Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 3 - Minum Arak - Per 58 - 61

Perkara 58: Minum Arak.

1) Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan "Khamar" berasal dari kata "Khamara" ertinya menutupi.

2) Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah swt.

Perkara 59: Hukum minum arak (Khamar).

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah swt yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Ma`idah: 90)

[ Perkara yang ke 58/59 di atas menceritakan kepada kita serba sedikit tentang kesalahan meminum arak. Ia merupakan salah satu daripada kesalahan di bawah hudud mengikut undang-undang jinayah Islam. Kerana khamar itu sendiri, ijmak dikalangan ulama` bahwa ianya adalah haram. Tidak ada seorang pun ulama` yang kata bahwa khamar itu adalah harus untuk diminum.

Arak dalam istilah kita orang Melayu adalah merujuk kepada minuman keras, yang dibuat hasil daripada campuran bahan kimia. Disini ada sedikit perbezaan pendapat dikalangan para ulama`. Dalam mazhab Imam as-Syafie kita mengatakan bahwa ianya adalah haram. Manakala ada mazhab-mazhab yang lain yang mengharuskan meminumnya dengan syarat ia tidak memabukkan. Walaubagaimanapun, kesemua mazhab dalam ajaran Islam, sepakat mengatakan bahwa kalau khamar yang diperbuat daripada perahan anggur, itu adalah haram. Ini adalah ijmak dikalangan para ulama` Islam. Tidak ada perbezaan pendapat tentang perkara itu.

Didalam mazhab al-Imamul as-Syafie rahimallahu ta`ala, kesalahan minum arak itu diletakkan sebaris dengan kesalahan-kesalahan seperti berjudi, memuja berhala dan tenung nasib. Ini menunjukkan bahwa betapa besarnya dosa apabila melakukan kesalahan meminum arak. ]

Perkara 60: Hukuman orang yang minum arak.

Dalam qanun jinayah Syar`iyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80x sebat dan tidak kurang dari 40x sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra yang bermaksud :

"Rasulullah saw telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan pada zaman pemerintah khalifah Umar peminum arak disebat sebanyak 80x sebat. Kesemuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku sukai." (HR Muslim)

[ Saya ingat, Matdet kalau jumpa la hadith ni, mungkin dia nanti kata, "Hadith ni tak sahih kot. Ada ka Saidina Umar boleh ubah hudud Allah Ta`ala."...Bukan apa tuan-tuan, 2 minggu sudah dalam paper, dia kata, "Macamana k`jaan negeri K`tan dan T`ganu nak buat hudud?..Benda yang depa nak buat tu ada yang tak serupa!..Puak-puak ni memandai-mandai nak ubah hudud Allah swt pulak...."...Nampak tak tuan-tuan, jahilnya orang tua tu tentang agama. Kenyataannya itu menggambarkan bahwa dia memang tak mengaji. Kalau sapa jumpa matdet, tolong bagitau kat dia tentang hadith di atas. Memang tak serupa apa yang dilakukan oleh Nabi saw dan Saidina Abu Bakar dengan apa yang dilakukan oleh Saidina Umar dan Ali ra. Maknanya ada perbezaan dari segi amalan. Tapi kesemua itu adalah sunnah.

Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah kalau kita nak cakap tentang agama, make sure kita mengaji dan faham betoi-betoi dulu. Jangan buat main-main bab agama ni. Sebab kalau kita tersilap bercakap tentang agama, dikhuatiri boleh tergelincir aqidah.

Kemudian bila dia kata lagi, "..hukum Islam ini mana boleh ubah mengikut zaman dan tempat.."...Apa punya tak reti la dia ni. Kita nak bagitau, kalau tuan-tuan ambik jurusan undang-undang Islam, dan apabila tuan-tuan mengaji kitab-kitab yang muktabar, InsyaAllah tuan-tuan akan jumpa dengan ungkapan-ungkapan yang biasa ditulis oleh para ulama`. Antara ungkapan itu ialah syariat Islam ini ada 2. Yang pertamanya ialah hukum Islam yang tidak akan berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Misalnya dalam masalah aqidah. Seperti kepercayaan terhadap syurga neraka, keEsaan Allah dan sifat-sifatNya dan kepercayaan Nabi Muhammad saw itu adalah nabi terakhir. Termasuklah benda-benda yang ada nas qot`i seperti haramnya arak, hukumnya tidak berubah. Dalam bab munakahat pun ada juga hukum yang tidak berubah seperti tidak ada jalan lain bagi lelaki untuk bersetubuh dengan wanita melainkan dengan jalan akad nikah. Ini semua adalah hukum Islam yang tidak akan berubah dengan perubahan zaman dan tempat.

Tetapi ada satu bab lagi yang dipanggil sebagai bab syariat Islam yang berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Maksudnya, kalau zaman berubah, hukumnya turut boleh berubah. Begitu juga dengan tempat. Kalau tempat berubah, hukum dia juga boleh berubah. Benda-benda ini melibatkan nas-nas zonni yang tertakluk kepada ijtihad para ulama`.

Contohnya, seperti isu hukum hudud yang nak dilaksanakan di T`ganu. Hukuman had zina, mencuri, murtad dll adalah jelas sebab ada nas qat`i. Memang tak boleh pertikaikan. Tapi isu yang timbul sekarang ni ialah apakah hudud itu akan dikenakan kepada orang Islam dan bukan Islam ataupun kepada orang Islam sahaja?...Perkara ni ada 2 pendapat dikalangan para ulama`. Pendapat yang pertama kata, hudud wajib dilaksanakan ke atas orang Islam dan juga kepada orang bukan Islam sebab mereka juga adalah rakyat kepada negara Islam. Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa hudud hanya dilaksanakan kepada orang Islam, dan kepada orang bukan Islam pula mereka diberi pilihan. Bila ada 2 pendapat macam ni, kita sebagai pemerintah boleh memilih diantara 2 pendapat ini apabila keadaan memerlukan kita buat demikian.

Mungkin kita berpendapat bahwa pendapat yang pertama lebih kuat. Tetapi atas kedudukan tertentu, misalnya fitnah yang mungkin timbul daripada orang bukan Islam dan sebagainya, maka dibenarkan kepada kita untuk ambik pendapat yang kedua. Sebab pendapat yang kedua itu juga adalah pendapat daripada ulama` yang muktabar. Maknanya ini benda khilafiyah, iaitu samada nak buat atau tak nak buat ke atas orang bukan Islam. Ini ada perbezaan pendapat. Tetapi atas orang Islam, tidak ada khilafiyah, iaitu wajib dilaksanakan.

