman dan letupan yang berlaku, ada sebahagiannya masih tidak boleh dikaitkan dengan orang Islam, dan ada sebahagian lagi adalah dari reaksi yang tidak boleh dikawal akibat penjajahan ke atas bumi orang Islam. Contohnya macam di Kashmir tu tuan-tuan, sampai hari ini tak selesai. Memang ramai di kalangan kita di M`sia boleh cakap pandai dalam bab-bab macam ni sebab tak kena kat depa. Kat kedai kopi maupun dalam internet, ramai yang menghentam tindakan-tindakan berani mati pejuang Mujahiddin. Kita boleh la sembang deraih sebab kita tak tengok macamana isteri dan anak perempuan kita sendiri dirogol depan mata kita. Bayangkan tuan-tuan sekiranya kita seorang bapa yang melihat sendiri macamana anak lelaki kita disembelih depan mata kita?…Bukan sehari dua, malah berpuluh-puluh tahun dah melihat benda macam ni berlaku tiap-tiap hari. Bayangkan tuan-tuan. Kalau kita berada di tempat depa, apa yang boleh kita lakukan?…Boleh bawa berunding lagi ka camtu punya gaya?…Takdak pasai tuan-tuan. Sebab itu tuan-tuan, bagi hat cakap pandai dalam egroup-egroup hat belambak tu, ana sarankan hangpa jangan terikut-ikut dengan rentak media dajjal yang ada pada hari ini, yang target mereka hanya hendak mengelirukan umat Islam terhadap pejuang-pejuang Islam yang ada di medan jihad. Cuba cari media alternatif yang memberi gambaran sebenar di medan tempur, barulah kita akan jelas tentang duduk perkara sebenar. ]

Perkara 119 : Menahan dan memegang orang untuk dibunuh.

Seseorang yang menahan dan memegang seorang yang lain untuk dibunuh hendaklah dipenjara sehingga mati sebagai balasan menahan dan memegang orang yang dibunuh tadi. Dan si pembunuh itu pula wajib dikenakan hukuman qisas. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Umar ra, yang bermaksud, "Apabila seseorang lelaki menahan (memegang) seseorang lelaki yang lain, dan orang yang dipegang itu dibunuh oleh seorang yang lain, maka hendaklah dibunuh orang yang membunuh itu (dikenakan hukuman qisas) dan dipenjarakan orang yang memegang itu." (Riwayat Darul Qutni)

[ Amalan dalam negara kita hari ini, kalau ada tiga orang yang terbabit dalam kes pembunuhan, maka ketiga-tiga akan dihukum bunuh. Ini mengikut istilah common intention yang ada dalam penal code kanun keseksaan. Contohnya katalah ada tiga orang nak pi bunuh 1 orang. Sorang dok kat luaq ushar line, tengok line clear atau tak. Hat lagi 2 orang masuk rumah mangsa. Antara 2 orang tu pula, sorang tukang pegang dan sorang lagi tikam. Dalam kes macam ni kalau refer kepada undang-undang Islam, hat kena qisas ialah hat tikam tu. Manakala yang pegang tu kena hukuman penjara seumur hidup. Tetapi kalau refer kepada penal code yang ada dalam negara kita hari ini, ketiga-tiga mereka akan dikira sebagai common intention (mempunyai niat yang sama), maka hendaklah dikenakan hukuman bunuh di tali gantung ke atas ketiga-tiga orang itu. Jadi, nampak tak tuan-tuan, Islam lebih berhati-hati dalam kes macam ni. Sebab kemungkinan pada awalnya, ketiga-tiga tu plan macam lain, tiba-tiba yang jadinya lain dari yang lain. Mungkin ketika plan, si tikam tu kata kat hat pegang, "Hang pegang, aku nak tumbuk!"…Tiba-tiba dia pi bawa keluaq pisau. Tak naya ka hat tukang pegang tu tuan-tuan?…Sebab itu dalam Islam, ruang untuk timbulnya keraguan ditutup awal-awal. Islam mahukan kepastian. Sebab itu, Islam very-very strict sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. Bukannya sewenang-wenang macam tu saja nak hukum orang. Islam bukan macam tu.

