Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 3 - Minum Arak - Per 63 - 64

Perkara 63: Bukti-bukti yang mensabitkan kesalahan minum arak (khamar).

1) Bukti-bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman had ke atasnya adalah sebagaimana berikut:

a) Syahadah (kesaksian)

b) Iqrar (pengakuan)

2) Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan iqrar (pengakuan) yang dibuat oleh orang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

3) Saksi-saksi dari pihak pendakwa/penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup sebagai saksi sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 165 (yang ni kita akan bincang kemudian).

4) Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan, atau seorang saksi lelaki beserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.

5) Dalam penghakiman, saksi-saksi yang menjadi saksi dalam kes kesalahan minum arak (khamar) mestilah disoal siasat bersabit dengan masalah-masalah khamar, dan bagaimana orang yang dituduh itu meminumnya, samada dengan kemahuannya sendiri atau dipaksa, dan hendaklah juga disoal tempat orang yang dituduh itu minum dan lain-lainnya yang ada hubungkait dengan kes ini.

6) Kesalahan minum arak (khamar) boleh disabitkan juga dengan iqrar (pengakuan) yang dibuat oleh orang yang dituduh itu sendiri. Iqrar atau pengakuan dari pihak orang yang kena tuduh memadai dengan sekali pengakuan sahaja.

[ Muslimin muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian. Kali ini dalam perkara 63 menceritakan kepada kita tentang cara-cara pembuktian atau bagaimanakah cara untuk mensabitkan kesalahan meminum arak. Al-Fadhil Hj Said Hj Ibrahim menyatakan kepada kita bahwa cara untuk mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan minum arak, dia ada 2 kaedah. Yang pertamanya adalah syahadah, iaitu dengan kesaksian 2 orang saksi lelaki yang adil. Kedua-duanya mestilah lelaki. Perempuan tak boleh. Dan kedua-duanya mestilah adil. Ini adalah cara pembuktian yang pertama. Kalau ada seorang lelaki dan 2 perempuan, masih juga tidak boleh diterima kesaksian mereka. Tapi kalau nak hukum juga, memang boleh tapi syaratnya hendaklah dengan cara ta`zir. Misalnya katalah ada seorang mencuri duit RM1juta, tapi nak cari dua orang saksi lelaki yang adil tidak ada. Jadi apabila saksi tidak ada, Islam pun bagi satu alternatif, iaitu satu hukuman ganti yang lain, yang kita panggil sebagai ta`zir. Untuk memenjarakan dia atau nak denda dia, memadai dengan seorang saksi lelaki ataupun dengan kesaksian daripada perempuan. Sebab itu, ada orang kata bahwa negara kita hari ini dah pun Islam sebab ta`zir dilaksanakan. Ya, memang tang ta`zir tu kita boleh terima secara lebih kurang. Tapi macamana kalau si pencuri tu pi mengaku?...Takke dalam Islam kata kalau pencuri itu mengaku, maka hendaklah potong tangan dia seperti yang disebut dalam Surah al-Maidah:38?...Tapi apa yang undang-undang dalam negara kita buat hari ini walaupun si pencuri tu dah mengaku, dia hanya didenda atau dipenjarakan. Tuuu je. Negara Islam apa lagu ni tuan-tuan?

Cuba tuan-tuan perati apa kata Allah di penghabisan ayat 38 Suratul Maidah tu?...Kata Allah, "..sebagai pencegahan daripada Allah swt."...Maknanya kalau orang yang curi RM1juta tu pi mengaku, maka hendaklah potong tangan dia, sebab Allah dah janji bahwa inilah kaedah pencegahan yang paling berkesan. Allah Ta`ala ialah Tuhan yang tak pernah menipu. Bila Dia kata itulah janji Dia sebagai pencegahan, maka tidak ada sebab kenapa kita perlu meragui janji yang dibuat oleh Allah swt. Contohnya, bila Allah kata semua orang akan mati, maka kita kena percaya bahwa semua orang akan mati. Dan bila Allah kata orang yang baik akan dibalas dengan pahala, maka kita kena yakin bahwa itu adalah balasan daripada Allah. Begitu juga kalau kita buat jahat, maka Allah Ta`ala dah bagi janji bahwa kita akan dikenakan balasan azab di neraka...Nauzubillahiminzalik.

