Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 6 - Murtad - Per 87 - 89

rain1.gif

FASAL 6.

MURTAD

Perkara 87: Murtad disebabkan perbuatan.

1) Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad di antaranya:

a) Sujud menyembah berhala.

[ Saja-saja lalu kot tokong, dengan niat hanya nak bergurau senda dengan kawan-kawan, kita pergi sembah tokong tu. Perbuatan sebegini boleh membawa kepada murtad walaupun kita tidak berniat untuk sembah tokong tu. Jangan dok bergurau senda macam ni tuan-tuan. Bahaya. ]

b) Sujud menyembah matahari dan bulan.

[ Ust Jailani cerita, dulu pernah seorang pelajar perempuan di UIA menghadapi masalah semasa dia nak kawin. Sebab apa?...Sebab bapa kepada pelajar perempuan ini yang sepatutnya menjadi wali mujbir, telah terlibat dalam mengamal satu ajaran sesat menyembah matahari. Kemudian apabila pelajar perempuan ini merujuk kepada seorang pensyarah di UIA, maka dia dinasihatkan supaya mengelak daripada berwalikan bapa kandungnya. Akhirnya, setelah berusaha keras, pelajar itu pun berkahwin tanpa berwalikan kepada bapanya. Bukannya apa tuan-tuan; selalunya kalau membabitkan kedua orang tua ni, dia jadi agak payah. Sebab kita sebagai anak, kita sama sekali tak boleh cakap kasar terhadap kedua ibubapa. Yang boleh kita lakukan hanya bagitau kat depa bahwa ajaran sebegini salah, tarikat ni tak betoi atau kumpulan ini bertentangan dengan aqidah Islam yang boleh membawa kepada terbatalnya syahadah. Setakat tu saja. Nak tengking-tengking, tak boleh. Dalam kes pelajar itu tadi, walaupun bukan senang-senang boleh pi tuduh si bapa itu murtad, tetapi untuk menjaga keberkatan daripada Allah Ta`ala, maka daripada bibit permulaan akad nikah itu sendiri perlu dijaga. Barulah rumahtangga yang bakal dibina itu dirahmati oleh Allah SWT. ]

c) Sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu.

[ Hari tu ana buka Asiaweek, ana tengok ada gambar yang menunjukkan Perdana Menteri Thai sedang sujud kepada rajanya. Perbuatan macam ni tak boleh ditiru oleh orang-orang Islam walaupun berhadapan dengan seorang raja sebab boleh membatalkan syahadah. ]

d) Membuangkan Al-Quran atau hadith Nabi saw ke dalam najis atau memijak-mijaknya.

[ Masih ingat tak tuan-tuan tentang apa yang berlaku di Institut Berakan di T`ganu suatu masa dulu?...Ianya pernah diroboh oleh pihak yang berkuasa atas beberapa alasan. Samada tindakan meroboh itu betoi mengikut undang-undang ataupun tidak, kita tak mau sembang hal tu. Cumanya apa yang kita nak tengok ialah dari sudut terbatalnya aqidah. Okay, apabila pihak berkuasa bertindak meroboh institut berkenaan, maka habislah segala almari yang penuh dengan al-Quran dan kitab-kitab hadith, semuanya telah dimusnahkan dengan cara digelek oleh jentolak-jentolak dan sebagainya. Perbuatan macam ni kalau tidak disedari, itu mungkin dimaafkanNya. Tetapi kalau si peroboh itu sedar bahwa almari-almari itu mengandungi al-Quran dan kitab-kitab hadith, dan dia rempuh juga, sehingga mengakibatkan kesemua kitab-kitab itu digelek oleh jentolak, maka perbuatan sebegini boleh membawa kepada membatalkan syahadah...nauzubillahiminzalik.

Samalah juga semasa berlakunya gerakan reformasi 98-99 dahulu. Kita lihat macamana dengan angkuhnya pihak yang berkuasa masuk ke dalam masjid tanpa menanggalkan sepatu mereka, mengejar sekumpulan manusia. Tindakan mengenepikan adab masuk masjid adalah satu tindakan yang menghina rumah Allah Ta`ala. Kecualilah kalau dalam keadaan darurah, itu lain. Tetapi kalau sekadar nak meleraikan orangramai dan sebagainya, kamu tetap kena menghormati masjid. Sebab apa?...Sebab kalau kita menghina masjid dengan mencemari membawa masuk najis dan kotoran dengan sengaja, maka perbuatan itu boleh membatalkan syahadah. Oleh sebab itu tuan-tuan, kita sebagai orang Islam, perkara yang paling pokok ialah kena jaga aqidah supaya tidak terbatal. ]

2) Seseorang Islam yang melakukan perbuatan-perbuatan yang disebutkan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), samada dengan sengaja, atau kerana sombong dan takabur, atau kerana hendak menghina agama Islam, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dan kafir.

