Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 1 - Per 31

Muqaddimah

Di dalam Surah al-A`raaf : 164-166 firman Allah swt yang bermaksud,

"Dan ingatlahlah!...Ketika ada segolongan daripada mereka yang berkata: Mengapakah kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau disiksa oleh Allah dengan siksaan yang berat?...Jawab mereka: Kami ingin mendapat alasan di sisi Tuhan bahwa kami tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka kerana kami telah menasihati dan melarang mereka, juga mudah-mudahan mereka bertaqwa kepada Allah." (164)

"Maka ketika mereka melalaikan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang perbuatan jahat itu dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zolim siksaan yang sangat berat kerana mereka fasik dan menyeleweng daripada ajaran Allah swt." (165)

"Maka setelah mereka bermaharajalela dalam perlanggarannya melakukan larangan Allah, Kami memerintahkan: Jadilah kamu kera yang sangat hina." (166)

Muslimin muslimat yang dikasihi dan dihormati sekelian. Di atas adalah ayat Allah swt yang menceritakan tentang sebuah kisah yang popular yang rasanya tak perlu lagi dihuraikan dengan panjang lebar. Cumanya hanya untuk sekadar menyegarkan balik ingatan kita kepada kisah ini. Dimana kita mengetahui bahwa Bani Israil pernah diperintahkan oleh Allah swt supaya mereka tidak menangkap ikan pada hari Sabtu. Tetapi didapati bahwa kaum ini degil, kerana mereka melakukan tipu daya dengan cara menggali parit pada petang Jumaat dan mengambil ikan yang terperangkap itu pada pagi Ahad. Nampak tak tuan-tuan, mereka cuba melakukan tipu muslihat terhadap undang-undang yang telah ditetapkan kepada mereka oleh Allah swt.

Bila berlaku saja peristiwa ini, dengan tiba-tiba Bani Israil telah terbahagi kepada 3 golongan. Yang pertamanya adalah golongan yang melakukan tipu daya kepada hukum Allah swt; iaitu golongan yang gali parit pada petang Jumaat dan relax pada hari Sabtu, tapi di pagi Ahad mereka turun untuk menangkap ikan-ikan yang terperangkap dalam parit yang mereka gali tu. Ini adalah golongan yang pertama, yang melanggar hukum Allah dengan cara tipu daya. Manakala golongan yang kedua pula adalah golongan yang menegur perbuatan Bani Israil yang melanggar hukum Allah Ta`ala tadi. Dan golongan yang ketiga ialah golongan yang mendiamkan diri, tapi mereka menanyakan kepada orang yang membuat teguran, "Pasai apa hangpa nak pi teguq jugak orang yang clear buat dosa?"...Inilah yang diceritakan oleh Allah swt kepada kita.

Dalam ayat 164 di atas adalah merupakan pertanyaan daripada golongan yang ketiga tadi (golongan yang mendiamkan diri bila melihat golongan pertama buat dosa) kepada golongan yang kedua yakni golongan yang buat amal makruf nahi mungkar. Mereka tanya, "Pasai apa yang hangpa pi teguq jugak, sedangkan puak-puak ini akan disiksa dan dibinasakan oleh Allah Ta`ala?"...Maka berkatalah golongan yang membuat amal makruf nahi mungkar ini, jawab mereka, "Supaya nanti kami ada excuse untuk melepas diri kami bila berjumpa dengan Allah swt di akhirat kelak. Sebab kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menegur dan menasihati mereka supaya jangan tangkap ikan hari Sabtu dan jangan dok buat tipu muslihat dengan hukum Allah Ta`ala. Jadi, sekurang-kurangnya, kami akan dapat memberi alasan kepada Allah swt kelak bahwa kami dah tunaikan tanggungjawab dengan menegur perbuatan kawan-kawan kita yang melanggar hukum Allah swt. Dan mudah-mudahan mereka bertaqwa kepada Allah swt.".