Okay sekarang mai kita tengok kes Mat Komando yang baru-baru ini mati ditembak. Dalam Harian Metro, tuan-tuan boleh baca banyak cerita pelik pasai Mat Komando. Ada cerita macamana dia boleh terlepas dari kepungan 80 komando polis, sehingga kita dengar Dato` Mokhtar daripada Bukit Aman pi maki habih komando-komando tu tadi. Kemudian di Tikam Batu, tersebar cerita kata Mat Komando ni ada ilmu selisih. Macam-macam yang kita dengaq. Ada ilmu kebailah, ada ilmu menghilangkan dirilah. Kalau dia sempat pijak bumi, kita tembak dia tak lut. Kita tak boleh nampak dia sebab dia boleh hilang. Kalau nak tembak dia, kena tunggu masa dia masuk rumah atau dok dalam kereta. Itulah cerita-cerita yang tersebar pasai Mat Komando. Sebenarnya orang yang dah mati, tak elok kita cerita pasai dia. Kita hanya boleh minta supaya Allah Ta`ala ampunkan dosa dia. Tetapi yang kita nak cerita ni ialah cerita pasai dia. Samada dia buat atau tidak, kita letak tepi benda tu...Okay bila 80 komando kepung pun dia boleh terlepas, maka tersebarlah kata dia mengamal ilmu selisih yang jenih tanam besi kuning dalam peha. Tapi tuan-tuan kena ingat, perangkap tak pernah lupakan pelandok. Katalah Mat Komando tu betoi ada ilmu selisih, takkan pihak polis takdak Tok guru yang boleh neutralizekan ilmu tersebut. Macam orang kena santau la tuan-tuan, kita mesti pi cari orang yang berkemahiran nak tawarkan bisa santau tersebut, betoi tak?...Macam tu la juga kes Mat Komando ni. Jadi tak guna pi belajaq ilmu-ilmu hitam ni tuan-tuan sebab pertamanya, penawar untuk tawarkan ilmu hitam ini pasti ada. Dan keduanya, setiap daripada kita ni ada janji dengan Allah swt, iaitu menghadapi kematian. Kita belajaq la ilmu apa pun, kelemahannya tetap ada. Takkanlah orang tu kebai sampai Malaikat maut nak pi ambik nyawa dia pun tak boleh?...Hang kebai ka, hang ada ilmu hitam ka, hang ada ilmu kelabu ka; kalau Malaikat maut mai takdak sapa boleh halang. Maka akhirnya seperti yang kita tahu, dia ditembak mati oleh pihak polis di Pendang.

Cerita ni tuan-tuan, mengingatkan kita pada kisah Ashabul Ukhdud. Yang mana seorang budak yang menganuti agama nasrani terpaksa berhadapan dengan Raja yang bergelar sebagai Zunnuwas al-yahudi. Raja tu tak suka pada agama nasrani dan dia paksa budak tu masuk balik agama yahudi, sedangkan Allah swt telah pun membatalkan agama yahudi ketika itu. Bila budak tu berkeras, raja tu pun perintah askar-askarnya bawa budak ni pi ke bukit dan humbankan dia ke dalam gaung, biarkan dia mampos. Tapi apa yang berlaku ialah hat matinya ialah askar-askar tu dan hat balik releks je tu ialah budak tadi. Lalu diperintah kali kedua oleh raja tu suruh askar-askar dia heret budak tu dan lemparkan dia ke dalam laut, biarkan dia mati lemas. Tapi apa yang berlaku ialah hat baliknya ialah budak tadi, dan hat tak baliknya ialah askar-askar zunnuwas al-yahudi. Maknanya cara nak bunuh budak ni susah. Akhirnya budak tu pecahkan rahsianya kepada raja yang memerintah negeri Najran (Yaman) tu macamana nak bunuh dia. Kata budak tu, "Kalau tuanku teringin sangat nak bunuh patik, gunalah anak panah ini sambil mengucap Dengan nama Allah, Tuhan kepada budak ini!, nescaya patik akan mati."...Lalu raja tu pun suruh askar panah budak tu sambil berkata "Dengan nama Allah, Tuhan kepada budak ini". Bila anak panah dilancarkan tepat mengenai pipi budak itu, maka budak itu pun meninggal dunia. Kemudian bila ramai penduduk Najran menyaksikan peristiwa tersebut, maka beramai-ramailah mereka memeluk agama nasrani kerana beriman kepada agama Allah swt pada masa itu.

Jadi nak ceritanya ialah kita jangan heran orang yang belajaq ilmu hitam/kebai ni pun boleh kecundang, sebab kalau kita tengok orang yang beramal dengan agama Allah yang betul tu pun ada ketikanya Allah Ta`ala melindungi mereka daripada serangan musuh dan ada ketikanya Allah swt membiarkan mereka dibunuh oleh musuh. Contohnya kita boleh tengok dalam sejarah Nabi kita Muhammad saw. Bilamana Allah nak tolong baginda berhijrah, biar ramai mana sekali pun puak-puak kapir Quraisy mengepung, Nabi saw tetap terlepas juga. Dari segi logik akal, nampak memang Nabi amat sukar untuk keluar daripada kepungan tersebut, tapi kita dapati bagaimana satu mukjizat yang diberikan oleh Allah swt kepada Nabi saw sehingga terlena habih samseng-samseng Quraisy yang dok kepung tu. Itu kalau Allah nak tolong. Tapi macamana dalam Perang Uhud?...Nabi saw digempur sehingga patah gigi taring dan cedera bahagian mukanya. Begitu juga dengan kisah kewafatan Nabi saw pada tahun 11 hijrah. Kita dikisahkan macamana Nabi saw wafat akibat racun Khaibar yang diberi oleh perempuan yahudi bernama Zainab pada tahun 7 hijrah. Nampak tak tuan-tuan macamana effectivenya kesan racun tersebut walaupun Nabi saw sempat muntahkan balik daging beracun tu. Ini menunjukkan kepada kita bahwa Nabi saw sendiri bilamana Allah swt melindungi dia daripada serangan musuh, maka Nabi saw terselamat. Tapi bila Allah swt menjanjikan kematian, maka akan datanglah Malaikat maut untuk ambik nyawa kita. Cara bagaimana?...Terserahlah kepada Allah swt. Inilah kedudukan yang perlu kita faham.

