Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 1 - Per 23

Muqaddimah

Di dalam Surah Ali Imran : 156-158, firman Allah swt yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu menjadi seperti orang-orang kafir; yang berkata kepada saudara-saudaranya, apabila mereka berjalan di mukabumi atau pergi berperang: Jikalau kamu bersama-sama dengan kami, maka kamu tidak akan mati dan kamu tidak akan dibunuh...Nescaya Allah Ta`ala akan menjadikan di dalam hati mereka penyesalan. Dan Allah swt yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah swt Maha melihat apa yang mereka lakukan." (156)

"Dan apabila kamu gugur terbunuh pada jalan Allah swt ataupun kamu mati, nescaya kamu akan mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah swt, yang mana lebih baik daripada harta rampasan yang mereka kumpulkan." (157)

"Dan jika sekiranya kamu mati atau kamu dibunuh, sesungguhnya kepada Allah kamu akan dikumpulkan." (158)

[ Saudara saudari muslimin muslimat yang dihormati dan dikasihi sekelian; ayat-ayat di atas adalah berkaitan dengan peristiwa peperangan. Dimana apabila umat Islam nak keluar dari Madinah untuk berperang, maka ada pula satu kelompok manusia yang Allah swt namakan dalam ayat ini sebagai golongan yang kuffur kepadaNya, sebab berperanan menyeru bagi melemahkan semangat jihad para pejuang Islam. Mereka kata, "Kalau kamu tak keluar berperang bersama-sama dengan Muhammad, kamu takkan mati. Yang banyak orang mati tu sebab mereka keluar pergi berperang bersama-sama dengan Nabi la tu."...Inilah dia ucapan dari satu kelompok manusia yang Allah Ta`ala sebut sebagai golongan yang kuffur kepada Nya.

Menurut tafsir Ibn Kathir, yang dimaksudkan dengan istilah golongan yang "kafir" dalam ayat di atas ini iaitulah orang munafik...Nauzubillahiminzalik. Yang kata orang munafik ni, mereka adalah golongan yang berpura-pura dalam beragama. Luar nampak saja elok, tapi sebenarnya dialah pirasyat besaq. Nampak saja sama-sama mengaji dengan kita, tapi sebenarnya dia tak suka dengan mengaji. Dia hanya mai ke masjid untuk memantau ustaz-ustaz yang mengajar, kemudian pi canang ke sana ke mari bagitau kat orang macam tu macam ni perihal ustaz-ustaz. Dia juga turut sembahyang bersama-sama dengan kita, tapi hakikatnya dia tak suka dengan program-program kuliyyah. Inilah dia perangai orang munafik, sehingga Allah swt beri gelaran kepada mereka sebagai golongan yang kuffur kepadaNya. Tak berat ka tuan-tuan bila gelaran "kuffur" di cop tang dahi kita?...Nauzubillahiminzalik. Tapi itulah gelaran yang paling sesuai yang diberikan oleh Allah swt kepada golongan yang berpura-pura duduk bersama-sama dengan kita, tapi sebenarnya hati mereka lebih busuk daripada bangkai sehingga sanggup menentang perjuangan umat Islam.

Maka orang munafik macam ni Allah swt sebut, "Nescaya akan dikenakan perasaan menyesal kepada puak-puak munafik ini."...Macamana cara Allah Ta`ala nak bagi hati orang-orang munafik ni berasa kesal, wallahu`alam, diluar pengetahuan kita. Samada Dia nak bagi bencana semasa di atas dunia lagi, ataupun Dia bagi masa sakaratul maut, ataupun semasa alam kubur, ataupun di Padang Mahsyar, ataupun di dalam neraka; wallahu`alam, kita tidak tahu. Tapi apa yang disebut oleh Allah swt bahwa orang munafik macam ni, pasti akan datang perasaan menyesal dalam dirinya. Jadi bagi kita sebagai orang yang beriman yang berakal fikiran, sudah tentu tidak mahu keadaan sedemikian berlaku kepada kita. Lalu bila Allah swt memberitahukan kepada kita keadaan sebegini, maka untuk mengelak daripada kita tergolong di dalam golongan ini, maka apa yang perlu kita buat ialah mengaktifkan diri dalam semua kerja buat agama dan sentiasa mau check diri sendiri supaya tidak tergelincir daripada jalan Nabi saw dan para sahabat ra.

Dan pada akhir ayat 156, Allah menyebut bahwa Allah swt lah yang menghidupkan dan yang mematikan. Soal rezeki ada ka takdak, soal hidup dan mati kita macamana, soal nasib kita tuah ataupun celaka; semuanya adalah di dalam penguasaan Allah swt. Yang pentingnya ialah apabila Allah swt suruh kita buat satu benda, maka kita kena buat. Begitulah juga kalau Allah larang kita jangan buat satu benda, maka kita jangan buat. Kerja kita sebagai hambaNya hanyalah berusaha sedaya upaya selagi mana yang termampu tapi hasilnya kita serahkan kepada Allah swt yang menentukan. Cuba tuan-tuan tengok sesetengah daripada kawan-kawan kita, yang kadang-kadang tu mempunyai perasaan takut yang melampau-lampau sehingga menyebabkan mereka tidak mahu untuk berdiri menyatakan kebenaran walhal mereka tahu benda itu benar. Dan yang paling menyedihkan ialah apabila perasaan takut yang terlampau-lampau itu juga boleh membuatkan mereka sanggup bersekongkol dengan golongan yang melakukan kezoliman dan golongan yang melakukan maksiat kepada Allah swt. Tapi kita sebagai orang yang beriman, dalam keadaan macamana sekali pun kita kena beringat bahwa dalam ayat ini Allah swt sudah pun mengatakan bahwa Dia lah yang bagi kita hidup dan yang bagi kita mati. Sebab itu kalau kita buat apa pun mengikut kehendak Allah Ta`ala, InsyaAllah dengan keyakinan yang teguh pada janji Allah, maka Allah swt akan bagi semua benda kepada kita.