Kalau kita tengok apa yang disebut oleh golongan yang ketiga (golongan yang bertanya) kepada golongan yang melanggar hukum Allah swt itu; dia ada 2 perkataan yang digunakan. Yang pertamanya ialah "mereka akan dibinasakan", dan yang keduanya ialah "mereka akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang amat pedih."...Inilah 2 benda yang ditimpakan kepada golongan yang membuat tipu helah. Tapi kalau kita compare pula apa yang dilakukan oleh golongan ini dengan apa yang "kita" buat pada hari ini, amat-amatlah jauh perbezaannya. Apa yang kita nak bagitau ialah jauh teruk kita lagi daripada golongan Bani Israil yang menipu tu. Dulu depa dilarang tangkap ikan hari Sabtu, tapi depa tipu muslihat dengan Tuhan dengan cara gali parit petang Jumaat, kemudian pi ambil ikan pada pagi Ahad...Itu saja yang depa lakukan. Itu pun mereka telah diazab dengan azab yang amat pedih. Tetapi "kita" pada hari ini; tak cukup dengan berzina, berjudi lagi. Tak cukup dengan berjudi, tak sembahyang pulak. Dah la tak sembahyang, pi larang orang buat amal makruf nahi mungkar pulak. Tak cukup dengan melarang orang buat amal makruf nahi mungkar, kita buat aniaya kepada para ulama` dan para pendakwah lagi...Inilah "kita". Kalau nak dibandingkan dosa yang Bani Israil buat dengan apa yang "kita" buat pada hari ni; maka jauh lebih banyak dosa yang "kita" buat (daripada pandangan mata kasar kita la. Tapi di sisi Allah swt, Allahu`alam, kita tak tahu.)...Tetapi dari segi judgement yang kita buat, didapati apa yang kita lakukan pada hari ini, jauh lebih banyak dosa di sisi Allah Ta`ala berbanding dengan kisah yang diceritakan oleh Allah swt itu.

Bayangkan tuan-tuan, walaupun puak Bani Israil itu hanya buat tipu helah sahaja, itupun diazab mereka dengan azab yang pedih; apatah lagi kita yang jauh lebih banyak dosa yang kita lakukan ini...Nauzubillahiminzalik...Dosa yang kita buat sorang-sorang tu, satu hal dah; seperti tak sembahyang, berjudi, minum arak, berzina etc. Kemudian ditambah dengan dosa yang kita buat aniaya kat orang pulak; seperti rogol, pukoi orang, bunuh orang, tangkap orang dengan tidak mengikut hukum syara` etc...Ini semua adalah dosa-dosa yang tak terbilang dan tak boleh nak bayang betapa besarnya dosa-dosa lagu ni.