Kita lihat hari ini tuan-tuan, apa dah jadi dalam masyarakat kita?….Masalah demi masalah yang Allah timpakan ke dalam masyarakat kita. Ana tak nampak lain dah, melainkan semua ini berlaku adalah kerana kegagalan kita untuk melaksanakan hukuman-hukuman berdasarkan kepada undang-undang Islam. Ini yang betoinya tuan-tuan. Kita lihat saja kes curi dan rompak semakin menjadi-jadi akibat kita tolak ke tepi hat Islam suruh. Bila undang-undang hudud tentang zina kita buat tak tau saja, lihat apa yang berlaku?…Pergaulan bebas dah jadi benda biasa, hasilnya, anak lahir di luar nikah semakin meningkat dan yang paling mengejutkan ialah M`sia dah menjadi negara yang menjuarai paling banyak kes hiv/aids (refer statistik yang ditulis oleh sahabat kita Rozmal dalam blognya: http://rozmal.blogspot.com). Begitu juga dengan masalah murtad, bila undang-undang murtad tidak diimplementkan, kita lihat hari ini punya la ramai orang keluar dari Islam dengan begitu mudah tanpa boleh dibuat apa-apa pun. Salah satu kes terbaru ialah kes Kamariah bt Ali di mahkamah syariah negeri T`ganu. Beliau dibebaskan dengan ikat-jamin untuk memberi peluang kepadanya mencari peguam. Susulan dari itu, Majlis Peguam di KL menghantar surat kepada 57 peguam syarie di negeri T`ganu untuk membela kes Kamariah bt Ali, tetapi apa yang didapati ialah tidak ada seorang pun dari 57 peguam yang ada lesen untuk beramal di T`ganu itu sanggup untuk membela pompuan murtad itu. Sapa berani tuan-tuan?…Sebab Nabi saw dah kata, "siapa yang redha dengan kekufuran, maka dia juga kufur kepada Allah."…Maknanya siapa yang redha dengan murtad, maka dia sendiri menjadi murtad…nauzubillah. Sapa mau tuan-tuan, dengan yuran guaman sebanyak RM5K, kita juga masuk ke dalam api neraka buat selama-lamanya. Yang kata neraka ni, bukan kata selama-lamanya, sat pun orang tak mau aih!

Inilah akibatnya kita tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya tuan-tuan. Undang-undang yang manusia cipta, semua ada loopholenya. Contoh yang paling clear ialah dalam kes saman pasai berebut anak dalam mahkamah syariah. Katalah bekas isteri saman suami sebab suami tak mau bagi anak kat dia. Tuan-tuan ingat senang ka suami tu nak lepaskan anak dia macam tu saja. Walaupun bekas isteri tu minta polis bawa keluar waran tangkap, tapi si suami tetap tak mau lepaskan anak dia sebab si suami pun ada caranya juga untuk melepaskan diri dari ditangkap. Dia gunakan peguamnya dengan bawa keluar surat bagi kat polis melarang tangkap anak guamnya. So tak settle benda ni tuan-tuan. Sebab apa?…Sebab polis dan pihak penguat-kuasa agama negeri adalah dua entiti yang berbeza. Polis adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan, manakala pihak penguat-kuasa agama adalah di bawah state list. Jadi bila berlaku macam ni, maknanya polis tidak ada kuasa untuk campur-tangan dalam undang-undang syariah dalam negeri-negeri yang ada. Oleh sebab loophole inilah, kita dapat lihat bagaimana perbalahan masalah rumahtangga dalam masyarakat kita jarang sekali dapat diselesaikan.