Cuba kita tengok kepada sesetengah orang yang penakut nak mengatakan kebenaran (contohnya seperti jkkk-jkkk kampung umpamanya), kadang-kadang tu bila orang atasan suruh dia buat benda-benda yang bertentangan dengan hukum syara` pun, dia buat jugak. Tapi habuan dunia yang diterimanya, taklah seberapa sangat. Tuan-tuan ingat takdak ka Ketua Cawangan Umno yang tak kaya-kaya pun?...Ada tuan-tuan. Dia hanya jadi pencacai saja. Orang suruh buat ni, dia buat. Orang suruh buat tu, dia buat. Prinsip dia ialah tak dapat duit pun takpa, janji mau ada jawatan (macam ni punya orang pun dok ada lagi atas dunia ni). Inilah dia spesis yang suka ampu sana ampu sini. Bila dia masuk memegang jawatan dalam masjid, habih semua dia kacau. Sampai ustaz-ustaz yang mai mengajar pun diberi warning sehingga nak cakap benda tu pun tak boleh, nak cakap benda ni pun tak boleh....Pasai apa?...Alasannya, takut orang tertentu rasa kecik hati. Tapi bila kita tengok kehidupan orang pembodek macam ni, ada yang tak kaya-kaya pun, dok miskin lagu tu lah jugak. Dan kadang-kadang tu, kita tengok pula sahabat-sahabat kita yang lantang, yang sanggup bagi bantuan kepada perjuangan Islam, yang sanggup sama-sama berdakwah dan yang sanggup sama-sama nak tengok agama Allah ini naik menjulang ke langit; kita boleh tengok sahabat-sahabat yang macam ni ada juga yang kaya raya. Allah swt bagi rezeki kepada mereka walaupun mungkin mereka menghadapi pelbagai cabaran sebelum ini. Tapi apa yang saya nak bagitau disini ialah ada ketikanya sahabat kita yang commited dengan Islam ini lebih kaya, lebih mewah dan lebih senang daripada kawan kita yang penakut sangat nak buka mulut tadi. Sebab itu kalau kita yakin kepada Allah swt bahawa Dialah yang bagi jodoh, Dialah yang bagi rezeki, Dialah yang turunkan bala bencana, Dialah yang bagi rahmat dan keberkatan, Dialah yang bagi hidayah, Dia jugalah yang boleh menterbalikkan hati-hati manusia dan sebagainya; maka bila kita yakin akan kesemuanya ini, lalu kenalah kita buat apa saja yang Allah swt suruh, dan kenalah ketepikan apa saja yang Allah swt larang. Kita buat semuanya ini hanyalah semata-mata untuk mendapat keredhaanNya sahaja, tiadalah yang lain daripada itu. Jadi dengan pegangan kita sebegini, InsyaAllah, Allah swt akan bagi kepada kita apa yang patut Dia bagi.

Lalu ustaz Jailani menceritakan satu contoh bagaimana orang yang terlampau takut sangat tentang kepentingannya, sehingga menyebabkan tenaga pengajar di masjid-masjid nak cakap benda apa pun tak boleh. Inilah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Contoh yang diceritakan oleh ustaz Jailani ialah feedback yang diterimanya hasil khutbah Jumaat yang disampaikannya di Masjid Kepala Gajah, Seberang Perai Selatan tempohari. Beberapa hari sebelum berkhutbah tu, pada kebiasaannya ustaz Jailani akan tanya dulu kepada sahabat yang jemput dia tu, tanya ustaz, "Nak berkhutbah ni, mau style lagu mana?"...Menurut ustaz Jailani inilah kebiasaan yang dilakukannya sebelum dia pergi ke tempat kuliyyah maupun ceramah. Sebab beliau nak tahu dulu tentang mentaliti ataupun keadaan penduduk setempat yang beliau nak sampaikan risalah Islam itu. Dari feedback yang diterimanya, maka bolehlah ustaz adjust cara mana nak disampaikan messagenya. Dengan style berdakwah yang variable ini menyebabkan ustaz Ahmad Jailani mana-mana tempat pun dia boleh masuk. Bukan saja masjid, surau-surau dan sekolah saja yang menjemputnya; malah BTN dan INTAN juga pernah panggil ustaz buat kuliyyah.