Ingat tak tuan-tuan semasa k`jaan negeri K`tan mengemukakan draf hudud suatu masa dulu?...Dalam draf tersebut ada satu cadangan supaya dilaksanakan hukum hudud meliputi keseluruhan rakyat negeri K`tan termasuklah orang bukan Islam. Waktu tu lah tiba-tiba matdet boleh baca sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, "..tidak ada paksaan dalam agama.."...Maksudnya, mana boleh paksa orang bukan Islam terima undang-undang Islam. Kemudian yang peliknya, pendapat pakai akai si matdet tu disokong pula oleh ulama`-ulama` kerajaan. Padahal takkan depa tak tahu maksud sebenar ayat "tidak ada paksaan dalam agama" tu?...

Sekarang bila datang k`jaan negeri T`ganu ingin melaksanakan hudud, maka kita cuba gunakan pendekatan yang kedua pula. Kita gunakannya di atas kelonggaran yang ada dalam hukum syara`. Hari tu bila kita ambik pendapat yang pertama, puak umno tentang. Sekarang bila kita ambik pendekatan yang kedua, orang tua tu kata pula bahwa ianya zalim. Sebab orang Islam saja yang kena, orang bukan Islam tak kena. Nampak tak tuan-tuan, macamana putarrr belitnya paria sekoq ni...Nie sheikh! hang bagitau mai sat, lagumana yang hang mau!...Mula-mula kita nak buat dengan sekali orang bukan Islam, hang tak bagi. La ni kita nak buat yang hat orang bukan Islam tak kena, pun hang tak setuju jugak...Nieee apa ni?...Hat betoinya lagumana?...

Tuan-tuan nak tau jawapannya?...Tuan-tuan pernah dengaq tak cerita seorang bapa, anak dan seekor keldai di zaman Lukmanul Hakim?...Kalau tuan-tuan pernah dengaq, maka itulah dia jawapannya. Bapa naik keldai, anak tarik, orang kata bapa tu bangang pasai dera anak dia. Kemudian bila anak naik, bapa pula tarik, orang kata kat si anak, "Apa punya anak la hang! tarak respect kat orang tua ka?"...Salah belaka. Bapa naik anak tarik pun salah. Anak naik bapa tarik pun salah. Lalu kedua-dua anak beranak tak naik. Bila orang tengok depa tak naik, orang kata, "Apa punya bodo la hangpa! Ada keldai tapi tak mau naik."...Last sekali si bapa tu ambik keldai, pikul atas belakang dia; apa lagi orang gelak la kata dia gila...Nampak tak tuan-tuan, semuanya salah.

Bila kita ambik pendapat yang pertama masa negeri K`tan nak buat hudud, dia bantah dengan mengatakan "tidak ada paksaan dalam agama". Apa punya tak mengaji la puak-puak ni. Maksud ayat tu ialah kita tak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam. Dalam lain perkataan, kita tak boleh paksa orang kapiaq yang kuffur kepada Allah untuk beriman kepada Allah Ta`ala. Itu maksud dia. Bukannya tak boleh paksa depa terima undang-undang Islam. Jadi, misi kita gagal time tu. Okay sekarang bila kita nak ambik pendapat yang kedua, yang tidak dikenakan kepada orang bukan Islam, pun barua tua tu kata salah jugak...Apa kita nak kata lagi kat orang tua ni, tuan-tuan?

Sebenarnya tuan-tuan, memang puak-puak karat ni depa tak mau kepada undang-undang Islam. Itulah jawapan sebenarnya. Depa cari jalan dengan berbagai-bagai alasan, sehingga kekadang tu alasan yang diberi cukup sedap kita dengaq. You should know how to say no, without saying no. Inilah dia al-kisah sebenarnya, tuan-tuan. Depa punya tak suka kat Pas sehingga sanggup kata bahwa hudud yang negeri T`ganu nak bawa ni bukan hudud Allah. Okay kalau hangpa kata yang tu bukan hudud Allah, bawa mai sat kat kami nak tengok yang kata hudud Allah tu macamana?...Daripada tahun 1957 kita merdeka, sampai sekarang tahun 2002; ada depa tunjuk hudud Allah?...Sampai sekarang, takdak. Boleh tak orang yang tak pernah sembahyang, nak kritik orang sembahyang?..."Nie sheikh! hang rukuk tak betoi tu. Hang punya sujud pun tak betoi tu. Sembahyang sunat hang pun tak betoi tu.."; padahal dia sendiri sembahyang sunat pun tak buat, sembahyang fardhu pun tak buat. Patut tak kita maki orang yang berperangai macam ni, tuan-tuan?...Bagi saya bukan kata patut lagi dah, malah wajib jadinya.

Okay bagi puteri-puteri umno yang nak tahu sangat, boleh tak dalam Islam memaki hamun?...Tolong pay attention sikit. Bukan pasai apa; hari tu masa dok bertoje dengan depa di Anak Bukit, mana ada masa time tu nak explain. Melainkan kita suruh depa pi mengaji aje le. Okay la ni mai kita nak explain, jadi tolong ambik perhatian. Bila dah paham nanti, lain kali jangan dok bawa mai isu remeh temeh macam ni lagi. Lain kali seperti yang disyorkan oleh penganalisa politik dalam tv1 (depa sempat buat forum masa dok tunggu keputusan di Anak Bukit hari tu), kalau nak lawan dengan Pas, tolong bawa mai isu yang lebih mencabar sikit. Kalau takdak, lebih baik hangpa menyanyi aje le daripada dok merapu tak tentu hala.

Okay dalam isu boleh maki ke tidak, sebenarnya dia ada 2. Ada maki hamun yang tak boleh dan ada maki hamun yang boleh. Maki hamun yang haram hukumnya ialah apabila kita memaki hamun tanpa sebab yang kukuh terhadap orang yang baik dan orang yang soleh. Tapi kalau orang tu jenih jahat, tak sembahyang, ahli maksiat; kalau kita maki hamun dia dengan sebab dosa yang dia buat, itu tidak menjadi kesalahan. Samalah juga kalau kita pulau seseorang. Kalau dalam masa 3 hari kita tak bercakap dengan seseorang tanpa alasan yang kukuh, maka haram hukumnya. Tetapi kalau orang tu tak sembahyang, kaki zina, kaki judi; lalu kita pakat dengan orang kampung untuk pulau dia sehingga dia insaf dan bertaubat. Apakah haram kita berbuat begitu?...Tidak haram, tuan-tuan. Malah ada pendapat yang sampai ke tahap wajib kita pulau orang macam tu, supaya boleh memberi pengajaran kepada dia. Nampak tak tuan-tuan, macamana kita kena faham konsep hukum tersebut. Iaitu ada ketikanya ia haram. Dan ada ketikanya ia harus. Dan kadang kala sampai ke tahap wajib.