Samalah juga dalam kes Kamariah bt Ali ni tuan-tuan. Once dia isytihar keluar dari Islam, maka mahkamah syariah tidak ada lagi bidang kuasa untuk membicarakan kes dia sebab dia sudah bukan Islam. Ada sahabat tanya; kenapa kerajaan tak boleh masuk campur urusan murtad macam ni?…Masalahnya ialah negara Malaysia Islam hadhari terikat dengan convention bersama United Nation. Ini masalahnya tuan-tuan. Untuk pengetahuan tuan-tuan, convention dengan UN ini ialah satu persefahaman yang berbentuk undang-undang yang secara langsung mengikat negara-negara anggota. Convention dengan UN ini membabitkan banyak benda tuan-tuan. Antaranya membabitkan human rights, women and children, education, freedom of profess any religion of his choice, dan sebagainya. Jadi, bila negara kita antara yang terikat dengan convention macam ni, maka kes seperti Kahar dan Ariffin setan ini menjadi tumpuan dunia. UN menekan kerajaan M`sia supaya memberi kebebasan beragama kepada kedua-dua setan ini dengan menyatakan bahwa sekiranya orang bukan Islam boleh menghormati orang Islam yang mempercayai bahwa Nabi Muhammad saw sebagai rasul terakhir, kenapa tidak orang Islam juga menghormati Kahar dan juga si Ariffin itu yang percaya bahwa mereka adalah rasul dan tuhan?…Ini dia masalahnya tuan-tuan. Apa yang boleh kita buat?…Kita tak boleh buat apa-apa kerana kita dah terikat dengan convention yang diterima-pakai oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Memang dalam Islam juga ada kebebasan beragama, tetapi bukan dengan formula UN. Dalam Islam, kalau sesiapa memang berasal dari agama kristian dan sampai sekarang dia masih beragama kristian, ya, kita hormat atas jaminan kebebasan beragama. Begitu juga sekiranya depa hindu maupun budha, kita tak akan kacau kuil maupun gereja depa. Tapi bukan orang seperti si Ariffin murtad tu sebab dia berasal dari orang Islam, kemudian pi isytihar sebagai tuhan pula, macam ni takdak kompromi. Begitu juga dengan Kahar maupun Kamariah sebab Nabi saw suruh kita membunuh siapa yang menukar agamanya dengan syarat-syarat yang ketat seperti yang telah ditetapkan. Maknanya, bukan kita tak hormat agama lain, kita hormat, tetapi kita melarang mana-mana orang yang asalnya dari Islam, kemudiannya keluar dari Islam, lepas tu buat kacau pula kat agama Islam.

Jadi, pointnya yang kita nampak di sini ialah UN itu adalah satu kerugian kepada umat Islam. Sikap umat Islam yang sanggup bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu amat-amat merugikan kerana kita memang dah tahu UN itu dikuasai oleh siapa dan UN cenderung kepada siapa, kita amat mengetahuinya. Jadi sebab itu, saudara muslimin muslimat sekelian, kita kena percaya bahwa apa yang berlaku ketika ini adalah satu dugaan daripada Allah swt untuk menguji keimanan, kesabaran dan ketabahan kita dalam memperjuangkan agama Allah swt. ]

Perkara 120 : Ahli waris orang yang dibunuh tidak diketahui orangnya dan tempatnya. 

 

Dalam kes pembunuhan, jika ahli waris orang yang dibunuh itu tidak diketahui siapa orangnya, dan tidak diketahui pula di mana tempatnya, maka hukuman qisas yang telah dijatuhkan oleh hakim ke atas pembunuh itu hendaklah digugurkan (diketepikan hukuman itu), kerana tidak didapati orang yang berhak untuk menuntut hukuman qisas dan diyat.

 

Perkara 121 : Pembunuhan yang dilakukan bukan dalam negara Islam.

 

Seseorang yang melakukan pembunuhan boleh dibebaskan dari hukuman qisas jika pembunuhan itu berlaku dalam negara yang bukan negara Islam. Dalam kes ini, seseorang yang melakukan pembunuhan bukan dalam negara Islam (dalam negara kafir), hukuman qisas yang telah dijatuhkan ke atas si pembunuh itu hendaklah digugurkan (tidak boleh dilaksanakan), kerana timbul keraguan siapakah yang sebenarnya pembunuh orang itu, adakah orang Islam, atau orang kafir.

 

[ Menurut ust Ahmad Jailani, alasan dalam perkara 121 ini adalah merujuk kepada suatu peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi saw. Iaitu berlakunya satu pembunuhan di dalam kawasan kabilah yang bukan orang Islam. Bila jadi macam tu, usaha untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari kawasan tersebut gagal diperolehi oleh orang Islam. Oleh sebab itu, hukum umum yang dipakai ialah apabila sesuatu kejadian berlaku di dalam negara yang dikuasai oleh orang bukan Islam, maka hudud, qisas dan berkaitan dengannya tidak boleh dilaksanakan kerana permasalahan-permasalahan seperti yang kita bincang tadi. ]  

 

Perkara 122 : Pembunuhan dengan racun.