[ Maknanya kalau kita melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan syahadah, maka kewajipan kita ialah segera bertaubat kepada Allah SWT. Sebab dikhuatiri kalau kita mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat kepada Allah, pasti kita akan diseksa dalam neraka jahanam buat selama-lamanya...nauzubillah. ]

Perkara 88: Murtad disebabkan oleh perkataan.

Perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad ialah mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran. Di antaranya:

1) Mengatakan Allah Ta`ala ada sekutunya dan berbilang-bilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini.

[ Sepanjang pengetahuan kita, nak jumpa orang Islam kata directly bahwa Allah ada sekutu, atau Allah tidak berkuasa atas alam ini, memang amat payahlah nak jumpa. Tetapi yang banyak kita boleh lihat orang Islam menyekutukan Allah ialah melalui perbuatan, ataupun sebutan secara indirectly walaupun tidak berniat untuk kata Allah tidak berkuasa. Kadang-kadang gaya kita bercakap tu seolah-olah kita lupa bahwa Allah Ta`alalah yang berkuasa sepenuhnya.

Contohnya, seperti berlaku banjir besar di utara M`sia baru-baru ni. Dengan kuasa Allahlah sebenarnya banjir besar tersebut berlaku. Kita manusia ni walaupun bijak merancang tara mana sekalipun, kita tetap kena ingat bahwa kita tertakluk kepada kuasa Allah SWT. Rumah orang yang tak pernah tenggelam selama 40 tahun pun, tenggelam baru-baru ni. Ada sorang sahabat, dalam merancang nak beli rumah di Tasik Gelugor, dia survey habih dulu dengan mengguna segala kebijaksanaannya. Dia tanya kat sorang pakcik yang memang dah duduk lama kat situ, "Pakcik, saya nak beli rumah ni. Setahu pakcik, rumah ni tenggelam tak kalau banjir?"...Pakcik tu jawab, "Encik, saya dah 60 tahun lebih dah hidup kat sini. Sekali dalam seumur hidup saya, ada sekali berlaku banjir besar. Ketika tu, memang rumah saya kat bawah sana nu, tenggelam takat pinggang. Tapi kawasan rumah encik ni, setakat penuh kat longkang ja. Kat porch kereta, ayaq tak naik pun."...Lepas tu sahabat ana ni pun tanya kat sorang lagi, "Agak-agak enta kalau banjir, rumah yang ana nak beli ni kena dak?"...Orang tu kata, "Kalau banjir, rumah saya kat kampung belah sana nu memang kena. Yang paling teruk ialah pada tahun 67 dan 98 dulu. Dua tahun ni memang teruk. Tapi tapak rumah saudara ni, tak kena pun. Ayaq naik setakat atas jalan ja."...So, berpandukan dua maklumat ni, sahabat ana tu pun beli la rumah tersebut. Tiba-tiba bila mai hujan lebat turun tak henti-henti baru-baru ni, habis tenggelam juga rumah sahabat ana ni pun. Inilah dia kuasa Allah. Memang iktikad kita kata Allah Berkuasa, tapi kadang-kadang mulut kita tu seolah-olah indirectly lupa akan Kekuasaan Allah Ta`ala yang mengatasi segala-galanya. Usahalah kita macamana sekali pun, tapi kalau Allah tidak benarkan apa yang kita usahakan, maka iradah Allah Ta`alalah yang akan mengatasi segala usaha dan ikhtiar yang kita lakukan.

Jadi, iktibar yang kita dapat daripada banjir besar baru-baru ni ialah kita semua tahu betapa hebatNya Kekuasaan Allah, betoi tak?...Tetapi pasai apa sampai la ni kita dok ketegaq sangat tak mau buat undang-undang Islam yang dijamin barakahnya oleh Allah Ta`ala?...Bila Allah suruh, buat je lah. Ni dak. Macam-macam alasan yang direkakan untuk "to justify excuses". Cuba tanya diri masing-masing; bolehkah kita menyelamatkan diri dengan pelbagai alasan di depan Allah nanti, sedangkan Allah Ta`ala Maha Mengetahui?...Jawabnya, gerenti kantoi nye kita tuan-tuan oi!...]