Okay sekarang cuba kita tengok apa jawapan TG Nik Aziz apabila beliau bertemu dengan salah seorang pegawai tinggi daripada Jakim bila beliau dipanggil untuk memperjelaskan isu maki hamun ini. Beliau quote balik apa yang berlaku semasa perjanjian Hudaibiyah. Semasa nak menjelang perjanjian Hudaibiyah, Nabi saw bersiap-siap untuk pergi beribadah di Baitillahilharam di Mekah. Sebelum tu Nabi saw pesan kat sahabat yang nak ikut dia, "Pedang yang kamu bawa, tolong bubuh dalam sarung. Jangan dibiarkan dalam keadaan terhunus. Maknanya bila orang Mekah tengok, maka tahulah mereka bahwa kita datang bukan untuk berperang tapi untuk berdamai dengan niat yang baik."...Sebenarnya pergerakan Rasulullah saw dan para sahabatnya itu telah dikesan oleh sb-sb Mekah. Lalu bila berita ini sampai ke pengetahuan pemimpin-pemimpin Mekah yang kuffur kepada Allah ketika itu, maka mereka pun menghantar delegasi mereka untuk berjumpa dengan Nabi saw dan bertanyakan niat yang sebenar untuk apa rombongan Nabi saw itu berkunjung ke Mekah?...Lalu Nabi saw habaq dengan betoi, iaitu untuk pergi beribadah di Baitillah. Tapi wakil tersebut tak percaya. Dan terus salah seorang daripada wakil tu dengan lagak samsengnya pi cekak janggut Nabi sambil memaki hamun. Tak ke kurang ajaq tu?...Kalau stail orang kita, macam pi cekak leher baju tu. Lalu bila Saidina Abu Bakar as-Siddiq nampak kejadian tu, dia pun dengan tangkas menepis tangan samseng tadi...Sapa yang tiba-tiba masuk campur dalam kejadian itu, tuan-tuan?...Itulah dia Saidina Abu Bakar as-Siddiq, yang kita kenal sebagai seorang lelaki yang mudah menangis dalam sembahyang. Sewaktu Nabi saw sakit, bila para sahabat minta Saidina Abu Bakar ganti tempat Nabi jadi imam, ianya dibantah oleh Saidatina Aishah kerana dia tahu bapanya tidak layak sebab dia seorang lelaki yang mudah menangis dalam sembahyang. Tapi rupa-rupanya tuan-tuan, Saidina Abu Bakar ra hanya lembut pada masa-masa tertentu sahaja. Tetapi bila masa Nabi saw dilayan dengan kasar, dialah orang yang bangun menepis tangan samseng Mekah itu, lalu berkata dia kepada lelaki tu, "Mulut hang cukup celupar. Mulut macam hang ni, baik pi jilat buntut berhala di Mekah nu lagi baguih!"...Kasar tak tuan-tuan?...Kasar tuuuu...Kalau zaman kita la ni, "Hang pi balik! Hang pi jilat pungkok matdet!"...Tuuu baru betoi!...Agak-agak tuan-tuan kalaulah Saidina Abu Bakar ada kat zaman kita la ni dengan diucapkannya kalimah yang sama; agak-agak tuan-tuan, paper hentam dia dak?...Wallahu`alam. Tapi nak bagitau, tuuu dia yang kata Saidina Abu Bakar ra tu.

Sebab itu kita nak bagitau, tak pedulilah kat sapa pun; kalau kita rasa nak babitkan diri bagi komen tentang hal agama, maka tolong la pi mengaji dulu. Jangan main hentam kromo je. Jangan bercakap ikut sedap mulut aje tentang agama. Bukan apa tuan-tuan; bila cakap sampai takdak tapis langsung, dikhuatiri syahadah boleh terbatal tanpa disedari. Itu yang kita takut tu.

Okay berbalik kepada cerita Saidina Abu Bakar tadi; agak-agak tuan-tuan, ada dak zaman kita la ni orang macam Saidina Abu Bakar ra?...Seorang yang lembut, yang mudah menangis tapi bila nampak Nabi saw dihina, dia bangun dengan beraninya menepis tangan dan memaki hamun wakil dari Mekah tu. Kalau kita zaman la ni; ada dak seorang yang berwatakkan gentleman tapi sekiranya agama dicabar, dia sanggup bangun memaki hamun musuh-musuh Allah swt?...Nak kata takdak pun tak boleh jugak. Tapi sebenarnya, hampir-hampir tidak ada. Pasai apa jadi lagu tu?...Sebabnya ialah kita telah diasuh supaya menjadi seorang yang pengecut. Kalau tuan-tuan flashback kembali kepada kewujudan kolej Melayu Kuala Kangsar dan juga kewujudan sekolah-sekolah institusi pengajian tinggi yang ditaja oleh penjajah British, tuan-tuan akan jumpa dengan jawapannya. Kenapa pihak British membina sekolah-sekolah yang istimewa untuk anak-anak raja dan anak-anak pembesar?...Sebabnya ialah untuk mereka kumpulkan anak-anak raja dan anak-anak pembesar yang bakal mewarisi takhta pemerintahan negara, dan dari sinilah anak-anak raja dan pembesar ini akan dididik "How to be an English gentleman". Dalam lain perkataan, anak-anak kita diajar supaya berperangai pondan keinggerisan. Maknanya, orang macam ni sekiranya agama dicabar, dia tidak akan terasa tercabar dan dia tidak akan bangun mempertahankan agamanya. Itulah yang berlaku di tempat-tempat yang ditaja oleh pihak penjajah, yang ditujukan khusus kepada anak-anak raja dan anak-anak pembesar Melayu. Sebab itu, pada hari ini kita boleh tengok macamana anak-anak raja dan anak-anak pemimpin Melayu, dalam soal mempertahankan agama, mereka langsung tidak boleh diharapkan. Dan yang paling menyedihkan, apabila diberitakan suatu ketika dulu bilamana ada cadangan kolej Melayu K.Kangsar itu hendak dibuka kepada anak-anak kampung, anak-anak petani dan anak-anak penoreh getah, lalu bangun seorang pemimpin Melayu berkata dengan nada sombong, "I won`t send my son to this school, to study with a slave."...Orang macam ni lah tuan-tuan, bila dia pakai baju Melayu masuk kampung untuk berjumpa dengan kita, kita pun pakat serbu salam cium tangan dia. Sedangkan orang inilah yang menghina kata kita ini golongan hamba. Inilah antara contoh perangai orang Melayu yang sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang khianat.

Kita sebagai seorang muslim yang cerdik, jangan sampai mudah terpedaya dengan fenomena fatamorgana sebegini, tuan-tuan. Biarlah berapa kali dia nak menangis pun, kita jangan mudah terpedaya. Sebenarnya orang tua tu hanya baik di depan kita, tapi di belakang kita, dialah penjenayah kepada agama. Inilah dia fenomena fatamorgana. Cuba tuan-tuan bawa kereta tengah-tengahari kat highway, dalam keterikan panas matahari, tuan-tuan akan nampak seolah-olah macam ada air jauh kat depan kita, betoi tak?...Adakah itu air?...Ia bukan air. Tetapi ia adalah satu fenomena haba daripada permukaan jalan yang meruap naik ke atas, kemudian daripada peredaran udara membuatkan mata kita tertipu kerana nampak semacam ada air di depan kita. Bila kita sampai kat tempat yang kita nampak macam air tadi, kita tak akan jumpa seperti apa yang mata kita nampak sebelum ini.