 

1) Dalam qanun jinayah syar`iyah, seseorang yang memberi dan yang menyediakan sesuatu benda yang mengandungi racun untuk makanan atau minuman kanak-kanak yang belum mumaiyiz, atau orang yang gila, dan mereka itu mati disebabkan makan atau minum bahan-bahan yang beracun tadi. Pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja, dan mereka yang melakukan jinayah itu wajib dikenakan hukuman qisas.

2) Dalam kes ini juga, wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah yang memberi dan yang menuangkan racun ke dalam makanan atau minuman seseorang yang baligh, dan dipaksanya mereka itu makan atau minum bahan-bahan yang telah bercampur racun tadi, lalu mereka itu mati, kerana biasanya mereka yang termakan atau yang terminum bahan-bahan yang beracun itu akan menyebabkan mereka itu menjadi mati.

3) Dalam kes ini juga, seseorang yang mencampurkan makanan atau minuman dengan racun dan diberikannya makanan atau minuman itu kepada kanak-kanak yang mumaiyiz, atau orang yang baligh lagi berakal supaya mereka itu memakan atau meminum bahan-bahan yang telah bercampur dengan racun tadi tanpa sesuatu paksaan (kemahuan mereka sendiri), dan mereka ketika memakan atau meminum bahan-bahan itu yang telah dicampurkan dengan racun, dan mereka itu mati disebabkan memakan atau meminum bahan-bahan itu, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang serupa  dengan pembunuhan yang sengaja.

 

[ Kes bunuh pada umumnya selalu berlaku sebab ada motif. Antaranya ialah kerana dendam. Lihat saja apa yang berlaku dua minggu lalu di perkarangan hospital Kuala T`ganu, bagaimana seorang jururawat dibunuh dalam kereta kancilnya secara bertubi-tubi. Biasanya bunuh secara bertubi-tubi ini adalah kerana dendam kesumat. Dia lain dengan dibunuh oleh pembunuh upahan. Pembunuh upahan, kerja dia hanya pastikan targetnya mati. Itu saja. Mangsa mati, mission dia completed. Tapi lain kalau bunuh sampai sanggup kelar-kelar tubuh mangsa. Ingat tak kisah dendam Hindun terhadap Saidina Hamzah r.a.?…Macamana dia robek-robekkan dada mayat Saidina Hamzah sehingga Nabi saw sendiri tak sanggup melihatnya. Ini dia yang kata dendam tu tuan-tuan.

Berbalik kepada cerita di Kuala T`ganu tu tadi. Memang kita tak tahu kisah sebenar di sebalik kejadian tu. Tetapi secara umumnya, ana berpesan kepada muslimin muslimat sekelian, jangan kita sekali-kali buat satu benda yang boleh menganiayai seseorang. Ana bukan tuju kepada si mati, tetapi yang ana nak bagitau ini ialah secara umum. Contohnya katalah kita ni perempuan. Lepas tu, pi bercinta pula dengan 2-3 boyfriend sekaligus. 1st boyfriend bagi handset, kita gagau. 2nd boyfriend bagi handset pun kita gagau juga. Boyfriend hat 1st bagi RM1000, kita ambik. Boyfriend hat 3rd bagi RM1000 pun kita ambik juga. Kita pukoi keliling semua sekali. Memang ligat sungguh kita ni. Sedangkan ada salah sorang boyfriend tu dah pokai habih, siap hutang lagi, punya la nak belanja kita. Tiba-tiba, dia dapat tahu kita ada boyfriend lain pula; tak cari pasai ka punya cerita tu?…Sebab tu, kita boleh tengok ada yang sampai hilang akal, sehingga sanggup buat mayat sampai jadi tak serupa orang dah.   

Jadi pointnya di sini ialah kita jangan sekali-kali menzalimi orang lain. Kalau kita berurusan dengan orangramai, psikologi kena ada tuan-tuan. Selain berbanyakkan doa kepada Allah minta kita selalu selamat, seni berurusan dengan orang pun kena ada juga. Katalah ada orang tengah marah mai jumpa kita. Untuk mengendurkan suasana tegang, kita jangan melawan arus, yang kita buat ialah mengikut arus. Mengaku saja apa cakap dia, kita berpura-pura menyokong dia. Kaedah macam ni boleh release sikit kemarahan. Bukannya apa; kalau kita tak buat macam tu, tak kendurkan kemarahan dia, lepas tu kita pi berlawan cakap pula dengan dia; macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Dia boleh serang kita dengan berbagai cara. Kita tak tahu. Kalau dia tak serang on the spot pun, mungkin dia simpan dendam. Tunggu kita kat mana-mana, lepas tu bawa geng serang kita. Atau pun dia pakai bomoh buat secara halus, ini lagi teruk. Oleh sebab itu tuan-tuan, untuk mengelak kita dari dibelasah, dibunuh dan sebagainya, maka kita kena berhati-hati selalu. Jangan buat tak tentu hala kat orang lain.

