Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 3 - Qisas - Fasal 1 - Pembunuhan - Per 104 - 106(3)

Bab Ketiga

Qisas

Fasal Pertama

Pembunuhan

 

Perkara 104: Pukulan yang menyebabkan kematian.

1) Pukulan yang menyebabkan kematian seseorang sebagai pembunuhan yang sengaja (qatlul `amdi) adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

a) Jika pukulan itu di tempat yang boleh mematikan, atau orang yang dipukul itu kecil atau sakit yang biasanya pukulan seperti itu boleh mematikan, atau pukulan yang kuat, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja (qatlul `amdi).

 

[ Qatlul `amdi secara umumnya ialah pembunuhan yang disengajakan apabila suatu pukulan itu dibuat pada tempat yang pada lazimnya boleh mematikan, ataupun kerana menggunakan alat yang boleh membunuh. Ini secara umum. Tetapi kalau kita pergi kepada perbahasan yang lebih jauh, maka kita akan dapati wujudnya perbezaan pendapat dikalangan para ulama Syafi`iyah dengan para ulama Hanafiyah. Para ulama Syafi`iyah berpendapat bahwa apabila digunakan suatu alat walaupun bukannya senjata, tetapi kalau alat itu mampu digunakan sebagai membunuh, maka kes itu boleh dikatogerikan sebagai qatlul `amdi (membunuh yang disengajakan). Manakala pendapat para ulama Hanafiyah pula menyatakan yang dikatakan pembunuhan yang disengajakan itu ialah apabila seseorang itu menggunakan suatu alat yang mengikut adat setempat, biasanya dikenali sebagai senjata. Kalau alat itu tidak dikenali sebagai senjata, maka kes pembunuhan itu masih belum lagi boleh dikatogerikan sebagai qatlul `amdi. Tu dia tuan-tuan. Nampak tak perbezaannya? ]       

 

b) Jika pukulan itu menggunakan tongkat yang ringan, atau batu yang kecil yang hanya sekali pukul, atau dua kali pukul, lalu mati disebabkan pukulan itu, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul syabhil `amdi) kerana pembunuhan itu berlaku di antara sengaja dan tersalah, di mana pukulan itu adalah sengaja, dan pembunuhan itu tidak disengaja dan kematian itu pula adalah secara kebetulan sahaja.

 

[ Qatlul syuhbil `amdi pula ialah satu perlakuan yang sengaja, tapi tanpa niat untuk membunuh. Contohnya seperti seorang guru nak pukul anak muridnya dengan rotan. Niat cikgu tu hanya sekadar untuk memberi pengajaran sahaja. Tapi tiba-tiba dengan satu pukulan sahaja, anak murid itu terus jatuh koma dan selang beberapa hari, dia pun meninggal dunia. Inilah yang dikatakan sebagai membunuh yang menyerupai dengan sengaja. ]

 

2) Pembunuhan yang bukan semata-mata sengaja dan bukan pula semata-mata tersalah yang diistilahkan dalam undang-undang jinayah syar`iyah Pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul syabhil `amdi) tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas pembunuh itu, malah wajib dikenakan ke atasnya Diyat Mughallazah (diyat yang berat) sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 134 (1) perenggan (a) (b) dan (c).  

 

[ Maknanya bukan semua kes bunuh, kena hukum qisas. Ini adalah kerana Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum kita mengenakan sesuatu hukuman kepada penjinayah-penjinayah yang terbabit. Begitu juga dalam suasana peperangan. Bila berlaku peperangan, Islam telah memberikan 4 pilihan kepada pemerintah Islam untuk membuat keputusan terhadap tahanan perang. Maknanya pemerintah Islam boleh pilih salah satu dari 4 option tersebut. Contoh yang boleh kita ambil ialah suasana peperangan di Iraq sekarang. Okay katalah ketika berlakunya suatu pertempuran antara pejuang mujahidin dengan tentera kuffur Amerika, tiba-tiba ada tentera Amerika yang ditawan; maka tentera Amerika itu telah menjadi tawanan perang. Kalau kita buka kitab-kitab yang muktabar, kita akan dapati para ulama telah meletakkan 4 pilihan kepada tentera Islam. Yang pertamanya ialah dikenakan hukuman bunuh ke atas tahanan musuh. Maknanya kita boleh bawa tahanan tersebut ke kem kita, dan kita dibenarkan membunuh tahanan tersebut. Yang keduanya ialah kita boleh jadikan tahanan tersebut sebagai hamba abdi. Sebab itu, kita tak boleh kata ayat-ayat berkenaan hamba abdi dalam Quran sudah tidak relevan. Jangan kata macam tu tuan-tuan. Bukannya apa, saya sebut benda ni sebab ada dah orang kata, "La ni dunia dah maju, mana ada lagi hamba abdi apa semua ni. So dah tak boleh pakai ayat-ayat pasai hamba abdi dalam Quran tu!"...Tu dia tuan-tuan, yang kata muktazilah akhir zaman. Nauzubillah.

