Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 4 - Sariqah - Per 72

Perkara 72: Hukuman hudud yang wajib dikenakan ke atas pencuri.

1) Mengikut peruntukan hukum syara` yang dikuatkuasakan dalam qanun jinayah syar`iyah, orang yang boleh didakwa di bawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah: (i) orang yang berakal, (ii) orang yang baligh, (iii) dengan kemahuan sendiri.

[ Bila kita kata berakal dan baligh, ia bermaksud "mukhallaf". Jadi mukhallaf ialah orang yang siuman dan mencapai age of maturity. Sekiranya pencuri itu menepati ketiga-tiga syarat di atas, maka dia wajib dikenakan hukuman hudud. ]

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak, atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukum hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang lain secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Diangkat kalam (tidak dikira berdosa) daripada 3 golongan manusia, iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia bermimpi keluar air mani (baligh), dan orang gila hingga ia berakal (siuman). (Riwayat Ahmad dan ashabus Sunan dan Hakim).

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika ia tidak mahu mencuri. Maka dalam kes ini pencuri itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah berhujjah hadith Rasulullah saw yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah dan terlupa, dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan. ( Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dan lain daripda keduanya.)

[ Daripada hadith di atas, sekiranya sesiapa melakukan kesalahan dalam keadaan tersilap, Allah ampun dosa dia. Dia dah belajar tapi masih lagi melakukan kesilapan, orang macam ni dosanya diampunkan oleh Allah swt. Contohnya seperti orang yang salah sebutannya ketika membaca Fatihah, sedangkan dia masih lagi belajar untuk baca Fatihah dengan betul, maka setiap kali dia baca Fatihah dalam keadaan yang tidak betul, dosanya diampun oleh Allah swt. Tapi bagi sesiapa yang sembahyang baca Fatihah tidak betul dan dia tidak mahu belajar untuk memperbetulkan Fatihah dia, maka orang macam ni dikira berdosa kepada Allah swt.

Bila bercakap pasai sembahyang ni, sebenarnya kalau ikut umur saya (30an) sepatutnya lama dah habih mengaji bab sembahyang ni. Tapi sampai ke hari ini, kalau duduk dalam kuliah, pasti akan dengar benda baru dalam bab sembahyang. Sebab apa jadi lagu ni?...Sebab walaupun banyak kitab yang dah mengaji, tapi nak cari tok guru yang boleh ajar perfect bab sembahyang ni, takdak. Ni yang problem sebab kefahaman bergantung pada guru yang mengajar. Kekadang tu setengah guru, bila dia nak cepat, dia tak hurai banyak. Jadi macamana anak murid nak faham?...Di sinilah memerlukan inisiatif sendiri untuk ulang-ulang belajar. InsyaAllah sekiranya berulang-ulang kali kita mengaji, akan dapatlah benda yang sebelum ini kita tak tahu.

Okay sekiranya kita sentiasa dalam proses pengajian, tiba-tiba kita buat salah juga walaupun dalam perkara asasi (mungkin tak jumpa lagi bab tu), maka InsyaAllah kita diampunkan oleh Allah swt. Pasai apa?...Sebab kita sebagai hamba Allah, memang tidak ada kemampuan. Syaratnya, kita kena ada usaha. Kalau kita buat salah tapi takdak usaha langsung untuk memperbaiki kesalahan tu, maka kesalahan tersebut dianggap sebagai satu dosa.

Allah Ta`ala tidak akan hukum kita dalam perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan kita. Tapi kalau kita mampu, kenalah kita buat. Contohnya di tempat kerja kita. Sekiranya orang di bawah penyeliaan kita buat silap, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk tegur dia. Tapi macamana kalau orang atasan buat silap?...Kita kena tegur dia dak?...Kena tuan-tuan sebab Rasulullah saw sendiri pernah kena tegur dengan sahabat. Tapi nak tegur orang atasan ni lah yang susah sikit. Bila kita lantang sikit, ugutan demi ugutan akan sampai kepada kita. Jadi bila berlaku lagu ni, maknanya memang orang tak suka dengan teguran kita. Sebab tu kita buat setakat mana yang kita mampu sahaja, dan InsyaAllah kita harap Allah Ta`ala terima setakat mana yang kita mampu tu. Yang di luar daripada kemampuan kita tu, kita serahkan saja kepada Allah swt.

