Make your own free website on Tripod.com

Bah 1 - Bab 3 - Qisas - Fasal 3 - Per 123 - 124

Qanun Jinayah Syar`iyah

Bahagian 1

Bab 3

Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.

Perkara 123 : Pembunuhan dengan menenggelamkan dan membakar.

1) Pembunuhan dengan menenggelamkan dan membakar ialah mencampakkan dan melontarkan seseorang yang lain ke dalam api atau air yang tidak mungkin seseorang itu terlepas daripada api atau air itu disebabkan api atau air tadi terlalu banyak, atau disebabkan seseorang itu tidak pandai berenang, atau pun pandai tetapi tangannya diikat, atau disebabkan ia masih kanak-kanak. Atau sudah terlalu tua, lalu mereka itu mati dengan sebab dicampakkan atau dilontarkan ke dalam api atau air tadi, maka pembunuhan tersebut adalah pembunuhan yang sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah yang melakukan jinayah tersebut.

[ Pada minggu lalu, telah disiarkan dalam akhbar berlakunya kejadian bunuh seorang gadis di Seberang Prai, P.Pinang. Kita tak payahlah menceritakan tentang latarbelakang si gadis itu sebab dia dah pun mati. Sebagai orang Islam, kita menghormati orang yang mati tanpa mendedahkan keaibannya. Itu tugas kita sebagai orang Islam. Begitulah juga sebagaimana berlakunya kematian ke atas isteri Perdana Menteri M`sia baru-baru ini, kita tetap menghormati beliau walaupun semasa hayatnya, ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengannya. Kita tetap berdoakan supaya Allahyarham diampunkan oleh Allah swt. Namun kalau kita compare upacara pengkebumian Allahyarham isteri PM dengan pengkebumian Almarhum Raja Fahd, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Kalau hari tu selepas pengkebumian Raja Fahd ada seorang paderi kristian boleh convert ke Islam hanya setelah melihat upacara pengkebumian Almarhum yang very simple yang disebut dalam paper negara kita sebagai cara wahabi, namun sehingga ke hari ini, kita masih menunggu mana-mana sami atau paderi masuk Islam selepas tengok upacara pengkebumian Allahyarham isteri PM kita pula?...Mungkin ramai yang bukan Islam akan masuk Islam bila tengok upacara tersebut dengan taburan bunga-bungaan dan jirusan air mawarnya. Ataupun tak ingin depa sebab nampak upacara tu macam serupa saja dengan upacara dalam agama depa.

Berbalik kepada cerita kes pembunuhan gadis tadi, kita agak sedih sebab kejadian seumpama ini masih kerap berlaku walaupun kita dah sebut banyak kali tentang puncanya berlaku kejadian-kejadian seperti ini. Mari kita tengok sekali lagi perkara yang paling teras dalam proses pentarbiyahan anak-anak, khususnya kepada anak perempuan, benda yang paling utama yang sering dilupai oleh manusia masakini ialah soal keluarnya anak dari rumah. Seperti yang diperingatkan dalam sinarfm, "Dimanakah anak-anak anda berada? Adakah anda ibubapa yang prihatin atau anda sekadar tidak ambil peduli?"...Kita makbapak apa tuan-tuan sampai biaq anak pompuan keluaq macam tu saja dengan jantan?...Benda-benda macam ni memang clear menyumbang kepada bencana dan kecelakaan. Kekadang tu bukan sorang jantan saja mai angkut anak pompuan kita, malah ada yang sampai 2-3 jantan. Ini yang membawa kepada cinta bersegi-segi. Berlakunya persaingan di antara mereka sehingga menimbulkan hasad dengki. So sementara anak pompuan kita belum lagi dirogol mahupun dibunuh, tolong ambik perhatian tentang perkara-perkara macam ni. Bukannya apa, kalau dah jadi, tak guna tuan-tuan. Penyesalan tak akan kembalikan nyawa yang dah melayang. ]

2) Dalam kes ini, jika seseorang itu mencampakkan seseorang yang lain ke dalam air yang boleh tenggelam di dalamnya, lalu orang itu mati di dalamnya, maka wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu, kerana penjinayah tadi mencampakkan seseorang ke dalam tempat yang boleh mematikan.

