Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 1 - Zina - Per 19

Muqaddimah

Di dalam Surah an-Nissa` ayat 60-63, Allah swt berfirman yang bermaksud,

"Apakah kamu tidak memperhatikan?...Orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu; mereka hendak berhakim kepada toghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari toghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya.(60) Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu tunduk kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum ar-Rasul, nescaya kamu melihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya daripada mendekati kamu.(61) Maka bagaimanakah halnya, apabila orang-orang munafik ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna.(62) Mereka itu adalah orang-orang yang Allah telah mengetahui apa yang terkandung dalam hati mereka. Kerana itu, berpalinglah kamu daripada mereka, dan berilah mereka pelajaran serta katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwa mereka.(63)

[ Saudara saudari muslimin muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian. Ayat ini diturunkan oleh Allah swt untuk menceritakan kepada kita tentang satu golongan manusia yang diberi gelaran oleh Allah sebagai "al-Munafiqun". Siapa dia orang yang dipanggil sebagai "al-Munafiqun" itu?...Yang dinamakan munafik ini ialah orang yang mana pada kulitnya kita tengok dia baik. Yakni pada zahirnya, kita nampak dia orang masjid. Pada pandangan mata kasar kita dia adalah orang yang mengaku beriman kepada Allah. Pada luarannya, kita nampak macam jenis orang yang mahu kepada agama. Tetapi hakikat yang ada dalam diri orang seperti ini; mereka adalah musuh Allah Ta`ala, mereka adalah penentang agama Allah, mereka adalah orang yang fasik dan mereka adalah orang yang gemar berbuat dosa kepada Allah swt.

Dimana di dalam ayat ini, Allah Ta`ala menceritakan kepada kita dalam bentuk soalan, "Apakah kamu tak pernah tengok satu jenis manusia yang mana orang ini dia mengaku beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad (al-Quran) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum daripada Muhammad (seperti Injil, Taurat dan suhuf-suhuf yang pernah diturukan kepada rasul-rasul a.s. )"...Daripada ayat ini, puak-puak munafik ni kata bukan setakat Quran saja depa beriman, bahkan depa kata depa pun beriman kepada Taurat, beriman kepada Injil dan juga beriman kepada semua ajaran yang diturunkan oleh Allah swt kepada golongan rasul-rasul as sebelum daripada kenabian Muhammad saw. Tapi tiba-tiba Allah bagitau kat kita, "Puak-puak yang kata beriman kepada Allah Ta`ala tadi, sebenarnya mereka nak berhakim kepada toghut."...Toghut ini bermakna melampaui batas. Orang yang melanggar hukum Allah Ta`ala dengan melampaui batasan yang ditetapkan oleh Allah swt, kita panggil "toghut". Dulu semasa kita tak tau apa dia makna "toghut" tu, bila kita dengar orang dok kata "toghut, toghut", kita rasa satu macam punya jijik atau teruk sangat. Tapi bila kita dah tahu akan pengertiannya, kita rasa-rasa memang ramai orang toghut pada hari ini; betoi tak tuan-tuan?...Sebab pengertiannya mudah saja, dan kita mendapati mereka ni pun berlambak pada hari ini.

Sambung Allah lagi, "Sedangkan diperintahkan mereka ini mengkuffuri toghut."...Untuk menjadikan kita sebagai orang Islam yang dikatakan taat kepada Allah swt, maka dua perkataan ini hendaklah ada dalam diri kita. Iaitulah "mukmin" (beriman) dan "kuffur". Bila kata "mukmin" , ini bermakna kita beriman kepada semua benda yang Allah Ta`ala suruh. Yakni start dengan beriman kepada Allah swt sendiri, kemudian rasul-rasul , malaikat-malaikat, kitab-kitab, sampai kepada hari qiamat dan juga qada/qadar. Dan bila kata kita juga kena "kuffur", maka "kuffur" yang macamana?..Daripada ayat di atas, Allah suruh kita kuffurkan toghut. Ini adalah arahan daripada Allah swt.

Kemudian kata Allah lagi, "Manakala syaitan itu memang menghendaki supaya kita sesat dengan sejauh-jauhnya."...Ayat ini, Allah swt turunkan bersempena dengan satu peristiwa yang berlaku di zaman Nabi saw di Madinah. Yakni apabila berlaku perbalahan diantara satu orang Islam daripada golongan Ansar dengan seorang bukan Islam daripada Yahudi. Bila berlaku perbalahan itu, yang si Yahudi ni mahu Nabi saw sendiri menjadi hakim untuk menyelesaikan masalah mereka berdua. Tapi bagi si Ansar yang berugama Islam ni pula, dia mahu seorang pemuka Yahudi bernama Ka`ab al-Asyraf untuk menghakimi perbalahan mereka. Tak ke jadi terbalik code tu, tuan-tuan?