Bila cerita pasai "orang tak suka dengan teguran" ni, teringat saya cerita tentang bekas Mufti Wilayah Persekutuan (Dato` Hj Mohd Hashim Yahya) ditamatkan kontraknya baru-baru ini. Kita memang hairan sebab bekas Mufti tu bukannya seorang yang lantang, bahkan dia seorang yang cukup lemah lembut dalam berbicara. Dia lebih kurang macam Dato` Ishak Baharom kita la tuan-tuan. Kalau tuan-tuan ajak Dato` Ishak Baharom baca khutbah, dia bukannya berdegar-degar macam khatib-khatib yang lain. Perwatakannya cukup tenang. Samalah juga dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan ni. Dia juga seorang yang tak reti nak cakap dengan suara yang tinggi, tapi tiba-tiba orang macam ini tidak disukai. Agak tuan-tuan pasai apa?...Sebabnya ialah walaupun bekas Mufti itu seorang yang soft person dan seorang yang nampak baik ja bila bercakap, tetapi dia ada sedikit ketegasan. Masalahnya, golongan tertentu dalam negara kita ini tidak menyukai ketegasan itu walaupun sedikit. Nak jadi ceritanya ialah bilamana ada pihak tertentu pi jemput bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini dan bawa dia ke majlis tertentu untuk baca doa. Tapi bila dia tengok majlis tersebut ada artis, ada nyanyian dan ada tarian, maka dia pun tak kebuloq nak baca doa. Inilah sebabnya pihak tertentu rasa tak puashati dan sekaligus kontraknya ditamatkan. Nampak tak tuan-tuan perangai pendendam puak-puak karat ni,... bila pun lagu tu la jugak. Sepatutnya Mufti macam tu lah kena dikekalkan sebab dia ada ketegasan. Mana boleh pi baca doa dalam majlis yang ada maksiat, betoi tak tuan-tuan?...Sebab akan useless lah doa yang kita baca dan akan timbul fitnah kepada agama. Logik ka selepas kita minta ampun, taufik dan hidayah daripada Allah, tiba-tiba mai penari pi golek punggung dia, logik ka lagu tu?...Tak masuk akal tuan-tuan. Okay contohnya katalah ada orang nak mencuri, dia tengok kiri kanan takdak orang, dia pun baca Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum mencuri pun nak baca doa ka?...Mana ada Islam ajar lagu tu?...Ini adalah penghinaan kepada agama. Kita baca Bismillah ni ialah kerana nak minta pahala dan rahmat daripada Allah. Itu tujuan kita baca Bismillah. Jadi macamana Allah swt nak memberkati benda yang kita ambil itu sedangkan benda itu adalah benda kita curi. Ini ceritanya tuan-tuan. Sebab itu sapa yang jadi mufti, seorang yang bertaqwa kepada Allah, seorang yang warak, dia tak akan buat benda yang useless. Kalau si mufti tu berdoa juga dalam majlis maksiat tersebut hanya kerana sayang kat kereta rasmi Merc dia, maka mufti lagu nilah yang patut dipecat sebab itu bukan kerja mufti. Mufti kena tegas, kena bagitau kat masyarakat bahwa ini majlis maksiat yang sia-sia, sebab itu ia tidak sesuai kepada mana-mana mufti untuk pergi baca doa dalam majlis tersebut.

Puak karat mana suka orang tegas sebegini. Mereka lebih prefer hat senang dicucuk hidung. Lalu depa pun melantik satu orang untuk mengisi tempat mufti tadi. Sebenarnya kita memang tak mau pertikai sapa yang depa lantik, tapi cumanya kita nak tau juga kelayakannya. Ini bukan kecik punya cerita. Amanah bukan boleh buat main-main. Orang yang nak jadi Mufti sepatutnya datang daripada aliran syariah. Tapi mufti baru hat depa lantik datangnya daripada bidang usuludin. Bidang usuludin ini ialah bidang falsafah agama. Macamana orang daripada bidang falsafah agama, yang bukan daripada syariah, dia nak jadi mufti?...Sedangkan mufti ni banyak perkara-perkara yang dia terpaksa handle, yang membabitkan permasalahan syariah, membabitkan persoalan perundangan Islam, membabitkan persoalan fekah, membabitkan persoalan usul fekah, dan membabitkan persoalan bahasa Arab. Boleh ka orang daripada aliran falsafah agama nak kuasai bidang ini?...Letih dia nanti sebab itu bukan line dia. Kebarangkalian untuk dia buat silap cukup besar.

Jadi pointnya di sini ialah kita jangan buat benda yang di luar daripada kemampuan kita. Kejujuran amat penting dalam hal ni sebab kalau kita buat silap, mudah-mudahan Allah swt tidak akan mengira kesilapan itu sebagai satu dosa. ]

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syara` melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada kaedah fiqhiyah: Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang. (As-asybahu Wannazair)

[ Contohnya kita flashback kembali pada zaman Khalifah Umar al-Khatab. Pada zaman Umar ra, Allah telah menurunkan ujian berupa kemarau dan malapetaka alam. Maka ketika itu makanan pun menjadi susah sehingga berlaku kecurian. Tapi Umar ra tidak menghukum hudud ke atas orang yang mencuri kerana Khalifah Umar berijtihad bahwa keadaan ketika itu adalah keadaan yang memaksa. Maksudnya, orang yang mencuri itu bukan sengaja dia nak mencuri tapi dia terpaksa mencuri sebab keadaan yang memaksa. Bila berlaku kemarau, tanam-tanaman tak menjadi, lalu tidak ada gandum dan tidak ada makanan. Jadi untuk menghilangkan kelaparan dan dahaga yang amat sangat, orang itu terpaksa mencuri. Maka Khalifah Umar al-Khatab menghukum bahwa hudud gugur (tidak boleh dilaksanakan) dalam keadaan-keadaan yang memaksa.

