Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 6 - Murtad - Per 90 - 91

Qanun Jinayah Syar`iyah

FASAL 6.

MURTAD

Perkara 90: Orang yang dianggap murtad.

1) Seseorang Islam tidak dianggap melakukan kesalahan murtad, kecuali dengan adanya dua perkara berikut: i) Keluar dari agama Islam (meninggalkan agama Islam), iaitu mereka tidak mempercayai lagi kebenaran agama Islam, samada melalui iktikad (kepercayaan), atau melalui perbuatan, atau melalui perkataan sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 85 perenggan (a) (b) dan (c).

[ Baru-baru ni selepas ana send posting "Qanun Jinayah Syar`iyah - Per 88-89", ada sorang hamba Allah respon kata dia hanya pegang Surah al-Fatihah sahaja. Lepas tu dengan bongkaknya dia kata bahwa surah-surah hat lain tu dia tak mau pakai. Terkejut ana. Nak kata apa kat orang macam ni tuan-tuan?...Ana kata kat dia, "Nasib baik kita di alam cyber. Kalau hang betoi-betoi ada depan aku, sah kambe32 nanti sampai kat hang!"...Ana bukan boleh dengan ungkapan camni. Marah sungguh ana. Inilah dia puak muktazilah akhir zaman, hat guna logik akai saja. ]

ii) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan atau mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran, dan mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang dikeluarkan itu membawa kekufuran dan murtad.

[ Contohnya macam hamba Allah yang ana mention kat atas tadi. Kalau memang dia dengan sengaja mengeluarkan ucapan-ucapan tersebut, maka ucapannya itu boleh membawa kepada kemurtadan. ]

2) Sesiapa yang melakukan suatu perbuatan atau mengeluarkan sesuatu perkataan yang membawa kepada kekufuran, dan ia tidak tahu maksud perbuatan dan perkataannya itu tidak boleh dihukumkan kafir dan murtad, dan tidak boleh pula dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang diperuntukan dalam perkara 91 (1).

[ Kalaulah kita dapat tangkap seorang yang melakukan sesuatu perbuatan yang clear kita nampak perbuatannya itu merupakan satu perbuatan yang boleh dihukum di bawah kesalahan murtad, eg seperti mengeluarkan ucapan mempertikaikan hukum Islam atau mempertikaikan poligami Rasululah saw; maka perkara pertama yang mesti pihak pemerintah lakukan ialah suruh dia bertaubat dulu. Kena clarify dulu. Tanya dia betoi-betoi, "Apa sebenarnya maksud disebalik perkataan kamu itu?"...Kalau sah dia keluarkan perkataan itu dengan niat boleh membatalkan syahadah, maka first sekali, kita kena perjelaskan dulu kepada orang ini bahwa ucapannya itu adalah satu ucapan yang membatalkan syahadah. Maknanya kita kena bagi dia sedar dulu. Lepas tu baru kita suruh dia bertaubat kepada Allah swt. Tapi kalau dia kata dia memang tahu bahwa ucapannya itu boleh membatalkan syahadah dan dia tetap enggan juga bertaubat setelah diberi beberapa hari peluang supaya dia berfikir, maka hendaklah dia dihukum pancung.

So Islam ni tuan-tuan, bukan makna orang tu kata dia murtad, terus saja kita pancung. Islam bukan macam tu. Contohnya macam kita bahas dalam kes mencuri hari tu. Bila sorang tu mencuri, bukan boleh kita terus potong tangan dia lagu tu saja. Bukan camtu. Ada beberapa perkara pihak berkuasa kena siasat dulu. Seperti banyak mana benda yang dia curi tu?...Barang curi tu ada kat mana?...Bagaimana kecurian itu dilakukan?...Bagaimana pula dengan saksi?...Inilah dia antara beberapa syarat-syarat tertentu yang mesti pihak berkuasa penuhi sebelum dilaksanakan hukuman hudud potong tangan ke atas si pencuri tersebut. Begitulah juga dalam kes bunuh. Adakah pihak berkuasa akan melaksanakan hukum bunuh balas ke atas si pembunuh secara serta merta?...Mana boleh tuan-tuan. Dia kenalah melalui beberapa procedure yang telah ditetapkan oleh Allah dan sunnah Rasulullah saw dulu.