Bila ditanya lagu tu oleh ustaz Jailani, maka sahabat yang jemput ust tu pun kata, "Masjid ni okay ustaz. Banyak dah ustaz-ustaz yang deraih-deraih semuanya dah biasa mai kat masjid ni. Jadi takpa ustaz. Pederaih aja!"...Tanya ustaz lagi, "Betoi ka lagu tu?...Ajk dia lagumana pula?"...Sahabat tu kata, "Pengerusi kami tu open minded orangnya walaupun politik-politik ni dia taklah berapa sangat. Cumanya, yang ada problem sikit ialah kami punya naib Pengerusi dan Setiausahanya sahaja. Depa dua nilah yang kelam kabut sikit."...Jadi bila dengaq lagu tu, ustaz Jailani mengambil keputusan untuk tidak membawa current-current isu yang sensitif. Yang dibawa oleh ustaz ialah sejarah-sejarah Nabi saw dan para sahabat ra yang semua orang boleh terima, tapi cumanya suara saja yang dengaq lagu deraih sikit sebab nak buat sikit teguran. Itu saja.

Lalu bila sampai hari Jumaat yang ditentukan, maka berkhutbahlah ustaz dengan menggunakan tema "Pemuda yang bacul!". Menurut ustaz Jailani, beliau menggunakan tema tersebut sebab sahabat tadi yang merangkap sebagai ajk memberitahu bahwa masyarakat tempat itu agak tidak berapa berminat dengan ugama-ugama ni sebab itu majlis ilmu sunyi sepi saja. Jadi bila dengar sedikit taklimat daripada sahabat tadi, maka ustaz pun menggunakan tema "Pemuda yang bacul!". Ustaz memberi penekanan kepada pemuda sebab pemuda sepatutnya kenalah aggresif. Merekalah yang sepatutnya memikul tanggung-jawab seperti lari ke sana lari ke sini sebar risalah, tampal poster, bawa naik banner, contact ustaz-ustaz; semuanya ini kerja orang muda belaka. Kalau ada sebarang masalah, barulah orang tua memainkan peranan sebagai pakar rujuk. Bila orang muda menjadi aggresif dan committed kepada agama, maka merekalah yang diharap untuk membela agama. Tapi pemuda-pemuda pada hari ini kebanyakkannya "bacul" sebab yang depa tau hanya bawa pelari/rogol anak dara orang, kemudian dengan berjudinya, dengan dadahnya dan serba-serbi mak neneknya lagi. Sedangkan masjid depa tinggalkan saja untuk orang-orang tua yang rumah kata pi, kubur kata mari.

Nak cari pemuda seperti Khalifah Mu`tasim pada zaman la ni memang payah dah nak jumpa. Lalu ustaz Jailani pun menceritakan sedikit apa yang pernah berlaku di zaman Khalifah Mu`tasim. Dimana ketika itu, ada seorang wanita Islam yang telah dimalukan dan ditertawakan oleh 2 orang kafir, sehingga terkeluar dari mulut wanita itu, "Wahai Khalifah Mu`tasim..."...Bila wanita Islam itu menyebut lagu tu, tiba-tiba ada seorang pemuda telah menyaksikan akan peristiwa itu, maka pemuda itu pun pi cari Khalifah Mu`tasim dengan meredah padang pasir berbulan-bulan lamanya hanya semata-mata nak bagitau kepada Khalifah Mu`tasim bahwa ada wanita Islam yang telah dimalukan telah menyebut nama Khalifah. Kemudian apabila Khalifah Mu`tasim mendengar akan perkhabaran yang menyentuhkan hatinya itu, maka dia bangun sambil berkata, "Aku datang wahai ibu ku!!"...Tu dia hebatnya Khalifah Mu`tasim tu tuan-tuan. Jadi, nak pi cari pemuda seperti Khalifah Mu`tasim sekarang ni, memang amat sukar tuan-tuan. Yang ada sekarang ni hanyalah pemuda-pemuda Islam yang "bacul", yang depa tau hanya merosak anak dara orang sahaja.

Menurut ustaz Jailani lagi, masa khutbah hari tu memang dia hayun deraih sungguh. Sebab apa dia kata deraih?...Sebab dia tengok takdak sorang pun yang tertidur dalam masjid hari tu. Yang berdiri kat luar tu pula tercegat dok tengok dengan penuh khusyuk semacam saja. Jadi, bila ustaz Jailani tengok keadaan sekeliling begitu, maka dia rasa bahwa dia telah berjaya sampaikan message untuk menaikkan semangat orang-orang muda supaya minat dekat ugama.

Tetapi dalam ustaz dok ingat takdak apa tu, tiba-tiba dalam 2-3 hari kemudian dia dapat panggilan telefon daripada ajk tadi. Ajk tu kata, "Ustaz, ada masalah!"...Ustaz tanya balik, "Masalah apa?...Hari tu bukankah isu-isu kezaliman maupun undang-undang dalam negara saya tak sebut pun. Jadi, apa lagi masalahnya?"...Ajk tu kata, "Ustaz, ada ajk lain yang marah pula. Dia kata: Mana punya ustaz mai kat masjid kita pun tak tau; dok kata kat orang bacul."...Lalu ustaz tanya, "Saya kata bacul ni kat sapa?...Saya kat bacul ni dekat pemuda yang dok rogol anak dara orang dan pemuda yang tinggalkan masjid dekat orang-orang tua yang dah dekat nak mati dah ni. Jadi yang ajk tadi tu pi terasa pasai apa?...Dia terasa sebab mungkin dia dok buat kerja rogol/zina dengan anak dara orang la kot?...Ataupun dia terasa sebab dia tu ajk tapi tak pernah mai masjid; mungkin lagu tu la kot?...Mau kalau lagu tu mungkin dia terasa la. Tapi kalau dia tak buat, pasai apa dia nak terasa pula?"...Yang ustaz Jailani sentuh dalam khutbahnya hari tu ialah tentang masalah anak-anak muda kita yang dilanda kemerosotan akhlak, tapi tiba-tiba ada ajk masjid yang terasa pula; tak pelik ka tuan-tuan?