Dulu orang Arab melihat fenomena fatamorgana ini sebagai puaka di padang pasir. Depa menganggap puaka itu cuba menyesatkan dan menipu mereka dengan mengalih tempat-tempat air. Bila depa pi kat tempat yang depa nampak ada air tadi, rupa-rupanya apa pun takdak. Bila tengok sekeliling, depa nampak air tu kat tempat lain pulak. Bila pi aja, nampak kat tempat lain lagi. Maka mereka menganggap itu sebagai tipu helah daripada puaka padang pasir. Akhirnya bila manusia mengkaji, barulah manusia mendapati bahwa itu sebenarnya fenomena fatamorgana yang menipu penglihatan kita. Realiti sebenar adalah sebaliknya. Dalam bahasa kemanusiaan, ia dipanggil illusi atau paradox. Yang menunjukkan kepada kita perkara sebenarnya lagu lain tapi yang ditampilkan kepada kita benda yang lain. Kalau nak tau lebih lanjut tentang teknik paradox ni, saya syorkan tuan-tuan pi tanya kat tv1, tv2, tv3 dan ntv7. Depa memang expert dalam soal ni.

Muslimin muslimat sekelian. Baru-baru ni ada satu statement daripada Ketua polis negeri T`ganu. Dia kata bahwa kalau hudud dan qisas dilaksanakan di negeri T`ganu, pihak polis tidak akan memberi bantuan. Menurut ust Jailani, dari pengalaman beliau pengendalikan kes-kes syariah di negeri P.Pinang dan Kedah; membuatkan beliau tidak hairan dengan kenyataan Ketua polis tersebut. Sebab dalam undang-undang syariah negeri P.Pinang dan Kedah pun, kita tak boleh nak pertikai kalau polis tak bagi bantuan. Sebab apa?...Sebab mereka hanya tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang digubal oleh kerajaan pusat. Dalam undang-undang syariah negeri P.Pinang, pihak polis memang tidak tertakluk kepadanya. Kalau pihak polis nak tolong kita pun, dia tolong tu hanya melalui budi-bicara. Sebab tu, tuan-tuan boleh tengok sendiri, kalau kes judi, polis hambat. Kalau kes dadah, polis hambat. Kalau kes mencuri pun polis hambat jugak. Tapi kalau nak tangkap orang khalwat, kita yang kena minta tolong polis bantu kita pi serbu. Bukan polis yang pi tangkap orang khalwat. Sebenarnya, kita sendiri yang kena pi tangkap orang khalwat. Polis hanya tolong saja. Pasai apa jadi lagu ni?...Pasai Federal governmentlah yang buat undang-undang lagu ni. Sebab itu kita nak bagitau, kalau pihak polis negeri T`ganu tidak mahu menolong undang-undang syariah negeri T`ganu, kita jangan rasa pelik. Sebab apa?...Sebab amalan sekarang pun, polis tidak compulsary untuk menolong undang-undang syariah di setiap negeri.

Tuan-tuan nak tahu tak, pasai apa kalau dalam kes mahkamah syariah, pihak polis hanya menjadi sebagai peneman kita saja?...Sebabnya ialah golongan datuk, golongan Tan Sri, golongan pemimpin walaupun tak semua, tetapi kebanyakan daripada mereka terlibat dengan kes-kes sebegini. Cuba tuan-tuan bayangkan, adakah golongan orang-orang kampung macam kita ni mampu melanggan social escort dengan service charge sampai RM1k-2k semalam?...Mana mampu, tuan-tuan. Yang mampu ni sapa?...Sapa lagi kalau bukan golongan-golongan yang kita sebut tadi. Golongan-golongan inilah yang dok pekaya pompuan-pompuan jalang tu. Oleh sebab itulah, kita tak rasa pelik, bila kita lihat pihak yang berkuasa seperti tidak ada kesungguhan langsung dalam perlaksanaan undang-undang syariah dalam negara kita hari ini. ]

Perkara 61: Kesabitan kesalahan minum arak.

1) Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak adalah tertakluk di bawah 3 sebab :

i) Minuman yang diminum itu adalah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.

[ Dalam negara kita yang boleh dikatakan sebagai khamar adalah seperti guinness stout, carlsberg, tiger beer dan apa-apa minuman yang beralkohol. Sebab menurut takrif yang digunakan oleh mazhab Imam asy-Syafie, mengatakan bahwa kesemua minuman yang beralkohol adalah khamar (arak). Ini definasi dia. ]

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumnya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.

[ Maknanya kalau seseorang itu tidak tahu bahwa yang diminumnya itu arak, maka dia tidak bersalah. Tapi kalau dia tahu bahwa yang diminumnya itu adalah arak, maka haram baginya meminum minuman tersebut. ]

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

[ Kalau kita dipaksa walaupun kita tahu minuman itu memabukkan, maka kita tidak dikira sebagai seorang yang berdosa di sisi Allah swt. ]

2) Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab minum minuman tadi ia menjadi mabuk.

[ Kalau seseorang itu tidak tahu minuman itu memabukkan, maka hukuman hudud tidak boleh dikenakan ke atasnya. Tapi kalau dia tahu bahwa itu adalah arak yang boleh memabukkan, kemudian dia minum jugak, samada dia mabuk ataupun tidak, maka dalam mazhab kita mengatakan bahwa orang itu telah melakukan kesalahan hudud. Maka hendaklah dia dirotan paling kurang 40x dan maximanya 80x sebatan.

Nampak tak tuan-tuan, pasai apa kita mendapat tentangan yang cukup hebat bila sebut pasai hukum hudud ni?...Tambah-tambah lagi bila sebut nak kena pukoi dengan rotan bagi kesalahan minum arak pulak. Mana depa mau sebab kebanyakannya yang mengamal minum arak itu adalah golongan-golongan elit yang berpengaruh dalam masyarakat. Depa ni kalau pi hotel, takdak benda lain yang depa minta, mesti arak dulu. Kalau ada function je, mesti di serve arak. Sebab itu, saya tak pernah attend mana-mana function pun, lebih-lebih lagi di Penang ni. Sebab kita tahu, arak mesti jalan depan kita punya. Mana boleh kita bekerjasama dalam perkara-perkara macam ni.

Jadi, golongan mana yang suka sangat kalau di serve arak dalam majlis-majlis?...Sapa lagi kalau bukan golongan datuk-datuk, tan sri- tan sri dan pemimpin-pemimpin. Cuba tuan-tuan bayang; puak-puak datuk yang bila depa mai kampung kita, yang tangan depa kita cium sampai nak rak tu tiba-tiba kena rotan buntot dia 40x. Boleh bayang tak tuan-tuan?...Sebab itulah golongan macam ni, depa tak akan mahu dengan hukum hudud ni. Kita memang dah cukup masak dengan gelagat golongan macam ni. Kita boleh tengok macamana bila dia nampak dia nak kalah, dia tak akan terima kekalahan tu. Dia akan buat dia menang jugak-jugak. Cuba tuan-tuan tengok gelagat orang tua tu bila dia berhadapan dengan masalah sistem kehakiman dalam negara kita. Kalau dia dapati Ketua Hakim Negara tidak dapat berpihak kepada dia, dia pecat kawan tu. Dia akan pastikan bahwa Ketua Hakim Negara atau hakim yang mendengar kes dia, akan berpihak kepada dia.