Bila sebut kes bunuh, berita paling hangat diperkatakan sekarang ni ialah kes pembunuhan Norrita, seorang executive di Sri Hartamas, KL. Mangsa ialah seorang peragawati sambilan. Tuan-tuan sekelian, walaupun Datuk Seri Shahidan Kasim kata tak payahlah dipanjangkan berita kematian si mangsa, tapi kalau sekadar nak ambil pengajaran, ana rasa, takpa. Apa pengajaran yang kita dapat daripada kes bunuh ni tuan-tuan?...Inilah dia yang kita katakan bahwa kalau tiba masanya Allah swt nak buka aib seseorang, maka on the spot Allah akan bukan keaibannya. Takdak sapa boleh halang dah. Makbapak mana boleh sangka, anak dia boleh jadi lagu tu?...Raya baru ni, makbapak dia mungkin rasa anak dia baik sebab balik kampung bawa macam-macam hadiah, ngan baju rayalah, ngan duit raya lah. Tapi sapa sangka bila berlakunya pembunuhan, maka seolah-olah dibongkar segala keaiban si mati?...Cukup memalukan. Sebab itu kita sebagai orang yang mengaku Islam, wajib kepada kita taat kepada hukum Allah. Sebab apa?...Sebabnya disamping kita nak selamatkan maruah kita di akhirat, maruah di dunia pun kena jaga juga. Tak aib ke mati camtu tuan-tuan?...Dah la jumpa dalam keadaaan bogel, kemudian diceritakan pula terjumpanya tisu-tisu yang berlumuran dengan airmani; sehingga diandaikan bahwa samada dia dirogol sebelum dibunuh, ataupun dia berzina dengan lelaki pertama, kemudian datang lelaki kedua yang membunuh dia selepas berlaku persetubuhan dengan lelaki pertama. Ini semua cerita yang mengaibkan. Ana pasti makbapak mana pun tak tertanggung keaiban sebegini rupa. Tambahan pula diceritakan lagi bagaimana dia ada begitu ramai boyfriend. Siapa saja namanya disimpan dalam handset si mangsa, pakat semua sekali kena siasat. Dan pihak polis telah mengesahkan bahwa semua penama dalam handset tu adalah kesemua teman lelakinya yang pernah buat hubungan jenis dengan dia. Nasib baik nama kita takdak. Kalau tidak, takke naya tu. Sebenarnya ana tak berminat nak cerita lebih detail sebab si mangsa telah pun mati. Tapi sekadar nak timbulkan kesedaran, dia kena cerita juga. Kita kena ingat, bahwa bila tiba kematian kita, kalau Allah swt nak bongkar keaiban kita, Allah swt boleh buat punya dengan cara yang Dia mahu dan tidak ada siapa boleh menjangkakan cara mana Dia nak mengaibkan kita. Ni belum lagi cerita kat Padang Mahsyar. Ni belum lagi cerita kat negeri akhirat. Ni baru cerita atas dunia tuan-tuan sekelian!...Sebab itu kita sebagai orang Islam, dengan Allah ta`ala kena wajib patuh, dengan Rasulullah saw juga wajib patuh dan begitulah juga dengan makbapak kita wajib taat sebab nak jaga nama baik depa.

Bila sebut tentang taat kepada ibubapa, cuba tuan-tuan buka kitab Bahrul Mazi, yakni kitab himpunan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi. Di dalam kitab ini, ada mengisahkan berlakunya perbezaan pendapat antara Saidina Umar al-Khatab dengan anaknya Abdullah bin Umar (Ibn Umar ra). Dalam peristiwa itu menceritakan bahwa Ibn Umar mempunyai seorang isteri yang amat-amat dikasihinya. Malangnya Saidina Umar ra pula tidak suka kepada menantunya itu. Lalu terjadilah dilemma pada Ibn Umar apabila ayahnya suruh dia menceraikan isteri kesayangannya itu. Bila berlaku keadaan macam ni, Ibn Umar pun pergi berjumpa dengan Rasulullah saw. Dia pun mengadu halnya kepada Rasulullah kerana dia amat sayangkan isterinya. Tapi tuan-tuan tau apa jawapan Nabi saw kepada Ibn Umar?...Nabi kata, "Wajib ke atas kamu menceraikan isteri kamu."...Nampak tak tuan-tuan point ana?...Apa yang ana nak bagitau ialah inilah dia tingginya makam makbapak di sisi anak. Tapi jangan terkeliru pula. Kalau kita tengok pula kepada ulasan penulis kitab ini (Sheikh Idris al-Marbawi), dia mengatakan bahwa kalau berlakunya kes macam ni, jangan si suami terus menceraikan isterinya. Jangan jadi betoi bendoi camtu. Si suami kenalah menggunakan kebijaksaannya dalam nak cari jalan macamana nak settle problem antara makbapak dia dengan isterinya itu. Kalau perlu buat helah, buatlah helah dulu. Contohnya, katalah mak/ayah kita tak suka kat isteri kita tu sebab dia tak suka masak. Setiap kali mak dan pak mentua datang, tak pernah sekali pun menantu hidang masakannya. Jadi makbapa kita naik fedup ngan perangai menantu depa tu. Lalu bila parent kita suggest suruh kita ceraikan isteri kita tu, maka time tu, kita tak boleh ceraikan isteri kita lagi. Kita kena cari helah dulu macamana nak selamatkan rumahtangga kita. Kita kena tahu apa punca masalah tu dulu. Bila kita tahu puncanya sebab isteri kita malas masak, lalu bila next month makbapak kita nak