Kemudian selang 2-3 hari selepas itu, datang pula lagi satu cerita, iaitu rupa-rupanya khutbah yang disampaikan oleh ustaz di masjid tersebut sudah pun dilaporkan kepada Unit Cawangan Khas P.Pinang. Lalu ustaz Jailani pun meluahkan rasa sedihnya berkenaan dengan perkara tersebut. Pasai apa ustaz yang baca khutbah yang sanggup tak bawa mai isu-isu sensitif apa pun, ianya dilaporkan ke Cawangan Khas juga. Sedangkan pemimpin-pemimpin masyarakat yang dok pi dangdut/karaoke/berzina dengan pelacur di Haadyai, tidak pula di report ke Cawangan Khas; pasai apa?...Sepatutnya hat lagu tu lah yang kena dilaporkan ke Cawangan Khas, sebab pemimpin-pemimpin lagu nilah yang akan meruntuhkan negara. Lebih-lebih lagilah kalau ada musuh yang mahukan maklumat tentang rahsia negara, dengan hanya dirasuahkan saja pemimpin-pemimpin lagu ni, maka dengan senang saja mereka boleh memperolehi segala rahsia. Lalu akan hancurlah negara kita ini. Sebab apa saya kata lagu tu?...Sebab pemimpin-pemimpin yang tidak ada pegangan agama yakni yang siang malam buat maksiat, maka possibilities untuk mereka buat pengkhianatan terhadap negara adalah cukup besar.

Menurut SB, dalam laporan yang dibuat itu, ada menyatakan bahwa ustaz Jailani ada mengatakan bahwa tentang "berebut-rebut" projek...Ooohoo!...pasai tu ka yang depa marah sangat?....Lalu ustaz Jailani menjelaskan bahwa sebenarnya dia tak sebut pun "berebut-rebut" projek seperti yang dilaporkan tu. Apa yang ustaz kata dalam khutbah itu ialah pemuda-pemuda yang sanggup gadaikan agamanya hanya kerana tanah atau kerana projek atau kerana tender adalah turut tergolong dalam kumpulan pemuda-pemuda yang "bacul". Ada ustaz kata kat sapa-sapa?...Takdak, tapi awat ada yang terasa sangat?...Kalau ada yang memang betoi-betoi buat benda lagu tu, maka pebetoi lah balik diri sendiri. Salah ka ustaz cakap benda lagu tu?...Ustaz sebut lagu tu sebab dalam agama Islam menyatakan bahwa kita jangan sekali-kali gadaikan agama kita disebabkan nak kaya. Sebagai seorang lawyer, ustaz Jailani kata memang senang saja kalau dia nak dapat duit yang jenis "atas angin" ni. Tapi bilamana kata kita sebagai orang Islam, maka kita tak mahu buat benda-benda yang dilarang oleh agama Islam. Sebagai contoh, ustaz kata kalau lah ada sorang client mai jumpa seorang lawyer yang jahat, maka sudah tentu lawyer itu akan kata, "Oooo!..kes ni mesti menang punya.", padahal dalam hatinya dia kata, "emmmph!...takdak harapan dia ni."...Inilah dia perangai lawyer-lawyer yang nampak duit semata-mata, sehingga sanggup menipu clientsnya. Orang kita kalau dah dengar "mesti menang punya", apa lagi, sehingga sanggup mengeluarkan duit habis-habisan untuk menang kes tersebut. Tapi bila lawan punya lawan, kadang-kadang makan masa sampai 1-2 tahun, tengok-tengok kalah. Padahal duit dah habis beribu-ribu, kemudian lawyer tu pun bagi alasan, "Oooo!..hakim tu memang tak pandai. Kita kenalah try buat rayuan kat appeal court pula."...Bila pi buat rayuan kat appeal court, "kena getah" la si client tu sebab kena bayar lagi RM4k-RM5k atau boleh sampai ke RM10k kat lawyer tu lagi. Kalau lagu nilah keadaannya, tak ke kaya lawyer yang jahat ni?...Bolehka kita cari lawyer yang sanggup bagitau kat clientnya, "Kes ni kalau kita lawan pun, kita kalah. Jadi, saya nasihatkan lebih baik encik balik saja lah."?...Zaman sekarang memang payah nak cari lawyer macam ni tuan-tuan, yakni lawyer yang sanggup tak dapat RM4k-RM5k, tapi asalkan dia boleh bagi advised yang jujur kepada clientnya....Jadi, inilah message yang ustaz Jailani nak bagitau dalam khutbah hari tu, iaitu janganlah ada orang yang sanggup gadaikan agamanya kerana habuan wang ringgit maupun hanya sekeping tanah. Tapi message sebeginilah yang buat orang marah.