Cuba kita perati tengok tentang isu KMM (Kumpulan Mujahidin M`sia) yang menjadi target Mahahaprak?... Apabila kita mendengar daripada apa yang diceritakan oleh sahabat-sahabat kita di Selama Perak, bagaimana ustaz Tajudin Abu Bakar ditangkap; kita menjadi sedih bercampur dengan marah. Apa tidaknya?...Bayangkan seorang ustaz, yang mengajarkan kepada kita tentang ugama, yang mengajarkan kepada kita macamana nak mencapai keredhaan Allah, yang mengajar kepada kita benda baik macamana dan benda jahat macamana, yang tak pernah kacau orang, yang tak pernah jadi samseng; tiba-tiba beberapa anggota polis serbu masuk ke dalam kedai ustaz Tajudin (semasa itu sedang menjual santan) dan terus menggari beliau, lalu mengheretnya masuk dalam kereta. Beliau dilayan seolah-olah seperti seorang penjenayah, pembunuh, perogol etc...Ni apa cerita niii?...Beginikah layanan yang terima oleh seorang yang baik, yang membawa kita kepada keredhaan Allah?...Kita nak tau jugak; apakah kesalahan beliau sehingga diperlakukan sedemikian rupa?...Polis kata bahwa ustaz Tajudin Abu Bakar ditahan dibawah ISA kerana beliau seorang yang mengancam negara....Yang ni yang jadi masalah ni, sebab beliau di bawah ISA. Tuan-tuan pun tau kan ISA tu macamana. Dia bukan macam penal code yang perlu bagi bukti seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Dia hanya cukup dengan percayanya Menteri Dalam Negeri seorang sahaja sudah cukup. Walaupun semua rakyat M`sia tak setuju dengan penahanan itu, tapi kalau Menteri Dalam Negeri tu kata, "Aku setuju."; maka sudah cukup untuk melakukan penahanan. Nampak tak tuan-tuan akan kezoliman undang-undang ISA itu?...Dan untuk pengetahuan tuan-tuan semua, penahanan di bawah ISA ini adalah satu benda yang bersifat "administrative", bukannya bersifat "punishment". Sebab itu, kalau ada orang yang dibebaskan daripada tahanan ISA, sepatutnya dia tak boleh dibuang kerja ataupun dibuang dari Univ sebab mereka bukan dihukum. Cumanya, mereka hanya dilayan seolah-olah seperti penjenayah, seperti ditahan 2 tahun umpamanya (mengikut selera Menteri Dalam Negeri). Tapi apa yang berlaku dalam negara kita pada hari ini, bukan begitu rupanya. Mereka menjadi mangsa ketidak-adilan, dengan dipecat dan dibuang sewenang-wenangnya.

Kemudian kita tengok pulak kenyataan yang dikeluarkan dalam berita tv yang menghentam TG Nik Aziz bilamana tersebar berita anaknya ditangkap kerana disyaki anggota KMM. Kata pembaca berita itu, "Adakah ini contoh seorang tok guru, sampai anak pun tak tau nak jaga?...Nak mentadbir negara Islam macamana kalau anak sendiri pun tak reti nak jaga?"...Nampak tak tuan-tuan, macamana dendam kesumat yang seperti nanah yang cukup busuk pecah dan cuba menyerap masuk dalam minda masyarakat supaya dibencinya ulama`. Inilah dia trend yang diajar oleh Mahahaprak. Tapi apa yang kita nak bagitau kat puak-puak haprak ni ialah tak payah lah hangpa susah payah nak cari modal berita busuk lagu tu, sebab masyarakat hari ini bukan macam dulu. Sekarang rakyat dah pandai berpolitik. Mereka dah boleh hidu dah macamana berita yang boleh dipercayai dan yang macamana terus saja masuk dalam trash bin. Contohnya; cuba kita banding tengok antara anak TG Nik Aziz dengan anak-anak Mahahaprak. Apa maksiat dari segi hukum syara` yang anak TG Nik Aziz buat?...Cuba tuan-tuan senaraikan?...Takdak tuan-tuan...Tapi kalau kita tengok geng al-hapraki ni pulak; heemmphh! habih tolonji semuanya. Yang perempuannya lagu perempuan, berpakaian macam tak berpakaian pun. Tudung tak pakai, miniskirt memanjang. Yang lelaki pulak, lagu pesyen ketaq nak kebas duit rakyat aje. Bisnes hang nak lingkup, lagu dok ushar duit epf aku pulak. Katok idung baru tau...Jadi, cuba tuan-tuan nilai sendiri; siapakah sebenarnya yang membohongi masyarakat?...

Okay sekarang cuba kita tengok pasai apa Nik Adli ditangkap?...Beliau dituduh keterlibatannya dengan Mujahidin di Afghanistan. Apa tak baguih ka orang macam ni?...Orang macam ni lah yang sepatutnya kita puji kerana dia berani bagi nyawanya sendiri kepada Allah swt. Pada masa dia mengaji di Pakistan, umurnya baru mencecah antara 18-22 tahun sahaja ketika itu. Masa lapangnya tidak di sia-siakan, sehinggakan beliau tidak keberatan dan tidak takut untuk pergi berjuang menolong Mujahidin Afghanistan lawan dengan unit-unit tentera Rusia. Sepatutnya, orang macam nilah yang patut kita hormat dan kagum. Dan orang macam ni lah yang boleh kita harap untuk mempertahankan negara kita kalaulah suatu hari nanti negara kita diserang musuh. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab kalau bangsa Afghan yang teraniaya pun depa sanggup pi tolong, apatah lagi kalau M`sia diserang. Mereka akan merasa lebih lagi bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah air sendiri. Tapi tiba-tiba yang berlaku adalah sebaliknya, mereka pula dianggap sebagai musuh kepada negara, maka ini membuatkan kita merasa sungguh mengecewakan.