datang, kita mau plan siap-siap. Kalau depa nak mai tengahari satni, awai-awai kita keluar pi cari nasi beriyani apa ka. Lepas tu pakat ngan isteri kita pula, kata kat dia, "Dah u malas masak, satgi bila mak dan bapak i mai, u kena mengaku kata u yang masak semua ni. Ok?..Abang dah beli semua ni."...Bila makbapak kita mai, tengok-tengok, tu dia baguihnya terhidang. Mak kita tanya, "Eh!...beli kat mana ni?"...Selambe je kita jawab, "Beli apa mak. Semua ni menantu mak la masak."...Kita kelentong mak kita. Berdosa tak kita kelentong macam tu?...Tak berdosa tuan-tuan, sebab itulah helah yang dianjurkan oleh Islam untuk mendamaikan antara makbapak kita dengan isteri kita. Ini usaha kita tuan-tuan. Tapi katalah (buat andaian ja), kita dah usaha macam-macam cara untuk damaikan keadaan tadi, habis dah ikhtiar kita, tiba-tiba tak selesai juga masalah tersebut; maka pada masa itu bagi si anak yang ingin mencari kelebihan di sisi Allah ta`ala, hendaklah lebih baik mengikut kehendak makbapak dia dengan menceraikan si isteri. Nak ceritanya, inilah dia darjat makbapak di sisi anak. Jadi kita sebagai anak yang soleh, jangan sekali-kali lari daripada ketaatan kepada ibubapa kita.

Dulu kan tok-tok guru kita banyak kali cerita kisah tentang macamana 3 orang pemuda terperangkap dalam gua batu, pernah dengar kan?...Dalam usaha mereka nak melepaskan diri, mereka menggunakan kaedah bertawassul dengan ibadah yang pernah mereka lakukan. Mereka sebut amal soleh yang pernah mereka lakukan untuk memohon pertolongan daripada Allah. Nak dipendekkan cerita, salah seorang daripada mereka telah bertawassul dengan ketaatan terhadap ibunya. Ceritanya macam ni. Satu hari tu, ibu pemuda ni minta dia pi cari air susu. Lalu dia pun pi la cari, dan kemudiannya bila dia balik, tengok-tengok, ibu dia sedang nyenyak tidur. Nak kejutkan, takut ibu dia terkejut pula. Nak tinggalkan saja susu tu di tepi ibunya, takut satgi ibu dia tertanya-tanya pula mana susu yang dia pesan tadi. Jadi si anak ni jadi serba salah. Akhirnya dia buat keputusan untuk pegang saja susu itu di sisi ibunya, dan tunggu sehingga ibunya bangun dari tidur. Nampak tak tuan-tuan, macamana contoh seorang anak yang memuliakan ibunya. Dia sanggup tunggu, tak mau bagi mak dia kecik hati. Jadi tawassaul pemuda ini telah diterima oleh Allah swt sehingga melepaskan dia daripada terperangkap dalam gua batu. Ini dia nak ceritanya ketinggian makam seorang ibu di sisi seorang anak yang soleh. ]

3) Untuk menghukumkan seseorang Islam itu menjadi murtad bukan hanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan, atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa kepada kekufuran sahaja tetapi mestilah juga disertai dengan niat di hati untuk menjadi kafir.