[ Kalau kita ikuti perkembangan selanjutnya tentang kematian gadis tadi, kita akan dilihatkan apa yang dikatakan sebagai takdir dari Allah tu tuan-tuan. Para penjinayah bubuh batu-bata dalam guni plastik yang berisi mayat gadis itu supaya ianya tenggelam. Itu usaha mereka. Namun kalau Allah nak bagi mayat itu tetap ditemui oleh orang lain, maka ia tetap akan ditemui. Para penjinayah itu telah pun berusaha, namun mereka lupa bahwa mereka membuang mayat itu di tempat air yang jernih. Walaupun air di situ agak dalam, tetapi ia masih dapat dilihat oleh para pemancing. Maknanya, usaha oleh para penjinayah itu masih belum cukup sehingga ketentuan telah ditetapkan bahwa mayat itu senang dijumpai. Mungkin para penjinayah itu bertindak dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak sempat melakukan surveying di tempat yang mereka buang mayat tersebut. Akibat sifat negligent inilah, mereka sekarang ditahan oleh pihak berkuasa. Begitulah juga dalam kes Dr Azhari Hussein. Tuan-tuan jangan salah sangka pula, bukan ana nak samakan Dr Azhari dengan penjinayah yang bunuh gadis tadi tu. Yang ana nak sebutnya ialah sifat negligent tu. Cuba kita tengok sejarah orang-orang yang licik pergerakan mereka sehingga sukar untuk dikesan, tetapi mengapa akhirnya mereka tumpas juga?...Tidak ada sebab lain melainkan ada maklumat dari "orang dalam" (refer petikan http://ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=356).  Cuba kita imbas kembali sejarah keruntuhan kerajaan-kerajaan yang hebat yang diperintah oleh orang-orang ternama. Kalau kita baca sejarah, kita akan dapati bahwa semua kejatuhan itu adalah berpunca dari pengkhianatan dari dalam. Kalau tuan-tuan baca sejarah pembunuhan Saidina Umar al-Khatab, Saidina Utsman bin Affan, Saidina Ali kw dan kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam yang lain, tuan-tuan akan menjumpai bahwa ada peranan golongan munafiqun di sebalik peristiwa ini semua. Cuba baca, siapa dalang yang melaga-lagakan Saidina Ali kw dengan Saidatina Aisyah radiallahuanha, kalau bukan golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Saba`. Jadi, inilah yang juga berlaku sehingga membawa kepada serbuan ke atas tempat persembunyian Dr Azhari.

Bila sebut pasai Dr Azhari, ana cukup tak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Paklah yang kata bahwa kematian Dr Azhari adalah sia-sia....Fuhhhh! senangnya penilaian dia. Tapi tiba-tiba keesokan harinya, at front page akhbar The Star, terpampang Paklah dengan bangga shakehand dengan penjinayah paling ganas di dunia, George W Bush, di Busan, Korea. Okay kalau betoi yang terbunuh di tangan polis Indonesia itu ialah Dr Azhari, sekurang-kurangnya beliau telah menunjukkan dengan jelas bahwa kebenciannya kepada Amerika Syarikat. Sedangkan orang yang kata sia-sia kepada Dr Azhari itu masih terhegeh-hegeh menagih persahabatan dengan penjenayah yang membunuh ribuan saudara seIslam kita. Yang mana lebih mulia tuan-tuan, mati kerana kebencian kepada musuh-musuh Allah atau hidup dengan menagih simpati sehingga sanggup memperhambakan diri kepada musuh-musuh Allah?...Di sisi Amerika, Malaysia adalah rakan perdagangan nombor 9 daripada hampir 170 buah negara di seluruh dunia. Manakala di sisi Malaysia, Amerika adalah rakan dagangan nombor 1. Maknanya apa tuan-tuan?..Maknanya, antara Malaysia dan Amerika telah terjalin satu hubungan yang sangat akrab, walaupun semua orang dah tau akan kejahatan yang dilakukan oleh Amerika di atas bumi-bumi orang Islam. Kalau tuan-tuan nak tau jahat mana Amerika di bumi Iraq, ana syorkan tuan-tuan beli vcd-vcd rakaman kuliah-kuliah ust Abdullah al-Iraqi, yang mana beliau menceritakan pengalamannya semasa menjadi tahanan tentera Amerika di Iraq dua tahun yang lalu. Termasuk pendedahan kekejaman-kekejaman yang dilakukan oleh sekutu-sekutu Amerika seperti Brigade Badr dan tentera al-Mahdi dari golongan syiah ke atas masyarakat Sunni Iraq.