2) Mengatakan syar`iah Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dengan masyarakat dan negara.

[ Sapa yang menafikan Islam sebagai satu agama yang berurusan dengan perkara-perkara dunia seperti politik, ekonomi, jinayah dan sebagainya; maka orang yang menafikan begitu, terbatal syahadahnya. Ucapan penafian macam ni, dulu memang seringkali kita dengar. Tapi hari ini, sejak para penceramah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat tentang perkara ini, maka hari ini memang susah untuk kita dengar orang berani cakap macam tu lagi.

Jadi bila hujjah puak sekular yang kata ugama tak boleh campur dengan hal dunia ini sering dipatahkan, maka baru-baru ini mereka guna taktik baru pula. Contohnya kita boleh lihat, apabila ahli-ahli parlimen Pas menghentam orang tak semayang Asar di Parlimen, maka dengan tiba-tiba saja muncul sorang ustaz umno dalam satu artikel di BH bulan lepas (dalam kolum muqaddimah dia), dia kata, "Mungkin Dr Mahathir tak semayang pasai dia tak nampak matahari. Bukankah dewan parlimen ini ditutupi dengan dinding dan bumbung?"...Tu dia tuan-tuan. Tu taraf ustaz tu yang bercakap. Takyah la kita sebut nama dia. Bayangkan tuan-tuan, sorang ust boleh kata, tak semayang pasai tak nampak matahari?...Mai kita tanya semua orang dalam internet ni, "Sapa antara kita yang semayang Asar berpandukan matahari?"...Rasa ana, takdak. Ana sendiri pun semayang tak pernah tengok matahari aih. Ana tengok jam ja. Yang bercakap ni ustaz bertaraf ulama` tuan-tuan oi!...Masa dalam Pas dulu, dia kira no3 dah pun. Tiba-tiba bila dia keluar pi duduk dengan puak umno, kepala hotak dia boleh jadi camni pulak dah...Pening-pening!...Hang duduk pi lah ngan sapa pun, kita tak kisah aih. Tapi janganlah terlalu nak bodek sampai memesongkan fakta. Lepas tu selang seminggu, mungkin nak balas dendam kot, kita lihat dia kata kat Dr Hassan Ali, "Ni Dr Hassan Ali yang orang Selangor ni pun, tak nampak semayang juga?"...Tapi ucapan itu dijawab oleh Datuk Seri Hj Hadi, kata TG, "Kalau seseorang itu bermusafir dan dia dalam perjalanan nak balik ke rumah dia, tiba-tiba dia singgah sembahyang di masjid yang dalam lingkungan 20 km saja daripada rumah dia (dengan syarat, dia belum lagi balik ke rumahnya), selagi itulah dia dikira sebagai bermusafir. Takkan benda asas macam ni pun kita nak ajar lagi."...TG bubuh selagu je. ]

3) Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.

[ Cuba tuan-tuan tengok petikan temubual Datuk Sulaiman Daud dengan media massa pada 20 Ogos 1993, katanya, "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."...Emmm...kita nak kata apa kat orang yang buat kenyataan macam ni tuan-tuan?...Harap-harap dia sudah bertaubat kepada Allah Ta`ala. Tu saja nasihat kita. ]

4) Mengatakan setengah-setengah hukum Islam tidak sesuai lagi diguna pakai pada hari ini, hanya sesuai pada masa yang silam.

[ Ini pula petikan kenyataan bekas Perdana Menteri sejuta wajah kita, Tun Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim, katanya, "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif!"...Tu dia tuan-tuan. Sekali lagi kita harap orang yang buat kenyataan ini bertaubat. Harap-harap camtu la, sebab hari tu masa dia menangis ketika Perhimpunan agong umno tahun 2002, salah sorang anak dia kata bahwa bapak dia nak resign ni pun pasai nak tumpu kepada hal ibadat. Baguih la kalau lagu tu sebab sebelum ni mungkin dia kurang ibadat la kot. Tapi dia kena ingat, sebelum melakukan sesuatu ibadat, dia kena didahului dengan bertaubat kepada Allah. Yang tu procedure dalam Islam. ]

5) Mengatakan tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dibuat ulama-ulama tafsir yang dahulu tidak sesuai lagi digunakan sebagai dasar hukum hari ini, dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummah dan kedudukan negara di masa kini.