Kemudian option yang ketiga pula ialah kita boleh memaaf dan bebaskan dia. Selepas sesi soal-siasat, tiba-tiba kita dapati sekiranya kita bebaskan dia boleh menguntungkan Islam, maka kita dibenar untuk membebaskan dia. Dan akhirnya pilihan keempat ialah menjadikan tahanan perang sebagai tebusan. Kalau Amerika nak balik tahanan tersebut, dia kena bayar kat kita USD 2juta. Ataupun kita tukar-ganti tahanan perang. Kita bebaskan tahanan tersebut dengan syarat, Amerika juga kena bebaskan tentera-tentera Islam yang ditahan Inilah dia hukum yang ditetapkan Islam kepada kita dalam suasana peperangan.

Oleh sebab itu, bila kita tengok suasana perang yang membabitkan pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia hari ini, kita jangan terkejut kalau ada di antara tahanan-tahanan yang kuffur kepada Allah itu dibunuh. Jangan terkejut tuan-tuan sebab kita dah ada hukum berkenaan dengan tahanan perang. Tapi ini berbeza dengan isu Nicholas Berg yang dikatakan disembelih oleh tentera militan Islam. Ianya berbeza sebab Berg bukan tentera, dia seorang awam. Kalau itu benar-benar dilakukan oleh pejuang Islam, maka itu adalah satu kesilapan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Tapi dalam masa yang sama, tuan-tuan juga kena ingat bahwa sekarang ni Amerika dan sekutunya Britain sedang dikutuk oleh seluruh dunia akibat kebiadapan layanan mereka terhadap orang Islam di penjara Abu Gharib. Dalam kekalutan kutukan demi kutukan yang Amerika/Britain terima, tiba-tiba tak semena-mena muncul pula video yang menayangkan 4 orang tentera militan bertopeng membaca satu statement, kemudian menyembelih tahanan di depan merekaTu dia tuan-tuan. Persoalannya apa?...Persoalannya ialah adakah 4 orang yang bertopeng itu benar-benar pejuang Islam?...Ataupun clip video itu hanya helah pihak Amerika untuk neutralize kan isu di Abu Gharib?...Sebab sampai ke hari ini pun, pihak Amerika masih tidak mampu membuktikan bahwa perbuatan itu dilakukan oleh pejuang al-Qaida. Ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Ini dia tuan-tuan. Kita dah masak dengan taktik yahudi ini. Mereka buat suatu isu bertujuan untuk menenggelamkan isu besar yang boleh memalukan mereka. Sebab itu tuan-tuan, kita sebagai orang Islam; kita jangan mudah latah dalam menghadapi isu-isu seumpama ini.

Cuba kita imbas kembali kisah Yvonne Ridley, seorang wanita barat, wartawan akhbar Sunday Express, yang ditahan oleh Taliban. Sebelum ini, semua orang ingat Taliban ni suatu gerakan yang kejam, yang zalim terhadap kaum wanita. Pendekata, semua hat jahat, bubuh atas kepala Taliban. Malah, dikalangan orang Islam sendiri, bila kita tanya Taliban ni apa?...Dia akan membayangkan bahwa Taliban ini suatu kerajaan yang jahat. Ini bertentangan dengan apa yang ditulis oleh Yvonne Ridley, semasa pengalaman dia ketika ditahan Taliban. Yang mengejutkan kita ialah bukan sekadar dia kata bahwa hatinya telah dicuri Taliban, malah dia telah mengambil keputusan yang amat besar, iaitu memeluk agama Islam...Okay kalau kita kata Taliban ini suatu gerakan yang mendiskriminasikan kaum wanita; kenapa pula Yvonne Ridley yang merupakan wartawan wanita barat yang begitu bebas cara berfikirnya, tiba-tiba boleh tertarik dengan Taliban?...Malah dia yang datang dari keluarga yang amat kuat pegangan kristiannya, boleh convert ke ajaran Islam camtu saja.Nampak tak tuan-tuan?...Inilah yang membuktikan kepada kita bahwa apa yang selama ini digembar-gemburkan oleh media terhadap gerakan-gerakan Islam, samada tentang al-Qaida, tentang Taliban dan sebagainya, adalah suatu yang ditokok-tambah bertujuan untuk mengelakkan orang-orang Islam daripada tertarik kepada Harakah Islamiyah. Itu yang sebenarnya. ]                             

 

Perkara 105: Pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`).