Bila lawan dalam parti politik pun lagu tu jugak. Bila dengar kata depa nak kalah, depa suruh SPR kira balik. Kemudian bila kira balik, kira dengan hantu setan punya sekali, menang la kat depa dengan 283 undi. Mana boleh; Anak Bukit dah kalah, takkan Pendang pun nak kalah jugak kot. Malu la. Dia ni memang jenih tak boleh terima kekalahan. Orang macam ni tuan-tuan nak percaya ka dia akan letak jawatan?...Pembohong!!!...Memang betoi la kita pun naik turkujut bila tengok dia menangis, betoi ka dia ni nak letak jawatan?...Tapi bila kita tengok balik sejarah dia, kita akan tahu bahwa itu hanyalah sebuah fenomena fatamorgana. Awat taknye?...Cuba tuan-tuan flashback kembali ke tahun 1987-1988. Pada ketika itulah berlakunya krisis pertembungan antara executive dengan sistem keadilan dalam negara kita. Bila dia kalah, dia pecat Ketua Hakim Negara ( Tun Salleh Abbas) dengan alasan yang cukup mendebarkan kita. Awat tak debar pulak tuan-tuan?...Tahukah tuan-tuan atas alasan apa dia pecat Tun Salleh Abbas?...Di antara alasannya ialah kerana Tun Salleh Abbas cuba memperkenalkan undang-undang Islam dalam M`sia. Tuuu dia tuan-tuan, yang kata matdet tu. Tuan-tuan boleh percaya ka orang macam ni bila dia declare kata negara kita sebagai Negara Islam?...Mengarut aja tuan-tuan oiii!...Itu hanyalah fenomena fatamorgana. Walaupun kita nampak clear dengan mata, tapi jangan mudah percaya. Kita kena kaji, banyakkan membaca, belajar sejarah; maka kita boleh tahu siapa dia matdet tu.

Muslimin muslimat sekelian. Dalam Islam, ada 2 golongan yang kita mesti berhati-hati sebab mereka lebih bahaya daripada orang kapiaq. Pertamanya ialah golongan munafik. Dan yang keduanya ialah golongan zindiq. Golongan munafik dan golongan zindiq ni tuan-tuan, perangai dia, depan aja nampak Islam, tapi di belakang, dialah penjenayah kepada agama. Tu yang kita kata bahaya tu. Walaupun depa ni bahaya, tapi masih ramai dikalangan kita yang tidak menyedarinya.

Sebab itu tuan-tuan, kita nak bagitau sekali lagi bahwa hukum hudud dan qisas itu adalah daripada Allah, dan ia wajib dilaksanakan di atas mukabumi ini. Kalau ada yang tak setuju macamana sekali pun, kita nak nasihatkan, tolong jangan buka mulut. Contohnya, macam malas nak sembahyang. Tengah sedap dok tidoq, tiba-tiba isteri gerak kita bangun sembahyang Subuh, "Abang bangun! Pukoi 7.00 pagi dah. Subuh dah nak habih dah ni!"...Kalaulah kita rasa malas sangat-sangat nak bangun sembahyang time tu, baik tarik selimut dok sengap-sengap sudah. Time tu jangan dok gatai komen pasai sembahyang. Kalau kita dok sengap, paling kurang dapat dosa besaq. Tapi kalau tuan-tuan pi gatai mulut kondem pasai sembahyang, "Subuh binatang apa?..Sembahyang subuh buat apa?...Bukan boleh kaya!"...Kalau keluaq kenyataan macam tu, terbatal syahadahnya, tuan-tuan. Sebab itu bagi sesiapa yang tak mau kat Islam, yang tak mau melaksanakan kewajipan dalam agama, tak mau puasa, termasuk tak mau kepada undang-undang Islam; tolong duduk senyap-senyap. Paling kurang hang dapat dosa besaq. Bukan maksud saya dosa besaq tu takpa. Jangan salah tafsir pulak sebab dosa besaq memang bahaya. Tapi lebih baik dapat dosa besaq daripada terbatal agama. Sebab dosa besaq, ada kemungkinan Allah Ta`ala ampunkan kita walaupun kita tidak sempat bertaubat. Setinggi gunung sekalipun dosa kita akibat merompak, mencuri, berzina dan sebagainya; mati tidak bertaubat, Allah masih boleh ampunkan kita dengan rahmatNya. Tapi kalau terbatal agama, mati pulak dalam keadaan tidak bertaubat, maka chances untuk mendapat keampunan daripada Allah adalah zero. Jadi bottom-line nya, kalau tuan-tuan tak setuju macamana sekalipun dengan Islam, duduk diam-diam sudah. Jangan dok gatai mulut tunjuk ego. Buka apa; ini semua adalah supaya aqidah dalam jiwa kita terselamat daripada terkeluar daripada diri kita. ]

3) Seseorang yang meminum minuman yang memabukkan, dan dia menyangka bahawa minuman yang diminumnya itu bukan minuman yang memabukkan tidak boleh juga dikenakan hukuman had ke atas orang yang meminum minuman itu.

[ Misalnya dia sangkakan air tu coke, tiba-tiba lepas dia minum, dia mabuk. Dalam keadaan macam ni, dia tidak boleh dikenakan hukuman hudud sebab dia tidak tahu. Sebab itu kalau ada orang tipu kita suruh minum, lalu kita pun minum, kemudian baru kita tahu; kita tidak bersalah dalam hukum syara`. Tetapi kalau tuan-tuan tahu itu adalah arak, dan tuan-tuan pi minum jugak, tuan-tuan kena ingat pesanan ni. Barangsiapa yang sengaja meminum minuman yang memabukkan, lepas itu dia mabuk; kalau dalam keadaan dia mabuk tu, tiba-tiba keluaq daripada mulut dia perkara-perkara yang membatalkan agama, maka terbatallah agama dia. Begitulah juga sekiranya dalam keadaan dia mabuk tu, tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya kalimah cerai ke atas isterinya, maka time tu perceraian itu adalah sah. Tetapi kalau dia mabuk dalam keadaan tidak sengaja disebabkan orang tipu suruh dia minum, kalau terkeluar perkataan-perkataan yang membatalkan syahadah, maka tidak terbatal syahadahnya. Begitulah juga dalam masalah cerai. Ini dia Islam, tuan-tuan. Maknanya, kalau kita ditipu, kita tidak bersalah.