[ Hat tadi di Nilam Puri, Kelantan. Ini pula ucapan Tun Dr. Mahathir di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1994 juga, hanya haribulan je lain iaitu pada 14 Ogos. Katanya, "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."...Allahuakbar!...nampaknya kena lagi "orang tua" ni. Ceraian (5) ni bukan ayat saya tuan-tuan oi!...Ini ayat dari bekas mufti negeri Sabah, Hj Said Hj Ibrahim. Kalau tuan-tuan tak percaya, tuan-tuan boleh pi beli kitab ni dan refer tengok betoi tak apa yang saya tulis ni. Jadi, ucapan seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir ini, cukup bahaya sebab boleh membatalkan syahadah. Yang lebih bahayanya, sehingga boleh mempengaruhi orang lain untuk mengambil ucapannya ini sebagai alasan untuk menjadikan formula ke arah mengejar kemajuan. Ini lagi bahaya. Maju pun buat apa kalau hilang aqidah...nauzubillahiminzalik...Sebenarnya, tafsiran Quran ni bukan senang-senang je sapa-sapa pun boleh tafsir. Sebelum seseorang tu boleh tafsir Quran; dia kena mahir dulu dalam beberapa bidang, seperti ilmu ulumul Quran, ilmu usulul tafsir, kemudian tafsir tu saja pecah pula kepada beberapa kaedah, semuanya kena mahir dulu; maknanya banyak perkara yang mesti diselesaikan dahulu sebelum seseorang itu mampu mentafsirkan al-Quran. Bukan boleh celapak buat main-main camtu ja. Tak boleh.

Tapi yang kita hairannya, mana peginya para penasihat agama kepada Perdana Menteri. Sebagai penasihat agama, takkan depa tak tau kot ucapan seperti yang diucap oleh Dr Mahathir itu boleh membatalkan syahadahnya. Sepatutnya, kerja depalah menasihati para menteri supaya berhati-hati ketika bercakap hal agama. Ni dak. Sunyi sepi ja, seolah-olah dalam mulut depa ada bom. ]

6) Mengatakan bahwa qadha` dan qadar (takdir dan ketentuan Allah) bukan datang dari Allah, malah adalah datang dari makhluk itu sendiri, atau dari kekuatan alam.

[ Ini pun kalau secara direct, memang susah nak jumpa orang Islam kata macam tu. Tapi kalau secara indirect mungkin ada. Walaupun secara indirect ini tidak membawa kepada membatalkan syahadah, tapi sepatutnya kita elak. Contohnya, seperti cerita Titanic (The large vessel tu). Orang-orang yang tengok kapal sebesar Titanic, depa kata, "Titanic tidak akan tenggelam!"...Tapi sejarah menceritakan kepada kita bahwa Titanic telah melanggar bungkah ais, mengakibatkan dia tenggelam. Begitu juga gempabumi yang berlaku di Kobe hari tu. Kita baca dalam akhbar, macamana arkitek yang membina bangunan-bangunan di bandaraya tersebut mengatakan bahwa struktur bangunan-bangunan yang dibinanya boleh absorb getaran gempabumi. Lalu arkitek tu dengan angkuh kata bahwa bangunan yang menggunakan struktur ciptaannya tidak akan roboh kalau gempabumi berlaku. Tapi apa yang kita tengok, bukan kata roboh lagi dah, malah Kobe seolah-olah hancur akibat daripada gempabumi yang melanda. Begitu juga dengan apa yang berlaku ke atas WTC New York. Selepas kejadian Sept 11 tu, ada sebuah akhbar menyiarkan satu artikel yang menceritakan sejarah binaan WTC. Dalam artikel tersebut, ada satu petikan yang diucap oleh salah seorang yang bertanggungjawab membina WTC tu. Kata dia, "Kekukuhan yang ada pada New York WTC sangat utuh. Dia tak akan tumbang walaupun dirempuh oleh sebuah pesawat."...Tetapi apa yang kita sedia maklum, Allah telah membuktikan bahwa ucapan manusia ini silap. Kemudian setelah berlaku kejadian itu, arkitek yang mengeluarkan kenyataan tadi diinterview lagi. Kali ni dia beri alasan, kalau pesawat tu rempuh straight 90 darjah, WTC tak akan runtuh. Tapi pesawat tu rempuh dalam keadaan 45 darjah, ini yang menyebab ia runtuh....Nampak tak tuan-tuan macamana dia konar?...Inilah dia perangai Bani Israil. Akai lebih. Depa tak terima langsung qada` dan qadar Allah Ta`ala. ]

