Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 1 - Zina - Per 21 - 22

Muqaddimah

Rasulullah saw bersabda di dalam suatu hadith baginda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn `Asakir daripada Anas bin Malik ra, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, dimana orang-orang yang beriman pada waktu itu lebih hina daripada kambingnya sendiri."

[ Ini merupakan suatu hadith daripada Nabi saw sebagai satu peringatan kepada kita semua. Apa yang dinyatakan oleh Rasulullah saw bahwa akan tiba suatu masa (yang tidak dinyatakan kepada kita bilakah masa tersebut. Tetapi apabila Nabi saw menyatakan sedemikian, maka pasti akan tiba juga zaman tersebut), orang-orang mukmin ataupun golongan yang beragama Islam yakni yang beriman kepada Allah swt, pada masa itu akan menjadi lebih hina daripada kambing pemeliharaan mereka sendiri. Bila kita sebut tentang zaman yang mana manusia ini lebih hina daripada binatang ternakan mereka, maka kita pasti bahwa semua manusia tidak akan mahu untuk menghadapi zaman tersebut. Yakni zaman dimana kita dipandang hina oleh masyarakat dunia keseluruhannya, dan yang lebih menyedihkan ialah lebih hina daripada kambing peliharaan kita sendiri. Tetapi apabila dinyatakan oleh Nabi saw sendiri akan hal keadaannya sedemikian, maka ia pasti akan berlaku. Samada kita percaya ataupun tidak percaya, ia pasti akan berlaku. Samada kita redha atau tidak redha, dan samada kita bersedia ataupun tidak bersedia untuk menghadapi zaman yang dinyatakan itu; ia pasti juga akan berlaku ke atas kita.

Lalu para ulama` pun membahaskan bagaimana mungkin sekumpulan manusia yang beriman kepada Allah swt, boleh menjadi satu golongan yang lebih hina daripada kambingnya sendiri?....Perbahasan inilah yang ingin kita lihat, supaya amaran dan peringatan daripada Nabi saw itu akan dapat dijadikan pengajaran. Dan juga supaya apa yang akan berlaku kepada golongan manusia yang dimurkai oleh Allah swt ini, tidak akan berlaku kepada kita.

Para ulama` menyatakan bahwa maksud "manusia menjadi lebih hina daripada kambingnya" ialah apabila orang Islam menjadi takut untuk menyatakan akan kebenaran dan takut untuk memperjuangkan agama Allah swt, kerana khuatir kepada risiko-risiko yang akan mereka hadapi. Inilah sebabnya mereka mengambil sikap mendiamkan diri dari menyatakan kebenaran serta enggan untuk memperbetulkan segala kesilapan dan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat.

Cuba kita compare tengok antara perbahasan ulama` tentang hadith Nabi saw ini seperti yang disebut di atas, dengan keadaan masyarakat kita pada hari ini. Adakah benda-benda seperti yang dinyatakan dalam perbahasan ulama` itu berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini?...Persoalan ini timbul sebab kita tidak tahu zaman yang mana satu kah yang dimaksudkan oleh Nabi saw itu. Cumanya apa yang Nabi saw kata hanyalah, "Akan tibanya kepada manusia satu zaman."...Adakah ianya pada tahun 1900 ataupun pada zaman ketika tahun 2000 atau pada zaman ketika tahun 3000?...Kita tidak tahu kerana Nabi saw tidak menyatakan tarikh tersebut dengan tepat. Tetapi yang pentingnya ialah apa yang diperbahaskan oleh ulama` itu hendaklah kita teliti dan seterusnya disebarkan ke dalam masyarakat kita pada hari ini supaya apa yang diperbahaskan itu boleh kita jadikan ianya sebagai pengajaran.

Kemudian apabila hati kita diketuk setelah kita faham betul akan maksud hadith ini, maka kita akan menjadi satu manusia yang berani untuk bangun menyatakan kebenaran. Kita tak mahu menjadi manusia yang hanya khayal dengan khayalan masing-masing. Yakni apabila kita merasakan yang kita ni dah banyak belajar dan faham hal agama, maka timbullah rasa ujub yang merasai kitalah orang yang diredhai oleh Allah swt. Sedangkan sebenarnya, kitalah orang yang dimurkai oleh Allah swt...nauzubillahiminzalik. Kita tidak mahu ada dikalangan kita yang bergelar ulama `, tapi sebenarnya ulama` yang dimurkai oleh Allah swt. Dan kita juga tidak mahu kawan-kawan kita yang hebat ibadah mereka, tapi sebenarnya menjadi musuh kepada Allah swt. Sebab itu, yang penting sekali sekarang ni ialah kita kena pastikan bahwa kedudukan kita adalah kedudukan yang dimuliakan oleh Allah swt. Dan jangan kita terperangkap dengan persoalan-persoalan yang tidak dikehendaki oleh Allah swt. Inilah sebenarnya yang penting untuk kita memahami agama.

Contohnya; apabila kita berbicara soal aqidah, maka hujjah kita akan berbentuk penumpuan untuk meyakinkan bahwa wujudnya Allah swt, berdasarkan kepada dalil naqli dan dalil aqli.

i)                    Dalil naqli maknanya dalil yang dinukil berasaskan kepada nas (authority) daripada al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Misalnya, adanya Allah Ta`ala kerana kita diberitahu oleh Allah sendiri dalam Surah al-Ikhlas yang bermaksud, "Katakanlah bahwasanya Allah itu Esa (maknanya Allah itu wujud). Allah lah tempat kita meminta pertolongan. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang menyerupaiNya."...Inilah dalil yang kita ambil daripada authority yang ada dalam al-Quran itu sendiri, yakni yang dikhabarkan oleh Allah swt kepada kita.

ii)                  Dalil aqli ialah dalil yang berdasarkan kepada akal kita tentang wujudnya Allah swt. Walaupun kita tak nampak akan zat Allah, tapi bukti kewujudan Allah itu ada. Contohnya; macamana kita boleh communicate dengan kawan kita melalui h/phone?...Sebab ada frequency yang bergerak dalam udara. Walaupun kita tak nampak, tapi kita yakin adanya frequency itu sebab kita boleh dengar suara kawan kita bercakap. Tapi bila kita pi ke satu tempat lain, tiba-tiba kita tak boleh nak contact kawan kita tadi; ini bermakna tidak ada frequency di tempat tersebut. Jadi samalah juga dengan konsep kepercayaan kita tentang wujudNya Allah swt. Yakni walaupun kita tak pernah nampak Allah, tetapi kita percaya bahwa Allah itu ada kerana dari pemerhatian kita tentang pergerakan alam semesta ini yang begitu sistematik. Benda-benda seperti bumi, bulan, matahari, bintang dan sebagainya ini ditadbir dengan begitu tersusun sekali. Jadi inilah yang meyakinkan kita tentang ada satu kuasa yakni Allah swt, yang mencipta benda-benda seumpama ini.