Okay berbalik kita tentang syahadah tadi. Syahadah perlulah dibuktikan oleh 2 orang lelaki yang adil. Orang fasik tak boleh jadi saksi. Termasuk dalam kategori orang fasik ialah orang yang minum arak sebab dia dah melakukan dosa besar. Malah setengah ulama` mengatakan bahwa dosa minum arak adalah lebih besar daripada dosa makan daging babi. Kerana dosa minum arak termasuk dalam 7 dosa besar yang digariskan dalam hadith Nabi saw. Walaupun makan babi juga adalah dosa besar tapi dia tidak termasuk dalam 7 dosa besar tu. Sebab itu kalaulah ana jadi MB suatu hari nanti (doa-doakan la), ana ingat layout dalam pusat membeli-belah termasuk hat dalam market tu, kita kena tukaq sikit. Okay katalah kita masuk Makro, kita akan nampak tanda "non-halal" dilekatkan pada fridge barang-barang yang bersumberkan babi, betoi tak?...Jadi apa kata kalau kita bubuh botoi-botoi arak dalam fridge yang bertanda "non-halal" tu sama-sama dengan daging babi tu sekali, sebab arak pun non-halal juga kan?...Tang market pulak, kalau sapa nak jual arak, depa kena pi duduk sekali dengan apek hat jual daging babi gantung kat bahagian belakang market tu. Nie baru betoi. Maknanya mana-mana geng-geng Dato`, geng-geng Tan Sri atau orang-orang kaya kalau nak beli arak, biaq dia pi beli kat tempat daging babi tu. Biaq padan ngan muka depa sikit. Biaq depa reti. Pasai apa kita buat lagu tu?...Sebab arak pun non-halal jugak kan?...Itulah caranya kita kena buat supaya masyarakat terdidik. Kalau ada sapa-sapa nak beli arak, serupalah macamana dia nak beli babi. Sebab sebagaimana haramnya babi, macam tu lah juga haramnya arak. Cuma bezanya babi adalah najis mughallazah, arak adalah najis mutawassitah. Tapi makan daging babi tak kena hudud, minum arak kena hudud. Tu dia tuan-tuan sekelian.

Dan yang terbarunya kita diberitahu bahwa dalam kajian yang dibuat oleh ahli perubatan Amerika/Eropah mendapati bahwa kesan daripada arak adalah lebih teruk daripada dadah. Kalau tuan-tuan tengok Harian Metro bertarikh Sabtu 14 Sept 2002 yang lalu, bagaimana dipaparkan kepada kita keadaan artis-artis di barat yang sedang mengalami ketagihan arak pada tahap kronik dah sekarang ni. Bukan kata di barat, di negara Islam M`sia hari ini pun, ada seorang artis wanita ditangkap hari tu kerana memandu dalam keadaan mabuk. Ana sebut artis ni sebab sudah sampai masanya kita kena perbetulkan golongan ini. Sebab mereka adalah satu golongan yang mudah diikuti oleh para remaja. Artis pakai baju nampak pusat, remaja kita pun nak pakai baju nampak pusat. Artis tindik pusat, depa pun nak tindik pusat juga. Lalu bila depa tengok artis minum arak, takkan depa pun tak mau try kot?...Jadi tuan-tuan sekelian, pasai apa hari ini kita membiarkan arak dijual dengan begitu berleluasa sehingga tidak ada kawalan langsung, sedangkan PM telah isytihar negara kita adalah negara Islam?...Walaupun kita akui memang arak ni banyak diminum oleh golongan atasan, tapi apa yang kita nak bagitau ialah untuk jadi golongan atasan bukan menjadi syarat kita mesti minum arak. Ada, bukan takdak golongan Dato`dan golongan Tan Sri yang baik-baik dan beriman kepada Allah, yang tidak minum arak. Tapi realiti trend hari ini, kalau nak berkawan dengan orang kaya atau nak jadi golongan elit, kenalah reti minum arak.