1) Ialah perbuatan seseorang yang diharuskan baginya untuk melakukannya yang tidak ditujukannya kepada seseorang yang lain. Misalnya:

a)      Pemburu yang menembak seekor rusa, lalu terkena manusia, maka orang itu pun mati disebabkan tembakan itu.

b)      Seseorang menggali sebuah perigi, lalu terjerumus masuk manusia ke dalam perigi itu, maka orang itu pun mati di dalamnya.

c)      Seseorang memasang jaring atau perangkap di tempat yang tidak dilalui oleh manusia untuk menangkap binatang buruan, lalu tersangkut atau terperangkap manusia di dalam jaring atau perangkap tadi, dan orang itu pun mati di dalamnya. Maka dalam kes ini kesemua orang yang mati dan terbunuh dalam kemalangan yang disebut dalam perenggan (a) (b) dan (c) itu adalah termasuk dalam kes pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) yang tidak boleh dikenakan hukuman qisas ke atas orang yang memasang jaring atau perangkap itu.

 

[ Bila kita sebut pembunuhan yang tersalah, walaupun hukuman qisas tidak dikenakan, tetapi sekiranya berlaku seorang anak tersalah membunuh ayah atau ibunya, maka harta pusaka ayah atau ibunya tadi terhalang. Maknanya, anak tersebut tidak boleh mewarisi harta pusaka daripada ayah atau ibunya yang dia bunuh secara tidak sengaja. ]  

 

2) Termasuk juga dalam kes pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) ialah pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh orang yang bukan mukhallaf (kanak-kanak dan orang gila) misalnya seorang kanak-kanak, atau seorang yang gila memukul atau menetak, atau menembak orang yang lain, lalu orang itu mati disebabkan pukulan, atau tetakan atau tembakan kanak-kanak atau orang gila tadi, maka pembunuhan ini juga adalah termasuk dalam kes pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) yang tidak boleh dikenakan hukuman qisas ke atas kanak-kanak dan orang yang gila itu.

 

Perkara 106: Hukuman pembunuhan dengan sengaja.

1) Dalam nas al-Quran dan hadith Rasulullah saw, hukuman yang wajib dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja (qatlul `amdi) adalah tertakluk ke atasnya empat jenis hukuman:

a)      Qisas atau kemaafan dari warisnya orang yang dibunuh.

b)      Dosa (azab)

c)      Kifarah

d)      Terhalang daripada mewarisi dan menerima wasiat dari orang yang dibunuh, samada pembunuhan itu sengaja, atau tersalah.

 

2) Hukuman qisas atau kemaafan dari waris orang yang dibunuh wajib dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja yang disebutkan dalam perenggan (a) adalah berdalilkan firman-firman Allah Ta`ala dan hadith-hadith Rasulullah saw berikut:

i) Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu orang merdeka dengan orang yang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-Baqarah: 178)

 

[ Daripada ayat di atas, para ulama berpendapat sekiranya berlaku orang yang merdeka bunuh seorang yang berstatus hamba abdi, maka tidak boleh diqisas orang yang merdeka itu. Contohnya, seperti yang kita sebut tentang tawanan perang tadi. Katalah kita pi join mujahidin di Iraq, fight dengan tentera kuffar Amerika. Tembak pi tembak mai, bom sana bom sini, tiba-tiba kita dapat tawan sorang tentera Amerika. Nama dia John. Maknanya, John dah jadi hamba abdi kita. Bila dah habih perang, kita pun bawa balik John ke M`sia. Selang beberapa hari di M`sia, tiba-tiba mai jiran sebelah pi bunuh John tu pulak. Mungkin jiran tu tak dapat control perasaan marahnya terhadap tentera Amerika yang buat aniaya kat pejuang-pejuang Islam di Iraq, lalu dibunuhnya John tadi. Bila berlaku camtu, adakah boleh diqisas jiran tu tadi?...Jawabnya, tak boleh tuan-tuan sebab taraf John adalah hamba abdi, manakala jiran tu pulak seorang yang merdeka. Taraf hamba abdi dalam ajaran Islam adalah separuh daripada orang yang merdeka. Tetapi kalau hamba abdi membunuh orang yang merdeka, maka hamba abdi itu hendaklah dihukum qisas.