Tahukah tuan-tuan ada satu golongan, yang bukan boleh dengar sepertimana yang kita nyatakan di atas?...Mereka inilah yang dinamakan sebagai puak-puak "zindiq". Sebahagian ulama` mengatakan bahwa puak-puak zindiq atau golongan zanadaqah ini adalah golongan yang kuffur kepada Allah swt. Pernah mereka berkata, "Kalau betul Allah swt yang mencipta alam ini; maka siapa pula yang mencipta Allah Ta`ala?"...Inilah perangai puak-puak zindiq. Kemudian mereka tanya lagi, "Kalau hang betul-betul tahu Allah Ta`ala itu Tuhan; cuba hang terang kat kami satu per satu huruf-huruf yang membentuk kalimah Allah, iaitulah alif itu maknanya apa?Lam itu maknanya apa?Dan Ha tu maknanya apa?"...Inilah contoh persoalan dari golongan yang akan menyesatkan kita kerana mereka boleh mengelirukan kita daripada apa yang kita mengaji selama ni. Kerana selama ini apa yang kita mengaji ialah authority yang dibawa kepada kita daripada al-Quran, daripada sunnah Nabawiyah dan daripada perakuan fuqaha` yang muktabar; tapi tiba-tiba mereka soal kita dengan masalah yang tidak ada dalam kesemua sumber ini. Jadi, kalau ada orang yang mai kat kita dan menganjurkan persoalan yang pelik-pelik, maka jangan dok layan depa ni. Sebab kalau kita layan juga, dikhuatiri kita akan terpesong dengan persoalan-persoalan yang dikemukakan.

Puak-puak yang dikatakan "zindiq" ini, mereka kadang-kadang rasa lebih bijak daripada Allah Ta`ala. Sehinggakan mereka boleh berfikir macamana Allah swt boleh wujud atas dunia ni?...Kalau benar Allah itu wujud, adakah Dia mampu untuk memasukkan seekor gajah ke dalam lubang sekecil lubang jarum?...Kalau benarlah Allah swt itu berkuasa, maka dia mesti boleh melakukanNya. Inilah contoh persoalan-persoalan yang boleh menyesatkan pemikiran kita. Sebab apa boleh jadi begitu?...Sebab kita sebagai manusia hanya ada akal yang terbatas.

Lalu ustaz Jailani membawa satu contoh yang menunjukkan bahwa akal kita ada limitasi dalam menjangkau suatu pemikiran. Contoh yang dibawa oleh ustaz ialah berkenaan dengan kereta. Okay sudah berapa lama kita di M`sia ni gunakan kereta sebagai kenderaan?...Sejak tahun 50an lagi kita sudah gunakannya. Sehinggalah sekarang ni kita dah ada Proton, Volvo, Merc, Peugeot dan bermacam-macam lagi. Jadi, apa yang kita nak tanya sekarang ialah kenapa kita masih lagi tidak mampu untuk me-reka cipta enjin kita sendiri?...Walhal kita juga sudah lama dalam dunia automotif ni. Yang ada setakat hari ini hanyalah enjin prototype yang dicipta oleh Petronas. Prototype sahaja tuan-tuan, yakni kita masih tidak mampu lagi mencipta enjin untuk dipasarkan secara komersial. Kenapa?...Sedangkan, yang terbarunya kita sudah ada Waja 1.6, tetapi Waja masih juga menggunakan enjin Mitsubishi. Bila datang 1.8, mungkin enjin Renault pula akan digunakan. Jadi, mana dia enjin kita sendiri?...Disinilah nampak akan keterbatasannya pemikiran kita. Kalau kita kata kita cerdik sangat, dan pengalaman pun sudah agak lama dalam penggunaan kereta ni, tapi kenapa masih tak boleh gunakan otak yang kita ada untuk cipta enjin kita sendiri yang boleh dipasarkan secara komersial?...Inilah yang menjadi dalil bahwa sebenarnya akal kita ni (yang kita rasa cerdik sangat) ada limitasinya. Jadi, Allah swt bagi akal kat kita dengan kemampuan-kemampuan yang tertentu sahaja.

Cuba kita tengok seorang doktor. Bila kata saja doktor, memang telah diakui oleh masyarakat kita bahwa gelaran "doktor" ini hanya kepada seorang yang cerdik. Misalnya kat sekolah, budak-budak yang cerdik selalunya bercita-cita menjadi seorang doktor, betul tak?...Tapi bila kereta doktor rosak, dia terpaksa juga mencari mekanik yang tak pernah pun masuk Universiti. Ini menunjukkan kepada kita bahwa walaubagaimana cerdik kita sekali pun, tapi sebenarnya kita masih lagi tertakluk kepada kekuasaan Allah swt.

Jadi, point yang ustaz Jailani nak bagitau ialah kalau setakat enjin kereta pun kita tidak mampu lagi nak fikir macamana nak buat, ataupun setakat kereta rosak dari segi mekanikal pun kita tak mampu nak perbaiki; maka apatah lagi kita nak fikir tentang zat Allah swt?...Lagi-lagilah kita tak mampu nak fikir. Sebab itu, kita sendiri kena sedar, siapakah diri kita ini?...Bila kita sedar siapakah kita di sisi Allah, maka kerja buat kita akan menjadi lebih berhati-hati dan bukan lagi secara sembrono.

Bila kita sebut "sembrono", saya teringat akan seorang artis yang berlakon dalam filem terbaru yang sekarang ni pakat ramai orang dok tengok (tak payah sebut nama dia lah). Dalam bulan lalu, keluar dalam akhbar/majalah gambar dia dalam keadaan berkemban dalam bath-tub. Ketika wartawan mengambil gambar dan menemuramah dia ketika itu, dia sedang menceritakan tentang petua menjaga kecantikan tubuhnya. Dia kata, "Petuanya ialah mandi bunga dan sentiasa berselawat kepada Nabi saw."...Nampak tak tuan-tuan betapa jahilnya masyarakat kita pada hari ini. Yang kita tau, nak berkemban ni depan suami saja boleh. Ni dak, dia boleh panggil cameraman yang bukan mahram dia masuk ke dalam bilik mandi dia, kemudian ambil gambar dia dalam keadaan berkemban, dan dalam masa yang sama boleh juga sebut nama Nabi saw. Inilah benda yang tak betul sedang berlaku dalam masyarakat kita tuan-tuan. Kalau kita buat teguran untuk memperbetulkan keadaan yang semacam ini, tuan-tuan percaya tak kalau saya kata akan ada orang yang akan marah kepada kita?...Maka akan timbullah kata-kata bahwa kita ni anti kepada artis/ hiburan/ program-program tv. Bila berlaku sebegini, habih macamana kita nak menghadapi amaran daripada Nabi saw.seperti yang disebut baginda dalam hadithnya diawal muqaddimah ini tadi. Jadi, bila kita buat teguran, maka akan ada orang akan defend si artis ini dengan bermacam-macam hujjah. Sedangkan teguran-teguran dari para pejuang Islam adalah semata-mata untuk memperbetulkan masyarakat supaya kembali taat kepada Allah swt. Itu saja. Tidak ada apa-apa kepentingan peribadi pun.