Okay berbalik kita pada criteria saksi tadi. Selain mereka mesti 2 orang lelaki, mereka juga mestilah adil. Adil maknanya tidak melakukan dosa besaq. Kalau seseorang itu melakukan dosa kecik secara berterusan, dia juga dianggap melakukan dosa besaq. Seperti yang kita pernah sebut sebelum ni, orang pompuan yang tak pakai tudung tu sebenarnya dosa kecik je. Macam tu lah juga orang lelaki yang pakai seluaq pendek, dosa kecik je tu, bukannya dosa besaq. Tapi kalau hangpa dedahkan aurat hari-hari, seperti hari-hari tak pakai tudung, hari-hari pi jogging pakai seluaq pendek, itu adalah dosa besaq. Sebab itu ana cukup marah bila Midman suruh TG Nik Aziz bertaubat. Bersungguh-sungguh nampaknya dia nak jatuhkan imej TG. Walhal punya lah ramai menteri pompuan tak pakai tudung, tapi tak disuruhnya taubat pulak?...Heran betoi ana ngan ulama pengampu umno ni. Sepatutnya menteri-menteri pompuan yang hari-hari masuk tv tak pakai tudung ni lah yang dia kena tegoq. Bila mai time nak baca Yaasiin baru pakai kain selindang, tu pun nampak jamboi ala woodywoodpecker je. Golongan macam ni lah midman oooiiii! Hang sepatutnya suruh depa lekas-lekas bertaubat. Hat TG sebut tu sebenarnya masih boleh lagi dibahaskan. Bagi siapa yang tak setuju, kita takdak masalah untuk munakasyaf duduk berbincang bagitau kedudukan sebenarnya. Tapi beberapa menteri pompuan yang kita maksudkan ni, secara jelas depa buat benda maksiat kepada Allah swt. Tanyalah ulama mana pun, depa mesti kata bahwa tak pakai tudung tiap-tiap hari itu tadi adalah satu dosa besar. Sebab itu kita nak kata bahwa kalau betoi kita ikhlas nak suruh orang bertaubat, kita kenalah suruh mak-mak menteri ni taubat dulu. Terutamanya yang sorang tu, walaupun dah tua kerepot, tapi rambut tak pernah pun nampak beruban. Hat tu lagi-lagi lah kita kena suruh dia bertaubat. Sebenarnya ana tak niat pun nak kata kat sapa-sapa, tapi ini adalah sebagai bahan renungan kita bersama pada kali ini.

Okay sekarang mai kita tengok isu yang kata TG boleh dibawa kemuka-pengadilan. Dalam paper hari tu tulih di muka depan, bekas Hakim mahkamah agong, Harun Hashim mengatakan bahwa TG MB K`tan boleh dikenakan tuduhan di bawah kanun keseksaan kerana menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan beragama seseorang...Okay mula-mula sekali mai kita tengok siapa dia Harun Hashim ni?...Dialah suatu ketika dahulu memang cukup terkenal kerana dialah yang bertanggungjawab mengHARAMkan Umno, sehingga pada waktu itu si matdet cukup marah kat dia. Kalau tuan-tuan baca buku Tun Salleh Abbas, tuan-tuan boleh tau tahap kemarahan matdet kepada orang yang bernama Harun Hashim ni. Menurut ust Jailani, selepas Harun Hashim keluar daripada mahkamah Agong, dia menjadi Pensyarah dalam bidang undang-undang di UIA. Dan dia dikenali sebagai seorang yang baik. Jadi bila tuan-tuan baca paper tadi, tajuk depan terpampang besar depa tulih "TG boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan..", tapi kalau tuan-tuan baca berita tu perabih, tuan-tuan akan jumpa di tengah-tengah muka surat tu Harun Hashim kata, "..kalau kita nak dakwa TG, kita kena tengok keseluruhan konteks ucapan dia..."...Nampak tak tuan-tuan macamana paper main peranan dia?...Dah la diletakkan ucapan tu di mukasurat 2, lepas tu di tengah-tengah pulak tu. Sehingga kadang-kadang boleh membuatkan orang tak perasan pun. Inilah dia cara orang paper memutar-belitkan cerita. Beginilah juga apa yang berlaku sewaktu ketika dahulu, iaitu ketika hangatnya isu hudud di K`tan. Kita dipaparkan dalam paper bagaimana kononnya Almarhum Prof Ahmad Ibrahim dan Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman mengkritik hudud k`jaan negeri K`tan tu. Lalu ust Jailani pun mendedahkan hal yang sebenarnya berlaku. Menurut ust Jailani, bila keluar cerita dalam paper kata Prof Mahmud Saidun Awang Osman ini mengkritik kerana tidak bersetuju dengan hudud k`jaan negeri K`tan, maka ust Jailani kata dia pi sendiri berjumpa Prof Mahmud Saidun Awang Osman kerana Prof ini adalah kawan baik ayahnya. Dalam bilik, Prof Mahmud Saidun Awang Osman menyatakan kepada ust Jailani bahwa jangan percaya dengan suratkhabar. Lalu disuanya kertas kerjanya pada ust dan disuruhnya ust baca. Bila ust Jailani baca, tahu lah ust bahwa pada mukaddimah kertas kerjanya itu pun sudah tertulis bahwa dia mengikhtiraf dan mengakui bahwa hudud k`jaan negeri K`tan adalah hudud yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Nampak tak tuan-tuan?...Sekarang jelaslah pada kita bagaimana suratkhabar tajaan umno/bn memutar-belitkan fakta yang diutarakan oleh prof-prof dari univ-univ berkenaan dengan undang-undang Islam dalam negara kita. Inilah realitinya.