7) Mengatakan bahawa Allah Ta`ala adalah salah satu dari tiga Tuhan, iaitu Isa, Maryam dan Ruh al-Qudus. Dalam nas al-Quran jelas mengatakan bahwa orang-orang yang mengatakan Allah Ta`ala itu salah satu dari tiga Tuhan adalah kafir. Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga Tuhan, padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa." (Surah al-Ma`idah: 73)

[ Perenggan ini khusus merujuk kepada golongan kristian. Sebenarnya golongan kristian ni depa ada masalah dengan konsep triniti yang mereka anjurkan tu. Di M`sia, dalam nak menarik masyarakat Islam kepada agama mereka, mereka tak tunjuk pun masalah ketuhanan triniti. Sebab apa?..Sebab masalah ketuhanan dalam kristian memang diakui masalah yang tak settle sampai sekarang. Apabila orang bertanya kat paderi-paderi kristian tentang konsep triniti ni, paderi-paderi ini menghadapi kesukaran untuk memahamkannya. Sedangkan Islam mudah. Islam tak suruh manusia teruk-teruk fikir tentang Allah. Sebab apa?..Sebab bukan kita yang buat Allah. Sebaliknya Allah yang buat kita. Kita dijelaskan Allah itu Satu tu ja. Allah tidak ada bini, tidak ada suami, tidak ada anak, tidak ada ibubapa, tidak menyerupai satu bentuk makhluk pun, tidak ada color, malah tidak bertempat; pendekata, tidak tercapai akal kita untuk imagin rupabentuk Allah. Inilah konsep keTuhanan yang begitu menonjol sehingga ramai percaya kepada Islam lebih daripada kepercayaan-kepercayaan lain, dan mendorong mereka untuk memeluk agama Islam. ]

Perkara 89: Orang yang sah menjadi murtad.

1) Seseorang yang sah menjadi seorang yang murtad ialah:

a) Baligh - tidak sah murtad kanak-kanak yang mumaiyiz.

[ Kalau anak-anak kecik kita buat benda-benda yang membatalkan syahadah, tak perlu kita kata dia sudah kafir. Kita sebagai ibubapa wajib mendidik dan menanam bibit-bibit cintakan Allah. Perkenalkan mereka kepada Allah Ta`ala. Sekarang ni banyak ibubapa menekan suruh anak-anak mereka sembahyang tanpa memberi pengetahuan tentang aqidahnya dulu. Ini perlu diperbetulkan. Kita perlu ajar aqidah dulu. Bila aqidah sudah mantap, mempelajari yang lain tu menjadi amat mudah. Kita nak pi mana pun tak risau. Malah tak perlu selalu monitor anak-anak kita semayang ke tidak. Dengan kemantapan aqidah yang kuat, sendirinya mereka akan lakukan. ]

b) Berakal - tidak sah murtad orang yang gila.

[ Orang gila ni, memang kita tau lah. Tapi dalam masyarakat kita hari ini, ada satu jenis manusia yang kita tengok macam orang bodoh. Sebenarnya, bukannya bodoh. Tapi cuma akal mereka tidak berapa sempurna. Jenis macam ni ramai sekarang yang ana jumpa. Dalam istilah orang Melayu, kita tak panggil mereka gila. Tapi dari segi kewarasan, memang mereka tidak ada. Kekadang depa kencing depan kita. Cakap merapu. Orang la ni sebut, geng skrew longgak. Jadi dalam kes murtad ni, mereka termasuk dalam golongan orang gila, yang tidak boleh dihukum murtad. ]

c) Kemahuan sendiri - tidak sah murtad orang yang dipaksa.

2) Seseorang Islam yang dipaksa melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad tidak boleh dihukumkan murtad dan kafir selagi hatinya tetap di dalam keimanan, dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 91(1).

[ Contohnya, katakanlah berlaku suatu keadaan di mana musuh menguasai kita. Dan mereka mendatangi kita memaksa supaya kita keluar daripada Islam. Bila berlaku keadaan berisiko tinggi sebegini, nyawa kita sedang diancam, maka kita dibolehkan melafaz kalimah kuffur kepada Allah, sedangkan hati kita tetap dengan Islam. Kita tidak berdosa, tuan-tuan. Tapi kalau kita dengan rela keluar daripada Islam walaupun dipaksa, maka ini jatuh murtad...nauzubillahiminzalik. Makna syaratnya, hati kita tetap redho dengan Islam. Orang yang hatinya tetap dengan Islam, tidak dikira terbatalnya syahadah.