Sekarang ni pun dah berapa banyak kita dengar tentang berlakunya curang dalam rumahtangga. Ini semua berlaku akibat sudah tidak ada orang yang berani menegur perbuatan mungkar yang berleluasa dalam masyarakat kita pada hari ini. Lalu ustaz Jailani menceritakan tentang satu kes dimana seorang isteri datang ke pejabat ustaz, lalu mengadu akan hal kecurangan suaminya. Bila ustaz tanya, "Lagu mana puan tahu yang suami puan curang?"...Isteri tu kata, "Bila saya balik ke rumah, saya terjumpa seluar dalam perempuan lain ada dalam rumah saya."...Kita mesti cam punya seluar dalam itu kita punya ataupun tidak. Kalau kita biasa pakai seluar dalam cop buaya, tiba-tiba balik tengok ada cop rimau dalam bilik, makna kata mesti ada orang lain dah masuk rumah kita. Sekarang cuba tuan-tuan fikir; katakanlah satu hari kita pergi rumah kawan kita, tiba-tiba kita boleh tertinggal seluar dalam kita di rumah dia; logik atau tidak?...Bagi saya, ini tak logik. Tapi lainlah kalau kita balik ke rumah mak mertua kita seminggu umpamanya, yang mana kita perlu siapkan satu beg pakaian iaitu seluar dalam 5 helai, kain pelikat 3 helai, baju Melayu 2 pasang, kopiah 3 helai, kain serban 3 helai, seluar track suit sehelai dan banyak lagi pakaian yang kita bawa. Bila tidur dalam seminggu di rumah mak mertua, kemudian bila pakaian dibasuh dengan dicampur sekali dengan pakaian orang lain dalam washing machine, maka ini berkemungkinan boleh tertinggal sehelai dua pakaian. Ini biasa la. Tapi kalau kita pi rumah kawan setakat sejam dua sahaja, kemudian terasa nak buang air, lepas tu masa keluar dari bilik air, takkan kita tak sedar yang kita pakai seluar dalam ataupun tidak?...Jadi, dalam kes tertinggal seluar dalam ni, sebenarnya perempuan yang dikatakan berzina dengan suami orang ni bukannya tertinggal seluar dalam, tapi sebenarnya dia "men"tertinggalkannya. Yakni dia sengaja meninggalkan seluar dalamnya kerana ini sebagai satu message yang dia nak bagitau kat si isteri itu bahwa ada orang lain dah tidur dengan si suami sebab si isteri tak pandai jaga suami. Yang tu yang sebenarnya perempuan tu nak bagitau, bukannya dia saja-saja pi tinggai. Jadi, inilah contoh keruntuhan moral yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

Kemudian bila kita buat teguran demi teguran berkenaan dengan keruntuhan moral ni, kita dapati hanya beberapa kerat sahaja di kalangan masyarakat yang boleh bersama-sama dengan kita untuk membasmi kemungkaran-kemungkaran seperti ini. Tidak ramai dikalangan manusia yang sanggup bersama-sama dengan kita untuk merubah segala sistem masyarakat yang ada dalam negara kita pada hari ini.

Sebab itu bila Nabi saw menyebut tentang golongan yang takut untuk berjuang mengatakan kebenaran, lalu ustaz Jailani pun membawa satu contoh yang baik untuk kita lihat. Kita boleh perbandingkan antara perjuangan kita dengan perjuangan orang yang akan disebut ini. Iaitu di dalam majalah Asiaweek keluaran 2 March 2001 m.s.26, ada dipaparkan kepada kita satu kisah yang menyayatkan berlaku kepada seorang pejuang Kashmir yang mati syahid terbunuh. Bila dia mati terbunuh, dijumpai diarinya. Yakni askar India terjumpa diari yang ditinggalkan oleh salah seorang yang syahid daripada gerila-gerila Islam Kashmir. Bila dilihat dalam diari itu, maka tentera India menyerahkan diari ini kepada reporter Majalah Asiaweek. Lalu bila disiarkan, maka tahulah kita apa sebenarnya activiti-activiti yang telah dilakukan oleh pejuang Islam Kashmir. Yang mana bila kita baca diarinya ini, maka bolehlah kita compare antara attitude yang ada kepada gerila Islam Kashmir ini, dengan kita pada hari ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah di awal muqaddimah tadi.

Tajuk dalam article ini ialah "My Time Has Come" (Masa saya sudah tiba). Diari ini dimiliki oleh seorang yang dikenali dengan nama Abu Hamzolah. Dia adalah salah seorang gerila Islam Kashmir yang terbunuh semasa menyerang kem tentera India di Kashmir. Sepertimana yang kita tahu, Kashmir sekarang ni terbahagi kepada 2, iaitu satu bahagian Kashmir dimiliki oleh Pakistan dan satu bahagian lagi adalah dibawah penguasaan India. Kawasan di bawah penguasaan India inilah yang berlakunya konflik yang berpanjangan yakni semenjak keluarnya Inggeris dari bumi India.

Abu Hamzolah menulis di dalam diarinya, "Saya masih ingat lagi betapa gembiranya saya apabila menerima arahan daripada Amir (ketua) untuk pergi bagi menyertai gerakan menyerang kem tentera India. Saya tak pernah merasa begitu gembira sebelum ini sebab saya sudah lama menunggu akan saat-saat untuk menyertai jihad ini."...Nampak tak tuan-tuan, inilah dia sifat pejuang Islam sejati, yakni amat-amat merindui akan mati syahid. Kemudian ditulisnya lagi apabila ada orang tanya kepada dia, "Macamana pejuang-pejuang Islam Kashmir ni boleh menjadi begitu tekad sekali untuk menghadapi suasana perang gerila ini, walaupun dalam keadaaan mereka yang serba-serbi kekurangan kalau nak dibandingkan dengan tentera India yang lengkap bersenjata?...Dan apakah rahsia keberanian yang ada pada gerila-gerila Islam Kashmir?"...Lalu jawab Abu Hamzolah, "Kekuatan kami terletak pada yakinnya kami dengan kebenaran al-Quran."....Lihat tuan-tuan macamana kuatnya pegangan aqidah mereka. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt sepertimana yang disebut di dalam al-Quran itulah, maka mereka sanggup menghadapi kematian. Mereka tahu dah bahwa apabila mereka diarah serang kem tentera India, mesti kebanyakan daripada mereka akan mati. Sebab yang pergi tu selalunya hanya 4-5 orang sahaja, nak dibandingkan dengan target mereka yakni kem tentera India yang mengandungi beribu-ribu orang tentera yang lengkap bersenjata. Sebab inilah mereka percaya bahwa apabila mereka masuk dalam kem itu, maka mereka akan mati. Tapi sebab apa depa ambush juga walaupun depa tau yang depa akan mati?...Sebabnya ialah kerana mereka yakin akan kebenaran daripada al-Quran...Apakah kebenaran daripada al-Quran itu?...Kebenaran yang mereka yakini itu ialah janji daripada Allah swt sendiri. Yakni barang siapa yang mati semasa menentang tentera-tentera kafir, adalah orang yang mati syahid.