Sebab inilah Allah turunkan ayat ini untuk menceritakan perihal sifat satu golongan manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan kita lihat pada luarannya pun macam mereka ikut Nabi, tapi rupa-rupanya bila mereka ada masalah, tempat rujukan mereka adalah kepada orang yang kuffur kepada Allah swt. Kita wajib mempercayai cerita ini sebab Allah swt rakamkan peristiwa ini di dalam al-Quran.

Oleh yang demikian, mari kita imagine dalam kotak pemikiran kita sekarang bahwa satu orang daripada Ansar, yang mana dia tengok Nabi saw depan mata dia sendiri, tapi dia boleh lagi nak berhakim kepada seorang Yahudi yang kuffur kepada Allah swt. Jadi, apatah lagi kita pada hari ini, yang tak pernah pun tengok Nabi saw?...Kalau zaman Nabi dulu pun, ada orang Islam yang boleh nak berhakim kepada Yahudi; apatah lagi zaman haru biru kita la ni. Lagilah tak pelik kalau ada orang yang nak berhakim kepada puak-puak yang menderhaka kepada Allah swt. Pada zahirnya, dengan serban besarnya, kira nampak macam orang masjid la; tapi realitinya tempat rujukan dia adalah musuh Allah swt. Ini adalah satu krisis aqidah yang berlaku kepada orang Islam semenjak zaman Nabi saw sampailah kepada hari ini. Dimana orang Islam rasa tidak yakin dengan agamanya sendiri. Dia rasa Yahudi yang bernama Ka`ab al-Asyraf ini lebih hebat daripada Muhammad saw. Ini berlaku kepada orang Ansar yang memang nampak Nabi depan mata dia sendiri. Jadi pada hari ini, memang berlaku perkara yang sama, yakni kita dapati bahwa orang dah tak endah pun kepada sunnah Nabi saw, agama Allah dah jadi pelik, dilanggar semua hukum Allah Ta`ala, dan rasa benda yang orang kafir bawa itu lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Nabi saw.

Contohnya, seperti apa yang berlaku dalam perkahwinan seorang bintang filem Bollywood yang bernama Hrithik Roshan yang berugama Hindu dengan pasangannya Suzanne Khan yang berugama Islam. Bila mereka berdua kahwin, maka ramailah peminat-peminat yang tergila-gilakan Hrithik Roshan terutamanya wanita, kecewa dengan perkahwinan tersebut. Tapi yang nak ceritanya ialah cara mereka berkahwin. Walaupun Suzanne Khan itu Islam, tapi perkahwinan mereka tidak lah mengikut upacara Islam. Jadi, Suzanne Khan ni, punya la nak kepada Hrithik Roshan sehinggakan sanggup kahwin dengan cara sivil marriage. Hukum Allah swt sudah diketepikannya, "Tak payah dah kahwin cara Islam sebab Roshan ni idola aku, kekasih aku, habibi, buah hati aku. Aku nak kahwin cara apa sekali pun, aku punya suka."....Inilah juga yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini terutamanya yang gadis-gadis tu. Yang kalau mereka nak kepada satu benda, mereka tak kira dah; samada benda tu langgar hukum Allah Ta`ala ka, Allah Ta`ala tak redha ka atau dapat dosa ka; aku tak peduli. Yang penting, aku mau dapat benda tu. Sebab itu, kita merasa sedih dengan kejadian seperti ini sebab orang Islam hari ini sudah hilang identitinya. Ini disebabkan mereka rasa benda yang orang barat bawa itu lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Lalu ustaz Jailani menceritakan satu lagi kes yang dikendalikannya di Pendang, yakni kes anak gadis clientnya dilarikan ke Siam oleh seorang lelaki dan kahwin di sana sebanyak 3x. Bila ustaz pi melawat rumah clientnya ini, ustaz diberitahu bahwa rumah budak lelaki yang melarikan anak gadis mereka itu hanyalah di sebelah rumah mereka sahaja. Yang hanya dipisahkan oleh satu tembok "Berlin" yang dibina selepas berlaku pertelingkahan diantara dua keluarga yang berjiran ini. Dengan keadaan mereka berjiran, kita tertanya-tanya, "Pasai apa budak lelaki tu tak minta secara elok dengan keluarga si gadis tu?..Sebusuk-busuk kambing pun, kalau kita nak ambik, kita kena beli daripada tuannya. Bukan main heret macam tu saja. Inikan lagi kita nak ambil anak orang. Kenalah kita pi secara gentleman mengadap emak ayah si gadis itu kerana mereka yang membesarkan anak gadis mereka. Mintalah secara elok. Niiie dak! Main bawa lari lagu tu saja."...Kemudian menurut cerita daripada emak si gadis ni lagi bahwa si budak lelaki ni ada 4 beradik lelaki. Kesemua mereka kahwin dengan pasangan masing-masing di Siam belaka. Dan yang menariknya, kesemua pasangan mereka adalah dari kalangan jiran-jiran mereka sendiri. Emak gadis tu kata, "Saya ingat tak sampai ke rumah saya. Tapi rupa-rupanya, sampai juga!"...Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, yang haru biru jadinya. Apa dah nak jadi dengan remaja-remaja kita hari ini?...Sampai ugama pun tak tau, adab pun tak tau, akhlak pun tak dak, undang-undang pun apa yellow pun tak tau. Last sekali main sapu lagu tu saja.