Selain daripada peristiwa di zaman Umar al-Khatab tersebut, para ulama` juga bergantung kepada kaedah fiqhiyah, iaitu apabila berlakunya darurat (keadaan yang memaksa), diharuskan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Tapi syaratnya hendaklah berpada-pada. Contohnya seperti yang telah kita sebut dulu, katalah kita sesat di suatu tempat yang daun-daun pun takdak, ayaq pun takdak, apa benda pun takdak, tapi yang ada hanyalah babi sekoq saja dok lalu kot depan kita. Sekiranya tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan nyawa kita selain kena makan babi tersebut, maka ketika itu kita diharuskan makan babi tersebut. Inilah dia yang dikatakan fekah andaian sebab biasanya keadaan sebegini tak berlaku. Tapi kalau berlaku, kita diharuskan makan babi tersebut sekadar untuk menghilangkan keadaan darurat (lapar yang amat sangat) sahaja. Jangan pi bantai makan sampai kenyang dengan sendawanya sekali pulak. Macam tu tak boleh sebab dia jadi haram balik. Maknanya makan setakat keperluan sahaja. Tapi ada juga satu pendapat dari mazhab yang lain mengatakan bahwa kita dibolehkan buat bekal selagi belum jumpa benda halal. Saya rasa takyah ulaslah bab ni sebab kita dah terima satu pendapat yang muktamad, yang mengatakan bahwa benda yang haram menjadi harus setakat menghilangkan daruratnya sahaja. Kalau melebihi daripada kadar darurat, menjadi haram hukumnya untuk kita terus makan benda yang telah diharamkan oleh Allah swt.

Nampak tak tuan-tuan adanya perbezaan pendapat dalam hal ini. Dalam Islam, bila berlaku perbezaan pendapat, kita mesti faham. Kita kena tau, adakah kedua-dua pendapat itu sah, ataupun salah satu daripada pendapat itu bathil. Kita mesti tau differentiate yang tu. Contohnya cuba kita tengok bab nikah mutta`ah (nikah berwaktu), iaitu kawin dengan satu perempuan untuk sebulan sahaja, lepas tu cerai. Secara umumnya mazhab ahli sunnah wal jamaah, kesemua mereka mengatakan bahwa nikah mutta`ah ini telah dibatalkan oleh Nabi saw. Sesuatu ketika dulu ianya diharuskan, tapi akhirnya dalam khutbah wida`, Nabi saw ada menyebut tentang diharamkan nikah mutta`ah tersebut. Walaubagaimanapun, segelintir daripada golongan syiah mengatakan bahwa nikah mutta`ah tidak diharamkan oleh Nabi saw, malah diharuskan sampai hari Qiamat. Punca berlakunya perbezaan pendapat ini adalah kerana hadith yang diriwayatkan perawi-perawi tertentu (yang diterima-pakai oleh ahli sunnah wal jamaah) tiba-tiba pula tidak dipakai oleh golongan syiah. Ini dia gambaran betapa taksubnya golongan syiah ni. Mereka hanya terima perawi hadith daripada golongan mereka sahaja. Perawi daripada golongan lain depa takkan terima. Inilah sebabnya nikah mutta`ah ini berlaku perbezaan pendapat. Sebahagian golongan syiah kata bahwa nikah mutta`ah ini adalah harus, tapi kesemua ahli sunnah wal jamaah (khususnya 4 mazhab yang utama) mengatakan bahwa nikah mutta`ah adalah haram. Walaupun berlaku perbezaan pendapat, tapi pendapat yang sah adalah pendapat yang mengatakan nikah mutta`ah itu haram. Manakala pendapat yang mengatakan harus bagi nikah mutta`ah itu adalah pendapat yang tidak sah mengikut ajaran Islam. Nampak tak tuan-tuan contoh perbezaan pendapat yang menunjukkan satu sah dan hat satu lagi bathil.

Sekarang kita tengok satu lagi jenis perbezaan pendapat. Contoh yang kita ambil ialah puasa sunat hari wukuf sebelum Eidul Adha baru-baru ni. Hari tu kita raya korban hari Rabu, lalu kebanyakan sahabat kita puasa sunat wukuf hari Selasa, tetapi ada juga dikalangan kita yang puasa sunat wukuf hari Isnin. Masing-masing ada hujjah masing-masing, jadi jangan dok bergaduh. Hujjah orang yang puasa sunat hari Isnin, depa kata bahwa dalam dunia ni tempat wukuf hanya satu tempat sahaja. Di M`sia takdak wukuf, di Jepun takdak wukuf, di London pun takdak wukuf. Yang semua orang dok wukuf hanyalah di Padang Arafah dalam negara Arab Saudi. Maka kalau wukuf di Saudi hari Isnin, kita disunatkan berpuasa pada hari Isnin tu juga. Ini pendapat orang yang sunat wukuf pada hari Isnin. Okay sekarang kita tengok pula hujjah orang yang sunat wukuf hari Selasa. Depa kata puasa sunat wukuf adalah pada 9 Zulhijjah sebab kita raya korban pada 10 Zulhijjah. Di Saudi, 9 Zulhijjah nya pada hari Isnin. Tapi di M`sia, 9 Zulhijjah kita hari Selasa. Sebab itu kita tak boleh ikut Saudi sebab takwim dia lain. Katalah sekarang pukoi 8.40pm di M`sia, kita sembahyang Isya` tapi di Saudi (tolak 5 jam) sekarang lebih kurang 3.40pm, maknanya di Saudi masih dalam waktu Zohor. Jadi adakah disebabkan orang di Mekah sekarang ni dok tengah sembahyang Zohor, kita di M`sia ni nak masuk Isya` pun nak ikut sembahyang Zohor juga?...Nampak tak, logik tu ada. Jadi kita tak boleh ikut waktu di Saudi. Kita kena ikut waktu di M`sia kerana adanya perbezaan geografi dan perbezaan tarikh antara M`sia dan Arab Saudi. Ini hujjah orang yang puasa sunat wukuf hari Selasa. Jadi masing-masing ada hujjah. Kita kena hormat pendapat-pendapat macam ni. Cumanya kalau sapa ka mai kata, "Hari Ahad pun ada khilaf jugak kot.."...Yang ni mau bagi kambe32 kat dia.