Kita ni macamana tuan-tuan, kalau nak compare dengan perjuangan Abu Hamzolah?...Ya Allah!..gapnya terlalu jauh tuan-tuan. Bagaikan langit dengan bumi. Kita buat ceramah, hayun Pong! Pang! Pong! Pang!, tapi bila SB mai gempaq sikit, dah kecut perut. Itu belum lagi pegang AK-47 pi perang apa ka. Saya tak kata kat orang lain, tapi saya kata kat diri saya sendiri. Yang kita dok kata, "Kita yakin kepada Quran!.. Kita yakin kepada Quran!", tapi adakah tahap kita sama dengan Abu Hamzolah?...Yang amat tertunggu-tunggu saat-saat dia mati syahid pada jalan Allah swt?...Saya sendiri percaya bahwa saya pun tak sampai ke tahap Abu Hamzolah. Kita ni sembang saja lebih, tapi bila puak-puak karat kejut sikit, kita dah takut. Habih macamana nak berjuang?...Maka betullah apa yang Nabi saw kata iaitu kita ni lebih hina daripada kambing peliharaan.

Siapa yang beli majalah ni atau surf website majalah Asiaweek ini, kita boleh tengok macamana Abu Hamzolah tulis dengan begitu cantik sekali dalam diarinya itu, nama-nama kawan-kawannya yang dah mati syahid dan siap dengan tarikhnya sekali bila mereka mati. Dia catat kesemuanya ini adalah sebab dia sendiri sudah rindu serta tertunggu-tunggu bila pula gilirannya akan tiba untuk mati syahid. Sampai ke tahap tu, tuan-tuan. Diari ini dijumpai oleh tentera India selepas Abu Hamzolah mati, lalu diserahkan kepada wartawan Asiaweek. Bukannya Abu Hamzolah suka-suka pi tunjuk kat orang akan catatannya itu.

Sebab itu, kita percaya bahwa betul apa yang disebut Nabi saw; yakni zaman sepertimana yang disebut oleh Nabi saw itu adalah zaman dimana manusia menjadi takut untuk menyatakan kebenaran dan takut untuk memperjuangkan bagi menegakkan agama Allah swt.

Ada orang tanya lagi kepada Abu Hamzolah, "Macamana kamu boleh bergerak dalam keadaan gelap malam yang begitu pekat sedangkan pada masa itu begitu ramai tentera-tentera India berkeliaran mengawal dipersekitaran lembah Kashmir?"....Jawab Abu Hamzolah, "Sebab Islam lah, maka kami jadi kuat."...Nampak tak tuan-tuan, pejuang-pejuang Islam Kashmir mendapat kekuatan dalaman yang begitu hebat sehingga berani menghadapi risiko maut apabila mereka pegang Islam sekuat-kuatnya. Bukan seperti kebanyakan kita di M`sia pada hari ini, yang mana jadi terbalik pula; iaitu kita jadi takut pula bila ada Islam kat kita. Yakni takut untuk menghadapi manusia yang kuffur kepada Allah Ta`ala dengan merasai inferiority complex iaitu merasa hina dan rendah diri apabila Islam ada padanya. Ini sangat-sangat berbeza dengan para pejuang Islam Kashmir, yang mereka ni merasa hebat bila Islam ada bersama-sama dengan mereka.

Contoh yang menunjukkan akan kelemahan kita ialah dalam pengurusan F1 di Sepang baru-baru ni. Tak ada salahnya kalau kita nak berlumba. Lumbalah apa pun. Lumba motor ka, lawan lari ka, apa ka, boleh saja. Tetapi yang nak bagitau ialah cara kita organise tu yang bermasalah. Kita sebenarnya nak jadikan perlumbaan sedemikian nampak hebat di mata dunia sehebat masyarakat-masyarakat dunia yang lain. Memang tak salah kalau kita nak buat lagumana orang putih buat, tapi kelemahannya ialah kita tak reti nak asingkan diantara benda yang dilarang oleh Allah swt dengan benda yang dibenarkan oleh Allah swt. Sehinggakan kita tiru bulat-bulat apa yang diamalkan oleh golongan yang kuffur kepada Allah swt.. Mau tak kata macam tu?...Cuba kita lihat semasa nak bagi hadiah/pingat ketika nak mengisytihar pelumba yang menang, tiba-tiba kita ambik botoi arak besaq-besaq bagi dekat pelumba-pelumba yang menang tu. Emmph! Depa apa lagi, depa goncang-goncang botoi arak tu, kemudian pi sembur habih kat semua orang, termasuklah budak-budak perempuan Melayu yang pakai baju kurung yang dok himpit juara tu tadi. Niiie, apa dah jadi niiie?...Inilah realiti yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini. Mana pi orang yang ada kuasa menegur?...Mana pi depa ni?...Sekali lagi kita tanya, "Berapa ramai dikalangan kita yang ada kuasa dalam tangan, yang sanggup menegur kemungkaran macam ni; berapa ramai?"...Mana pi orang-orang Islam yang kerja secara direct dengan puak-puak ni?..Awat depa tak mau buka mulut mengatakan bahwa cara begini salah?...Yang pi sembur arak kat budak-budak Melayu perempuan kita ni pasai apa?...Kalau depa nak minum arak sama-sama depa orang kafir, lantak pi lah sebab Islam larang kita halang orang kafir daripada minum arak. Tapi yang tak puashatinya ialah pasai apa pi sembur habih kat perempuan-perempuan Melayu yang pakai baju kurung tu?

Yang perempuan Melayu kita ni pun, nama saja pakai baju kurung, tapi punyalah mengancam. Alaah, macam kawan artis kita sorang tu lah yang baru kahwin baru-baru ni tuu....nak sebut ka nama dia?...Tak yah la, hangpa cari la sendiri. Apa dia kata?...Dia kata yang dia nak berbulan madu di Mekah. Yang ni yang hebat ni. Agak-agak tuan-tuan pasai apa dia boleh kata begitu sedangkan dia nilah yang kita lihat melompat terkinjal-kinjal atas stage?...Inilah yang berlaku kalau kita buat sesuatu mengikut rentak budaya. Begitu jugalah dengan artis-artis kita yang lain, yang tak pernah pakai tudung, yang atas pentas tu sampai kita tak tau dah depa ni orang ka beruang ka; tapi bila depa nak pi buat kerja umrah, pakai tudung elok pulak. "Hang pakai tudung buat apa?", kita nak tanya. Dia pakai tudung ni bukan pasai apa tuan-tuan; dia hanya mengikut budaya pakai tudung bila nak pi Mekah sahaja. Yang selama ni dia tak pernah pakai tudung, tapi bila nak pi umrah, dia tengok orang lain semua pakai tudung, maka dia pun pakailah tudung. Tapi bila balik dari umrah, dia buka balik tudung, kemudian teruskan kerjayanya yang melompat terkinjal-kinjal atas stage. Inilah contoh bahwa dia sebenarnya beramal dengan rukun Islam tadi bukan kerana ibadah, tapi kerana satu adat tradisi ikut orang semata-mata. Orang lain ada duit, pi umrah buat ibadah kerana Allah swt; lalu dia pun ikut sama sebab duit dah banyak hasil dari stageshow nya. Tapi perginya dia tu bukanlah kerana penghambaan dia kepada Allah swt.