Okay, kalau betul penahanan mereka atas sebab keganasan; tolong bagitau kat masyarakat berapakah ramainya anggota KMM itu sehingga boleh mengancam negara?...Sepertimana yang diberitahu oleh seorang pemimpin dalam negara kita di satu sidang akhbar bahwa anggota KMM adalah seramai 40 orang...Cuba tuan-tuan pikiaq; logik ka 40 orang nak mengancam keselamatan negara?...Habih, yang kita ada askar + polis sampai 100k lebih tu buat apa?...Baiklah, mai kita nak tanya; kalau mereka yang 40 orang ni memang betul-betul mengancam negara; awat mereka saja ka yang dilabelkan sebagai pengganas?...Macamana pula dengan samseng-samseng cina yang bermaharajalela di BM dan di Penang?...Samseng-samseng tu bukan pengganas ka?...Cuba tanya kat kawan-kawan kita yang berbangsa cina yang duduk di taman-taman perumahan; berapa banyak duit kepala depa kena bayaq kat kongsi-kongsi gelap cina tu tiap-tiap bulan?!...Jadi, pasai apa tak tangkap sama anggota-anggota kongsi gelap cina yang pasti ada revolver bersama-sama dengan depa?!...Jadi, kalau betoi hangpa nak jamin keamanan dalam negara, tolong tangkap sama gangster cina di sekitar BM, di Penang dan sebagainya. Sebab apa?...Sebab kawan-kawan kita bangsa cina sekarang ni memang duduk dalam keadaan tidak aman kerana diganggu gangster-gangster cina...Nampak tak tuan-tuan; kalau kita orang awam pun boleh tahu dalam Penang ni ada belambak gangster-gangster cina, takkanlah polis yang kerja depa memang tiap-tiap hari dok trace jenayah tak tau akan keadaan macam ni?...Apakah kerana kami ni orang Melayu Islam yang tak boleh bagi rasuah kat kamu, maka kamu tangkap kami?...Apakah kerana kami tak boleh nak bagi perempuan-perempuan sundal kat kamu sepertimana yang diberi oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap cina kepada kamu; maka kamu tangkap kami?...Kamu biarkan saja gangster-gangster cina itu berkeliaran sehingga kawan-kawan cina kita hidup dalam keadaan ketakutan. Sedangkan ustaz yang nak membawa kita kepada keredhaan Allah, kamu buat aniaya sedemikian rupa...Inilah contoh ketidakadilan yang sedang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Benda-benda lagu ni, kita kena sebut. Kalau kita tak sebut, macamana masyarakat nak tau. Ceramah dah la disekat. Dalam paper/tv pulak, memang tak akan disiar punya benda-benda lagu ni. Jadi, mau tak mau, kitalah yang jadi penyampai maklumat untuk nak memperjelaskan kepada masyarakat hal keadaan yang sebenar. Lebih-lebih lagi bila kita baca ayat 164 Surah al-A`raaf tadi, yang mana kita akan ada alasan nanti bila berdepan dengan Allah swt di akhirat kelak, "Ya Allah, jangan marah kami sebab kami dah bagitau dah kat puak-puak ni bahwa benda-benda yang depa buat sekarang ni adalah bercanggah dengan undang-undang Islam."...Bukan kata undang-undang Islam saja yang depa ketepikan, malah undang-undang sebuah negara demokrasi pun depa tak pakai jugak. Inilah bentuk kezoliman yang berlaku di depan mata kita tuan-tuan. Dan yang paling menyedihkan ialah kita biarkan saja keadaan sebegini berterusan berlaku.