Ni semua bukannya apa tuan-tuan. Mau kalau satu hari tang mana ka kita pi baca dalam kitab, ataupun dalam akhbar, atau dalam buku, yang ada isu-isu berkaitan dengan perbezaan pendapat dikalangan mazhab-mazhab Islam, maka kita boleh differentiate antara pendapat yang sah vs sah, dengan pendapat yang sah vs bathil. Kita kena tau benda ni. Supaya kalau ada orang mai bagitau dia buat benda ni berdasarkan sekian-sekian Imam, kita boleh bagitau balik kat dia tentang status pendapat yang dipegangnya itu, iaitu sah atau bathil. Itu tujuannya. Lebih-lebih lagi kalau kita belajar syariah atau undang-undang Islam, perkara-perkara macam ni sedikit sebanyak kita kena tau, supaya track yang kita ikuti adalah track yang betul. ]

5) Sesungguh pun dalam kes-kes yang tersebut dalam ceraian (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman ta`zir ke atas pencuri itu mengikut kearifan dan kebijaksanaannya.

[ Kalau seseorang mencuri kerana terpaksa atau tak cukup nisab, maka dia terlepas daripada hudud. Tapi keadaan macam ni, Islam kata bahwa pemerintah boleh guna budibicara dia untuk hukum pencuri tadi berdasarkan kepada undang-undang ta`zir.

Bila sebut undang-undang ta`zir, teringat saya tentang cerita ust Jailani, perangai orang semasa didenda di mahkamah syariah kerana berkhalwat. Sekarang ni orang dah tak takut kena denda. Kalau setakat denda RM2400, RM1500, RM1300, semua ni on the spot orang boleh bayaq. Jadi, ramai orang khalwat sekarang ni sampai pegawai pencegah maksiat tak larat nak tangkap. Tapi dalam bulan lepas, tiba-tiba berlaku perkara di luar dugaan. Ada satu couple tu bila kena tangkap, depa pun tanya kat pegawai penguatkuasa, "Macam kami ni?..Kami nak kena penjara ka atau nak kena sebat ka?..Atau denda saja?"...Pegawai penguatkuasa kata, "Jangan bimbang, tak kena penjara aih!..Denda ja. Dalam RM2400 ja."...Tapi tiba-tiba bila mai hari perbicaraan di mahkamah Batu Gantung, P.Pinang, tak taulah pasai apa, hakim hari tu mengamok sungguh. Mungkin dia bergaduh dengan bini dia la kot malam tu, kita pun tak tau. Ataupun mungkin menteri mana ka bagi arahan dalam mesyuarat suruh buat pembaharuan, kita pun tak tahu. Tuan-tuan tau apa jadi?...Tiba-tiba hari tu, dia pi jatuhkan hukuman denda RM2400 dan penjara 14 hari ke atas couple yang dok tanya sat tadi. Apa lagi, terkejut beruk la si couple ni. Depa pun marah kat pegawai penguatkuasa tadi, "Apa ni! Hari tu kata kena denda saja, tapi apa hari ni kena penjara sekali?!"...Pegawai Penguatkuasa pun tak terjawab sebab dia pun tak tau benda ni boleh berlaku.