Lepas tu ustaz Jailani cerita lagi satu kes yang menunjukkan bagaimana masyarakat kita semakin hari semakin jahil tentang agama. Dalam kes itu, ada seorang isteri mai jumpa ustaz Jailani untuk menuntut cerai daripada suaminya sebab suaminya telah berzina dengan wanita lain. Lalu ustaz Jailani jelaskan kepada si isteri itu bahwa dalam ajaran Islam sebenarnya payah nak tuduh seseorang itu berzina. Lalu ustaz tanya, "Awak ada saksi ka yang kata suami awak berzina?"...Kata isteri tersebut, "Saksi tu tak dak la, tapi satu surat yang dihantar oleh teman wanita suami saya tu ada la untuk menjadi bukti bahwa mereka pernah tidur bersama."...Bila ustaz Jailani baca surat yang dikirim kepada si suami tu, maka conclusion yang dapat dibuat ialah surat itu adalah dari seorang wanita yang mengharapkan cinta daripada seorang lelaki. Yang mana lelaki itu pula hanya mengambil kesempatan dari seorang perempuan yang belum dikahwininya. Antara isi surat itu berbunyi begini, "Abang telah mensia-siakan cinta dan kasih sayang saya terhadap abang. Lupakah abang hari pertemuan kita yang pertama (siap tulis dengan haribulan sekali). Selang dua hari selepas itu, abang menjemput saya ke disko bersama. Dan pada malam itulah, kita telah tidur bersama."...Nampak tak tuan-tuan. Mudahnya, seorang gadis remaja kita boleh serahkan tubuhnya hanya setelah baru 2 hari berkenalan. Kemudian sambung isi surat itu lagi, "Semenjak kita tidur bersama pada malam itu, membuatkan cinta saya tidak ada ruang untuk lelaki lain selain untuk abang seorang. Tapi oleh sebab abang mensia-siakan cinta murni saya ini terhadap abang, maka biarlah saya pergi ke suatu tempat yang jauh buat selama-lamanya. Cukuplah sekadar abang menghadiahkan al-Fatihah kepada saya."...Nampak tak tuan-tuan tentang kejahilan masyarakat kita dalam beragama. Ada ka dia nak bunuh diri, kemudian mintak kekasihnya sedeqah al-Fatihah atas kematiannya pulak. Dia tau ka fungsi Fatihah tu untuk apa?...Bukankah kita diajar tugas membaca al-Fatihah ni ialah untuk mendoakan supaya mendapat kebaikan/ rahmat/ berkat daripada Allah swt kepada orang yang kita doakan. Jadi, bolehkah orang mati bunuh diri, kita pi doa minta rahmat daripada Allah untuk si mati?...Yang mana mati bunuh diri ini, kebanyakan ulama mengatakan bahwa mati dalam keadaan murtad (nauzubillahiminzalik). Kecuali Imam Syafii sahaja yang kata mati bunuh diri ni adalah dosa besar. Tapi ulama-ulama lain kata bahwa mati bunuh diri ni akan membatalkan syahadah si mati, maka si mati tidak boleh disembahyangkan, apatah lagi dimandikan dan tidak boleh juga ditanam di perkuburan orang-orang Islam. Jadi, orang mati lagu ni, kita nak baca Fatihah kat dia ka, tuan-tuan?...Inilah sebahagian yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, yang mana sampai tak reti dah nak menilai, benda betul dengan benda yang tak betul. Iaitu sampai tak reti nak sesuaikan apa yang diminta kepada kekasihnya itu dengan kehendak hukum Allah swt.