Okay tuan-tuan, sekarang ni kita dalam bulan puasa. Dulu pernah kan kita tengok dalam paper cerita orang kena tangkap makan dikhalayak ramai dalam bulan posa, pi mengaku dia bukan Islam. Pernah kan?...Bolehkah pengakuan sebegini diklasifikasikan sebagai terpaksa dari segi hukum syarak?...Jawabnya, tak boleh. Dia yang tak posa. Masa kena tangkap, dia pi mengaku bukan Islam pasai nak lepaskan diri. Perbuatan sebegini, automatik membatalkan syahadahnya. Kalau dia pi mengaku cina, takpa lagi sebab cina tu bangsa. Tapi kalau pi mengaku kristian atau buddha atau hindu, maka jatuh murtadlah dia...nauzubillah.

Jadi, kalau ada dikalangan kita teringin nak jadi jahat tara mana sekalipun, tolong ingat satu benda ja; iaitu tolong adakan batasan. Memang semua orang pernah buat jahat, ini kita tak nafi, tapi biar ada batas. Contohnya macam kes tak posa tadi. Bila kena tangkap, tolong jangan mengaku kita bukan Islam. Sebab apa?...Sebab satu bab kita dah berdosa pasai tak posa. Kemudian ditambah pulak ngan bab kedua, iaitu membatalkan syahadah. Ini cukup bahaya tuan-tuan.

Dalam bab nak jadi jahat ni tuan-tuan; tolong jangan ada satu kesungguhan atau keazaman nak buat jahat. Jangan tuan-tuan, sebab bila kita dah buat jahat, kemudian dah jadi betoi-betoi jahat; teramatlah bimbang takut-takut Allah SWT tidak menerima langsung kita sebagai hamba yang diredhoiNya.

Okay last sekali sempena bulan puasa ni, apa yang ana nak pesan ialah bulan puasa ni bukannya bulan untuk kita orang Islam bermalas-malasan. Bukannya bulan untuk kita bagi alasan, kita tak boleh buat kerja berat. Bukannya bulan untuk kita bagi alasan, kita tak boleh bersukan. Bukannya bulan hanya setakat nak buat benda remeh-remeh je. Bukan macam tu tuan-tuan. Tolong buka balik sejarah Islam dan baca balik peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Banyak tuan-tuan. Start dengan Peperangan Badar al-Kubra dan kemudiannya pembukaan Kota Mekah, kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Begitu juga Pembukaan Andalusia oleh Panglima Tariq bin Ziyad, sebahagian peperangan dengan puak salibiyah berlaku dalam bulan Ramadhan. Perang bertarung nyawa tuan-tuan oi!...Tapi kita hari ni kat tempat kerja, "Uhhh!...kena balik awai lah...tak larat."...Kalau maksud balik awai, sebab nak kena beli barang untuk buka posa, itu takpa. Kita paham. Yang tak bolehnya, kalau pi bagi alasan, "Uhhh!...tak larat le nak buat kerja banyak, pasai aku posa."...Tuan-tuan, mai kita nak tanya, "Betoi ka bulan posa ni kita lapaq sangat sampai merangkak tak larat, tak boleh buat kerja?"...Tarak aih!...Hangpa tengok budak-budak. Siap boleh main bola lagi. Takdak masalah pun...Tuan-tuan tau tak pasai apa boleh rasa tak larat dalam bulan posa?...Cuba tengok balik cara kita buka posa macamana dan cara kita makan sahur macamana. Kebanyakan kita tak larat sebab salah dari segi pengambilan makanan semasa buka puasa dan bersahur. Nabi saw ajar kita macamana tuan-tuan?...Sunnah Nabi ajar kita bersahur ni makanannya kena light je. Setakat roti pun okay dah tu. Jangan dok bubuh nasi sampai 2-3 pinggan. Macam start kereta time pagi-pagi juga le tuan-tuan. Kita kena biar dia warming up dulu selama 4-5 minit, baru masuk gear bagi jalan kereta. Begitu juga dengan bersahur. Sepatutnya jangan makan dengan kadar yang banyak. Ini menyeksakan perut. Macam tu la jugak dengan buka puasa. Buka dengan kadar yang ringan dulu seperti dengan buah tamar dll sebagai muqaddimahnya. Ini supaya perut kita sempat warming-up. Selepas Maghrib, baru lah kembali yang heavy. InsyaAllah, kalau kita ikut sunnah Nabi dalam amalan berpuasa ni, takdak masalah aih! ]

Wallahu ta`ala `alam.