Sebenarnya tuan-tuan, hukuman ta`zir pada orang yang berkhalwat di P.Pinang, kalau mahkamah nak kenakan penjara, dia boleh bagi maksimumnya 2 tahun. Cumanya mahkamah ja tak pernah guna provision tersebut. Sebab selama ni mahkamah dok ingat bila didenda, dia boleh insaf, terutamanya orang yang kerja dengan kerajaan. Sapa yang kerja dengan kerajaan, kena penjara satu hari pun cukup la. Sebab dia akan dibuang kerja walaupun hanya satu hari saja dipenjara. Bila sebut kerja kerajaan, teringat ust dengan satu kes yang pernah dikendalikannya. Dalam kes tu, seorang pegawai Kastam jumpa ust Jailani untuk minta supaya hukumannya diringankan. Sebab kalau dia kena penjara, habih la dia. Dia ni setahun dua lagi nak pencen dah pun. Nampak tak tuan-tuan, dalam nak pencen pun, boleh pi khalwat lagi?...Buat malu betoi rentua ni. Dia kata kat ust, "Tolong la ust! Kalau saya kena buang kerja, bini ngan anak saya nak makan apa?..Saya setahun dua lagi nak pencen dah ni!..Kalau kena buang, dengan pencen-pencen saya sekali nanti habih.."...Boleh percaya ka orang macam ni?...Kalau betoi la dia ingat kat anak bini, takkan nak pencen pun nak khalwat jugak. Ni semua ghaffelah punya line ni. Kena tangkap, baru nak ingat anak bini. Takpalah, lau ust pun pi mahkamah minta Yang Arif hakim supaya buat pertimbangan diambil-kira anak bini dia semua. Lalu hakim pun tengok, dan dia pun denda sebanyak RM1100 sahaja tanpa dipenjara. Ooooih! Seronok habih orang tua tu. Habih-habih kes, teruih mai peluk ust....seronok. Tapi ust charge dia RM1500. Dia pun bayaq kat ust RM500, lepaih tu dia kata, "Takpa, ust jangan bimbang! Lagi seribu saya bayaq petang ni jugak."...Keluaq-keluaq mahkamah, daripada petang tu sampai hari ini, ust kata dah 3 tahun, bayang dia pun tak nampak-nampak. Tu dia baguih punya orang. Dan berita terakhir ust dapat maklumat dari pegawai agama, orang tua tu buat lagi perangai lama dia. Sepatutnya bila mahkamah hanya denda RM1100, hang ambikla peluang ni pi insaf apa ka. Ni dak. Langsung dia tak manafaatkan peluang yang Allah swt bagi.

Lepaih cerita orang tua tak sedaq diri tadi, ust cerita lagi. Kali ni ust cerita pasai GRO pulak. Bila GRO kena tangkap, tuan-tuan boleh tengok semua nama penjamin adalah nama orang Melayu. Tapi yang mai bukannya penama-penama tadi, sebaliknya yang mai ialah towkey cina. Towkey ni lah yang dok bayaq semua duit jamin tu, walaupun nama penjamin tercatat nama bapa atau nama abang kepada pompuan GRO tu. Yang teruknya ada satu kes, nama penjamin ialah nama suami kepada si pompuan GRO tu. Nama penjamin, suami, tapi yang bayaqnya, cina. Bila pegawai penguatkuasa tanya si suami tu, "Awak tahu dak isteri awak jadi GRO?"...Suami tu kata, "Ya, saya tahu."...Pegawai tu tanya lagi, "Pasai apa awak biar isteri awak jadi GRO?"...Dia jawab, "Masalahnya duit tak cukup la encik."...Dia boleh bagi alasan duit tak cukup?...Kalau saya jadi pegawai tu, saya nanti bagitau kat si suami tu, "Lebih baik hang jadi binatang daripada jadi manusia!"...Ada ka pi suruh bini jadi GRO?...Tuan-tuan tau ka macamana kerja GRO?...Dia bukan setakat berpeluk bercium, bukan setakat boleh berzina, malah yang paling teruknya, dia boleh dibayar untuk buat berbagai-bagai aksi. Cuba tuan-tuan bayang betapa kejinya perbuatan GRO ni, tapi masih ada suami yang sanggup tidur satu katil dengan isteri lagu ni?...Malah yang paling teruknya, suami tu sendiri suruh bini dia jadi GRO. Manusia ka binatang orang macam ni, tuan-tuan?