Okay balik kita pada cerita Abu Hamzolah tadi...Kemudian Abu Hamzolah menyebut lagi dalam diarinya, yang mana kali ini dia menceritakan hal seorang kawannya yang bernama Mubasyir Ahmad yang sudah pun syahid sebelum dia. Abu Hamzolah kata, "Mubasyir Ahmad ini sentiasa ingat akan musuhnya. Sehinggakan dia tidak sabar-sabar lagi nak bertemu/ melawan/ membunuh musuhnya. Dan dia adalah seorang yang benci kepada orang yang hidup tanpa hala tuju."...Beginilah sifat para syuhadah, yang mana pertentangan antara haq dan bathil dalam jiwa mereka begitu hebat sekali. Sehinggakan dia membenci orang yang tiada tujuan hidup. Jadi, kita yang mengaku sebagai orang Islam mesti ada tujuan hidup. Tujuan hidup kita apa?...Iaitu tiadalah yang lain melainkan hanya tunduk kepada titah perintah sebagai hamba Allah swt semata-mata. Berapa ramai kita tengok dikalangan kita ni, hidup mereka tanpa tujuan. Kehidupan mereka sekadar bangun pagi pi cari makan, kemudian sampai petang baru balik rumah. Besok pagi pun serupa juga, keluar pi kerja balik petang; macam tulah tiap-tiap hari tanpa tujuan.

Bagi kita yang ada tujuan pula, sentiasa berfikir macamana nak menegakkan agama Allah swt di mukabumi ini. Contohnya kalau kita pi kerja; kita mau tanya untuk apa kita pi kerja?...Kita pi kerja selain untuk menyara anak bini, kita juga bekerja kerana kita nak menguasai ekonomi supaya Islam boleh tertegak di atas mukabumi. Bagi yang pi belajar pula, mereka mesti bertekad belajar bersungguh-sungguh sehinggakan dapat menyambung buat Master, Phd dan sebagainya; ini semua untuk apa?...Ini semua adalah kerana untuk mempastikan bahwa golongan-golongan intelektual satu hari nanti akan terdiri daripada orang-orang Islam yang committed dengan agama Allah swt.

Kata Abu Hamzolah lagi, "Kawan ku Mubasyir Ahmad ni sentiasa bercakap tentang bidadari-bidadari yang akan dia jumpa dalam syurga kelak. Begitulah kentalnya keyakinan yang ada pada seorang syuhadah terhadap janji Allah swt. Dan akhirnya dalam bulan Julai/Ogos 1998, Mubasyir Ahmad telah sampai di Jammu dan telah pun berjaya dalam misinya menjadi syuhadah."....Lalu kata Abu Hamzolah lagi, "Di dalam keadaan kita sebegini teruk; dimanakah perginya pemerintah-pemerintah negara kita ni?...Mereka sekarang sedang berfoya-foya bersama-sama dengan orang-orang yang jahat. Kami sangat memahami akan perangai orang-orang asing itu memang jahat dan kami juga boleh kenal akan wajah-wajah syaitan."...Dia menujukan kata-katanya ini kepada pemerintah-pemerintah Pakistan dengan menggunakan istilah "syaitan" kepada mereka. Sebab mereka asyik berfoya-foya dengan langsung tidak mempedulikan akan gerila-gerila Islam Kashmir yang sedang menghadapi maut. Dia kata lagi, "Kashmir ini sedang dibakar dan dimusnahkan oleh tentera-tentera India, tapi dimanakah dia orang-orang Islam?"...Berapa kerat dari kalangan orang Islam Pakistan yang bersempadan dengan Kashmir itu yang sanggup berjuang untuk membebaskan Kashmir?...Walaupun begitu ramai orang Islam Pakistan yang duduk bersempadan dengan Kashmir, tapi mereka langsung tidak sanggup untuk tolong saudara-saudara seagama mereka di Kashmir.

Serupalah juga dengan masyarakat kita hari ini tuan-tuan. Sebenarnya kita tak payah pun cerita di Kashmir tu, dengan kita tengok apa yang sedang berlaku dalam negara kita sendiri ni pun sudah cukup. Berapa ramai dikalangan kita yang sanggup menolong saudara-saudara kita yang dianiaya?...Berapa ramai?...Sehinggakan ada yang sanggup kata, "Yang kita nak sibuk-sibuk buat apa dengan kes DSAI tu?...Kita terimalah sahaja DSAI masuk penjara itu sebagai qada/qadar Tuhan."...Tengok tuan-tuan bila orang yang tak tau apa yellow tentang ugama bagi komen. Jenis bengong macam ni senang saja nak ajar. Kita mau kata balik kat dia, "Okay dah hang kata lagu tu, la ni aku ambik pisau kerat kepala hang pulak. Apa macam boleh terima dak sebagai qada/qadar Tuhan juga?..Tuhan kata hang kena mati di tangan aku; boleh terima ka?"...Inilah contoh kebodohan yang ada dalam masyarakat kita. Hang dah la tak mengaji ugama, tak reti soal qada/qadar Tuhan; tapi nak cakap juga pasai qada/qadar Tuhan ni buat apa?...Kalau kita jahil dalam soal ugama, baik jangan bercakap.

Okay la ni katakanlah kita dapat penyakit. Memang betul ini adalah qada/qadar daripada Allah swt, tapi qada/qadar sebegini adalah berupa ujian daripada Allah swt kepada hambaNya. Dia nak tengok bagaimana reaksi kita apabila kita terima ujian daripadaNya. Bila kita kena penyakit, kita kena berubat. Bila berubat, kita kena sabar bahwa ini adalah ketentuan daripada Allah swt. Bila itu sikap kita, Insya`Allah kita akan dapat pahala daripada Allah swt. Ataupun katakanlah jiran kita kena aniaya, maka kita kena bela dia. Ini juga adalah qada/qadar Tuhan untuk menguji manusia bagaimana sikap manusia bila melihat kezaliman yang berlaku dalam masyarakat. Bukan kata bila kita demam, kita kata ini qada/qadar Tuhan, lalu kita sampai sanggup tak mau makan ubat. Orang bagi panadol, kita tak mau makan juga sebab kita percaya kat qada/qadar Tuhan. Lepas tu bukan nak kata terima kasih apa ka, dia pi kata pula, "Hang bukan percaya kat qada/qadar Tuhan, sebab itu hang bagi ubat kat aku."...Lain kali kalau kita jumpa orang macam ni yang kereta dia accident ka atau rosak apa ka kat tengah jalan tu, kita mau kata pulak, "Padan muka hang! Aku tak mau tolong. Hang duduk lah kat situ sebab itu adalah qada/qadar Tuhan ke atas hang."...Mau kata lagu tu kat orang macam ni. Inilah antara contoh perangai orang yang apa yellow pun tak tau tapi nak cakap juga pasai ugama.