Dalam masalah poligami pun serupa la juga tuan-tuan. Kalau tuan-tuan buat naya kat isteri, lepas tu nak poligami pula, tu yang kita dengaq jadi macam-macam tu. Kena curah dengan asid lah, kena kerat batang paip lah, sehingga ramai dikalangan suami nak tidoq malam-malam pun takut. Ada yang tidoq nak pakai kain pelikat pun takut sebab bimbang tengah tidoq, isteri mai senyap-senyap selak nak kerat. Sebab apa jadi macam tu?…Sebab si suami sendiri seorang yang tidak adil. Pukoi bini, tendang bini, lepas tu nak kawin pula sorang lagi. Macamana isteri tak naik angin macam ni?…Inilah antara sebab datangnya perasaan gila dikalangan isteri sehingga sanggup buat perkara-perkara yang di luar dari batas kemanusiaan. Tapi lainlah sekiranya rekod kita dengan isteri bersih, kita layan isteri dengan baik, nafkah zahir/batin semua cukup kita beri; kemudian kita nak kawin yang kedua, respon yang paling-paling teruk yang kita akan hadapi ialah mungkin setakat isteri minta cerai sahaja. Dia tak akan sanggup buat sesuatu yang tak elok kepada kita, sebab dia tahu kita penyayang, kita berlaku adil dan kita berakhlak baik kat dia. Tu dia tuan-tuan, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam masalah kita hari ini. ]   

                         

4) Kes yang disebutkan dalam ceraian (3), penjinayah-penjinayah yang melakukan jinayah tersebut wajib dikenakan hukuman diyat sahaja, tidak wajib dikenakan hukuman qisas, kerana mereka yang memakan atau meminum bahan-bahan tersebut adalah dengan kemahuan mereka sendiri tanpa sesuatu paksaan atau ugutan ke atas mereka itu untuk memakan atau meminum bahan-bahan yang bercampur racun tadi.   

 

[ Alasan yang pengarang kitab ini (Hj Said Hj Ibrahim) kumpulkan kepada kita tentang masalah bunuh dengan racun yang diberi kepada orang-orang yang berakal, walaupun mereka diperdayakan tetapi sekiranya mereka memakan atau meminum itu dengan tanpa sebarang paksaan, maka hukuman qisas tidak dapat dijalankan ke atas si pembunuh, namun begitu, ia diganti dengan hukuman-hukuman alternatif yang lain.

Okay, sebelum kita tutup perbincangan kali ini, apa yang ana nak bagitau ialah sekarang ni kita sedang berbincang tentang “fiqh tasyri` jina e” (fiqh undang-undang jinayah Islam). Okay sekiranya kita namakannya “fiqh”, maka dia tidak akan lari dari adanya perbezaan pendapat. Bukannya apa, dah banyak kali juga rasa ana, dah sebut tentang perbezaan pendapat, dan kali ini ana nak sebut sekali lagi sebab masih ada orang yang tak boleh terima atau masih belum jelas tentang perbezaan pendapat dalam Islam.

Sebagai contohnya mari kita flashback tentang undang-undang hudud yang Pas nak buat di K`tan dan T`ganu dulu. Ketika itu kita boleh tengok bagaimana reaksi ulama-ulama pro-umno menghentam Pas dengan mengatakan bahwa kenapa hudud di K`tan ada tujuh, berlainan dengan hudud di T`ganu ada enam?…Mereka mengatakan kenapa hudud di K`tan memasukkan kesalahan bughah, sedangkan kesalahan bughah menjadi pertikaian dikalangan para ulama Islam; ada yang kata ianya bukan di dalam hudud dan ada yang kata ia di dalam hudud. Okay kita boleh terima pendapat tu sebab ianya dari segi teknikal perlaksanaan sahaja. Kemudian bila kita nak buat hudud di T`ganu dengan membuang kesalahan bughah, pun ada dikalangan umno yang masih tak puashati, nak hentam juga. Tapi kali ni, yang menghentam itu bukanlah dari kalangan ulama depa, tapi dari pemimpin tertinggi depa sendiri ketika itu. Dia kata, “Hudud apa lagu tu! Sat tujuh, sat enam!”…Nampak tak tuan-tuan, payah kita nak kira dengan manusia yang perangai macam ni, yang sengaja nak menghentam golongan yang nak memperjuangkan Islam. Sedangkan ada ka takdak perkara bughah dalam hudud itu hanya melibatkan perkara cabang sahaja (furu`), manakala hukuman hudud itu sendiri qatie.