Tapi apa yang kita nak sebut ialah sebenarnya kita tak menyalahkan rakan-rakan kita dikalangan anggota polis ni sebab mereka hanya makan gaji. Dan alasan mereka ialah hanya terima arahan dari "orang atas". Jadi, apa sebenarnya yang kita nak bagitau ialah keadaan yang bercelaru pada hari ini berlaku adalah hasil dari kesilapan yang dilakukan oleh sebahagian daripada kita yang sengaja membiarkan "orang atas" itu tadi terus berkuasa. Jadi, apa yang perlu kita buat ialah mau set minda kita sekarang jugak, "Kalau ada sebarang pemilihan, maka Islamlah yang diutamakan.".

Sebenarnya apa yang berlaku dalam negara kita hari ini adalah disebabkan ketidak-senang-duduknya k`jaan tunjangan umno/BN pada hari ini. Apa yang mereka lakukan, semuanya serba tak kena belaka. Buktinya, sekarang ni semua orang yang bekerja di bawah k`jaan telah diwajibkan berkursus. Jadi, baru-baru ini ada la cerita dari seorang sahabat menceritakan halnya ketika berkursus di BTN. Tengah-tengah rancak dok berkursus tu, tiba-tiba Prof yang mengendalikan kursus itu telah menyelit satu pandangan yang tidak disenangi oleh para peserta. Apa dia kata?...Dia kata, "Cuba tuan-tuan tengok K`tan/T`ganu tu; negeri Islam apa lagu tu kalau jual beli pun takdak akad?"...Tengok tuan-tuan macamana seorang intelektual yang bergelar Prof sudah tidak intelek lagi, bila dia bersubahat dengan puak-puak sekular. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab dia sebagai seorang Prof, tak sepatutnya dia mengeluarkan kenyataan yang remeh temeh seperti itu. Masalah akad ni serupa macam baca qunut la tuan-tuan; yang mana mazhab Syafii kata sunat tapi mazhab lain kata dak, benda lagu tu aje tuan-tuan. Mereka sebenarnya dah takdak modal sungguh dah nak hentam K`tan/T`ganu ni, sehingga isu remeh temeh pun diperbesar-besarkan. Sebab itulah, apa yang kita tengok sekarang ni, memang rakyat semakin meluat dan bencikan puak-puak haprak ni sebab mereka semakin hari semakin zolim.

Puak-puak haprak ni punya la hitam pekat hati perut depa sampai tak reti dah nak beza yang mana satu baik dan yang mana satu jahat. Sepatutnya, bekas-bekas pejuang Mujahidin yang berani mempertaruhkan nyawa mereka inilah yang sepatutnya dikagumi...Lalu ustaz Jailani menceritakan bagaimana room-mate dia semasa di UIA dulu yang bernama Mohamad Amin (berbangsa Afghan) menceritakan macamana takutnya mereka bila nak pi perang...Aaiihh! jangan main-main pasai perang ni tuan-tuan. Bukannya macamana kita dok kena sembur dengan water cannon tu; itupun kita cabut. Depa ni (pejuang-pejuang Mujahidin) berdepan dengan peluru hidup; yang mana kalau kena, "jalan" tuan-tuan. Kemudian bagaimana sahabat ustaz yang bangsa Afghan tu menceritakan semasa mereka berkumpul dalam gua di celah-celah gunung tu, semuanya pakat pucat (ketakutan) belaka. Maklumlah umur baru awal 20an-30an, masih muda lagi, tak puas lagi hidup; tapi tiba-tiba dah kena pi perang, tak ke takut dibuatnya tuan-tuan?...Tapi berkat bimbingan daripada naqib, yang mana dia buat hallaqah baca Quran ramai-ramai, kemudian bagi tiupan motivasi serta semangat apa semua; maka keluarlah mereka ke medan jihad dengan semangat yang jitu. Lalu bila balik, ada yang mati. Sahabat tu cerita dia tengok sendiri macamana mak ayah kepada para syuhadah menangis memeluk jasad anak-anak mereka yang gugur syahid dibunuh oleh tentera-tentera Rusia...Jadi, bila berlaku macam ni, kita sepatutnya menghormati keberanian pejuang-pejuang muda kita. Kalau kita yang dah tua, umur pun dah 50-60, tapi masih tak berani nak pi berjihad; maka biarkanlah saja budak-budak muda ni pi berjuang. Silap-silap haribulan boleh pahala pulak kat kita jugak, sebab kita backing depa.

Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah kita yang hidup sementara saja atas dunia ni, jangan sekali-kali dok buat aniaya tangkap orang tanpa usul periksa. Sebab kalau kita buat zolim kat orang, satu hari lambat laung Tuhan akan balas kat kita jugak. Kalau Tuhan tak balas kat kita, Tuhan akan balas kat anak-anak kita. "Kita" hidup memang tak lama tuan-tuan; umur pun dah 75 tahun dah pun. Takkan nak hidup xtra 30 tahun lagi kot?...Semua orang akan mati. Tuan-tuan semua, termasuklah saya sendiri juga pasti akan mati. Lambat atau cepat, itu saja. Cuba kita pikiaq; masa kita sedang hidup ni, boleh la defence anak kita pasai "kita" ada kuasa. Tapi bila "kita" mati nanti, siapa nak jaga anak-anak "kita"?...Tarak sapa kelapaq aih!...Pasai yang akan ganti "kita" tu serupa saja perangai dia macam "kita". Dia nak jaga kroni dia ka, ataupun nak jaga anak "kita" ka?...Sebab tu, Islam menyuruh kita jaga semua orang dengan berbuat baik, tidak buat zolim kepada orang, berlaku adil kepada orang; maka InsyaAllah Tuhan akan jaga kita, keluarga dan harta benda kita...Saya buka cerita lagu ni bukan pasai apa tuan-tuan; pasai dok tengok sejak akhir-akhir ini banyak betoi benda-benda yang cukup pelik berlaku. Yang mana tak pernah pun berlaku sebelum ini, yakni satu demi satu penganiayaan berlaku terhadap orang-orang baik.

Jadi, bila kita apply ayat 164 dari Suratul A`raaf itu tadi ke dalam situasi masyarakat kita sekarang, maka saya rasa ia menjadi satu kewajipan kepada kita untuk bersuara. Bila kita buat teguran, matlamat kita hanyalah 2 benda ni :

i) yang pertama ialah supaya kita ada alasan bila disoal Allah di akhirat kelak, dan mengelak dari dimurka Allah nanti. Sebab kita dah pun buat teguran dan nasihat kepada orang yang buat benda salah. Kalau dia tak mau dengar jugak, terpulang pada dia. Kerja kita hanya setakat menyampaikan risalahNya, manakala hidayah adalah kerja buat Allah swt.

ii) yang keduanya, mudah-mudahan manusia akan bertaqwa kepada Allah swt.

Sekarang cuba kita tengok pula apa yang Allah kata dalam ayat 165. KataNya, "Ketika mereka lalai daripada apa yang diperingatkan kepada mereka; maka Kami menyelamatkan golongan yang melarang manusia daripada kejahatan..."...Nampak tak tuan-tuan; Allah kata bila manusia ni tetap jugak buat jahat, maka Allah akan menyelamatkan orang yang melarang perbuatan jahat. Jadi, apa yang perlu kita buat kalau kita nak selamat ialah menjadi golongan yang buat amal makruf nahi mungkar. Nampak saja benda salah, tolong perbetulkan. Tapi kalau orang tak mau dengar, itu terpulang pada dia. Janji tugas kita sebagai seorang Islam dah dilaksanakan...Dan sambung Allah lagi, "...Dan Kami timpakan kepada orang-orang zolim itu dengan siksaan yang sangat berat kerana mereka adalah golongan yang fasik."...