Jadi dalam Islam, kita nak percaya kepada seseorang untuk jadi saksi, maka hendaklah yang adil. Pada orang yang fasik, kita tak boleh percaya sebab untuk mengelak dari berlakunya kezoliman. Bila sebut kezoliman, kalau kita baca paper 2 minggu sudah, kita boleh jumpa satu berita bagaimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahwa penahanan beberapa orang di bawah ISA selama 60 hari adalah terbatal kerana tidak sah mengikut undang-undang kerana ia berasaskan mala fide (bad intention/ anniyyatu saiyyiah/ niat yang tidak baik). Maknanya pihak yang berkuasa menangkap mereka yang terbabit ini dengan niat yang tidak baik. Ini dia keputusan Mahkamah yang paling tinggi dalam negara kita. Tapi apa yang kita lihat, sampai ketika ini pun, mereka yang terbabit tu tak dilepaskan juga walaupun Federal Court kata lagu tu. Jadi mana dia keadilan lagi yang kita nak tengok dalam negara kita?...Mahkamah Persekutuan punya kenyataan pun depa boleh ketepikan, inikan pula suara rakyat marhain?...Tapi jangan ada yang salah faham pula. Kita tak kata semua pihak polis tak baik. Kita memang akui ada juga yang baik. Mai sekali mengaji dengan kita pun ada. Tapi yang kita nak ceritanya ialah seperti kes yang terpinggir ni. Maknanya ada pegawai-pegawai polis tertentu yang melaksanakan kerjanya secara mala fide dengan menangkap dan menyoal siasat dengan cara yang tidak betul walaupun mengikut undang-undang sekular sekalipun. Apatah lagi kalau ini berlaku dalam undang-undang Islam?...Kerana perbuatan seperti ini adalah diHARAMkan oleh Allah swt. Jadi kita sebagai orang Islam, kita mesti mengelak daripada melakukan perbuatan-perbuatan seumpama ini.

Okay yang keduanya cara nak buktikan kesalahan minum arak tadi ialah dengan iqrar (pengakuan). Orang yang salah itu sendiri mau mengaku kata bahwa dia telah melakukan perbuatan tersebut. Tapi dalam ajaran Islam, pengakuan seperti ini mestilah dibuat dalam mahkamah di depan hakim. Ini bermakna pengakuan yang dibuat dalam tahanan atau dalam lokap, tidak boleh diterima mengikut hukum syara`. Sebab pengakuan seseorang yang di dalam tahanan berkemungkinan disebabkan oleh keterpaksaan akibat daripada suasana dalam lokap yang tidak selesa kepada tahanan tersebut. Inilah dia keadilan cara Islam, supaya nanti tidak ada orang boleh dizalimi oleh mana-mana pihak. Kawan polis ana ramai yang dok cerita macam-macam. Satu hari tu pernah kawan polis ana cerita macamana depa handle kes rogol. Masa depa tangkap suspect boh dalam lokap, first sekali bukan depa tanya hang buat tak buat, tapi apa yang depa buat ialah dibogelkan suspect tu dan bubuh lada kat "revolver" kawan tu. Cara macam ni memang zolim tuan-tuan sekelian. Betoi la memang semua orang nak kan kerja senang. Awat tak senangnya, bubuh je lada kat "revolver", kawan tu mengaku teruih!...Tak ke keja senang tu?...Memang la senang kalau buat lagu tu, tapi Islam tak bagi. Pasai apa Islam tak bagi?...Pasai takut kalau-kalau yang suspect itu orang yang dizalimi. Dia tak bersalah. Orang hanya buat fitnah kat dia, tiba-tiba dia dibogelkan dan kita pula pi bubuh lada kat kemaluan. Lalu dia tak tahan, terus saja dia mengaku, padahal bukan dia yang buat. Nampak tak tuan-tuan?...Sebab itu Islam kata perbuatan macam ini adalah diharamkan oleh Allah swt...Betoi, kita akui kerja polis ni memang tension. Dah la silap sikit pun kena marah dengan pihak atasan macam kes komando-komando polis gagal tangkap Mat Komando tu, kemudian nak perform kerja masing-masing pun banyak masalah juga. Bila berlaku tekanan macam ni, sebab tu kita tengok banyak kawan-kawan polis kita cari jalan mudah, walaupun jalan mudah itu diharamkan oleh Allah swt.