Okay berbalik kita pada ayat di atas tadi. Sambung ayat seterusnya, kata Allah, "Apabila dikatakan kepada mereka: Datanglah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada ar-Rasul. Kamu akan melihat orang-orang munafik menghalang manusia daripada menghampiri kamu."...Inilah dia kerja orang munafik. Bila kita pi approach kepada masyarakat dan terangkan ugama Islam yang sebenar macam tu macam ni, supaya orang ramai kembali mengamalkan Islam yang sebenar, atau nak bagi tau kat masyarakat yang selama ni kita dok buat adalah benda salah, mai kita perbetulkan; maka kata ALLAH bahwa antara kita dengan masyarakat yang kita dok dakwah ni, yakni di tengah-tengah tu akan ada satu jenis manusia yang mana Allah swt namakan golongan ini sebagai "al-Munafiqin". Yang ni yang kita nak check ni. Adakah kita duduk di kalangan orang yang berdakwah ajak orang kepada Islam ka ataupun kita ni orang yang dok kat "tengah-tengah" tu ka (minta dilindungi Allah swt)?

Yang kita ni punya la dok ajak orang ramai kepada Islam, tiba-tiba mai orang yang jenis "tengah-tengah" tu kata, "Hangpa jangan dok gatai pi bercampur dengan puak-puak hijau putih ni. Depa ni jahat, pelampau dan pemecah-belah orang Melayu."...Inilah kata-kata yang sering dialunkan kepada masyarakat supaya tidak mendekati kita. Siapakah dia jenis orang yang dok kat "tengah-tengah" tu?...Inilah yang disebut oleh Allah swt, bukan saya yang kata dan bukan ulama` yang kata; tapi inilah dia perkataan yang jelas datang daripada Allah swt, yang dibubuhNya sebijik "al-Munafiqin" dalam ayat 61 dari Surah an-Nissa`. Jadi, tanyalah pada diri masing-masing, "Aku jenis macamana?"...Berdoalah kepada Allah swt supaya jangan dimasukkan kita ke dalam golongan "al-Munafiqin wal-Ghaplahtul Kubra" ni.

Yang kita sedia maklum orang #1 yang zahirkan oleh Allah swt sebagai bapa munafik di zaman Rasulullah saw ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Tapi kali ini ustaz Jailani bawa mai satu lagi watak munafik di Madinah, iaitulah Abu Amir, yakni orang #2 selepas Abdullah bin Ubai. Beliau pada awalnya adalah berugama Nasrani dan seorang pemimpin dari suku kaum Khazraj yang dihormati di Madinah sebelum kedatangan Nabi saw. Tapi bila Nabi saw berhijrah dari kota Mekah datang ke Madinah, maka muncullah satu lagi pemimpin agung selain daripada Abu Amir di Madinah. Dengan ini sekali gus mencabar kepopulariti Abu Amir sebagai pemimpin di Madinah. Lalu marahlah Abu Amir sebab ramai penduduk Madinah menyambut kedatangan Nabi saw dan menjadikan Nabi saw pemimpin rujukan mereka. Apatah lagi bila Nabi bersama-sama dengan hanya 3xx orang tentera Muslimin sahaja dapat mengalahkan musyrikin Mekah yang berjumlah 1000 orang itu di Perang Badar; maka bertambah kagumlah orang kepada keupayaan Nabi saw. Sekali gus bertambah sakit hatilah Abu Amir terhadap Nabi. Kemudian bila berlakunya Perang Uhud, setahu kita diperingkat awal tentera Islam hampir menang, tapi dengan kelalaian tentera Islam sendiri dan ditambah pula dengan kebijaksanaan taktik peperangan Khalid al-Walid, maka digasak tentera Islam oleh tentera berkuda pimpinan Khalid al-Walid sehinggakan Nabi saw sendiri jatuh ke dalam parit yang digali puak musyrikin Mekah hasil daripada idea Abu Amir. Selepas Perang Uhud walaupun Nabi saw cedera parah di muka/ kepala/ gigi taring kanannya patah, namun begitu, kepopulariti Nabi dikalangan penduduk Islam Madinah kian hebat. Ini menyebabkan Abu Amir makin sakit hati. Lalu digunakan strategi lain pula untuk melenyapkan kehebatan Nabi, iaitu dengan memantau aktiviti seharian Nabi. Bilamana dia dapat tahu Masjid Kuba` yang dibina oleh Nabi sendiri itu makmur dengan program-program agama, maka dia mendapat satu idea dengan mengerahkan orang-orangnya membina satu lagi masjid yang berdekatan dengan Masjid Kuba`. Setelah selesai pembinaannya, lalu Abu Amir mengarah orang-orangnya menjemput Nabi saw supaya sembahyang di masjid yang baru dibina mereka itu. Kata Nabi, "Sesungguhnya kami ni dalam bermusafir, yakni nak pergi Perang Tabuk. Insya`Allah, selepas kami balik dari Perang Tabuk, kami akan sembahyang dalam masjid yang baru kamu bina."...Kemudian apabila selesai peperangan Tabuk, dalam perjalanan pulang ke Madinah itulah malaikat Jibril as turun mai bagitau kat Nabi saw arahan daripada Allah Ta`ala supaya jangan sembahyang dalam masjid baru itu selama-lamanya. Ini menyebabkan Nabi saw tidak sempat sembahyang dalam masjid yang dibina oleh orang-orang Abu Amir. Maknanya, kalau masjid/surau yang lain dibina kerana semata-mata untuk menandingi atau menarik sebahagian orang yang pi mengaji kat masjid yang telah sedia ada dan diketahui pula kemakmurannya dengan program-program/penghayatan agama, maka kata Allah, "Jangan kamu mendirikan ibadah dalam masjid sebegitu selama-lamanya."...Ini adalah arahan daripada Allah swt. Jadi, dengan arahan ini juga bermakna ada masjid yang kita kena pulau. Sebab setiap peristiwa yang berlaku di zaman Nabi saw adalah peringatan kepada kita pada hari ini. Kemungkinan besar akan berlaku juga di zaman kita ini. Arahan ini bukanlah daripada saya maupun daripada mana-mana ulama, tapi arahan ini ialah daripada Allah swt sendiri. Jadi, kalau berlaku pada kita benda yang sama, maka hendaklah kita bertindak sepertimana arahan daripada Allah swt ini. Kerana ayat Allah Ta`ala ni, menyuruh kita beramal dengannya, bukan hanya setakat kita baca cerita zaman dulu sahaja. Kalaulah benda sebegini ditakdirkan berlaku kepada kita hari ini, dan kita mengambil tindakan yang serupa sepertimana Nabi saw buat, mungkin kita akan dicop sebagai radikal. Tapi kalau kita tak buat, kita akan menjadi seperti syaitan bisu...Nauzubillahiminzalik. Jadi, yang mana kita mau?