Bila sembang bab GRO ni, ust Jailani pun cerita lagi satu kes yang agak releven dengan cerita GRO tadi. Tapi kali ini kes isteri kepada bekas seorang anggota cawangan khas minta cerai, atas alasan dia dah tak tahan dengan perangai suami dia yang suka pi minum arak dan berkepit dengan GRO-GRO di karaoke, di kelab malam dan di macam-macam tempat lagi. Bila mahkamah tanya si lelaki, "Betul ke kamu pergi minum arak di karaoke lounge, di disko dan sebagainya?"...Dia kata, "Ya, betul."...Kemudian bila mahkamah tanya lagi, "Pasai apa kamu pergi ke tempat begitu?"...Dia kata, "Sebab saya ada assignment daripada cawangan khas."...Okay tuan-tuan mari kita tengok kes ni dari sudut hukum agama. Samada betoi atau tidak dia kerja dengan cawangan khas, yang tu kita tak tahu. Hanya dia dengan cawangan khas dan Allah swt sahaja yang lebih tahu. Okay kalau betoi dia sb, jadi untuk mendapatkan maklumat dia terpaksa masuk dalam karaoke dan tempat-tempat seumpamanya itu, takpa, masuk pi lah. Tapi sekiranya untuk melengkapkan satu assignment, sampai kena teguk arak, atau sampai kena pegang pompuan kiri kanan, yang ni jangan dok kelentong la. Begitulah juga kalau tuan-tuan jadi informer kepada polis. Kalau setakat jadi pembeli dan penjual dadah, boleh la kita terima alasan tu. Tapi kalau sampai kena isap atau inject dadah, untuk dapatkan maklumat; yang ni semua sapa pun tak suruh. Berpura-pura untuk dapatkan maklumat, memang boleh. Nak hapuskan vcd lucah umpamanya. Kita boleh pi survey tempat-tempat yang disyaki. Tanya kat towkey cina tu, "Allo kawan! Ada ka cerita baru-baru punya?"...Bila cina tu bawa keluar, kita boleh tengok dia simpan kat mana. Kemudian kita mau perati tengok pulak, pukoi berapa cina tu mai letak, pukoi berapa dia beramboih balik. Bila kita survey 3-4 kali dan kita pun pasti dengan maklumat yang ada, baru boleh kita bagitau kat polis. Lepas tu bila polis ambush, dapat tangkap, bicara pula pihak kerajaan menang; selain kita dapat imbuhan, kita juga dapat pahala. Nampak tak tuan-tuan macamana hebatnya kerja jadi informer ni. Tapi walaupun macam tu, sebenarnya bukan senang kerja jadi informer ni. Sebabnya ialah masalah saling tidak mempercayai. Informer tu orang awam. Polis sendiri bagitau, bukan senang untuk orang awam percaya kepada polis sekarang ni. Sebab takut jadi macam dalam tv; kita habag kat polis, tiba-tiba polis pulak pi habag kat sindiket, sindiket hantaq orang pi bunuh informer tu last sekali. Inilah kebimbangan orang awam hat nak jadi informer tu. Tapi jangan salah sangka pula. Bukannya kita nak bagitau polis jahat, tapi kita cuma nak bagitau kebimbangan orang awam. Jadi, kalau tuan-tuan nak bagi maklumat, hendaklah tuan-tuan cari pihak berkuasa yang tuan-tuan memang dah biasa dengan dia. Bukannya kita kata kita tak percaya, tapi ini hanya sekadar langkah berhati-hati.

Bila sebut "orang ada kuasa" ni, cuba tuan-tuan alih pandangan kita sebentar ke isu Surau di Bangi tu. Cuba tuan-tuan bayang sat macamana "orang-orang ada kuasa" ni seperti polis, jabatan agama, TNB, majlis perbandaran, boleh bersatu-padu turun beramai-ramai untuk roboh satu surau yang pernah buat sembahyang Jumaat?...Saya sebenarnya bila tengok puak-puak ni buat macam-macam kat surau tu dalam internet, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada puak-puak ni. Pasai apa?...Pasai dulu bila sahabat-sahabat kita buat aduan sarang-sarang pelacuran di Chow Kit road, suruh TNB jangan bagi bekalan letrik kepada bangunan-bangunan yang diketahui ada sarang pelacuran, TNB kata, "Kami takdak kuasaaaa!"...Lepas tu pi pula jumpa dengan pihak penguasa air, PBA kata, "Kami tak boleh potong sebab kami takdak kuasa nak potongggg!"...Kemudian pi habag pula kat polis. Polis kata, "Kami takdak kuasa selagi orang-orang tertentu tak bagi greenlight kepada kami."...Begitulah juga bila pi jumpa majlis perbandaran, depa pun bagi alasan serupa tu la jugak. Nampak tak tuan-tuan, bila suruh pi serbu sarang pelacuran, macam-macam alasan yang depa bagi. Tapi kalau suruh pi roboh surau, semua pakat turun belaka. Nampak tak tuan-tuan, apa dah jadi dengan masyarakat kita hari ini?...Mai saya nak tanya, "Antara surau dengan tempat pelacuran, mana satu tempat orang jahat?"...Kalau ikut apa yang depa buat ni, seolah-olah kita tengok, surau lah tempat orang jahat, surau lah tempat berzina, suraulah tempat minum arak, suraulah tempat jahanamkan negara. Manakala sarang pelacuran pula adalah tempat untuk menghiburkan pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata. Benda-benda hiburan macam ni, kita kena slow-slow, tak boleh keras-keras. Tapi kalau dengan ustaz, kita tangkap dia bubuh dalam ISA. Kalau dengan artis, kena slow-slow, dalam agama mana boleh deraih-deraih...Tu dia bunyi pun. Apa nak jadi dengan masyarakat kita tuan-tuan?