Bukan kata kerja polis saja ada tekanan, malah kerja apa sekalipun, dia ada tekanannya tersendiri. Doktor nampak saja loaded, tapi susah kerjanya. Bukan mudah. Silap sikit, mati patient dia. Kadang-kadang yang datang tu memang nak mati dah pun, tiba-tiba bila bawa masuk bilik bedah, takdan nak buat apa, mati dah pun. Apalagi, keluarga si mati pun salahkan kat doktor, "Aparaaa punya doktor!..Buat perabih duit k`jaan je hantaq mengaji 7-8 tahun di Britain. Tapi apa pun tak tau!.."...Habih keluaq semua sumpah seranah. Tu kalau kena kat orang jenih sensitif, seminggu boleh tak makan tu, sebab dok terngiyang-ngiyang benda orang kata kat dia. Jadi nak ceritanya, kerja apa pun tension. Tapi kita tension macamana sekalipun, tolong jangan langgar hukum Allah swt. Yang ni yang kita kena ingat. Macam ana dok bagi tau kat setengah kawan-kawan hat jenih lambat lepa nampak lubang buat duit, kira nak serbu je. Walaupun kita nampak peluang tu dah depan mata, tapi kita mesti pastikan jalannya adalah yang diredhai oleh Allah swt. Jangan jadikan matlamat menghalalkan cara. Macam yang kita baca dalam paper baru-baru ni la tuan-tuan, iaitu adanya seorang bekas panglima tentera tiba-tiba muncul dalam paper kata, "Ada golongan tertentu cuba menghasut golongan tentera menumbangkan k`jaan."...Bila timbul tuduhan macam ni, Kak Wan pun bangkit kata, "Jangan paksa kami dedahkan semua benda. Kalaulah betul bekas panglima ni nak sumbangkan kepada keselamatan negara, awat dia tak tegur golongan-golongan tertentu dalam k`jaan yang pi beli kereta-kebal Scorpion kat vendor lain, kemudian pi beli pelurunya kat vendor yang lain pulak?..Akhirnya sekarang ni kita tengok habih Scorpion yang kemetot tu dah tersadai tak boleh nak pakai pun."...Pasai apa jadi lagu ni?...Sebab apa lagi kalau bukan kerana duit komisen yang dikejar oleh orang yang melobi suruh beli lagu tu. Komisen daripada vendor hat buat Scorpion tu pun dia mau. Komisen daripada hat buat peluru pun dia mau jugak.

Sebenarnya komisen tu tak salah. Tapi cara kita dapatkan komisen tu mesti betul. Kalau tuan-tuan jadi broker tanah, bila vendor kata, "Kalau hang boleh juai tanah ni atas RM10 sekaki, aku cabut seringgit bagi kat hang."...Kita pun congak-congak, tengok-tengok boleh untung RM100k. Sebelum kita pi kempen minta orang beli tanah tu, sebagai seorang broker tanah yang jujur yang nak cari rezeki cara halal, kita kena ingat satu benda. Iaitu kita kena kempen secara jujur. Kena habag betoi-betoi kat buyer. Kalau sangkut dengan jalan besaq, kita kena tunjuk kat mana. Kita kena tunjuk, hat mana tanah yang elok dan hat mana tanah yang tak elok. Kalu mai musim banjir, kita kena bagitau ayaq naik takat mana. Kena habag terus terang. Jangan nak kelentong kata tanah tu tinggi, ayaq tak naik langsung. Bila kawan tu beli, emmphh!...takdan mai musim tengkujuh, hujan baru 2 jam, tenggelam habih!...Inilah contoh rezeki yang haram. Jadi kalau tuan-tuan nakkan komisen sebagai broker tanah yang diredhai oleh Allah swt, apa salahnya kita habag betoi-betoi, "Ooo! tanah ni memang rendah. Kalau hujan sikit, dia tenggelam. Tapi jangan takut, dia boleh diatasi kalau kita keluarkan belanja sikit untuk kerja penambunan."...Kita pun kira la kat buyer tu berapa yang perlu dia bawa keluaq lagi. Itulah cara yang jujur. Memang nampak payah sikit. Tapi kita kena ingat, kalau dapat rezeki tadi, maknanya rezeki itu adalah yang diberkati oleh Allah swt.

Okay berbalik kita kepada syarat sah saksi itu tadi. Di sini kadang-kadang kita dengaq ada orang pertikai, pasai apa orang lelaki saja boleh jadi saksi?...Pasai apa orang pompuan tak boleh jadi saksi?...Pasai apa hukum sebat minum arak, sat-sat kata 40x, sat-sat kata 80x?...Macam-macam yang kita dengaq. Tuan-tuan sekelian, apa yang kita nak bagitau ialah kita jangan terikut-ikut dengan cara orang yang tidak ada aqidah, tidak ada syari`ah, ataupun ada aqidah tapi aqidah dia goyah, atau ada syari`ah tapi syari`ah dia goyah. Kita jangan terpengaruh dengan orang lagu ni. Contohnya, ada satu hari tu dalam tv (hat rancangan pagi-pagi tu la), bila hangat depa dok bincang pasai samseng ni, tiba-tiba ada la seorang pemanggil call tanya kat sorang ustaz dalam program tersebut, dia kata, "Macamana pula kalau ada sorang MB tunjuk punggong dia sebagai isyarat lucah di khalayak ramai?"...Tuan-tuan tau ustaz tu jawab apa?...Ust tu kata, "Takpa, kalau dia tak niat apa yang dia buat tu."...Tuuu dia tuan-tuan, yang kata ustaz umno tu. Punyala dia nak pertahankan geng dia, sampai title ustaz sanggup digadainya. Sedangkan dalam undang-undang Islam atau dalam undang-undang barat sekalipun, mengatakan bahwa perkataan dan perbuatan zahir seseorang adalah menunjukkan niat dia secara suka rela. Jadi kita jangan ikut orang macam ustaz umno dalam tv tu tuan-tuan, sebab cukup bahaya orang macam ni.