[ Katalah seseorang itu menghina sunnah Rasulullah, tapi dia tak bermaksud nak menghina, maka dia tidak dihukum kafir. Contohnya katalah kita sound kat sorang kawan pasai dia tak potong kuku. Kita kata kat dia, "Potong la kuku tu, dah panjang dah tu. Potong kuku kan sunnah Nabi?"...Dia jawab, "Biaq pi lah sunnah Nabi pun. Aku tak mau potong jugak!"...Walaupun kata-kata kawan kita itu boleh membatalkan syahadah, tetapi jahil punya pasal, dia dimaafkan. Kemudian bila kita inform dia, bagitau yang kata-katanya itu boleh membatalkan syahadah, maka dia tidak boleh lagi mengulangi ucapan tersebut. Sebab itu, dalam bab sunnah Rasulullah, kalau kita tak mau buat, jangan dok cakap banyak. Dok diam sudah. Bukannya apa, takut satgi bila kita buka mulut cakap bukan-bukan, dibimbangi boleh memrosakkan aqidah di sisi Allah swt...nauzubillah.

Bila sebut pasal sunnah Nabi saw, teringat ana dengan peel orang melayu kita semasa sambut Eidul Fitr baru-baru ni. Sebenarnya banyak sunnah Nabi yang boleh orang melayu kita buat tapi tak nak pula dibuatnya. Yang ghairah sangat nak buat, hat bukan sunnah pula, sampai tungkus lumus nak buat juga. Pagi-pagi raya tiap-tiap tahun, seolah-olah sudah menjadi trend, mesti pergi ke kubur. Apakah itu sunnah Nabi saw?...Sebenarnya Nabi tak ajar pun suruh kita buat camtu. Hariraya Nabi kata, hari untuk bergembira; jadi pergi bersedih kat tanah perkuburan tu buat apa. 365 hari Allah bagi dalam setahun, tak pernah pun hang jenguk kuboq bapak hang, tiba-tiba mai ja hariraya, dandan nak pi?...Penuh orang atas tanah perkuburan pagi-pagi raya tu, seolah-olah jadi macam pesta pula.

Okay balik kepada perbincangan kita. Maknanya kalau kita tidak tahu akibat daripada perkataan kita itu boleh membatalkan syahadah, maka syahadah masih tak batal lagi. Kecualilah kalau kita memang berniat sedemikian. Tuan-tuan tengok tak baru-baru ni ada satu forum di tv, yang menampilkan dua orang ahli panel?...Yang pertamanya Datuk Zaid Ibrahim, dan yang keduanya Prof Mahmud Zuhdi. Antara yang ana ingat semasa pengerusi forum tu tanya kat Zaid Ibrahim, "Kenapa Datuk nak bawa hudud T`ganu ke mahkamah?"...Dia kata, "Saya mencabar undang-undang hudud kerajaan negeri T`ganu sebab itu bukan undang-undang Islam!"...Tu dia tuan-tuan. Mai kita nak tanya pulak kat Datuk tu, "Penal code yang dok amalkan sekarang ni dalam negara kita, adakah ianya undang-undang Islam?"...Adakah hukuman gantung sampai mati di tali gantung kepada pesalah-pesalah membunuh di bawah sesyen 302 Kanun keseksaan itu undang-undang Islam?...Tak juga. Ianya bukan undang-undang Islam, malah jelas bertentangan dengan hukuman yang diajar daripada Nabi saw. Nabi ajar hukum bunuh ialah dengan kaedah pancung, bukannya dengan tali gantung. Jadi hukuman gantung sampai mati ni kita ambik daripada mana?...Daripada undang-undang barat tuan-tuan. So dah tau itu semua daripada barat, tapi pasai apa Datuk tak cabar undang-undang penal code kanun keseksaan tu?...Nampak tak tuan-tuan, macamana kita boleh pertikai keikhlasan Datuk Zaid Ibrahim dalam hal ini. Sebenarnya, bukan pasai apa tuan-tuan. Inilah satu usaha yang dibuat semata-mata kerana politik, bukannya kerana dia jujur nak menegakkan agama Islam. Sebab tu tuan-tuan kita nak bagitau, apa saja perbuatan kita, make sure jangan sekali-kali menjadi penghalang kepada tidak terlaksananya Islam di atas mukabumi Allah swt ini. Kita serahkan saja urusan Datuk ini kepada Allah. Kalau dia berniat untuk menentang undang-undang Allah, maka wajar dia dihukum. Tapi kalau dia tidak sengajakan, kita sebagai hamba Allah hanya boleh berdoa supaya Allah ampunkan dosa dia. Tu saja. ]

Perkara 91: Hukuman yang dikenakan ke atas orang yang murtad.