Lalu sambung Allah swt dalam ayat 62 yang bermaksud, "Maka bagaimanakah jika ditimpakan kepada mereka musibah, yakni kecelakaan hasil daripada tangan mereka sendiri. Lalu datanglah mereka kepada kamu bersumpah dengan nama Allah Ta`ala: Sesungguhnya kami tak mau benda lain kecuali kebaikan."...Inilah dia perangai puak-puak munafik apabila ditimpa kesusahan. Yang mana orang dah tak percaya lagi dah kat dia kerana dia jahat dan zolim. Pasai apa orang dah tak mau dah kat dia?...Sebab daripada kerja-tangan dia sendiri, bukannya orang lain buat aniaya kat dia. Jadi, bila dia tersepit sebegini, ketika itulah dia datang kepada kita dengan menggunakan demi agama dan rasul, sambil menghulur tangan katanya, "Marilah kita berdamai dan bersatu-padu."...Tapi kata Allah swt dalam ayat 63 yang bermaksud, "Jenis puak-puak sebegini, Allah swt tahu apa yang ada dalam hati mereka."...Dia bersumpahlah diatas nama bangsa ka, dia bersumpahlah di atas nama agama ka, dia bersumpah dengan nama Allah sekali pun; tapi Allah swt kata bahwa Dia tahu apa yang ada dalam hati orang macam ni.