Tetapi walaubagaimana pun, kita kena ambik langkah berhati-hati sebab hari ini banyak berlaku penipuan. Tuan-tuan boleh baca dalam paper, macamana ramai gadis-gadis melayu kita yang dipelawa oleh orang lelaki yang tidak mereka kenali untuk minum minuman tertentu, bila depa minum, terus tak sedaq diri. Kemudian bila depa sedaq, baru depa tau bahwa depa sudah dirogol. Sebab itu tuan-tuan, kita yang ada anak perempuan kat rumah, tolong bagi nasihat. Kalau dia nak keluaq rumah, jangan keluaq sorang-sorang. Kalau nak keluaq jugak, dia mestilah ditemani oleh saudara dia atau kawan dia yang boleh kita harapkan. Tujuan dia keluaq mesti kita tau. Dan begitu juga ke tempat mana dia nak pergi pun kita kena ambik tau. Kemudian bagitau kat dia, kalau ada orang yang dia tak kenai cuba pelawa dia makan/minum, jangan sekali-kali terima pelawaan tu. Kecualilah kalau saudara mara kita atau kawan-kawan baik dia, itu lain. ]

4) Dalam qanun jinayah syar`iyah, kes yang disebutkan dalam perkara 61(2) dan (3) dalam penghakiman samalah hukumnya dengan kes "wati syubhah" (persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan yang disangkanya perempuan itu isterinya sendiri). Kes ini termasuk dalam kes yang syubhat yang tidak boleh dikenakan hukuman had ke atas pelakunya. Penghakiman ini adalah merujuk hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas`ud ra yang bermaksud :

"Tolaklah hukum hudud itu dengan sebab sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan."

[ Hadith ni ramai orang tak faham. Okay kita semua dah tahu bahwa hudud wajib dilaksanakan. Tapi sebelum nak jatuhkan hukuman hudud, kita kena sedaya upaya cari jalan dulu untuk tidak menjatuhkan hukuman hudud. Ada perbezaannya di sini, tuan-tuan. Melaksanakan hudud memang wajib. Tetapi semasa nak jatuhkan hukuman hudud, kita kena cari keraguan supaya kita tidak akan menjatuhkan hukuman hudud ke atas pesalah-pesalah hudud.

Contohnya macam ni tuan-tuan sekelian. Katalah ada sorang tu mai mengaku kata dia berzina. Sebelum buat apa pun, kita kena cari jalan supaya tak kena hudud ke atas dia. Kita pun check, "Betoi ka hang ni waras?..Kot-kot hang tak makan ubat lagi kot, masa hang buat keja tu?"..Tapi kalau dia kata, "Betoi, masa tu otak aku center elok.", kita jangan putus asa. Kita mau tanya lagi, "Betoi ka hang berzina ni?..Hang berzina kat mana?..Macamana?..Kot-kot la hang cium aje kot atau pegang aje kot atau oral seks aje kot?"...Kita cuba timbulkan keraguan. Tapi kalau dia mengaku jugak, kemudian kita cari jalan nak lepaskan dia daripada hudud pun tak jumpa, maka barulah wajib pada masa tu menjatuhkan hudud ke atas dia. Sebab time tu kalau kita tidak menjatuhkan hudud ke atas dia, kita yang berdosa.

Okay dalam kes curi pulak. Kita check dia, "Pasai apa hang mencuri?"...Kalau dia mencuri sebab tak cukup makan, punya la lapaq sampai nak mati dah, lalu dia takdak pilihan melainkan dengan mencuri; maka pada masa tu tak boleh potong tangan dia. Tapi kalau hang orang kaya, hang kroni Datuk, dah ada jet persendirian pulak; kalau lagu ni pun hang masih lagi dok mencuri, hang kena la!...Tu yang depa takut sangat nak buat hudud tu. Takut kena kerat tangan rupanya. Tabung Haji hilang berapa banyak?...MAS rugi berapa banyak?...PPRT hilang berapa banyak?...Puak-puak yang suka gagau duit orang buat macam duit dia inilah yang tak mau sangat hudud. Orang macam kita yang tak buat apa, nak takut apa?

Okay kepada orang bukan Islam pula kita nak bagitau, "Hangpa nak takut apa pasai hudud?..Yang T`ganu nak buat tu hanya kepada orang Islam. Hangpa bukan Islam tak kena. Jadi, hangpa nak takut apa?"...Malah dengan undang-undang yang sekeras ini, kalau betoi ada orang mencuri, bila dipotong tangan sipencuri itu, maka orang-orang kaya bukan Islam akan selamat. Hari ini kita boleh tengok, berapa banyak rumah orang cina yang kena rompak?...Kalau setakat rompak, takpa lagi. Ini ada yang sampai kena bunuh. Cuba tuan-tuan tanya kat sapa pun, kalau didapati bersalah mencuri, antara kena kerat tangan dengan penjara, yang mana paling orang takut?...Orang lebih takut kena kerat tangan. Nampak tak tuan-tuan, kalau hudud dilaksanakan maka negara kita (InsyaAllah) lebih aman sebab Islam itu agama yang adil.

Sekarang ni puak karat dok hingaq kata, "Kalau pompuan kena rogol, dia nak cari saksi dan bukti 4 orang kat mana?"...Nie sheikh! Tolong baca balik seksyen 9 dalam draf hudud tu kata apa?...Dia bukan kata nak kepada saksi 4 orang sahaja. Tetapi dia kata kalaulah saksi takdak 4 orang, kemudian bukti nyata pun takdak, termasuklah qorinah pun tidak ada; maka barulah perempuan itu dikenakan hudud qazaf. Jadi kalaulah seorang perempuan mengadu mengatakan bahwa dia dirogol, sekiranya dia tidak ada saksi, maka dia kena bagi bukti yang nyata. Kalau bukti yang nyata pun takdak, dia kena bagi qorinah pulak. Nampak tak tuan-tuan macamana adilnya Islam. Jadi kalau hang anak dara lagi, kemudian langsung tidak ada bukti yang mengatakan bahwa hang dirogol, dan juga langsung tidak ada kesan-kesan kena rogol; macamana hang boleh tuduh ada orang rogol hang. Itu dia Islam. Begitulah juga dengan undang-undang sekular yang kita amalkan hari ini. Serupa aje tuan-tuan. Kalau seseorang itu kata dia kena rogol, tiba-tiba langsung tidak ada bukti bahwa dia kena rogol, maka perempuan itu terdedah kepada kemungkinan disaman balik oleh lelaki yang dituduhnya itu kerana buat fitnah. Dan perempuan itu juga terdedah kepada kemungkinan disaman di mahkamah kerana membuat laporan palsu kepada polis. Nampak tak tuan-tuan, sama saja. Iaitu kalau mendakwa tanpa bukti, maka akan dikenakan hukuman.