Antara yang diceritakan pada ana sebelum raya hari tu bagaimana tahanan-tahanan Islam tidak dibenar solat secara berjemaah. Solat sorang-sorang, boleh. Tempat solat pun hanya atas tanah saja. Sewaktu tengah solat tu pula, macam-macam benda yang Amerika lempar, termasuk lempar taik yang siap pack dalam plastik. Kalau kena hat keraih, boleh tahan lagi. Tapi kalau mai hat cirit, boleh juling biji mata tuan-tuan. Ust Lah Iraqi sebut, hanya sekali saja depa dibenarkan solat berjemaah, itupun time solat Eid al-Fitr. Sekali tu lah juga depa diberi khemah untuk solat. Tapi tengah-tengah dok solat tu, Amerika lepas anjing-anjing pembunuh, masuk ke celah-celah saf, dan menggigit leher mangsa-mangsa sehingga mati. Tu dia yang kata Amerika tu tuan-tuan. Namun jemaah tetap meneruskan solat Eid al-Fitr. Habih saja solat hariraya, apabila tahanan ramai-ramai takbir 3x "Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!", dengaq saja takbir, Amerika jadi phobia. Masing-masing pakat acu hujung rifle ke arah orang Islam yang bertakbir, "I`ll shoot you! I`ll shoot you!"..Mau tak phobia tuan-tuan; Mujahiddin kalau attack, depa akan start dengan takbir!..Ini yang menyebabkan tentera-tentera Amerika amat takut dengan laungan takbir. So sapa yang takut dengan laungan takbir, ana rasa, sama la jugak dengan perangai Amerika. ]

3) Dalam kes ini juga, jika air itu sedikit yang tidak boleh tenggelam di dalamnya, dan orang itu dimakan oleh ikan yang besar dan mati disebabkan dimakan oleh ikan yang besar tadi, maka tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu, malah wajib dikenakan ke atasnya diyat pembunuhan yang serupa dengan pembunuhan yang sengaja, kerana seseorang itu mati disebabkan perbuatan jinayah tadi.

[ Qisas tidak boleh dikenakan sebab bukan si penjinayah itu yang membunuh mangsa, tetapi ada benda lain yang melakukan pembunuhan. ]

4) Jika seseorang yang dicampakkan ke dalam air itu mungkin dapat melepaskan dan menyelamatkan dirinya daripada tenggelam dengan berenang atau bergantung pada kayu yang terapung-apung di atas air itu, lalu ditinggalkan oleh penjinayah tadi orang itu berenang atau bergantung di kayu itu, maka tidak wajib dikenakan ke atas penjinayah itu hukuman qisas, dan tidak wajib juga dikenakan ke atasnya diyat. Maka dalam kes ini, hakim hendaklah mengenakan hukuman ta`zir ke atas penjinayah itu mengikut yang difikirkannya perlu dan patut untuk menghalang dan mencegah supaya perbuatan itu tidak berulang lagi.

5) Tidak wajib juga dikenakan diyat ke atas penjinayah yang melontarkan seseorang ke dalam api yang mungkin seseorang itu dapat melepaskan dirinya daripada api itu, tetapi ia berdiam diri dalam api tadi sehingga ia mati di dalamnya. Maka dalam kes ini, hakim hendaklah mengenakan hukuman ta`zir ke atas penjinayah itu mengikut budi bicara dan kearifannya seimbang dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah tadi.

[ Ada tak orang macam ni tuan-tuan?...Mungkin ada sebab mangsa mungkin panik sehingga tak tau apa nak buat. Namun, belum pernah la lagi dengaq cerita macam ni. Jadi, inilah yang disebut sebagai fekah andaian sebab tak pernah lagi berlaku. Nampak tak tuan-tuan, perkara yang belum berlaku pun, Islam dah sediakan hukum untuknya. Ini yang menunjukkan betapa syumulnya Islam. Walaupun diakui kesyumulannya, namun Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam menganuti agama Islam. Kewajipan kita hanya menyampaikan sahaja risalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw kepada manusia keseluruhannya. Masalah seseorang nak dapat hidayah, bukan masalah kita. Itu kerja Allah.