Kemudian kata Abu Hamzolah lagi dalam diarinya itu, "Kami sekarang sedang nazak nak mati dah ni, tapi kamu tak hirau pun keadaaan kami. Sebaliknya kamu masih lagi berseronok menari dan berfoya-foya."...Inilah sebenarnya perangai pemerintah Pakistan. Depan mata depa sendiri orang Islam dok tengah kena sembelih, kena bunuh dan hampir nak pupus dah, tapi masih ada lagi pemimpin-pemimpin Islam yang dok seronok menari berfoya-foya minum arak, sehinggakan tak sedar akan malapetaka yang akan diturunkan oleh Allah swt nanti.

Dan akhir sekali Abu Hamzolah tujukan kata-katanya ini kepada isterinya, "Wahai isteriku, kamu tak sepatutnya ingat bahwa orang yang ambik jalan jihad ini, lupa akan semua benda."...Memang kebanyakan keadaan sebegini berlaku kepada orang yang nak berjuang di jalan Allah, yakni kadang-kadang isteri kita sendiri akan mempertikai mana masa untuk dia pula. Kita jadi terlalu sibuk dengan berbagai-bagai program sehinggakan masa kita di rumah agak kurang. Kita memanglah tak boleh abaikan hal rumahtangga, tapi bila kita bahagi-bahagi masa untuk rumahtangga sikit, perjuangan sikit, tempat kerja sikit, mengaji sikit; maka akan ada lah masa-masa yang tertentu tu yang kita terambil dan sebagainya. Sebab itu, kadang-kadang si isteri-isteri ni, depa nanti tanya bahwa mana masa untuk mereka pula. Keadaan sebegini bukan sahaja berlaku kepada kita, tetapi ianya berlaku juga kepada Abu Hamzolah. Lalu katanya lagi kepada isterinya, "Kamu sepatutnya tahu bahwa orang yang ambik jalan jihad ni, dia selalunya tak lekat duduk di rumah saja."...Maknanya, orang yang duduk berakar tengok tv sampai pukoi 11-12 t/malam tu bukannya kerja orang yang nak berjuang untuk agama. Bukan maknanya sampai langsung tak boleh tengok tv/video/vcd semua ni, tapi kenalah ada pembahagian-pembahagian masa untuk semua ini. Kalau kita tengok dia tu memanjang duduk di rumah daripada pukoi 6 petang sampai 12 t/malam tengok tv saja, maka itu bukanlah cara pejuang-pejuang Islam. Nak berhibur tu boleh, tapi ada masa-masanya. Maka inilah yang disebut oleh Abu Hamzolah kepada isterinya, "Sapa-sapa yang menggunakan masanya untuk buat kerja jihad, maka dia akan tahu bagaimana sukarnya hidup ini."...Memang betoi apa yang Abu Hamzolah kata tu. Kita yang berjuang untuk agama ni, akan tahu bagaimana payahnya hidup ini. Sebab kita tahu kita akan menghadapi ancaman-ancaman daripada musuh-musuh Allah swt. Tapi bagi kawan-kawan kita yang asyik-asyik balik rumah tengok tv, pagi-pagi pergi pejabat balik petang tengok tv; bagi mereka seperti ini memang takdak masalah apa-apa. Sebab orang jenis macam ni memang tak pernah concern tentang masalah survival umat Islam. Tapi bagi kita, memang tak boleh duduk diam punya, jari ni selalu gatal saja bila nampak PC, kira nak surf mana-mana website dalam internet saja. Bukan pasai apa; ini ialah kerana kita nak tahu apakah ancaman terbaru yang berlaku kepada agama Allah swt. Sebab itu bagi orang macam kita yang berjuang untuk agama Allah swt, hidup atas dunia ni bukannya senang. Tapi bagi kawan-kawan kita tadi (yang muka depa pun sekali pandang, nampak seakan-akan 4 segi lagumana tv dah), memang senang memanjang, takdak masalah, sebab tidak ada sebarang ancaman, tidak ada fitnah, tidak ada dugaan dan tidak ada cubaan. Sebab mereka tidak pernah ambil peduli tentang benda-benda seumpama ini.

Kemudian kata Abu Hamzolah lagi kepada isterinya, "Saya cuba hubungi kamu 2x melalui radio, tapi tak berjaya."...Tengok tuan-tuan, macamana seorang pejuang yang bakal syuhadah nak berpisah dengan isteri tersayangnya. Kita macamana pula tuan-tuan. Kadang-kadang kita nak pi kursus lama sikit, tinggalkan anak isteri seminggu dua; ada tak kita rasa apa-apa?...Memang sedih juga kan betoi dak?...Tapi kita orang lelaki ni, ego tak mau menangis. Isteri kita punya la sedih peluk kita sambil dok menangis, "huk! hek! huk! hek!"...Tapi kita pula pi tahan kita punya ego tak mau menangis sekali, sebab takut kawan-kawan nanti pakat dok gelak pulak kat kita. Kita tahu perangai orang lelaki macam tu, padahal dia sedih juga tu bukannya tak sedih. Tapi ada juga jenis yang kata, "Merdeka!...Merdeka!"...Yang jenis ni memang tak boleh pakai punya. Tapi bagi kita yang ada sifat taqwa kepada Allah swt, kasih kita kepada isteri adalah kasih yang sukar untuk dirungkaikan. Begitu jugalah dengan sikap Abu Hamzolah terhadap isterinya sehinggakan dia cuba sebanyak 2x untuk menghubungi isterinya tapi dia gagal. Akhir sekali dia kata, "Saya telah mendapat arahan yang telah sekian lama saya menunggunya dalam beberapa bulan yang lalu, maka sekarang masa saya sudah tiba untuk mati syahid."....Inilah dia catitan yang dibuat oleh seorang pejuang Mujahidin Kashmir yang bergelar dirinya sebagai Abu Hamzolah.

Dari kisah yang dipaparkan di atas, kalau kita nak bandingkan darjah keimanan yang ada pada Abu Hamzolah yang mati sebagai gerila Islam Kashmir, dengan kita sekarang ni yang duduk dalam jemaah Islamiyah, jauh bezanya tuan-tuan. Saudara/i, muslimin muslimat sekelian; mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa di atas dan daripada hadith Nabi saw di awal muqaddimah tadi.


Sekarang kita sambung pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 - Perkara 21 (Yakni permasalahan yang berkaitan dengan liwat).
 
Perkara 21 : Liwat.
1) Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur samada dubur lelaki ataupun dubur perempuan, kecuali dubur isterinya sendiri.
 
[ Istilah yang digunakan oleh kita pada hari ini berkenaan dengan liwat ialah "homoseks", walaupun tidak begitu tepat tapi ia boleh digunakan bagi memudahkan kefahaman kita. Tapi liwat dalam hukum syara` ialah seperti yang disebut di atas. Kalau nak bagi lebih jelas lagi apa yang dikatakan liwat itu ialah apabila perlakuan seorang lelaki menggunakan zakarnya untuk bersetubuh pada dubur lelaki yang lain ataupun pada dubur perempuan yang lain, kecuali dubur isterinya sendiri.
 