Bila sebut “furu`iyah”, mari kita tengok contoh dalam bab furu`iyah, misalnya dalam sembahyang. Kita tengok dalam masalah letak tangan selepas angkat takbir umpamanya. Pernah tak tuan-tuan tengok orang letak tangan, nuuu, sampai ke pinggang sebelah kiri dia, macam nak menari zapin aja?…Sampai siku dia dok pi cucuk orang sebelah dalam saf. Mazhab mana yang sebut letak tangan macam tu tuan-tuan?…Kalau kita buka tengok dalam kitab fiqh yang berdasarkan kepada 4 mazhab, kita akan dapati, takdak pun cara letak tangan macam tu. Jadi, dia mai kot mana tu tuan-tuan?…Yang ada dalam kitab ulama-ulama yang muktabar, ianya terbatas kepada tiga cara sahaja. Antara ketiga-tiga tu, tuan-tuan nak pilih yang mana satu pun boleh. Kalau kita yakin salah satunya datang dari sunnah Nabi saw, insyaAllah boleh dapat pahala. Yang pertamanya, letak tangan bawah pusat macam tabligh dok buat tu. Perbuatan ini berdasarkan kepada satu hadith yang sahih, yang disyarahkan oleh Imam Ahmad bin Hambal rh. Yang keduanya, letak tangan atas dada. Ini juga berdasarkan kepada satu hadith yang disahihkan oleh Sheikh Nasaruddin al-Albani, bekas Prof dalam bidang hadith di Univ Madinah. Dalam hadith tersebut, sahabat ra kata bahwa Nabi bersolat dengan meletakkan tangan di atas dada. Dan cara yang ketiga, walaupun berdasar kepada hadith yang sama, cumanya ulama-ulama dalam mazhab as-Syafie tidak berpegang kepada zahir hadith tersebut sebab perkataan “sodri” yang ada dalam hadith itu difahami merujuk kepada hati manusia. Maka ijtihad para imam-imam dari mazhab as-Syafie mengatakan bahwa tangan hendaklah diletakkan pada hati, iaitu bawah sikit dari dada dan mereng sikit ke kiri. Ini dia 3 cara yang diyakini mengikut sunnah Nabi saw, maknanya selain dari 3 cara ini, ianya bukan sunnah. Jadi, perkara-perkara furu` sepertilah yang kita kena saling rai meraikan di antara satu sama lain.

Tetapi yang tadi tu adalah dalam bab furu`iyah, namun dalam bab yang ada nas qatie, kita sama sekali tidak ada kompromi. Contohnya dalam persoalan hiburan melampau seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idiol, Mentor dan benda-benda yang sealiran dengannya; yang ni semua, kita tak boleh nak bertolak ansur. Sehingga ke hari ini, ana tidak faham, kenapa Akademi Fantasia tidak boleh diharamkan oleh kerajaan Islam hadhari?….Sedangkan prinsip dalam Islam Hadhari ialah untuk mentauhidkan Allah ta`ala, dengan berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah. Tetapi yang peliknya, benda jelas haram seperti ini kita tak boleh buat apa-apa. Sebab apa jadi macam tu?…Sebabnya ialah ada dikalangan “pemikir-pemikir Islam” dalam negara kita yang masih berbeza pendapat dalam perkara-perkara qatie. Inilah yang memeningkan kita. Kalau dalam perkara furu` seperti yang ana mention tadi, itu takpa kalau nak berbeza pendapat pun. Tapi benda hiburan melampau ni memang jelas haramnya, masih nak berbeza pendapat lagi ka?….Sebab itu hari ini kita lihat, budaya cara hidup masyarakat kita dah jadi tonggang langgang habih, dengan adanya benda-benda macam ni.