Jadi, kita janganlah selalu mempersoalkan lagu tu dan lagu ni dalam soal hukum hakam Allah. Sebenarnya bila kita berhadapan dengan nas agama, kita jangan kata nas agama yang tak betul. Tapi kita kena kata, kita yang tak paham. Bila kita tengok sat-sat hadith kata sebat 40x, kemudian ada hadith lain kata sebat 80x pula; jangan mudah untuk kata hadith tak betul. Tapi adabnya kita kena kata bahwa kitalah yang jahil, kita yang tak reti, kita yang belum ada ilmu; kalau ada ilmu, InsyaAllah kita akan paham. Contohnya, kalau tuan-tuan baca dalam kitab hadith Imam at-Tirmizi, ada satu hadith menceritakan bagaimana seorang perempuan pernah bertanya kepada Nabi saw tentang air mani. Iaitu apa hukumnya kalau orang perempuan keluar air mani?...Lalu kata Nabi saw, "Kalau orang perempuan keluar air maninya, maka dia wajib mandi sebagaimana orang lelaki keluar air maninya."...Dalam kitab hadith sahih Imam Muslim pula Nabi saw mengatakan bahwa air mani orang perempuan berwarna kuning dan cair, manakala air mani lelaki warnanya jernih tetapi pekat. Tuuu dia tuan-tuan berkenaan dengan air mani. Padahal yang kita tahu (sebelum jumpa hadith ni), air mani ni ada kat orang lelaki saja, kat perempuan takdak. Orang perempuan hanya ada air mazi. Ini disahkan pula oleh setengah-setengah doktor. Selepas kajian demi kajian dilakukan walaupun pada peringkat awal pakar-pakar perubatan bertelagah pendapat, dimana setengah mengatakan bahwa sebenarnya orang perempuan takdak air mani, hat kuning Nabi saw kata sebenarnya adalah air kencing si perempuan yang terpancut keluar ketika mengadakan hubungan kelamin. Tetapi tiba-tiba hari ini dalam kajian mutakhir mendapati bagaimana daripada 2000 lebih kaum wanita yang dijadikan bahan eksperimen, akhirnya didapati 40% kaum wanita ketika mengadakan hubungan kelamin, memang benar mengeluarkan air mani. Inilah yang menandakan bahwa Nabi saw itu adalah nabi daripada Allah swt, yang mana kata-kata Nabi saw yang disebut 1400 tahun dahulu, sekarang ini telah dapat dibuktikan benar. Inilah benda yang kita tak tahu, tapi sebenarnya Nabi saw habag benda ni lama dah. Jadi kita yang kata tak betul tadi sebenarnya kita yang tak reti. Sebab itu dalam bab agama, kita jangan sekali-kali mudah mengatakan bahwa agama tidak betul, agama tak sesuai dengan zaman, kalau nak buat hukum Islam, kenalah tunggu masa yang sesuai dan sebagainya. Padahal kitalah yang sepatutnya melaksanakan Islam sebab Islam itu sesuai sepanjang zaman.

Bukankah kita didedahkan baru-baru ini dengan kenyataan Yvonne Ridley, seorang wartawan barat yang pernah ditahan oleh puak Taliban?...Selepas beliau dibebaskan, beliau pun mengarang satu buku yang bertajuk "In The Hands Of Taliban". Di Britain, buku ini laris dipasaran sebab ramai orang nak tahu pengalaman dia semasa ditahan oleh puak-puak taliban. Lebih-lebih lagi dia sendiri dah declare bahwa dia telah pun memeluk agama Islam baru-baru ini. Dalam buku tu, dia cerita bagaimana ada seorang imam daripada Taliban tanya dia, "Awak nak masuk Islam atau pun tidak?"...Lalu dia pun fikir, kalaulah dia kata dia nak masuk Islam time tu, dia takut sat gi puak-puak Taliban kata dia takdak pendirian pulak. Gempaq sikit pun dah takut. Tapi kalau nak kata tak mau masuk Islam pun dia takut juga. Takut dikatakan biadap. Jadi dia ambik pendekatan yang tengah-tengah. Dia habag kat imam tu bahwa dia akan belajar tentang Islam kalau dia dilepaskan. Akhirnya hasil rundingan oleh Tony Blair, dia pun dibebaskan daripada tahanan puak-puak Taliban. Kemudian bila dia buat kajian tentang Islam, dia pun tertarik lalu dia pun memeluk agama Islam. Lalu bila wartawan Newsweek tanya kat dia, "Apakah yang menyebabkan kamu tertarik untuk memeluk Islam?"...Dia kata antara yang dia tertarik ialah apabila dia lihat puak-puak Taliban sungguh commited mengerjakan sembahyang 5 waktu...Tuuu dia tuan-tuan. Ana pun heran juga bila dia sebut lagu tu. Sebab kita kat Penang ni, berapa banyak kali dah sembahyang, tapi tak pernah tengok pun mana-mana hindu atau cina tiba-tiba mai nak peluk Islam pasai terharu tengok kita sembahyang?...Mana ada. Nak tertarik macamana?...Siang malam asyik dok begaduh berebut masjid je. Macamana cina hindu nak tertarik?...Tetapi Taliban yang banyak orang dok kutuk tu, yang orang kata jahat la, yang orang kata bengis la, yang orang kata buat nanya kat kaum wanita, tiba-tiba mereka yang dikutuk inilah sembahyang mereka telah menarik seorang perempuan kafir pada awalnya yang bernama Yvvone Ridley untuk memeluk agama Islam. Tuuu dia tuan-tuan. Inilah hasilnya bila orang Islam jujur berjihad berasaskan agama.