Kita dah pun jelas tentang cerita orang munafik ni daripada ayat 60-63 dari Surah an-Nissa`. Jadi sekarang Allah swt suruh kita buat 3 benda daripada ayat seterusnya (masih dalam ayat 63) iaitulah yang pertama ialah "berpalinglah kamu daripada golongan macam ni"...Maknanya, jangan duduk sekali dengan orang macam ni. Contohnya; 2-3 hari sudah, ada satu kawan menceritakan kisah lampaunya ketika masih bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin umno yang womanizer pergi berpoya-poya. Sekarang dia dah okay, malah telah menjadi seorang aktivis Pas yang tak mengenal erti penat. Pendedahan-pendedahan tentang kegiatan-kegiatan yang tak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin umno bersama-sama dengan kroni-kroni mereka, semakin diketahui rakyat. Ini berlaku atas kehendak Allah swt, yakni apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai bekas-bekas umno ke dalam BA, maka kezoliman yang selama ini dapat dirahsiakan, sekarang telah terburai habis...Okay kembali kita kepada cerita sahabat tu tadi. Satu hari tu, dia duduk semeja sekali dengan puak-puak ni dalam sebuah bilik VIP di sebuah Night Club. Diantara mereka itu termasuklah seorang menteri yang menjadi kontroversi tidak lama dulu akibat skandalnya dengan seorang gadis bawah umur. Menurut sahabat tu, table charge saja yang dikenakan pada malam itu ialah RM1500. Kemudian, dalam keghairahan lampu berwarna merah, tiba-tiba masuk melalui tirai 4 orang gadis yang cantik-cantik datang melayan mereka. Dengan iringan muzik, seorang demi seorang gadis tadi naik atas meja bulat di tengah-tengah mereka, sambil menari-nari lalu ditanggalkan satu persatu.......emmm...geli-geleman saya rasa nak teruskan cerita macam ni. Yang akhirnya, keempat-empat gadis tadi disetubuhi beramai-ramai, di atas meja bulat tu oleh para vip-vip tadi. Kejadian ini berlaku di depan mata sahabat kita ni, dan cerita tu habis di situ saja tanpa dibagitau beliau sertai sama atau tidak. Tapi apa yang nak saya bagitau ialah bila kita berada dalam keadaan sedemikian, maka kata Allah swt, hendaklah kita keluar daripada puak-puak ni.

Okay mai saya nak tanya tuan-tuan; aman kah kita kalau jiran di sebelah kanan rumah kita tu kaki judi?...Manakala jiran di sebelah kiri pula, kaki pompuan?...Jiran sebelah belakang pula kaki botol?...Dan jiran sebelah depan kita kaki hingaq pong! Pang! Pong! Pang! siang malam non-stop?...Boleh aman kah kita bila persekitaran sebegini?....Mustahil tuan-tuan. Malah kita sebagai suami, antara amanah dan tanggungjawab yang Allah Ta`ala bagi kepada suami ialah meletakkan isterinya di rumah yang mempunyai jiran-jiran yang baik supaya aman daripada fitnah. Bukannya apa tuan-tuan, sebab pernah berlaku satu kes dimana seorang isteri Melayu Islam yang suaminya pula seorang kaki judi; bila setiap hari suaminya yang kaki judi tu keluar rumah, maka jiran sebelah rumah mereka yang kafir akan masuk dan berzina dengan bini dia. Inilah contoh akibat yang berlaku bila kita jahat, kemudian berjiran pula dengan orang jahat...nauzubillahiminzalik. Oleh sebab itu, Allah swt suruh kita berpaling dan jangan duduk sekali dengan puak-puak macam ni.

Yang keduanya Allah swt kata, "Bagilah peringatan kepada puak-puak macam ni."...Bermakna, kita yang disebut sebagai orang Islam ni, tak cukup dengan kita keluar terus daripada kelompok mereka begitu sahaja; malah Allah swt suruh kita bagi peringatan pula kepada puak-puak ni. Bukanlah ajaran daripada Allah swt, kalau kita tinggalkan mereka begitu saja, dan kita buat hal masing-masing. Bukanlah juga ajaran daripada Allah swt, kalau masyarakat kita jahat, lalu kita pi lari duduk dalam hutan sorang-sorang. Yang Allah swt suruh ialah disamping kita keluar daripada kelompok yang jahat; kita juga disuruh bagi peringatan demi peringatan, nasihat demi nasihat dan teguran demi teguran; supaya kawan/ orang kampung/ masyarakat kita tadi akan berubah menjadi orang baik.

Dan yang ketiganya kata Allah swt, "Dan katakanlah kepada orang-orang macam ni, dengan perkataan yang membekas kepada perasaan mereka."...Inilah yang Allah swt suruh kita buat, yakni kita kena kata sehinggakan boleh meninggalkan kesan dalam diri mereka. Pilihlah perkataan yang sesuai, yang mana bila kita kata benda tu, dia akan ingat sampai bila-bila. Terpulanglah kepada tuan-tuan untuk memlih perkataan yang macam mana. Dalam bentuk pujuk rayu ka, dalam bentuk ancaman ka, dalam bentuk maki hamun ka; terpulanglah kepada kita berdasarkan kepada individu yang terbabit. Janji mau buat apa yang Allah swt suruh, iaitu kita mau kata satu perkataan kat orang tu, biar sampai membekas dalam diri dia.