1) Seseorang Islam yang telah murtad (keluar dari agama Islam) wajib dibunuh tanpa perbezaan, samada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra: "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari. Sabulus Salam:3/265)

2) Mereka yang telah sabit kesalahan murtad dalam mahkamah sebelum dihukum bunuh hendaklah disuruh bertaubat dan diberi tempoh kepada mereka itu untuk bertaubat dalam masa tiga hari. Jika mereka enggan bertaubat, maka mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukum bunuh ke atasnya. Peraturan ini adalah merujuk teguran Saidina Umar terhadap Abu Musa al-Asy`ari kerana membunuh seorang yang murtad tanpa diminta bertaubat lebih dahulu. Katanya: "Kenapakah kamu tidak mengurungnya dalam rumah selama tiga hari, dan kamu beri makan roti kepadanya tiap-tiap hari mudah-mudahan ia bertaubat. Kemudian Saidina Umar berkata: Ya Allah! sesungguhnya aku tidak hadir (ketika pembunuhan itu) dan aku tidak menyuruh bunuh dan aku tidak redha pembunuhan itu dilakukan." (Riwayat Malik dalam Muwatto`, Syafi`e dan Baihaqi.)

[ Tuan-tuan kenai ka sapa dia Abu Musa al-Asy`ari?...Bukan calang-calang sahabat ni tuan-tuan. Kalau kita baca sejarah macamana munculnya istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka kita akan tahu siapa dia Abu Musa al-Asy`ari ini. Tapi kalau kita tengok perenggan di atas, walaupun Abu Musa al-Asy`ari ini hebat ilmunya, kita lihat macamana ianya telah melakukan satu kesilapan sehingga ditegur oleh Saidina Umar al-Khatab. Maknanya apa tuan-tuan?...Maknanya, dalam melaksanakan undang-undang Islam, adakalanya pemimpin-pemimpin Islam yang jujur sekalipun (eg Abu Musa al-Asy`ari), dia boleh buat kesilapan. Seorang yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam sejarah perkembangan Islam seperti Abu Musa al-Asy`ari ini pun boleh buat kesilapan, apatah lagi kerajaan negeri T`ganu yang baru mula nak start balik undang-undang Islam?...Jadi kita nak heran apa kalau draf hudud yang dikemukakan kerajaan negeri T`ganu itu banyak orang komplen. Kebanyakan respon yang diterima, depa kata hudud apa kalau ada pindaan. Padahal pindaan tu pun kita buat kerana memenuhi kritikan orangramai. Kita cuba sedaya upaya untuk sesuaikan dengan keadaan. Ada sahabat kritik pasai apa hudud negeri K`tan ada 7 (start daripada zina - bughah), tapi hudud negeri T`ganu ada 6 saja (tak termasuk bughah)?...Nampak tak tuan-tuan perangai manusia?...Buat 7 pun salah, buat 6 pun salah. Sahabat kita ni tak faham sebenarnya. Kita boleh buat pindaan sebab adanya khilaf dalam hal ni terutamanya dalam perbahasan 4 mazhab. Jadi bila ada perbezaan pendapat macam ni, maka sepatutnya kita kena buat dulu undang-undang Islam, kemudian kalau mana-mana yang tak puashati rasa qaul ini tidak begitu rojih dan sebagainya, kita boleh adakan perbahasan macamana nak perbaiki undang-undang Islam yang ada ni.