Muslimin muslimat sekelian, dalam paper The Star bertarikh 2 Julai ms 8 yang lalu, seorang peguam yang bernama Lalita Menon telah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan hukuman hudud. Dia kata bahwa hudud ini tidak adil sebab dalam hudud, ada yang boleh dimaafkan dan ada yang tidak boleh dimaafkan. Dia bagi contoh, kalau seseorang itu bersalah kerana membunuh, si pembunuh itu boleh lepas begitu sahaja sekiranya keluarga mangsa memaafkannya. Sedangkan kes mencuri, tidak pula ada kemaafan. "Ini tidak adil.", kata Lalita Menon, seorang peguam yang beragama hindu, yang juga kawan kepada ust Jailani. Lalu ust Jailani menyanggah kenyataan itu dengan mengatakan bahwa sekiranya dalam undang-undang Islam, ada jinayah yang boleh dimaafkan dan ada jinayah yang tidak boleh dimaafkan; maka begitulah juga dengan undang-undang penal code kanun keseksaan dalam negara kita sekarang ni pun. Iaitu ada kesalahan yang boleh dimaafkan dan ada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Yang kita panggil sebagai compoundable offences dan uncompoundable offences. Kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan dan kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dikompaunkan. Kalau kita serang orang, ada kesalahan pukoi orang yang boleh dimaafkan dan ada kesalahan pukoi orang yang tidak boleh dimaafkan. Sama saja tuan-tuan. Maknanya, undang-undang jinayah kanun keseksaan sekular yang diambil dari India ini pun membenarkan jenayah itu dibahagikan kepada 2. Ada satu jenayah boleh dimaafkan dan satu lagi jenayah tidak boleh dimaafkan. Jadi, silap tang mana kalau Islam mengatakan bahwa ada kesalahan hudud yang tidak boleh dimaafkan dan ada qisas yang boleh dimaafkan?...Silap kat mana?...Maknanya Islam itu adil. Tapi saja aja orang tak suka kat Islam. Jadi, apa yang kita nak bagitau kat Lalita Menon, "Kalau kamu seorang hindu yang comitted dengan agama kamu. Takpa, silakan. Kami pun committed dengan agama kami. Tapi jangan kamu hina Islam. Ini agama kami. Pasai apa pula kamu nak komen?"...Sebenarnya dia tak tahu bahwa undang-undang Islam itu lebih adil daripada undang-undang sekular. Contohnya, dalam kes pembunuhan Datuk Taha. Ini umno sama-sama umno, tuan-tuan sekelian. Datuk Mokhtar Hashim, umno. Datuk Taha pun umno jugak. Tapi pasai apa Datuk Mokhtar Hashim dibebaskan?...Adakah k`jaan minta izin daripada keluarga Datuk Taha?...Tak minta pun. Siapa yang membebaskan Datuk Mokhtar Hashim?...Lembaga Pengampunan yang bebaskan dia. Kalaulah undang-undang hudud/qisas diamalkan dalam negara kita, maka k`jaan tidak boleh membebaskan Datuk Mokhtar Hashim kecuali dengan izin balu dan anak-anak Datuk Taha. Mana yang lebih adil?...Minta izin daripada k`jaan atau minta izin daripada keluarga yang dibunuh?...Sudah tentulah daripada keluarga si mangsa kerana merekalah yang suffer, tertekan dan menderita. K`jaan nak sedih apa?...Dia tarak nak sedih aih!...Kalau dia nak buang orang, senang-senang saja dia boleh buang. Bila lawan dengan Tengku Razaleigh, dia buang kawan tu lagu tu je. Bila dia tak suka kat DSAI, dia mengaibkan kawan tu. Sebab itu kita nak habag, Paklah hang jangan dok berangan-angan sangat, "Aku lah bakal PM selepas Okt 2003!"...Hang jangan tak kenai dia. Hang tak tau ka 2010 pun selepas okt 2003 jugak kan?...2020 pun boleh jadi jugak kalau dia hidup la. Hang kena kenai dia sebab dia pernah kata bahwa DSAI lah pengganti dia, tapi akhir sekali dia buat apa kat kawan tu?

Ini dia tuan-tuan. Kita bantai cukup-cukup kali ni. Kalau kita belajar agama, InsyaAllah kita akan jadi cerdik. Kalau tuan-tuan rasa semakin bodoh bila belajaq agama, maknanya tuan-tuan tak belajaq agama. Otak kita ni macam jalan. Kalau lama kenderaan tak lalu, jalan tu akan jadi serabut ditumbuhi tumbuhan liar. Tapi kalau jalan tu kenderaan sentiasa dok lalu atas dia, pokok nak tumbuh pun tak boleh. Maknanya, jalan tu bersih sebab sentiasa guna. Otak kita macam tu, tuan-tuan. Kalau kita sentiasa belajar, otak kita akan menjadi semakin baik dan semakin baik. Tapi kalau kita malas belajar, malas mengaji, malas membaca dan malas menuntut ilmu, maka otak kita akan menjadi lembab. Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. ]

5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengetahui minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap suatu perbuatan yang sengaja.

[ Orang baru masuk Islam, kalau dia tak tahu, kita kena approach bagitau kat dia pelan-pelan la tuan-tuan. Tapi kalau orang yang dah lama masuk Islam, rumah pun dekat dengan masjid, bagi alasan kata dia tak tau bahwa arak itu haram; orang macam ni alasan dia tak boleh diterima.

Apa yang saya faham dalam ayat ini ialah walaupun saudara baru Islam itu tahu bahwa arak itu memabukkan tapi dia masih belum tahu tentang hukum arak dalam Islam, agama yang baru dianutinya itu. ]

6) Jika seseorang mendakwa bahawa ia tidak tahu tentang haram arak itu, sedangkan ia seorang Islam dan tinggal di tengah-tengah masyarakat Islam, wajib dikenakan hukuman had sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 60, kerana alasannya itu tidak boleh diterima dan perbuatan mereka minum arak tadi adalah dianggap suatu perbuatan yang disengajakan.

[ Dia ni Islam lama dah sejak daripada kecik lagi, tiba-tiba dia kata, "Tak tahu pulak arak ni haram. Cari dah dalam Quran, tapi tak jumpa pun ayat haramnya arak."...Orang macam ni memang teruk sungguh, tuan-tuan. Adaka satu orang bekas Ketua Polis negara boleh mention seakan-akan lagu tu?...Hang Ketua Polis negara la, bukan ketua polis pekan. Hang seorang yang penting dalam negara, cawangan khas di bawah kamu, D7, D8, semuanya yang hebat-hebat belaka di bawah kamu; tapi tiba-tiba dia boleh kata tak jumpa lagi ayat Quran yang mengharamkan judi?...Orangramai boleh terima ka kenyataan macam ni?...Orang tak boleh terima, tuan-tuan oiii!...Kalau budak tadika habag tak jumpa ayat dalam Quran, takpala juga. Tapi hang ni tua bangka dah, bersunat lama dah, tapi untuk menghalalkan perbuatan hang jadi bos di tempat judi di Genting Highland, maka hang boleh kata tak jumpa ayat Quran yang mengharamkan judi. Kenyataannya memang tak boleh diterima sebab dia sepatutnya tahu.