Jadi kalau seorang lelaki bersetubuh dengan isterinya melalui "pintu belakang", maka itu tidak dinamakan sebagai liwat di bawah hudud, tapi hukumnya jatuh kepada liwat di bawah ta`zir. Bila kita kata "pintu belakang", bermakna si suami setubuhi melalui dubur isterinya, bukannya menyetubuhi faraj isterinya melalui belakang. Yang ni kita kena faham sebab kedua-dua cara yang disebut ini adalah dua keadaan yang berbeza.
 
Yang dikatakan liwat di bawah hudud ialah apabila seorang lelaki meliwat lelaki yang lain, ataupun meliwat perempuan yang bukan isterinya.
 
Apakah hukum jikalau suami meliwat isterinya?...Disini ada beberapa pendapat dikalangan ulama` Islam. Jumhur (majoriti) ulama` berpendapat mengatakan bahwa haram hukumnya suami bersetubuh pada dubur isteri. Walaubagaimana pun ada beberapa pendapat yang kecil (minoriti) yang mengatakan bahawa harus hukumnya suami meliwat dubur isterinya. Jadi kita pegang pendapat jumhur yang mengatakan haram bersetubuh pada dubur isteri.
 
Kemudian kita lihat pula apakah hukuman yang boleh dikenakan pada suami yang meliwat dubur isterinya?...Sebahagian ulama` mengatakan bahwa apabila suami meliwat dubur isteri, maka pemerintah tidak boleh menghukum si suami, kecuali jika si isteri mengadu kepada pemerintah kerana dia dizolimi. Kita kena faham akan ayat ini. Memanglah haram hukumnya bila si suami meliwat isterinya, tetapi pemerintah tidak ada kuasa untuk menghukum si suami, kecuali jikalau isteri mengadu kepada pemerintah bahwa dia dizolimi akibat daripada diliwat oleh suaminya.
 
Contohnya macam ni; jikalau suami meliwat isterinya, dan isterinya rasa seronok pula dengan perbuatan suaminya itu. Maka hukumnya tetap haram yakni maknanya mereka berdosa, tetapi pemerintah tidak boleh hukum si suami sebab isterinya rasa seronok. Tetapi jikalau si suami meliwat isterinya dan isterinya rasa dizolimi, isterinya rasa malu, isterinya rasa tak patut suaminya buat dia lagu tu, isteri rasa sakit akibat tercedera daripada liwat oleh suaminya; lalu si isteri mengambil keputusan untuk mengadu kepada penguasa (kerajaan), maka barulah boleh penguasa boleh menghukum suaminya. Inilah yang kita kena faham stages tentang masalah liwat yang dibuat oleh si suami. ]
 
2) Melakukan persetubuhan di dubur yakni liwat, hukumnya adalah haram, dan sama seperti bersetubuh di faraj perempuan yang bukan isterinya. Maka samalah hukumannya dengan berzina, iaitu mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud yakni direjam sehingga mati jika orang yang meliwat itu muhson, dan dikenakan hukuman sebat 100x sebatan dan dibuang negeri selama setahun jika orang yang meliwat itu qoiru muhson. ( Kitab Kifayah al-Akhyaar : 2/111-112 )
 
[ Liwat hukumnya haram sama seperti zina. Walaupun dari segi sebutan perkataan antara kedua-duanya berbeza, tetapi dosa liwat dan zina sama. Dan para ulama` mengatakan bahwa hukuman yang dikenakan kepada kedua-dua perbuatan ini juga adalah sama.
 
Sedihlah rasanya bila kita cakap pasai liwat ni, mau tak mau, kita pasti teringat akan kes DSAI. Sampai ada orang kata, "Saya kenai DSAI ni memang jahat orangnya. Pasai dia buat sungguh kerja terkutuk tu."...Bila kita tanya, "Macamana kamu boleh tau dia buat?"...Dia kata, "Saya tengok videonya."....Apaaaraaa! punya orang, ada lagi orang macam ni. Bagi terkejut orang aje. Video rupanya, kita ingat dia tengok sendiri.
 
Lalu diulas oleh ustaz Jailani (yang merupakan seorang peguam syarie maupun sivil) tentang kes liwat DSAI. Kata ustaz, "Kalau betul lah ada video yang menunjukkan bagaimana liwat itu betul-betul berlaku; pasai apa masa perbicaraan sedang berlaku tempohari ianya tidak ditayangkan dalam mahkamah?...Pasai apa video itu tidak dijadikan bahan bukti dalam mahkamah?...Pasai apa perbualan yang dirakam melalui kaset boleh dijadikan bahan bukti dalam mahkamah, tetapi video itu tadi tidak pula dijadikan bahan bukti dalam mahkamah?...Senang saja jawapannya tuan-tuan; iaitu tipulah jawabnya tu. Kalau betullah apa yang dirakamkan dalam video itu benar-benar berlaku, sudah pasti orang yang merakamkan filem itu akan kemukakannya ke mahkamah."...Dan sebagaimana yang kita tahu, dia tidak kemukakan ke mahkamah akan video itu sebagai bahan bukti. Jadi, ini menunjukkan bahwa ini adalah satu penipuan. Tapi ada juga orang kita yang percaya bulat-bulat. Dengan teknologi canggih la ni, benda-benda lagu ni senang saja pembikinannya sehinggakan macam real berlaku. Lebih-lebih lagi dengan adanya 3D sekarang ni, sehinggakan bila Jaws buka mulut, kita nampak macam betoi-betoi nak makan kita pula. Ini teknologi yang ada sekarang. Sebab itu, kita jangan tuduh sembarangan dalam kes zina dan liwat ini. Untuk membawa kes zina dan liwat ke muka pengadilan, kita mestilah ada bukti yang kukuh sepertimana yang diletakkan oleh syara` iaitu mesti ada saksi 4 orang lelaki adil. ] 
 
3) Orang yang melakukan kesalahan liwat sama hukumnya dengan orang yang berzina sebagaimana yang disebut dalam perkara 21(2), adalah berdalilkan hadith-hadith berikut :-
 
[ Sekarang kita sampai kepada dalil-dalil yang nak menunjukkan kepada kita bahwa zina dan liwat ni adalah sama, yakni dari segi dosanya, dari segi cara pembuktiannya, dan dari segi bentuk hukumannya. ]
 
i) Hadith Rasulillah saw yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari; kata Nabi saw, "Apabila telah mendatangi seorang lelaki meliwat seorang lelaki yang lain dalam keadaan kedua-duanya rela merelakan, maka kedua-dua lelaki itu adalah berzina." ( Syarah al-Muhazzab : 18/263 )
 