Jadi, inilah 3 benda yang mesti kita buat kepada puak-puak munafik ni. Jangan pula ada dikalangan kita yang berkata, "Janganlah bergaduh dengan puak-puak ni. Biaq pilah kat dia. Dah memang dia jahat."....Dak, dak, dak, ungkapan sebegini bukannya daripada ajaran Allah swt. Yang Allah swt suruh ialah lawan balik puak-puak macam ni dengan berpaling daripada mereka, kemudian tegur akan kesalahan yang mereka buat, dan akhir sekali kena sebut satu perkataan yang boleh membekas dalam jiwa mereka. Ini merupakan satu arahan direct daripada Allah swt.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

Perkara 19 : Lelaki yang merogol dan memperkosa perempuan berzina.

Lelaki yang telah sabit kesalahannya merogol (memperkosa perempuan berzina) selain dari hukuman hudud (rejam dan sebat) yang dikenakan ke atas lelaki itu sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 18 (2) tertakluk pula di bawah kes ini perkara-perkara berikut :

[ Yang kita belajar undang-undang hudud yang dijatuhkan ke atas perogol yang cukup bukti, samada dengan pengakuannya atau ada 4 orang saksi yang nampak, ialah wajib disebat ataupun direjam dengan batu sampai mati. Selain daripada undang-undang hudud yang wajib dikenakan ke atas lelaki yang merogol ini, maka akan disenaraikan kepada kita juga perkara-perkara lain yang perlu dibuat ke atas si perogol ini. ]

i) Wajib ke atas lelaki yang merogol itu membayar mahar misil kepada perempuan yang dirogolnya itu.

[Yang dimaksudkan dengan "mahar misil" ini ialah, ia adalah mas kahwin yang setanding dengan adik beradiknya yang lain. Contohnya katakanlah kakak kepada perempuan mangsa rogol itu berkahwin dengan mahar sebanyak RM1000, maka perogol wajib bayar mahar sebanyak RM1000 juga kepada mangsa rogolnya itu. ]

ii) Apabila perempuan yang dirogol itu hamil (mengandung) wajib atas perempuan itu beriddah, dan anak yang dikandung oleh perempuan tadi tetap menjadi nasab lelaki yang merogolnya itu.

[ Maksud beriddah dalam ayat ini ialah perempuan itu tidak boleh kahwin dengan lelaki lain sehinggalah habis iddahnya. Yang kita tahu iddah orang mengandung ialah sehingga dia melahirkan anak. Kalau suami/isteri bercerai cara biasa (bercerai hidup), maka iddah bekas isteri itu ialah 3x suci. Jadi kalau haidnya datang tiap-tiap bulan, maknanya iddahnya adalah 3 bulan. Tapi kalau si isteri diceraikan oleh suaminya semasa mengandung (talak bidd`i) yakni talak yang diharamkan oleh Nabi saw (si suami dapat dosa) tapi ia tetap sah di sisi hukum syara`. Jadi bila berlaku perceraian semasa si isteri mengandung, maka si isteri itu wajib beriddah, yakni tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah dia melahirkan anaknya. Tujuan beriddah ini ialah supaya dibesihkan perutnya daripada benih-benih bekas suaminya. Jadi, bila si perempuan itu berkahwin sekali lagi, kalau ditakdirkan dia mengandung, maka sahlah benih yang menyebabkan dia mengandung itu adalah datang daripada suami barunya. Manakala dalam sambungan ayat ini juga mengatakan bahwa anak yang dikandung hasil perbuatan rogol itu (bila dilahirkan) tetap menjadi nasab lelaki perogol itu, yakni anak itu akan di "bin"kan kepada si perogol. Dengan ini, si perogol itu wajib membayar nafkah kepada anak yang lahir hasil daripada pemerkosaan yang dibuat kepada perempuan tersebut. Dalam erti kata lainnya ialah segala pembelanjaan makan minum si anak, pakaian si anak, sekolah/tuitionnya; semuanya menjadi tanggungjawab si perogol itu. Ini adalah hak kepada anak mangsa rogol untuk menuntut nafkah daripada ayahnya yang merogol ibunya.