Kemudian ayat seterusnya Allah sebut sekiranya si pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa, maka wajib bagi si pembunuh itu membayar diyat kepada keluarga mangsa. Para mufassirin pula menafsirkan ayat hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu dengan sebaik-baiknya dengan maksud diyat daripada si pembunuh itu tidak boleh dibayar secara ansuran, kecuali dengan keizinan daripada keluarga mangsa. Nampak tak tuan-tuan?...Di sini tidak ada campurtangan dari badan kehakiman. Bukannya mahkamah yang buat keputusan. Tetapi keluarga mangsa yang diberi kuasa oleh Allah untuk buat keputusan, samada nak terima secara installment ataupun tidak. Kalau keluarga mangsa kata dia nak cash, maka wajib bagi pembunuh itu membayar secara tunai.

Ini dia tuan-tuan ayat Quran yang menjadi dalil pertama daripada Allah swt untuk menunjukkan kepada kita bahwa hukuman qisas adalah wajib. ]           

 

ii) Firman Allah Ta`ala yang bermaksud: "Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa."  (Surah al-Baqarah: 179)

 

[ Ini dia dalil kedua daripada Allah mewajibkan kita melaksanakan hukum qisas. Allah siap sebut lagi, "Kalau kamu cerdik, maka laksanakanlah hukum qisas sebab ada jaminan kehidupan yang akan Aku beri."...Tu dia tuan-tuan. Jadi bila qisas masih belum dilaksanakan dalam negara kita, ini bermakna golongan legislature yang ada dalam negara kita juga masih kurang cerdik. Ini Allah yang sebut. Depa tak reti nak pikiaq walaupun ada degree berjela-jela. Nampak tak tuan-tuan?...Inilah bahana akibat mencari redha manusia, dengan menolak ke tepi redha Allah. Ayat apa lagi nak kata kat puak ni tuan-tuan kalau jaminan daripada Allah sendiri mereka tolak?

Sebab apa Allah kata dalam hukum qisas itu ada jaminan kehidupan?...Sebabnya ialah dalam ajaran Islam ada keadilan. Tu saja. Ada ka mana-mana sistem ajaran selain Islam yang boleh beri keadilan kepada manusia?...Mana ada tuan-tuan. Yang kata adilnya Islam tu, cuba kita tengok kisah Saidina Ali kw (yang ketika itu Khalifah) mengadu pada hakim minta balik baju besi dia yang diambil oleh seorang yahudi. Walaupun dia seorang Khalifah, dia tetap pi report kat hakim dulu. Ini dia Islam tuan-tuan. Berbeza dengan pemimpin kita sekarang. Tak main la report-report apa semua ni, kira buang masa saja. Dia just kirim salam melalui SB je pun kita dah getaq lutut. Itu zaman la ni. Tapi zaman Khalifah Ali karramallahuwajhah, dia pi jumpa hakim buat aduan. Hakim tu pula bukan jenih ampu sana ampu sini. Dia buat keputusan berdasarkan kepada bukti yang ada ketika itu. Jadi apabila Saidina Ali gagal membuktikan bahwa baju besi itu kepunyaan dia, maka keputusan mahkamah menetapkan baju besi itu milik yahudi tersebut. Ini dia keadilan pemerintahan Islam yang dilaksanakan Saidina Ali kw.

Kita hari ini apabila BA buat petisyen terhadap kerusi Parlimen Kepala Batas, yang boleh kita lihat..hmmm!...setakat buat petisyen je la. Hakim pun takut nak go thru petisyen tersebut. Awat taknya?...Nuuuu...periok nasi dia nak kena jaga jugak. Satgi kalau dia kena tukaq pi daerah ulu mana ka, tak ke haru?...Inilah hasilnya apabila teraju pimpinan negara kita dipegang oleh golongan yang banyak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Akibatnya, keadilan dikesampingkan...Sepatutnya isu yang besar membabitkan Perdana Menteri ini, disiarkan pada muka depan dalam akhbar-akhbar arus perdana. Sebab isu ini adalah isu negara. Liputan media sepatutnya telus. Ni dak. Takdak dalam paper pun.