[ Ini adalah authority yang pertama untuk menunjukkan daripada Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-`Asyaari bahwa orang yang liwat dengan orang yang berzina adalah sama hukumnya. ]    
 
ii) Hadith Rasulillah saw yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas ra; Nabi saw bersabda, "Sesiapa telah mendapatinya melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (meliwat), maka rejamlah yang di atas dan yang di bawah." (HR Abu Dawud, Tirmizi dan Ibn Majah )
 
[ Siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi saw "orang yang diatas" itu?...Itulah orang yang meliwat. Dan siapa pula "orang yang di bawah"?...Itulah orang yang diliwat. Mengapa Nabi saw menggunakan istilah "yang di atas" dan "yang di bawah"?...Ini adalah disebabkan Nabi saw mengambil cara biasa yang dilakukan oleh manusia bila bersetubuh. Biasanya manusia bersetubuh, yang buat posisinya kat atas dan yang kena buat posisinya kat bawah. Sekarang timbul persoalan; ada ka tidak orang yang buat posisinya kat bawah dan yang kena buat posisinya pula kat atas?...Ada jugak, mungkin yang nilah yang dikatakan kuak lentang tu kot. Ada ka tidak cara mengiring?...Ada. Ada ka tidak sambil berdiri?...Ada. Pendekata, ia dilakukan dengan bermacam-macam gaya. Tapi cara yang Nabi saw sebut ni ialah mengambil suasana yang biasa berlaku ketika manusia bersetubuh, iaitu yang buat duduk kat atas dan yang kena buat duduk kat bawah.
 
Lucah ka saya kata lagu ni tuan-tuan?...Mungkin ada yang kata lucah tapi sebenarnya tidak. Kita kena terang sedemikian rupa supaya tidak akan timbul kekeliruan dikalangan masyarakat. Pasai apa kita kata lagu tu?...Pasai kita takut nanti ada yang baca hadith ni kemudian dia kata, "Sheikh, kami bukan buat macamana yang Nabi kata tu, tapi kami buat cara mengiring. Jadi bila atas takdak bawah pun takdak, maka kami tak kena rejamlah."...Orang macam ni mau sedeqah dengan kambe 3x2 kat tengah belakang dia, pasai jenis tak mengaji. Maksud "yang di atas" tu ialah orang yang buat. Manakala maksud "yang di bawah" tu ialah orang yang kena buat. Tak kiralah; mengiring ka, menyorong ka, berdiri ka, macamana ka; yang pentingnya ialah orang yang buat dan yang kena buat, kedua-dua nya wajib direjam dengan batu sampai mati. Inilah dia authority yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibn Majah. ]
 
Perkara 22: Musahaqah ( lesbian)
1) Musahaqah (lesbian) ialah melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan, dengan menggeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
 
[ Tak ke berdiri bulu roma bila baca lagu ni tuan-tuan?...Tapi apa boleh buat, benda-benda lagu ni semua ada dalam kitab. Bukan kata saja-saja seronok nak pi tulis; dak bukan lagu tu?...Jadi inilah dia apa yang pengarang huraikan kepada kita, yakni apa dia Musahaqah atau apa dia lesbian. Inilah dia contoh binatang yang pada zahirnya kita nampak manusia. Pasai apa kita kata lagu tu?...Sebab Allah swt dah bagi kat kita ada lelaki/perempuan yakni jantina yang berbeza untuk dimanafaatkan, tapi ada juga orang yang buat kerja lagu ni. Sebenarnya depa ni bukan orang, tapi beruang. Orang yang buat kerja lagu ni adalah orang yang berdosa di sisi Allah swt. ]
 
2) Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman ta`zir. Dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman ta`zir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti-bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syara` untuk membuktikan zina.
 
[ Apa yang pengarang nak bagitau kat kita dalam perenggan ni ialah musahaqah ni tak sama sebagaimana liwat. Liwat adalah di bawah hudud, maknanya sesiapa yang didapati bersalah kerana meliwat wajib direjam dengan batu sampai mati...Okay yang ni clear. Tapi orang perempuan yang musahaqah ni, depa mendapat kelazatan seks dengan sesama perempuan dengan cara yang sama sekali berbeza dari liwat/zina. Jadi, mereka jatuh di bawah ta`zir yakni bukan di bawah hudud. Maksud mereka di bawah ta`zir ialah mereka tidak boleh direjam dengan batu sampai mati, tetapi hendaklah di ta`zir. Hukuman ta`zir ni pula adalah terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menjalankan hukuman, samada nak denda ka atau nak sebat ka atau nak penjara ka dan sebagainya, ianya terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah. Kalau nak sebat, jangan sampai sama sebagaimana hudud. Yakni kalau hudud 100x sebatan, maka janganlah disebat mereka sampai 100x. Atau boleh juga kalau nak arakkan dia naik kereta jenazah ka atau usung dia dalam keranda ka, kita pakat usung dia keliling seluruh kampung untuk tunjuk kepada masyarakat bahwa ni dia rupa orang lesbian bagi memalukan dia. Cara begini pun boleh kerana dibenarkan dalam hukum syara`. Tetapi bilamana kata "ta`zir", maka apa cara hukuman sekali pun, ianya terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.
 
Tapi kita perlu ingat, Musahaqah yang ada pada hari ini tidak terbatas sepertimana yang diterangkan oleh pengarang dalam perkara 22(1) itu sahaja. Sekarang ni ada bermacam-macam cara Musahaqah (lesbian). Kalau kita pi ke negara barat, kita akan berkesempatan tengok sex shop yakni kedai yang jual barang-barang seks khusus untuk golongan Musahaqah ni; seperti zakar yang diperbuat daripada getah, vibrator, patung bentuk perempuan yang dibuat daripada getah lengkap dengan kemaluan sekali untuk dibeli oleh pelayar-pelayar atas kapal yang lama tak jumpa perempuan dan sebagainya. Ini dia cara orang barat. Tapi kalau ada orang Islam gatai juga nak menggunakan benda-benda lagu ni, mereka jatuh di bawah ta`zir. Pasai apa ta`zir?...Sebab ia tidak melibatkan persetubuhan, walaupun kita nampak clear seorang perempuan tu ambik zakar palsu (buat daripada getah) lalu memasukkan ke dalam kemaluannya. Yang dikatakan persetubuhan dalam hukum syara` ialah apabila menggunakan kemaluan yang hidup dengan kemaluan hidup yang lain. Jadi apabila dua kemaluan hidup tadi terlibat, maka itu baru dinamakan hudud. Tetapi jikalau salah satu kemaluan tadi adalah kemaluan yang bukan hidup (misalnya, kemaluan yang dibuat daripada plastik, kayu dll.), maka itu tidak dinamakan persetubuhan. Samalah juga bagi orang lelaki, yang mana kalau dia masukkan zakarnya ke dalam faraj buatan daripada getah dan sebagainya, maka itu juga bukan dinamakan persetubuhan. Jadi apabila kita sudah faham dengan bab-bab sebegini, maka fahamlah kita pasai apa dalam hukum syara` Musahaqah ini tidak boleh dikenakan hudud. ]

42922_wallpaper110.jpg