Dalam ayat 166 pula, Allah kata, "Maka setelah mereka bermaharajalela dalam perlanggaran mereka melakukan larangan Allah, Kami perintahkan: Jadilah kamu kera yang sangat hina."...Jadi, apa yang berlaku kepada Bani Israil yang melanggar hukum Tuhan itu, ada 2 pendapat dikalangan ulama` :

i) pendapat pertama mengatakan mereka benar-benar menjadi kera. Kemudian mereka hidup selama 3 hari, lepas tu mereka dimatikan oleh Allah swt.

ii) pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa hanya hati mereka sahaja yang disifatkan seperti kera; tapi dari segi fizikal, mereka tetap sebagai manusia biasa.

Jadi, muslimin muslimat yang dihormati sekelian; perkara seumpama yang diceritakan oleh Allah swt ini, hendaklah kita pengambil pengajaran daripadanya. Marilah kita sama-sama mengikut jejak langkah golongan yang kedua tadi, yakni golongan yang sanggup melarang manusia daripada kerja mungkar. Ini disebabkan kita mengharapkan Allah tidak akan murka kepada kita kelak sebab kita dah pun buat tugas kita sebagai seorang Islam, dan yang keduanya bila kita buat teguran, maka mudah-mudahan mereka akan bertaqwa dan takut kepada Allah swt....InsyaAllah.


Sambungan pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah dibawah perkara 31- 32 (5)

Perkara 31 : Qarinah yang boleh diambil kira untuk mensabitkan zina.

1) Qarinah yang boleh diambil kira untuk mensabitkan seseorang perempuan itu berzina ialah dengan hamil (mengandung) bagi perempuan-perempuan yang tidak mempunyai suami, atau perempuan-perempuan yang tidak diketahui bersuami.

[ "Qarinah" dalam istilah undang-undang pada hari ini ialah "circumstantial evident" ataupun keterangan keadaan. Diantara contoh "keterangan keadaan" yang diguna-pakai di dalam undang-undang negara kita pada hari ini ialah seperti dalam satu kes pembunuhan (misalnya). Yang mana tiba-tiba sebilah pisau yang berlumuran dengan darah telah dijumpai. Maka pisau yang berlumuran dengan darah itu adalah "keterangan keadaan". Ataupun katalah dalam kes liwat, lalu dijumpai kesan air mani di dubur mangsa. Maka air mani itu adalah "keterangan keadaan" dalam kes tersebut.

Manakala di dalam hukum syara` pula, kalau kita tengok dalam kes yang membabitkan zina; sebahagian ulama` berpendapat bahwa ia boleh menggunakan qarinah. Tetapi hanya satu sahaja keadaan yang boleh menggunakan qarinah; iaitulah mengandung di luar nikah. Perempuan yang macam ni dikira sebagai bersalah kerana dia bersetubuh tanpa pernikahan yang sah, maka wajib dia dikenakan hukuman hudud.