Bila bercakap tentang "hak" seseorang, lalu ustaz Jailani pun menceritakan tentang satu kes yang mana datangnya seorang isteri yang kematian suami ke pejabatnya. Wanita itu menceritakan bahwa suaminya ini ada 2 orang isteri dan beliau adalah isteri yang pertama. Masalahnya ialah suaminya telah meninggalkan sejumlah wang yang banyak di dalam satu "account bersama" di sebuah bank. Yang mana penama-penama dalam "account bersama" itu hanyalah suaminya sendiri bersama dengan madunya. Selepas suaminya mati, madunya ini telah mengeluarkan berpuluh-puluh ribu ringgit dari account tersebut. Ini membuatkan isteri tua tak puas hati dan mai jumpa ustaz Jailani untuk menyelesaikan masalahnya itu. Menurut ustaz Jailani, si isteri berhak ke atas 2 benda bila suaminya mati. Iaitu harta sepencarian dan harta pusaka. Contohnya katalah suami mati meninggalkan RM100K dalam account bersama itu, tiba-tiba dikeluarkan kesemuanya oleh isteri muda bila suaminya mati. Dalam keadaan ini, maka isteri pertama boleh mengemukakan saman di mahkamah syariah untuk menuntut haknya dalam harta sepencarian. Yang mana kebiasaannya, mahkamah bagi 1/3 daripada harta yang ditinggalkan oleh suaminya. Kenapa harta itu tadi disebut sebagai harta sepencarian?...Menurut ustaz Jailani, ini adalah kerana isteri yang ditinggalkan suami yang meninggal dunia, diibaratkan sebagai isteri yang diceraikan (cerai mati). Maka berhak dia mendapat harta sepencarian daripada harta yang ditinggalkan oleh suaminya. Kemudian setelah diambil panggunya itu, balance harta tadi baru dikira sebagai harta pusaka. Jadi, isteri tadi dapat pula 1/8 daripada harta pusaka ini....Wehhh! Seronoknyaaaa...dapat 2x mak oooi!...Jangan pulak ada yang seronok pi berdoa minta suami lekas sikit mati bila dapat tau hal sebenarnya hak kita ke atas harta si suami. Yang saja ustaz nak bagitau ini ialah "hak" kita yang diberikan oleh mahkamah syariah dalam negara kita hari ini. Itu saja. ]

iii) Apabila perempuan yang dirogol itu luka, wajib bagi lelaki yang merogolnya tadi membayar pampasan luka perempuan itu.

[ Tak kiralah luka yang lagumana, janji ada luka saja, maka wajib lelaki perogol itu membayar pampasan luka wanita berkenaan. ]

iv) Jika perempuan yang dirogol itu mati disebabkan persetubuhan yang dilakukan oleh lelaki yang merogolnya tadi wajib ke atas lelaki yang merogolnya itu membayar pampasan kematian perempuan itu. Perkara-perkara tersebut dinyatakan di dalam Kitab Al-Fiqhu `alal Mazahibil Arba`ah:5/94-95.

[ Dalam ayat di atas, kita perlu faham bahwa kematian yang dinyatakan itu bukanlah sebab dibunuh. Tetapi wanita ini mati sebab persetubuhan yang dilakukan ke atasnya. Pada kebiasaannya perbuatan persetubuhan ini tidak boleh membawa maut, betul tak tuan-tuan?...Tapi inilah yang dikatakan "Fekah andaian". Iaitu diandaikan kalaulah mangsa rogol tadi mati kerana persetubuhan (bukan sebab ditikam/dicekik/ditembak), maka hendaklah si lelaki tadi membayar pampasan kematian tersebut.

Dalam perkara 19 ini, selain si perogol itu kena hudud, di atas ini ada 4 benda yang disenaraikan kepada kita, yang mana si lelaki perogol itu mesti buat selepas dihukum dia bersalah kerana merogol si wanita berkenaan. Ini berbeza dengan amalan undang-undang dalam negara kita hari ini, yang mana dalam kes rogol, ia terbahagi kepada 2. Iaitu criminal case dan satu lagi ialah sivil case. Dalam criminal case, ia hanya memperuntukan hukuman kepada si penjenayah. Maknanya, kalau si perogol tadi dikenakan tuduhan rogol, maka dia akan dibicarakan. Dan kalau dia didapati bersalah, dia hanya akan dihukum mengikut hukuman yang telah ditentukan oleh undang-undang negara. Kemudian kalau wanita mangsa rogol itu nak minta pampasan/gantirugi, dia kena saman pula lelaki perogol itu di sivil suit, yakni dia kena failkan saman kes sivil. Ini bermakna ada 2 kerja kena buat, iaitu satu kes jenayah dan satu lagi kes sivil.

Tapi dalam undang-undang syara`, apabila seseorang itu didapati bersalah kerana merogol satu perempuan, maka dia dihukum dengan hukuman rejam dengan batu sampai mati atau disebat, dan sebelum itu wajib dia buat 4 benda yang kita belajar tadi. Inilah mudahnya undang-undang Islam, sekaligus membela kebajikan mangsa rogol yang tidak ada pada undang-undang sivil yang ada dalam negara kita pada hari ini. Inilah kelebihan yang ada kepada undang-undang Islam. ]

evo8a.jpg