Justeru itu, dalam konteks negara kita hari ini, marilah kita sama-sama berjihad untuk menegakkan undang-undang Islam di bumi bertuah M`sia ni. Dalam undang-undang Islam itu, dia ada pelbagai undang-undang dan antaranya ialah mengharamkan minum arak sepertimana yang kita belajar kali ini. Walaupun diharamkan minum arak tapi tidaklah boleh menghukum secara sembarangan. Dia ada procedure-procedure tertentu yang perlu dipatuhi supaya tidak berlakunya kezaliman. ]

Perkara 64: Menarik balik pengakuan.

1) Jika pesalah yang telah membuat pengakuan menarik balik pengakuannya itu, maka pihak hakim boleh menerima penarikan balik pengakuan yang dibuat oleh pesalah itu, kerana kesalahan minum arak (khamar) adalah hak Allah - bukan hak manusia. Kesalahan minum arak (khamar) samalah seperti kesalahan-kesalahan hudud yang lain menjadi hak Allah.

[ Maknanya, seseorang yang mengaku bersalah kerana minum arak ataupun melakukan kesalahan-kesalahan hudud yang lain, dia boleh menarik balik pengakuannya itu, walaupun setelah mahkamah jatuhkan hukuman kepadanya. Misalnya dalam kes zina, walaupun dia dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, tapi semasa dia direjam itu tiba-tiba dia melarikan diri, maka sunnah daripada Nabi saw mengatakan bahwa pesalah itu tidak boleh dikejar. Ini adalah kerana sikapnya yang melarikan diri daripada hukuman itu, menunjukkan bahwa timbulnya unsur keraguan. Jadi sekiranya pesalah itu melarikan diri daripada hukuman walaupun hukuman sedang dijalankan, maka sunnah daripada Nabi saw ialah jangan ditangkap balik pesalah tersebut. Dalam lain perkataan, apabila pesalah itu melarikan diri daripada hukuman, bermakna dia telah menarik balik pengakuannya itu. Nampak tak tuan-tuan, macamana ada satu kelonggaran yang diajarkan kepada kita dalam kesalahan hudud. ]

2) Penerimaan hakim penarikan balik pengakuan yang telah dibuat oleh pesalah yang melakukan kesalahan minum arak (khamar), kerana kemungkinan pengakuan yang dibuat oleh pesalah itu tidak benar dan menimbulkan kesamaran dan keraguan yang boleh melepaskan orang yang dituduh dari hukuman hudud. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas`ud ra yang bermaksud: "Tolaklah hukuman hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan kesamaran dan keraguan."

3) Pengakuan yang dibuat oleh orang yang sedang mabuk tidak boleh diterima, kerana mungkin pengakuannya itu tidak benar, dan pengakuannnya tidak boleh diambil kira dan tidak boleh diterima penyaksian dan keterangannya.

[ Jadi di sini, kita difahamkan bahwa hukum syara` mengambil satu pendekatan yang amat tegas dalam menerima pengakuan seseorang. Hukum syara` sekali-kali tidak menerima pengakuan seseorang yang dalam keadaan mabuk termasuklah penyaksian dan keterangannya. Tapi kalau dia melafazkan cerai ke atas isterinya dalam keadaan mabuk, maka talaknya sah. Begitulah juga kalau seseorang yang mabuk itu melakukan sesuatu jenayah, maka jenayahnya itu akan diambil-kira, samada mengikut undang-undang Islam maupun mengikut undang-undang di bawah penal code kanun keseksaan. Misalnya kalau dia bawa kereta laju dalam keadaan mabuk, dia tetap akan dikenakan pertuduhan kerana memandu dalam keadaan merbahaya. Begitulah juga kalau orang yang mabuk tu pi bunuh orang. Walaupun dia tak sedar apa yang dilakukannya, tetapi di bawah kanun keseksaan dalam negara kita mengatakan bahwa dia boleh dituduh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman mati di tali gantung. Nampak tak tuan-tuan bagaimana wujudnya persamaan dari segi penerimaan jenayah yang dilakukan oleh orang yang minum arak di bawah undang-undang Islam maupun dalam undang-undang sekular. Cuma yang bezanya ialah dalam undang-undang Islam, dia tidak menerima pengakuan minum arak oleh seorang yang dalam keadaan mabuk. Nampak tak tuan-tuan macamana hudud mempunyai satu procedure yang cukup ketat, untuk mengelak daripada berlakunya kezaliman kepada sesiapa jua. Maknanya hanya orang yang benar-benar bersalah sahaja yang dipastikan dikenakan hukuman mengikut seadil-adilnya sebagaimana yang diajarkan mengikut nas yang ada dalam al-Quran dan hadith daripada Nabi saw. ]