Kesimpulannya, terus terang saya kata bahwa saya memang tak suka mengutuk orang, tapi ada ketikanya kita rasa cukup tersinggung bila Islam dihina. Memanglah kita kena berhadapan dengan situasi begini dengan keadaan berhemah. Tapi tuan-tuan jangan anggap maksud berhemah itu hanya berlembut saja. Sebab itu, saya nak bagitau, kalau nak mengaji biar complete. Buka kitab-kitab yang muktabar dari kulit ke kulit, baru tuan-tuan tahu apa erti sebenarnya maksud "berhemah" tu. Sebagai contohnya cuba tuan-tuan tengok Saidina Abu Bakar ra, seorang cukup lembut hati dia, tapi tiba-tiba dia boleh sumpah seranah suruh samseng tu pi jilat bontot berhala. Tuan-tuan sendiri boleh bayang bagaimana perasaan Saidina Abu Bakar as-Siddiq, seorang yang berhati lembut, tapi bila dia tengok ada orang biadap terhadap Nabi saw, dia tak boleh tahan perasaan dia. Seorang lslam yang waras, kalau ada orang provoke dia supaya dia marah, tiba-tiba dia tak marah, kata Sheikh Yusof al-Qadhawi bahwa orang itu seumpama keldai. Macam kita, orang Islam di M`sia ni, dok tengok tiap-tiap hari yahudi dok ganyang orang Islam di Palestin kat internet, kat tv; tapi kita takdak rasa nak marah pun kat yahudi, maka kita macam kaldai kata Sheikh Yusof al-Qardhawi. Begitu juga kalau isteri di rumah tahu suami dia dok berzina dengan pompuan-pompuan jalang, tapi si isteri tu langsung tak marah walaupun dia tahu suami dia berpeleseran dengan pompuan-pompuan sundal, maka isteri lagu ni adalah seekor kaldai. Kalau orang lelaki pulak, dia memang tahu si isteri berpeleseran dengan jantan-jantan lain, tapi dia tak marah langsung, maka dia bukan saja menjadi seperti seekor kaldai biasa, malah dia dah jadi kaldai akaq. Ini saya yang tambah.

Ini dia Islam, tuan-tuan. Islam mengajar kita balik kepada fitrah kejadian kita. Maknanya kalau orang buat kurang ajaq kat kita, kita mesti marah. Tapi marah kita itu adalah dengan cara marah yang terkawal dalam kawalan agama. Kalau kita nak maki pun, hendaklah dalam kawalan agama. Jangan sampai orang yang tak kafir, kita pi kata kafir pulak. Tu tak boleh la tuan-tuan. Tapi kalau dia dah kafir sungguh, maka wajib kata kafir. Kalau dia seorang yang munafik, kita kena kata dia munafik. Kalau dia seorang yang fasik, kita kena kata dia fasik. Itu hukumnya, tuan-tuan. Last sekali apa yang saya nak kata ialah, "Berlembutlah dan beradab sopanlah kepada orang yang berhak kepadanya. Dan berlaku tegaslah kepada orang yang berhak kepadanya." ]

Allahu ta`ala `alam.

Menjawab soalan dari sdra Shamzuri Syafie :

5) Seseorang yang tidak tahu bahawa arak itu haram, seperti seseorang yang baru menganut agama Islam, atau orang yang tempat tinggalnya jauh dari orang Islam tidak boleh dikenakan hukuman had, sekalipun ia mengetahui minuman yang diminumnya itu minuman yang memabukkan, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap suatu perbuatan yang sengaja.

[ Apa yang saya faham dalam ayat ini ialah walaupun saudara baru Islam itu tahu bahwa arak itu memabukkan tapi dia masih belum tahu tentang hukum arak dalam Islam, agama yang baru dianutinya itu. Sebab itu kita kena bagitau kat dia dgn cara slow-slow sikit sebab dia orang baru. Jadi masalah di sini ialah berkenaan dengan kurangnya ilmu saudara baru itu tentang Islam. Okay bila sebut kurang ilmu atau tak berilmu langsung, cuba kita imbas kembali peristiwa pengakuan zina Ma`iz al-Islami kepada Rasulullah saw. Walaupun ini kes zina tapi apa yang saya nak bagitau ialah tentang masalah kejahilan.

Okay sebelum Ma`iz dihukum, Rasulullah saw telah menyoalnya, "Tahukah engkau, apa zina itu?"...Ini menunjukkan bahwa Nabi saw menguji dulu sejauh mana pengetahuan si pelaku zina itu akan perbuatan yang dilakukannya itu.

Dan satu lagi kisah yang boleh kita buat rujukan ialah yang berlaku di zaman Khalifah Umar al-Khatab. Yakni sewaktu beliau hendak menghukum seorang wanita yang dilaporkan sebagai telah melakukan zina. Setibanya wanita itu di hadapan Saiyyidina Umar ra, lalu diayun-ayunnya cemeti ke arah tubuh wanita itu sambil bertanya, "Hai pelacur! Telah berzinakah engkau?"...Jawab wanita itu, "Ya, saya telah berzina dengan Ghaus dengan bayaran 2 dirham."...

Bila mendengar keterangan itu, maka bertanyalah Saiyyidina Umar ra kepada sahabat-sahabat Nabi saw yang kebetulan hadir ketika itu, "Bagaimanakah pendapat kamu semua tentang hukuman yang harus dijatuhkan atas wanita ini?"...Jawab Saiyyidina Ali karramallahu wajhah, "Dia harus direjam."...Dan pendapat itu disokong oleh Abdurrahman bin Auf. Tetapi lain pula pandang Saiyyidina Usman bin Affan, katanya, "Menurut saya, dia (wanita itu) rupanya menganggap zina yang telah dilakukannya itu hanyalah sebagai perbuatan yang biasa-biasa saja, yakni dia tidak tahu bahwa dia melanggar hukum. Sedangkan hukuman rejam hanyalah dijatuhkan atas seseorang yang sudah tahu hukum-hukum Allah swt."...Lalu pendapat Saiyyidina Usman ra itulah yang dibenarkan oleh Khalifah Umar al-Khatab.

Nampak tak saudara; betapa adilnya Islam. Walaupun hudud dilaksanakan, tapi bukan boleh kita buat sewenang-wenangnya kepada orang yang dituduh. Pengetahuan agama orang yang dituduh juga perlu diambil kira. Maka disinilah pentingnya pendapat ulama` dan qias, yang diperlukan untuk mengawasi fitnah. ]

Rujukan :

1. Kitab Qanun Jinayah Syar`iyah, karangan Hj Sa`id Hj Ibrahim (bekas Mufti Negeri Sabah)

2. Kitab Fikih Sunnah Jilid 9-11, karangan Sayid Sabiq.