Kemudian dalam isi khutbah yang kedua pula, ustaz Jailani kata, "Marilah kita bersiap sedia untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah Rabbul Jalil yang akan diadili oleh Allah Ta`ala, yakni Tuhan yang Maha Adil. Perbicaraan yang tidak akan ada lagi hakim yang corrupt, pendakwa yang corrupt maupun peguambela yang corrupt."...Agak-agak tuan-tuan, tang mana yang salahnya statement ini?...Kalau tak ada salahnya, tapi pasai apa ia boleh menimbulkan kemarahan pula?...Ada ustaz Jailani sebut nama Augustine Paul?...Takdak...Tapi kalau teguran sebegini terkena pada mana-mana pihak, maka sekurang-kurangnya ia menjadi ingatan kepada pihak yang berkenaan. Sebab di Padang Mahsyar kelak sudah tidak ada lagi boss yang kita dok takut selama ni. Kalau di dunia ni, bolehlah kita guna peguambela yang bijak dalam hal putarbelit untuk tolong kita menang kes, tapi di Padang Mahsyar tidak akan ada sesiapa pun yang boleh tolong kita kecuali Allah swt....Salah ka statement lagu ni?....Jadi, inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, yakni orang sudah tidak tahu menilai yang mana satu seruan kepada kebaikan dan yang mana satu seruan kepada kecelakaan.

Jadi, lagu ni lah tuan-tuan; kalau kita dok ikut sangat kata orang-orang yang tak tau nak bezakan yang mana haq dan yang mana bathil, maka apa kerja pun tak boleh buat. Sebab itu menurut ustaz Jailani, semasa beliau bertugas menjadi penceramah sambilan kepada BTN suatu masa dulu, hatinya rasa tak seronok. Pasai apa?...Sebab soalan-soalan yang ditanya dalam kursus BTN, semuanya memerlukan jawapan yang dijawab secara ikhlas. Ustaz kata macamana beliau nak jawab secara ikhlas, sedangkan kebanyakan soalan-soalan menjurus kepada kena kat kerajaan belaka yakni majikan yang bayar duit kat dia. Jadi inilah yang buat ustaz letak jawatan lebih awal sebagai penceramah sambilan dalam BTN sebab dia tak mau tiru perangai orang munafik yang suka berbohong. Nak tengok perangai orang munafik?...Tengoklah dalam ayat 156 di atas tadi, yang mana Allah swt memperingatkan kita tentang perangai puak-puak munafik tu. Sampai ke hari ini pun perangai seperti mereka ini masih berkekalan. Hanya penyampaian depa saja sekarang ini dalam bentuk versi masakini, "Hangpa jangan dok ikut golongan-golongan yang nak menegakkan Islam. Kalau hangpa ikut depa, maka akan huru hara lah negara."...Sampai bila-bila pun, puak munafik ni sama saja perangai depa. Depa tak tau sebenarnya Allah swt lah yang menentukan samada menang ataupun kalah. Jadi kalau kita ikut betoi-betoi apa yang Allah swt suruh, InsyaAllah kita akan selamat di dunia/akhirat. Tetapi kalau kita rasa hebat di atas dunia walaupun menyeleweng, maka ingatlah bahwa benda itu adalah "istidraj".

Kemudian dalam ayat seterusnya yakni ayat 157, Allah swt kata, "Jika sekiranya kamu terbunuh pada jalan Allah Ta`ala atau kamu mati, nescaya kamu akan mendapat maghfirah dan rahmat daripada Allah swt yang lebih baik daripada harta rampasan perang."....Apa yang kita faham daripada ayat ini ialah sebenarnya apa yang kita dok cari selama ini adalah keredhaan Allah swt semata-mata. Bila kita ikhlas dengan Allah swt, maka benda-benda sampingan akan datang kepada kita. Contohnya dalam perniagaan umpamanya; kalaulah kita seorang peniaga yang amanah, maka kita akan sentiasa ada rasa takut kepada Allah swt. Dengan rasa ketaqwaan itu, maka kita akan menjalankan perniagaan secara jujur. Bila orang tengok kita jujur, maka ramailah yang akan menjadi pelanggan kita sebab kepercayaan mereka terhadap kita. Pelanggan akan bertambah ramai lagi bila berita tentang kejujuran kita ini disebar-sebarkan pula. Inilah dia yang dikatakan pendapatan sampingan yang datang. Sebab apa kita kata benda sampingan?...Sebab target utama kita hanyalah semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan daripada Allah swt. Itu sahaja yang kita mahu. Oleh sebab itulah bila kita buat baik, InsyaAllah kita akan dilindungi Allah swt. Sepertimana yang disebut dalam ayat 157 ini, dimana Allah swt akan memberi keampunan dan rahmat kepada kita. Apa erti "rahmat" dalam ayat ini?...Iaitulah benda yang kita perlukan, maka Allah akan memberikannya. Misalnya, kita memerlukan kesihatan, maka Allah swt menyihatkan tubuh badan kita. Pada masa kita perlukan wang, maka Allah akan memurahkan rezeki kita. Bila kita perlukan ketenangan, maka Allah berikannya dengan nikmat yang tidak boleh digambarkan. Jadi apa yang ustaz Jailani nak bagitau disini ialah apabila kita buat benda apa pun kerana nak cari keredhaan Allah swt, maka 2 benda ini akan datang kepada kita iaitulah keampunan dan rahmat daripada Allah swt.