Tuan-tuan lihatlah sejarah, bagaimana kerajaan-kerajaan Islam agung yang lampau menjaga maslahah umum termasuklah orang bukan Islam yang berada di bawah naungan pemerintahan Islam. Sikit pun Islam tak ganggu soal kebudayaan sesuatu kaum maupun kepercayaan yang mereka anuti. Kristian dan Yahudi melalui waktu kegemilangan mereka sewaktu mereka duduk di bawah naungan pemerintah Islam di zaman Abbasiyah. Walaupun dah sebut amat jelas dalam Quran tentang perancangan masa depan nasrani dan yahudi terhadap umat Islam, namun mereka pada waktu itu, sikit pun tak berani angkat muka. Tetapi hari ini, dengan hanya seorang bukan Islam buat kecoh pasai tak mau pakai tudung pada hari konvonya di UIA, Islam di sekelilingnya tak boleh nak kata apa. Pihak pengurusan UIA pula terpaksa mengikut telunjuk dia. Nampak tak tuan-tuan, orang bukan Islam ni, depa punya berkira sampai tara tu. Bukan disuruh pakai setiap masa pun. Dia hanya diminta patuhi dress-code ketika konvo tu saja. Itu pun dia protes. Sedangkan kita orang Melayu Islam, orang lain buat apa pun takpa. Kerajaan kuffar Singapura tu, macam-macam dajjai dah dia buat kat negara kita, namun, pemimpin kita masih takpa lagi. Dalam isu tambak antara Johor dan Singapura, masih lagi belum selesai tuan-tuan. Negara kita cuba bertegas dengan menyatakan bahwa kita nak buang sebahagian dari tambak yang berada di sebelah Johor, kemudian nak bina jambatan supaya kapal boleh lalu. Singapore mati-mati kata takmau sebab kalau kapal boleh lalu kot bawah jambatan yang M`sia nak bina tu, berkemungkinan Johor akan menjadi saingan kepada pelabuhan Singapura. Tau Singapore kata apa?...Dia kata, "Kalau nak bincang bab tu, kena bagi dulu ruang udara M`sia supaya pesawat kami boleh terbang bebas di ruang udara kamu."...Tak kurang ajaq ka tu tuan-tuan?...Yang kata bangsa kuffar ni, tak pernah kata nak bertolak-ansur dengan kita. Hanya kita yang bagi muka. ]

Perkara 124 : Pembunuhan dengan mencekikkan leher.

1) Pembunuhan dengan mencekik leher seseorang, dan orang yang dicekik tadi mati disebabkan cekikan itu, pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu. Hukuman ini ialah jika biasanya cekikan seperti itu boleh mematikan, dan ia mati disebabkan cekikan itu.

[ Sekali lagi kita tengok pada kes pembunuhan gadis di Seberang Prai tadi. Mengikut pakar forensik yang melakukan post-mortem, mangsa mati kerana dicekik. Jadi kalau ikut hukuman qisas, maka orang yang mencekik mangsa sehingga mati itulah yang dikatakan sebagai pembunuh. Tetapi kalau mangsa masih hidup walaupun dicekik (mungkin dia hanya pengsan ketika dicekik), kemudian dilontar ke dalam sungai, lalu mangsa mati lemas disebabkan air masuk ke dalam paru-parunya, maka dalam kes macam ni, orang yang membunuh adalah orang yang melontar mangsa ke dalam sungai, bukannya orang yang mencekik. Pakar forensik boleh tau samada mangsa mati ketika dicekik atau mati lemas dalam sungai. ]

2) Dalam kes ini, jika seseorang itu mencekik leher seseorang yang lain yang biasanya cekikan seperti itu tidak boleh mematikan, lalu ia mati disebabkan cekikan tadi, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang serupa dengan pembunuhan yang sengaja, kecuali cekikan itu berlaku pada adatnya tidak disangkakan boleh mematikan, maka perbuatan penjinayah itu tidak wajib dikenakan ghaman (ganti rugi), kerana perbuatan itu adalah merupakan sebagai sentuhan sahaja, bukan dianggap sebagai cekikan.