Tak habih cerita roboh surau, mai cerita lagu Asereje pulak. Lagu ini dinyanyikan oleh 3 orang gadis yang menamakan kumpulan depa Les ketcup. Lagu ni ada version campuran english + spanish. Ni nak cerita perangai pihak berkuasa dalam negara kita yang semakin hari semakin teruk. Cuba tuan-tuan bayang sat, setelah aduan demi aduan daripada orang awam mengatakan bahwa lagu asereje ni satu lagu yang kontroversial dan tidak baik untuk dinyanyikan, tiba-tiba pihak berkuasa kata, "Lagu ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dalam negara ini, maka pihak berkuasa tidak akan melarang lagu tersebut daripada diperdengarkan/diedarkan dalam negara kita."...Okay bila bercakap pasai muzik ni, dalam Islam, kalau rentak kita nak buat jenis slowrock ka, poprock ka, heavymetal ka, balada ka, irama m`sia ka, takdak masalah. Buat pi lah rentak apa pun, boleh. Sebab pendapat yang agak sederhana dalam Islam mengatakan bahwa rentak jenis apa pun harus, walaupun ada sedikit perbezaan pendapat tentang masalah alat muzik. Okay untuk senangkan tujuan perbahasan kita dalam kes ini, katalah kita ambil pendapat yang lebih sederhana yang kata semuanya harus belaka, seperti rentak apa pun harus, gitar harus, seruling serunai semua harus dan etc. Walaupun semua ni harus, tapi Dr Yusuf Qardhawi dah pesan kat kita. Dr Yusuf Qardhawi kata bahwa seni kata lagu akan menunjukkan halal atau haram sesebuah lagu tersebut. Maknanya kalau senikata tu biasa saja yang tidak ada unsur-unsur maksiat, maka dia harus. Tapi kalau dia ada unsur-unsur maksiat dan dia bawa kesyirikan kepada Allah, kepada kekuffuran, kepada pemujaan syaitan dan sebagainya; maka dia adalah HARAM. Okay berbalik kita kepada lagu asereje. Yang pertamanya lagu ini menceritakan pasai pesta Friday night. Sapa yang belajar english literature, dia akan tau bila kita sebut Friday night ia bermaksud jumaat malam sabtu, bukannya khamis malam jumaat. Bagi kita orang Islam, bila sebut malam jumaat, biasanya pesta baca Yaasiin, buat tahlil atau baca Surah Kahfi dan setengah orang kata ianya malam "sunat". Hangpa cari la sendiri pasai apa malam Jumaat disebut malam sunat. Tapi Friday night ni bukannya Khamis malam Jumaat, ianya Jumaat malam Sabtu. Kalau tuan-tuan nak tau Jumaat malam Sabtu ni dia terkenal dengan 2 benda. Yang pertamanya Jumaat malam Sabtu ni (Friday night) adalah malam yang orang pakat pergi beramai-ramai ke disko, nightclub dan sebagainya. Kalau hangpa tak caya, cuba tanya kawan-kawan cina/india, betoi tak apa yang saya kata ni?...Sebab kita dok ingat depa pi ke disko apa semua ni pada Sabtu malam Minggu, betoi tak?...Rupa-rupanya (saya difahamkan oleh kawan yang memang kaki disko) antara malam yang paling ramai orang pergi berseronok ialah Jumaat malam Sabtu. Maknanya pada Jumaat malam Sabtu itulah malam pesta orang minum arak, buat maksiat, berzina, main dengan GRO dan sebagainya. Dan yang keduanya, Jumaat malam Sabtu itu juga dikaitkan dengan pemujaan syaitan. Dua ni ja tuan-tuan kalau kata Friday night tu. Jadi boleh ka kita nyanyi lagu yang memuja-muja kedua-dua amalan ni?...Lepas tu antara senikata dalam lagu asereje tu ada disebut, "digo! Digo!"...Digo bermaksud devil (syaitan). Boleh ka kita orang Islam nyanyi, "syaitan! Syaitan!"?...Nauzubillah...Sebab itu saya heran dengan masyarakat kita hari ini, lagu asereje yang jelas menceritakan pemujaan syaitan, tak pula diharamkan; tapi kalau nak roboh surau, on the spot pakat turun habih pihak yang berkuasa mai kongsi sorang sikit buat kerja. Sehingga dalam internet saya tengok, orang ramai pakat menangis habih bila tak sangka dalam M`sia pun kejadian roboh surau boleh berlaku.

Sebenarnya perangai orang yang roboh surau tu lama dah Allah swt sebut dalam Quran. Allah cerita dalam ayat 143 Surah an-Nissa` yang bermaksud, "Mereka teragak-agak di antara orang yang beriman dan orang yang kuffur kepada Allah; mereka tidak berpihak terus kepada golongan kafir dan mereka tidak pula berpihak kepada orang yang beriman..."...Inilah dia perangai munafiqun yang Allah bagitau kat kita. Sat kita nampak depa ni macam dengan kita, tapi sat gi pula kita nampak depa ni macam orang kapiaq. Masa sembahyang, kadang-kadang depa boleh duduk sebelah dengan kita. Tapi apa yang yahudi buat kat orang Palestin seperti robohkan masjid umpamanya, dia pun buat kerja lagu tu juga di Bangi hari tu. Jadi hari ini apa yang Allah sebut dalam ayat tadi, berlaku betul-betul depan mata kita. Dia ni nampak macam Islam pasai sembahyang, tapi nak kata betoi-betoi duduk dalam Islam, dak jugak. Surau dia roboh, ustaz-ustaz dia bubuh dalam ISA. Nak kata kapiaq?...Eehh! Kapiaq apa kalau pi haji. Nabi saw pun pernah kata pasai perangai orang munafik ni, Nabi saw kata, "Orang munafik ni seperti kambing yang sakit mata. Dia nampak kambing ni, dia ikut kambing ni. Lepas tu bila dia nampak kambing hat lain, dia ikut kambing tu pula. Tak tau dia nak ikut kambing mana."...Inilah dia perangai orang munafik. Sampai orang kapiaq hari ini pun dah tau yang Islam ni ada banyak jenis. Seperti yang disebut dalam sebuah akhbar barat baru-baru ni, dia kata, "Muslim nation has two faces."...Maksudnya, umat Islam hari ini ada 2 wajah. Orang melayu kata talam 2 muka. Inilah dia istilah munafik. Pasai apa media barat berani kata, "Muslim nation has two faces."?...Sebab depa tengok satu ketika orang Islam begitu lantang menghentam Amerika dengan Bush nya, menghentam Britain dengan Blair nya, tapi pada ketika yang sama juga mereka sedang mempersiapkan bala tentera mereka untuk menyokong tentera Amerika kalau Amerika/Britain serang Iraq. Ketika ini negara-negara Arab di Teluk sedang persiapkan lapangan terbang depa untuk menerima jet-jet pejuang Amerika. Inilah dia "two faces". Sebab apa jadi lagu ni?...Sebab dalam diri orang Islam hari ini sudah tidak ada lagi kemanisan iman. Bila takdak kemanisan iman maka banyak orang Islam hari ini telah pun menjadi orang yang "munafik" (orang yang berpura-pura dengan agama).