Tapi kalau kita buat satu benda hanyalah kerana mengharapkan habuan dunia semata-mata, maka inilah yang dikatakan membujur lalu melintang sapu. Jenis ni memang belambak la ni. Oleh kerana ustaz Ahmad Jailani seorang lawyer, maka beliau bawa contoh pun berkenaan dengan seorang lawyer jugalah. Beliau kata bahwa kalau seorang lawyer yang menjadi duit saja sebagai matlamatnya, dengan mengenepikan rasa ukhuwah dan persaudaraan, maka lawyer jenis ni dia tak pedulilah hang sapa. Ada duit baru boleh cakap. Tapi kalau dengan ayaq lioq saja, hang dok tepi sat. Lalu ustaz Jailani bawa 2 contoh dalam hal berkenaan. Yang pertamanya ialah cerita tentang seorang lawyer kawan kepada ustaz Jailani sendiri. Dimana seorang emak saudara kepada lawyer kawan ustaz ni ada masalah nak bercerai. Tapi bila emak saudara dia ni pi nak minta tolong, dia boleh charged emak saudara dia sendiri sampai RM8k-RM9k, sehingga ke satu tahap yang emak saudara dia dah tak mampu lagi nak bayar. Akhir sekali emak saudaranya terpaksa cari Biro Bantuan Guaman, yakni yang dikenali sebagai "lawyer free" tu. Sampai ke tahap tu punya cari duit, sehinggakan emak saudara sendiri pun dia cekik juga. Nie apa punya jenis anak penakan ni?...Takkan dengan emak penakan sendiri pun hang nak charged sampai RM8k-RM9k. Sebagai anak penakan, sekurang-kurangnya hang ambik untuk duit minyak sudah la. Nie sampai tahap nak ambik untung berlipat kali ganda ni apa cerita?...Inilah contoh bila manusia ni dia hanya dok nampak duit sahaja, sehinggakan soal agama ataupun persaudaraan ni kira dia tak peduli dah. Walaupun emak saudara sendiri susah pun, dia tak peduli. Yang pentingnya duit dulu. Samalah juga kalau kita buka kedai makan. Tiba-tiba ada emak saudara kita yang susah takdak duit nak makan; takkanlah tak boleh bagi makan free sekali sekala. Kalau nak ambik duit pun, setakat ambik modal sudah la. Kalau kebiasaannya kita jual nasi ayam kat customer dengan harga RM3, tapi modalnya hanyalah RM1.50; jadi suruh emak saudara kita yang susah tu bayar RM1 sudah la.

Kemudian contoh yang kedua ialah yang berlaku di Selangor. Menurut ust Jailani, ia membabitkan seorang lawyer yang terkenal (ustaz tak mau sebut nama dia) dengan masalah rumahtangga adik perempuannya sendiri. Lawyer tu boleh charged kat adik dia sendiri sebanyak RM5k. Dan adiknya turut juga terpaksa meminta bantuan dari Biro Bantuan Guaman. Sehingga ada orang yang dalam Biro Bantuan Guaman tu kenal akan adiknya, lalu bertanya, "Eh, bukankah kakak kamu seorang lawyer yang terkenal?"...Lalu jawab adiknya, "Ya, memang betul kakak saya seorang lawyer, tapi sekarang dia tak boleh diharapkan lagi dah."...Inilah benda yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Akibat kita ni terlalu nakkan kepada benda dunia, sehinggakan kita sanggup ketepikan persaudaraan sesama adik beradik, emak penakan dan sebagainya. Sampai tara tu punya dok ada manusia pada hari ini, yakni dah takdak dah benda-benda charity sebab semua benda nak kena berkira.

Bila ust Jailani sebut contoh di atas, teringat saya tentang sahabat-sahabat dok sembang dalam hizbi tentang "Hospital swasta vs Hospital K`jaan" hari tu. Kan ka ada sorang sahabat cerita tentang anaknya yang baru beranak di klinik/hospital swasta dalam keadaan koma. Kemudian bila diarahkan berpindah ke hospital k`jaan, sahabat kita tu kena settle masalah pembayaran dulu dalam beberapa ribu ka, kemudian baru boleh bawa keluar bayinya yang sedang koma tu. Koma tu apa tuan-tuan?...50-50 chances nak hidup/mati sama banyak tuan-tuan. Jadi bayi tu dok ada dalam keadaan kritikal. Awat tak boleh ka selamatkan nyawa bayi tu dulu, kemudian baru kira bayaran?...Tak boleh ka lagu tu?...Inilah yang dok ada dalam masyarakat kita sekarang tuan-tuan. Betul, tak salah kalau kita ada bisnes minded, yakni nak untung lebih sikit, takpa itu duit halal. Tapi janganlah sampai terlampau bisnes minded, sehinggakan dok kira untung saja sampai soal nyawa orang pun kita tak peduli dah. Hang nak mampuih ka, hang nak jadi apa ka, aku peduli apa; janji hang mau settle duit discharged tu dulu....Nampak tak tuan-tuan perangai yang dok ada kat orang kita pada hari ini. Ini adalah satu soal yang membabitkan keimanan kita kepada Allah swt. Sebab itu kita nak cari orang yang jujur dan amanah, yakni yang buat suatu benda kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah pada hari ini, memang payah nak jumpa sekarang ni, kecuali hanya beberapa orang sahaja yakni yang dalam jagaan Allah swt. Jadi, kita hendaklah menjadi manusia sepertimana yang sebut oleh Allah swt, iaitu yang mana mereka buat satu benda hanyalah kerana nak cari keampunan dan rahmat daripada Allah swt.