[ Contohnya macam kita melawak dengan kawan-kawan. Saja nak gempaq sorang kawan, kita mai slow-slow kot belakang dia, pastu cekik dia kat tengkok. Bukan cekik kuat-kuat pun, hanya sekadar nak bagi dia terkejut saja. Tapi tiba-tiba, dia kena hurt attack akibat kita gempaq dia tu, lalu mati. Dia mati bukan kerana cekikan kita tapi dia mati akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba. Kes macam ni, pemerintah tidak boleh menjatuhkan hukuman qisas mahupun minta gantirugi dari kita sebab insiden itu berlaku hanya secara kebetulan atas perbuatan kita menyebabkan kawan kita itu meninggal dunia. Bukan sengaja pun. Namun, pemerintah boleh menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas kita untuk dijadikan pengajaran supaya kes seperti itu tidak berulang lagi. ]

3) Jika seseorang itu mencekik leher seseorang yang lain dan ditinggalkannya orang itu merasai kesakitan sehingga ia mati. Maka dalam kes ini, wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah yang melakukan jinayah itu, kerana kematian orang tadi adalah disebabkan cekikan yang dilakukan oleh penjinayah itu.

[ Dalam kes ini, hukuman qisas dijatuhkan sebab si mangsa mati akibat perbuatan secara langsung dari si penjinayah, bukannya mati atas sebab lain. Nampak tak tuan-tuan, begitu detailnya perbahasan tentang undang-undang Islam di dalam buku yang ditulis oleh bekas mufti Sabah, Hj Said Hj Ibrahim ini. Walaupun dah detail, namun masih ada orang yang ragu-ragu tentang perlaksanaan undang-undang Islam. Alasan yang diberi ialah mereka menganggapkan bahwa hudud dan qisas masih ada dalam Quran, dengan tidak diperincikan lagi oleh para ulama. Ini satu tanggapan yang salah tuan-tuan. Buku yang kita mengaji selama ini pun dah cukup detail tentang membahaskan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran dan Sunnah. Cumanya kita memang akui ada perkara-perkara tertentu yang masih memerlukan kepada perincian. Itu pun hanya dari segi teknikalnya sahaja. Akibat dah lama kita tinggalkan perlaksanaan hukum hakam Islam (dah 81 tahun dah pun sejak jatuhnya kerajaan Islam yang terakhir pada tahun 1924) menyebabkan ada sebahagian perkara-perkara furu`iyah yang perlu kepada ijtihad yang baru. Jadi, adakah dengan hanya ada sedikit perselisihan dalam perkara-perkara furu`, menyebabkan undang-undang Islam secara keseluruhan tidak mampu dilaksanakan?...Bukannya apa tuan-tuan, alasan yang diberi tu seolah-olah nampak sepertimana yang omputih sebut, "How to say no without saying no."...Nampak macam mau kepada Islam, tetapi hakikat sebenarnya, dia tak mau kepada Islam. Namun nak sebut direct kata tak mau kepada Islam, dia tak berani. So dia cari alasan-alasan yang nampak macam Islamik untuk melambat-lambatkan perlaksanaan hukum Allah.