Alaaah macam mula-mula kita sembahyang la tuan-tuan. Sapa dikalangan kita yakin 1st time masa dia dirikan sembahyang dulu tu, yakin perfect 100%?...Mana ada tuan-tuan. Kali pertama dirikan sembahyang, gerenti tak betul punya. Begitu juga dengan puasa. Sapa 1st time puasa, dia boleh buat 30 hari straight perfect?...Mana ada tuan-tuan. Jadi pendekatanya, sapa saja yang pertama kali buat ibadat, mesti ada cacat celanya. Pasai apa ada cacat cela?...Salah satu sebabnya ialah tidak ada training, betoi tak tuan-tuan?...Macam bolasepak juga la tuan-tuan. Baru-baru ni sapa tengok David Beckham score gol melalui freekick (lupa lak Real Madrid lawan ngan team mana)?...Bola tu pi inswinger masuk betul-betul di penjuru gol, cukup cantik tuan-tuan. Jangan tuan-tuan ingat ini ulasan bolasepak pula. Saja nak ceritanya untuk kita buat perbandingan dalam masalah buat ibadat dan masalah hukum agama ni, dia kena buat dulu baru kita boleh nampak cacat celanya. Okay berbalik pada gol cantik David Beckham tadi. Bila gol tu masuk, tuan-tuan tau pengulas perlawanan tu kata apa?...Dia kata, "Dalam satu hari, David Beckham memperuntukkan 1-2 jam training hanya untuk mengambil sepakan percuma."...Tu dia tuan-tuan training David Beckham. Sebab tu kita cukup seronok tengok orang putih main bola. Depa training betul-betul. Lain ngan orang melayu main bola. Orang melayu tendang bola, kita tengok macam tak makan ja. Tak syok kita nak tonton. Tapi kalau barat main bola, hebat kita nampak. Pasai apa?...Pasai training dia tu. Tu pun banyak bola yang tersasar. Tapi kalau masuk, fuhhhh!...gerenti cantik nye masuk.

Sebut pasai training ni, mai ana nak tanya, "Berapa ramai tok khatib kita training dulu sebelum berkhutbah atas mimbar?"...Bukan pasai apa; kita tengok ramai tok khatib hanya baca khutbah, bukannya berkhutbah. Kadang-kadang tu dalam dok baca text tu pun, text dok ada depan muka; itu pun boleh silap lagi baca ayat Quran. Entah apa-apa, tonggang langgang baris atas baris bawah. Pasai apa masalah macam ni timbul?...Pasai tak training la tu. Tuan-tuan biasa tengok tak TG Hj Abdul Hadi Awang berkhutbah di Rusila?...Tuan-tuan boleh pi dengar sendiri kuliyah dia setiap pagi Jumaat dalam pukoi 10am, dan kemudiannya sambung tengahari dengan khutbah Jumaat pula. Orang yang datang dengaq ni, jangan cerita la tuan-tuan. Ramai sampai jalan jamned. Bukan kata orang T`ganu saja pi dengaq, malah daripada luar T`ganu pun mai juga. Pasai apa sebegitu ramai orang nak dengar dia khutbah?...Adakah dia naik-naik mimbar, hayun camtu je tanpa training dulu?...Dak tuan-tuan. Sebenarnya, beliau juga berlatih. Ada orang kampung Rusila sendiri bagitau kat kami; nu time TG umur awal 30an dulu (tahun 80an), dia suka pegi naik bot nelayan sorang-sorang ke tengah laut, kemudian dia berpidato deraih-deraih sorang-sorang kat sana. Tu dia aih!...TG training kat tengah laut nu. Sebab tu, no wonder la, dia boleh berkhutbah, berceramah dengan baik. Jadi pointnya apa tuan-tuan?...Pointnya ialah sebelum kita buat apa pun, make sure kita training dulu. Bila kita commited dengan training, hasil gerak kerja kita pasti memuaskan. ]

3) Peraturan syara` yang dikuatkuasakan dalam mahkamah bahwa seseorang yang telah sabit kesalahan murtad sebelum mereka dihukum bunuh disuruh bertaubat adalah merujuk hadith Nabi saw yang diriwayatkan daripada Jabir ra mengenai kes seorang perempuan bernama Ummi Marwan telah murtad. Kes ini telah disampaikan kepada Nabi saw, lalu baginda memerintahkan supaya perempuan itu bertaubat. Jika ia enggan bertaubat maka ia bolehlah dibunuh.

[ Inilah dalil menunjukkan bahwa pesalah murtad hendaklah kita tahan dia dulu. Bagi kaunseling, suruh dia bertaubat. Kalau selepas 3 hari pun dia masih berdegil tak mau bertaubat, maka darahnya halal untuk dihukum bunuh. Ini dia undang-undang Islam. ]

Wallahu ta`ala `alam.

altezza_05.jpg