Akhir sekali dalam ayat 158, Allah berkata, "Jika sekiranya kamu mati atau kamu dibunuh, nescaya kamu akan dikumpulkan di hadapan Allah swt."...Kira kita ni lagumana pun, takdak tempat lain dah yang akan tujui melainkan hanya di hadapan Allah swt la juga. Kita buat baik pun jumpa Allah, kita buat jahat pun akan jumpa Allah juga. Jadi kita jangan ingat kat agama, masa kita susah saja. Kita mesti buat baik samada dalam keadaan kita senang maupun susah. Sebab itu, kita tak setuju bila salah seorang pemimpin kita di Pahang yang mungkin menghadapi risiko kekalahan di peringkat bahagian, telah membuat report akan salah-laku bekas seorang menteri besar Pahang. Apa yang kita nak tegur ialah kalaulah kita ni betul-betul amanah, once orang tu buat jahat, maka terus kita buat report. Inilah cara yang betul. Bukannya kita nak kalah, baru kita nak buat report. Bukan kata, kita himpun punya himpun punya himpun punya himpun, kemudian bila rasa kedudukan kita terancam, baru kita nak guna isu-isu macam ni. Tak elok sungguh bila berperangai macam tu tuan-tuan. Kita mestilah menjadi seorang yang berani untuk mempertahankan negara kita daripada penyelewengan kuasa oleh golongan yang sepatutnya menunaikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka. ]


Sekarang kita sambung kepada Perkara 23 dalam kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah", yakni membincangkan hal "Mendatangi Haiwan".

Perkara 23 : Mendatangi Haiwan ( bersetubuh dengan binatang).

Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman ta`zir. ( Minhaj al-Muslim: 549 )

[ Ada 2 pendapat ulama` dalam soal mendatangi binatang. Pendapat yang pertama adalah sepertimana yang tercatat di atas, yakni seperti yang ditulis oleh pengarang kitab ini, Hj Said Hj Ibrahim, iaitu ianya adalah kesalahan ta`zir. Yang mana bentuk hukumannya terserah kepada kebijaksanaan pemerintah. Tetapi pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa ia terletak di bawah hudud, yakni perlu dikenakan hukuman bunuh, sebab berdasarkan suatu hadith daripada Nabi saw yang mengatakan bahwa dalam membicarakan jimak dengan binatang, maka orang berjimak itu wajib dibunuh bersama-sama dengan binatang yang dijimaknya.

Daripada hadith inilah, maka timbulnya 2 pendapat seperti yang dinyatakan tadi. Yang pertamanya menyatakan bahwa arahan bunuh daripada Nabi saw itu adalah suatu undang-undang hudud yang tidak boleh diubah, yakni sesiapa yang bersetubuh dengan binatang, maka wajib dia dibunuh bersama-sama dengan binatang yang disetubuhinya. Maknanya, kalau dirogolnya anak ayam, maka dengan anak ayam itu sekali kena bunuh.

Tetapi timbulnya pendapat yang mengatakan bahwa ianya adalah ta`zir sebab sebahagian daripada sahabat ra berpendapat bahwa suruhan membunuh binatang yang dijimak itu sebenarnya adalah disebabkan Nabi saw tak suka daging binatang yang dijimak itu dimakan sebab ia telah menjadi hina. Itu saja....Cubalah tuan-tuan bayangkan kalau ada seorang kawan kita, tiba-tiba teransang syahwahnya bila terlihat seekor ayam betina peliharaan kita. Ayam betina tu sexy tang mana kita pun tak tau, lalu ditangkapnya ayam itu dan dirogolnya. Kemudian satu hari kita pi sembelih ayam betina tu, lalu bila nak makan baru kita teringat bahwa ayam betina inilah yang dirogol oleh kawan kita tempohari. Time tu agak-agak tuan-tuan sanggup dak kita makan daging ayam betina tu?...Selera ka kita nak makan bila kita teringat apa yang dilakukan oleh kawan kita tadi ke atas ayam betina kita tu?...Tak sanggup saya tuan-tuan, sebab daging tu takdak kemuliaannya dah. Oleh kerana inilah, maka sebahagian daripada sahabat ra berpendapat bahwa arahan bunuh daripada Nabi saw itu bukannya bermaksud hudud, tetapi hanyalah kerana Nabi saw tidak suka daging binatang itu dimakan. Itu sahaja.