Okay tuan-tuan, sekarang semua sedang hangat sembang pasai pilihanraya kecil Dun N12 Pengkalan Pasir di Kelantan. Mai kita ulas sikit. Rasa gatai jari nak taip. Ok macam ni lah tuan-tuan. Memandangkan ketiga-tiga calon adalah saudara seIslam kita, mari kita letak expectation yang perlu kepada ketiga-tiga calon ini untuk mereka tonjolkan supaya dipilih sebagai wakil rakyat. Apabila ketiga-tiganya Islam, sudah pasti sentimen keagamaan memainkan peranan penting. So, expectation yang kita nak letakkan ialah kita nak lihat sejauh mana calon menggunakan agama untuk menegakkan apa yang agamanya suruh dia lakukan. Orang yang terpaksa menggunakan agama untuk menegakkan agamanya, sama sekali tidak sama dengan orang yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadinya. Tuan-tuan fahamkan apa yang ana nak bagitau?...Orang yang menggunakan agama untuk menegakkan agama, apabila dia bercakap, rujukannya ialah al-Quran dan as-Sunnah. Manakala orang yang menggunakan agama kerana kepentingan peribadinya, rujukannya ialah pemimpin tertinggi dalam partinya. Itu pun kalau periok-nasinya dijamin survive. Kalau tak jamin, pemimpin dia pun dia lawan. Contoh yang boleh kita lihat hari ini bagaimana golongan "kaf ro` ya` sin" menggunakan agama untuk kepentingan peribadi (especially kat area pantai timur) ialah ketika mereka memberi bantuan sambil berkempen. Selalunya menjelang pilihanraya ada saja keluarga angkat yang mereka buat, kemudian panggil kameraman, snap foto time depa bagi duit atau hamper dan sebagainya kepada keluarga angkat tu. Tetapi sebelum bagi bantuan, ada syarat yang keluarga tu kena buat, iaitu ketua keluarga kena sign satu surat yang berbunyi, "Wallahi. wabillahi, watallahi. Saya menerima bantuan ini. Namun sekiranya saya masih memangkah pembangkang, laknat Allah ke atas saya."...Ni dia yang kata umno tu tuan-tuan, yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dia Tuan-tuan nilai sendiri, adakah bantuan macam ni boleh dikatakan ikhlas?

Kelantan hari ini dengan Kelantan sebelum pentadbiran Pas jauh beza tuan-tuan. Cuba lihat, negeri mana yang mewajibkan pekerja-pekerja wanita Islamnya pakai tudung?...Jawabnya ialah Kelantan saja. Cumanya, biasalah tuan-tuan kalau ada 2-3 kerat yang nakal, pakai tudung pun lebih kurang saja. Itu biasa la. Kewajipan pemerintah hanya berkeupayaan setakat menyuruh pakai tudung, soal individu tu nak pakai lebih kurang, itu terpulang kepada individu tu sendiri. Cuba lihat temasya pantai di Bachok. Berpuluh-puluh gerai ada kat situ. Bila masuk waktu solat, akan ada sorang penguat-kuasa dengan menggunakan pembesar-suara, dia akan bagitau kepada orangramai bahwa waktu solat dah masuk dan dia akan menganjurkan supaya semua pakat pi sembahyang dulu. Ada ka ekspo di tempat-tempat selain di Kelantan buat macam tu?...Mana ada. Ini dia tuan-tuan yang kata pemimpin yang menggunakan agama untuk menegakkan agama. Jadi, adakah patut orang yang juga mengaku Islam mengambil kaedah sumpah meminta laknat Allah dengan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan seperti ini?...Kita harap tuan-tuan jangan jadi macam golongan ini, sebab kaedah yang digunakan itu merupakan satu contoh pengkhianatan kepada satu kerajaan yang ingin merealisasikan keIslaman dalam masyarakat. ]

4) Jika seseorang yang dicekikan itu bernafas selepas dicekikkan tadi, dan selepas itu ia pun sihat, kemudian ia mati, maka dalam kes ini tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjinayah itu, kerana zahirnya seseorang tadi mati bukanlah disebabkan cekikan itu.

[ Contohnya cuba lihat dalam kes kewafatan Nabi saw yang menjadi ikhtilaf dikalangan para ulama` sirah. Kalau baca dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum, ulama` yang menulis kitab itu membuat kesimpulan bahwa Nabi saw wafat adalah kerana kesan racun yang pernah diberi oleh wanita Yahudi di Khaibar. Ini berdalilkan, dalam suatu riwayat yang sahih ketika Nabi nak wafat di atas ribaan Saidatina Aisyah ra, Nabi sempat berkata bahwa baginda masih merasai racun Khaibar. Namun kalau baca kitab-kitab sirah yang lain, ramai ulama` tidak membuat kesimpulan seperti yang ulama kitab ar-Rahiq al-Makhtum lakukan, sebab selepas Nabi diracun dalam peristiwa di Khaibar, baginda kembali sihat. Jadi, ulama-ulama yang lainnya mengambil kaedah seperti yang disebut dalam perenggan di atas ini. ]

Allahu`alam.

27/11/05

att00010.jpg