Tak besar ka isu ni tuan-tuan kalau seorang Perdana Menteri gagal mengemukakan penyata kewangannya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh SPR ketika penamaan calon dalam Pilihanraya umum baru-baru ini?...Berita camni sepatutnya mau ada kat front page, sepertimana berlakunya pemecatan Tun Salleh Abbas dulu. Sebab isu pemecatan Tun Salleh Abbas ketika itu menjadi isu negara. Begitulah juga dengan berita Datuk Seri Anwar Ibrahim hari tu. Semuanya masuk front page. Tapi hari ini kita lihat, isu negara sudah tidak menjadi "isu negara". Ini masalahnya, apabila kita berhadapan dengan golongan yang berkuasa, kita rasa begitu kerdil sekali sebab tidak ada pembelaan secara adil. Sebab itulah para pejuang agama Allah teramat rindu hari ini kepada satu pemerintahan yang adil mengikut acuan kehendak Allah swt. ]            

 

iii) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra yang bermaksud, "Sesiapa yang dibunuh, maka ahli warisnya bolehlah memilih di antara dua perkara (yang difikirkannya seimbang sebagai balasan pembunuhan), samada ia menuntut diyat (pembayaran ganti rugi), atau meminta dikenakan hukuman qisas." (Riwayat al-Jamaah)

 

iv) Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra yang bermaksud, "Pembunuhan yang disengaja wajib dikenakan hukuman qisas, kecuali dimaafkan oleh wali (ahli waris) orang yang dibunuh." (Riwayat Ibn Abi Syaibah dan Ishak bin Rahawih)

 

3) Orang yang membunuh orang-orang yang beriman dengan sengaja hukumnya adalah haram (berdosa) dan balasannya adalah neraka jahannam dan Allah menyediakan ke atas mereka azab siksa di akhirat kelak. Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan sesiapa yang membunuh seseorang mu`min dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahannam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya balasan azab siksa yang besar." (Surah an-Nisaa`: 93) 

 

[ Ayat kat atas ni kalau sapa baca dengan penuh keimanan kepada Allah swt, mesti berdiri bulu roma dia. Sebab apa?...Sebab Allah mention neraka jahanam yang amat-amat menggerunkan dalam ayat ini. Dan daripada ayat ini juga, sebahagian ulama mengatakan bahwa kalau ada orang Islam pi bunuh orang Islam yang lain, maka hukumnya adalah kafir (terbatal syahadah). Sebab yang kata neraka jahanam ni, dia tidak akan dihuni oleh sesiapa pun kecuali orang yang kuffur kepada Allah swt. Cumanya dalam mazhab Imam as-Syafie saja yang kata kalau orang Islam bunuh orang Islam yang lain, tidaklah ia menjadi kuffur, tetapi dia berdosa besar.  

Hari ini tuan-tuan, kita dah tak larat nak dengaq orang Islam kena bunuh. Tiap-tiap hari ada saja. Di Palestin nya lah, di Iraq nya lah dan yang paling terbaru, dekat saja dengan kita, iaitu di Masjid Kerisik, Thailand. Orang Islam dibunuh beramai-ramai begitu sahaja tanpa kita buat apa pun. Kekadang tu, ada pulak kerajaan yang dikatakan Islam, sanggup memberi kerjasama kepada golongan yang membunuh orang-orang Islam secara beramai-ramai. Ini merupakan satu episod yang amat menyedihkan kita. Melalui slot video yang ditayang masa berita tu, kita nampak jenazah-jenazah yang diusung tu semuanya hanya pakai kain pelikat saja. Tak logik rasanya orang yang pakai kain pelikat pi serang tentera Thailand. Kalau kita baca statement dari saudara Irfan Sulong (seorang ahli undangan negeri di sebuah daerah di selatan Thai), dia menyatakan bahwa majoriti orang-orang Islam yang dibunuh itu adalah para remaja belasan tahun. Para remaja ini adalah pelajar-pelajar yang cemerlang baik dari segi akademik maupun akhlak. Maknanya, mereka bukanlah pengganas sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media. Sebenarnya ada cerita lain disebalik kejadian tersebut. Sampai sekarang masih diselubungi misteri. Tapi kalau kita baca sejarah Patani, mungkin sedikit sebanyak kita akan tahu sebabnya. Dulu Patani adalah sebuah kerajaan Islam, yang merangkumi selatan Thai. Tetapi akibat daripada perjanjian Inggeris-Siam pada awal 1900, kita dapati bagaimana kemudiannya dibahagikan kesultanan Melayu Patani ini kepada dua, iaitu sebahagian diambil oleh Inggeris dan sebahagian lagi diserah kepada Siam. Maknanya, umat Islam dijajah.

Sepertimana Acheh, begitulah juga berlaku di Patani. Kerajaan Thai pasti tak akan membebaskan wilayah selatan tersebut. Sebab apa?...Sebab bumi Patani juga antara bumi yang dianugerahkan oleh Allah swt dengan sumber galiannya yang melimpah ruah, ie gas dan petroleum. Ini dia realitinya tuan-tuan. ]       

conceptm52.jpg