Begitulah juga halnya dengan kita manusia ni. Yakni janganlah kita dok pi gatai nak ambil suami/isteri daripada golongan yang jahat, kelak binasa rumahtangga kita nanti...Contohnya, ustaz menceritakan tentang sebuah rumahtangga anak guamnya yang menghadapi krisis. Bila anak guam ustaz itu bersama dengan isterinya dipanggil ke pejabat dan bila ditanya kepada si isteri, "Benarkah sepertimana keterangan dari suami kamu bahwa kamu bekerja di Night Club?"...Lalu kata si isteri itu dengan tanpa sedikit malu pun, "Ya, benar. Sekarang saya bekerja di Night Club."...Untuk tidak timbulkan sebarang keraguan, maka ustaz Jailani pun tanya soalan itu sebanyak 3x, tapi tetap didapatinya jawapan yang sama juga daripada si isteri itu. Kemudian ustaz tanya pula kepada si lelaki anak guamnya itu, "Sebelum kamu kahwin dengan isteri kamu ini, adakah kamu tahu yang dia bekerja di Night Club?"...Kata si lelaki itu, "Saya tahu ustaz."...Tanya ustaz lagi, "Dah kamu tahu, tapi sebab apa kamu kahwin juga dengan dia?"...Jawab si lelaki tu, "Sebab niat saya baik, ustaz. Yakni nak suruh dia taubat dengan mengeluarkan dia daripada tempat yang tidak elok kepada persekitaran masyarakat yang elok."...Tanya ustaz lagi, "Jadi, apabila berlaku keadaan sebegini, adakah misi kamu berjaya?"...Lalu jawab anak guamnya itu, "Nampaknya lagu ni lah ustaz, susah rupanya."....Kemudian ustaz Jailani alih kembali soalannya kepada si isteri pula, "Adakah kamu dapat anak, hasil daripada perkahwinan kamu dengan suami kamu ini?"...Jawab si isteri tu, "Takdak anak."...Lalu tanya ustaz, "Tapi yang kamu bawa mai ni, anak sapa?"...Si isteri tu kata, "Anak saya ini bukannya dengan suami saya sekarang, tapi dengan orang lain."...Lalu tanya ustaz, "Awak kahwin berapa kali?"...Kata si isteri tu, "Sekali je."...Bila ustaz tanya, "Jadi, apakah status anak ini?"...Jawab si isteri itu, "Yang tu, urusan saya."...Bila dengaq lagu tu, ustaz pun tekan si isteri tu, "Awak sekarang berada dalam mahkamah ni. Jadi, awak kena jawab soalan saya; anak ini daripada mana?"...Lalu si isteri tu pun tunduk dok senyap saja. Bila lihat macam tu, ustaz pun kata, "Awak setuju ka tak setuju, kalau saya kata bahwa anak ini adalah hasil daripada perzinaan awak dengan orang lain?"...Bila dikatakan begitu, lalu si isteri itu pun angguk tanda setuju....Inilah dia akibatnya bila kita kahwin dengan seorang pelayan Night Club, yang kerjanya ialah serve minuman keras kepada syaitan-syaitan manusia...Adakah orang macam ni kita boleh buat bini?...Lalu last sekali, depa ambik keputusan untuk bercerai sebab si isteri tidak boleh ubah sikap lamanya yakni masih lagi teringatkan Night Club.

Bila jadi lagu ni punya cerita, maka menurut ustaz Jailani bahwa sebab itulah dalam Islam menjadi sunat hukumnya kita cari perempuan yang masih lagi anak dara untuk dikahwinkan. Dan yang perempuan pun begitu juga, iaitu sunat dia cari yang teruna. Tapi di dalam beberapa kes-kes yang tertentu, yang mana hukum sunat tadi tidak terpakai. Misalnya, bagi duda yang ada anak. Kalaulah si duda ni pilih untuk kahwin dengan anak dara, maka dikhuatiri anak dara itu akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan gelagat anak-anak, sebab masih tidak ada pengalaman. Lagipun, si anak dara ini mesti merengek ajak pi honeymoon dulu. Kalau pi honeymoon, takkan nak bawa budak-budak pula?...Sudah tentu si isteri muda tu tak mau punya....Tapi kalau kahwin dengan janda, berkemungkinan janda ini akan boleh menyesuaikan dirinya dengan ahli keluarga si suami sebab dia berpengalaman. Inilah yang berlaku kepada salah seorang daripada sahabat Nabi saw. Bila Nabi saw tanya dia, "Sebab apa kamu tak kahwin dengan anak dara?"...Jawab sahabat tu, "Ya Rasulullah, saya ada anak yang ramai. Jadi bila saya kahwin dengan janda, maka saya harap dia akan boleh menjaga anak-anak saya ini."...Lalu Nabi saw pun mengiyakan tindakan sahabatnya itu. Ini menunjukkan bahwa hukum sunat tadi hanyalah terpakai dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Oleh sebab itu, kejadian seperti yang berlaku kepada pasangan diatas tadi, hendaklah menjadi satu peringatan serta iktibar kepada kita, supaya benda sebegini tidak pula berlaku kepada kita. Jangan sampai dah terkena, baru nak ambil iktibar.

Berbalik kita kepada masalah mendatangi binatang. Dari apa yang kita bincangkan tadi, maka bolehlah dirumuskan bahwa dalam masalah ini terdapat 2 pendapat; iaitu pendapat pertama mengatakan bahwa mendatangi binatang adalah di bawah hukuman hudud, dan pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa masalah ini adalah di bawah ta`zir. Tetapi para ulama` sepakat mengatakan bahwa mendatangi binatang adalah satu perbuatan haram yakni berdosa kepada Allah swt. ]

42612_wallpaper110.jpg