Kalau tuan-tuan tengok dalam paper, bila ada sahabat-sahabat kita dikalangan pembaca konfront dengan mengkritik secara direct terhadap station-station tv tertentu tentang permasalahan begini; apa yang dijawab oleh pihak yang ada autoriti?…Mereka menjawab bahwa mereka tidak ada pilihan kerana semua yang ada tu adalah kehendak pasaran. Maknanya kalau syarikat penaja kata dia nak buat “benda A”, maka “benda A” tu lah yang akan disiarkan, walaupun “benda A” tu adalah benda tak elok. Sedangkan dalam Islam, kita diajar bahwa walau ramai mana sekalipun nakkan benda tu, tetapi sekiranya benda tu tak elok, maka kita dilarang sama sekali mengikut selera orang ramai ketika itu. Contoh yang sering ana tengok tentang perkara macam ni ialah bilamana ulama dijemput untuk mendoakan sesuatu majlis. Tak kira lah, majlis kawin ka (especially kat hotel tu), majlis sambutan Hari Kemerdekaan ka, Majlis Pelancaran Album terbaru si artis ka dan seumpamanya; sering kali ana tengok depa mengundang seseorang untuk membuka tirai rasmi dengan membaca doa, bertujuan supaya diberi keberkatan dan keselamatan oleh Allah dalam majlis tersebut. Kalau dalam majlis kawin tu, diminta keberkatan untuk pasangan pengantin. Yang kita peliknya, bila masuk waktu Maghrib, surau yang ada kat hotel tu boleh dikira dengan jari saja jamaahnya, sedangkan yang ada dalam majlis tu, ratusan hadirin. Boleh bersangka baik lagi ka macam tu tuan-tuan?…Boleh ka pukoi borong sangka semua yang ada dalam majlis tu, musafir belaka?…Depa semua tu nak buat jamak takhir la kot. Jadi, dalam macam tu punya gaya, agak-agak, boleh ka Allah turunkan keberkatan kepada kedua pasangan pengantin tu?

Sama la juga dengan sambutan Kemerderkaan di balai-rakyat di kampung ana tahun lalu. Depa panggil tok imam masjid, suruh baca doa sebagai pembuka tirai majlis. Sehari sebelum tu, ana dah remind kat tok imam tu, ana kata, “Tok imam, toksah pi lah majlis sambut merdeka kat dewan tu.”…Tok imam tu jawab, “Ish hang ni! Depa jemput aku baca doa, bukannya buat apa pun. Hang tak bagi aku pi tu pasai apa?”…Ana bagitau kat dia, “Pasai depa buat celen karaoke, tok imam. Saya nampak depa dok pasang pa sistem apa semua tadi.”…Tok imam jawab, “Takpa lah. Tu kerja budak-budak. Kita kena campoq masyarakat. Depa jemput, kita pi.”…So, bila tok imam bawa keluaq buah “kena campoq masyarakat”, ana tak terkata apa dah la. Dipendekkan cerita, selang beberapa hari lepas merdeka, ana sembang lagi dengan tok imam tu. Ana tanya, “Camana tok imam?…Best ka majlis kat dewan tu?”…Tok imam dengan muka mencebek, dia kata, “Pirahhhhh! best apa?…depa pekena aku! Ada ka lepaih aku baca doa, makan-makan, lepaih tu depa suruh aku balik?…Hang tau ka pasai apa depa suruh aku balik?…Rupanya betoi macam hang kata hari tu, depa nak nyanyi karaoke rupanya. Hat nak nyanyi tu bukannya bebudak, tapi orang tua nak mampoih dah semua!”…Ana gelak keraih perut. Ini dia tuan-tuan, bila dewan orangramai yang sepatutnya boleh diambil manafaat kegunaannya, tetapi bila puak umno yang conquer, benda yang tak sepatutnya berlaku, dah berlaku. Warga emas yang “rumah kata pi, kuboq kata mari” yang sepatutnya menjadi pengunjung tetap masjid, boleh tergedik-gedik ingin lagi nak beradu suara?….Apa nak jadi ni tuan-tuan?…Kata SM Salim. ]

 

Allahu ta`ala `alam.

kapaiterbang.jpg