Sebab itu kita hari ini kenalah berhati-hati, sebab banyak musuh di sekeliling kita sekarang. Tak cukup dengan orang kapiaq, ditambah pulak dengan puak munafik. Tak ke kacau punya cerita?...Hari ini dalam usaha nak menghancurkan aqidah umat Islam secara total, puak kuffar ada strateginya yang cukup halus. Mereka serang kita sekarang ni dengan segala benda yang ada, samada kita umat Islam sedar ataupun tak sedar. Dulu kita pernah heboh hari tu adanya gambar-gambar agama kristian terselit di belakang frame gambar tulisan ayat-ayat suci al-Quran, betoi tak?...Baru-baru ni pula di sebuah masjid di Sg Petani, tok imam bagitau bahwa ada satu jam yang digantung dalam masjid itu, dalam ada tertulis "Father, mother and son". Masa sembahyang memang kita tak nampak, tapi kalau kita pi berdiri dekat dengan jam tersebut perati tengok, kita akan nampak clear perkataan "Father, mother and son". Apakah haram kita gantung tesebut?...Memang tidak haram sebab kita tak tau. Tapi tuan-tuan sekelian, orang kapiaq ni dia fikir jauh. Pasai apa?...Sebab dia nak suruh kita "get use" atau biasa atau lali dengan gambar-gambar dan tulisan-tulisan agama kristian ni. Baru-baru ni juga, ada sahabat kita bila kasut nike dia dah haus bahagian dalam tapak, dia buka-buka tengok ada tertulis "Alif Lam Lam Ha`" dalam tu. Maknanya dia dah pijak "Allah" banyak hari dah, sejak dia beli kasut tu. Nampak tuan-tuan macamana perancangan puak kafir ni. Memang kita pijak tu tak sengaja, tapi itulah perancangan depa. Memang depa nak bagi kita tak sengaja dulu. First time tak sengaja, second time tak sengaja, kali ketiga tak sengaja, lalu akan tiba satu masa bila banyak kali buat benda yang tak sengaja, akhirnya orang yang lemahnya ini akan jadi tak pelik dah dengan benda tersebut. Contohnya katalah kita pi pasar malam. Dan katalah yang pi tu orang yang warak, tak pernah bersentuh pun dengan pompuan. Dia pi pulak time dekat-dekat nak Maghrib (time tu la banyak orang keluar pi pasar malam). Masa nganga tengok barang apa nak beli, tiba-tiba tersentuh tangan pompuan. Dan-dan kata "astaghfirullah! Astaghfirullah! Dosa ni..". Tu kali pertama. Kali kedua tersentuh lagi. Tapi kali ni, astaghfirullah dia bunyi agak slow dah sikit. Kali ke3 kena punggung orang lain pulak. Kali ke4 kena dada orang lain pulak. Agak-agak tuan-tuan, larat dak sheikh tu nak astaghfirullah lepas tu?...Nampak tak tuan-tuan, bila berulang-ulang benda yang tak sengaja, akan tiba satu masa, tuan-tuan akan tak heran dah benda tu. Nampak tak, jauhnya perancangan musuh Islam. Dia nak kita pijak nama Allah, mula-mula tak sengaja. Dia nak salib masuk dalam rumah orang Islam, dalam keadaan mula-mula tak sengaja. Kali pertama, tak sengaja. Kali kedua, tak sengaja. Kali ke3 tak sengaja. Kali pertama kita marah. Kali kedua kita marah. Kali ketiga kita marah. Mai kita nak tanya, "Sapa boleh bagi jaminan, selepas 10x atau 20x, adakah kita masih lagi rasa marah kepada benda-benda macam ni?"...Hanya orang yang kuat iman sahaja yang boleh bertahan dengan keimanannya. Manakala orang yang tipis imannya, akan tergugat imannya dengan benda-benda yang bermula dengan tak sengaja tu. Ini perancangan musuh Islam. Cara mereka cukup halus untuk masuk dalam rumah orang Islam. Sebab itu tuan-tuan kena berhati-hati dengan benda-benda lagu ni. ]