Tuan-tuan tau ka perkataan "hudud" pada hari ini, bukan boleh kita sebut sewenang-wenangnya?...Sebab ada orang yang terlalu phobia dengan perkataan-perkataan seperti ini. Teruknya phobia mereka itu sehinggakan sampai ke tahap diarahnya tukar istilah-istilah sebegini yang ada dalam syllabus matapelajaran ugama sekolah-sekolah...Sebab apa berlaku sebegitu teruk?...Sebab puak-puak sekular yang memerintah kata bahwa perkataan seperti hudud, rejam apa semua ni adalah ayat-ayat politik yang digunakan oleh pihak Pas...Nampak dak tuan-tuan; sampai ke situ perginya puak-puak ni. Dah takdak modai betoi dah depa ni...Ini membuatkan pihak kementerian pelajaran pun jadi dilemma tuan-tuan. Sebab apa kita kata macam tu?...Sebab istilah hudud, rejam, potong tangan apa semua ni; bukannya Pas saja suka-suka pi reka-reka...Tarak aih...Hang bukalah kitab mana pun, istilah-istilah macam ni telah pun digunakan oleh ulama-ulama muktabar sejak dulu lagi. Jadi, bila disuruh tukarnya istilah-istilah ini, tak ke dilemma tuan-tuan?...Jadi, apa yang kita nak sebut disini sebenarnya ialah ini bukanlah masalah politik atau tak politik, sebab istilah-istilah ini sememangnya datang daripada Islam itu sendiri. Tetapi apa yang sebenarnya puak-puak ni takut ialah kalau diimplementkan hukuman-hukuman ini, maka diantara orang yang pertama sekali yang akan kena ialah mereka sendiri...Sapa yang kuat minum arak?...Function-function yang diselenggarakan oleh BN ka atau dalam muktamar Pas?...Budak-budak tak mengaji pun boleh jawab soalan ni...Kemudian kita tengok pulak, puak-puak mana yang suka dok pi berzina dengan pelacur di Haadyai; cuba bagitau sat?...Puak-puak yang dok pi masjid ka atau puak-puak umno karat?...Jadi, sebab itulah kita tengok bahwa puak-puak haprak ni, mereka tak mau hudud dilaksanakan. Sebab depa tau kalau hudud dilaksanakan, maka orang yang pertama yang akan kena adalah depa sendiri. Depa tau kalau hudud dilaksanakan, arak tak boleh dah depa minum sesuka hati. Kalau depa ditangkap dan didapati bersalah pasai minum arak, maka depa akan dimalukan kerana disebat dikhalayak ramai...Inilah cerita sebenarnya.

Oleh sebab inilah, maka kita nak buat teguran kepada setiap adun ataupun ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam, tak kiralah dia parti apa pun, kalau dia seorang Islam yang beriman kepada Allah swt, maka dia berkewajipan untuk memberi sokongan kepada undang-undang Islam; tak kiralah samada hudud, qisos, diyat ataupun ta`zir. ]

2) Termasuk dalam qarinah yang boleh disabitkan seseorang perempuan itu berzina ialah kehamilan perempuan-perempuan yang bersuamikan kanak-kanak yang belum baligh atau bersuamikan lelaki dewasa yang terpotong zakarnya.

[ Boleh diterima akal ke tidak; kalau kita tengok seorang isteri itu mengandung, padahal suaminya baru berumur 5 tahun?...Tak mungkin, betul tak tuan-tuan?...Sebab si suami yang berusia 5 tahun itu mana mungkin boleh menghasilkan air mani. Jadi, isteri yang mengandung sebegini, wajiblah dihukum dengan hukuman hudud sebab pasti dia bersetubuh dengan orang lain sehingga menyebabkan dia mengandung.

Kemudian kalau kita tengok ada seorang isteri mengandung, padahal kita tahu yang suaminya adalah seorang lelaki yang terpotong zakarnya; maka perlulah disiasat dulu samada si suami itu masih mampu mengeluarkan air mani lagi ataupun tidak. Sebab berkemungkinan isteri itu hamil disebabkan doktor menggunakan kaedah perubatan moden pada hari ini dengan mengambil air mani daripada si suami lalu bubuh dalam rahim si isteri. Kalau berlaku hal keadaan sebegini, maka ia terkecuali. Malah menjadi harus dalam hukum syara` bagi pasangan suami isteri untuk menggunakan kaedah perubatan sebegini, sekiranya si suami itu tidak boleh lagi untuk memancutkan air maninya dalam keadaan biasa (seperti kes mati pucuk umpamanya). Yang diharamkan ialah sekiranya si suami itu tidak boleh menghasilkan sperma, tapi tiba-tiba nak ambil benih dari orang lain dan bubuh dalam rahim isterinya. Ini tidak dibenarkan oleh hukum syara`. ]