Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 6 - Murtad - Per 84 - 86

30979_wallpaper110.jpg

FASAL 6.

MURTAD

Perkara 84: Murtad.

Ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang Islam yang mukallaf di mana perbuatan atau perkataan itu menyebabkan seseorang tadi keluar dari agama Islam.

Perkara 85: Sebab-sebab menjadi murtad.

Seseorang Islam boleh menjadi murtad ialah disebabkan salah satu dari perkara-perkara berikut:

a) Disebabkan iktikad (kepercayaan).

[ Apabila seseorang itu berbangga dengan ideologi-ideologi, fahaman-fahaman, atau cara pemikiran yang bukan daripada Islam yang boleh membatalkan syahadah, maka aqidahnya boleh dipertikaikan. ]

b) Disebabkan perbuatan yang sengaja.

[ Katalah masa kita lalu depan satu tokong, tiba-tiba kita lihat ada sorang yang kita kenai memang dia Islam, tapi time tu tak tau macamana baguih punya kita nampak dia dok sembah tokong. Selang beberapa hari, kita jumpa dia lagi, time tu kita tanya, "Hang bukan Islam ka?"...Dia jawab, "Ya, aku Islam."...Kita tanya lagi, "Tapi apasai aku tengok hang sembah tokong hari tu?"...Dia pun kata, "O hari tu ka!...Itu tarak apa fren. I sembah hari tu pasai ada gangster suruh aku buat macam tu. Depa kata kalau aku tak mau buat, habih satu famili aku dapat susah!"...Dia dalam keadaan terpaksa rupanya. Ini bermakna, perbuatan dia itu bukannya sengaja. Tapi sekiranya dia kata, "Apa tanya-tanya! Aku punya suka la. Hang peduli apa!"...Time tu gugur aqidahnya tuan-tuan. ]

c) Disebabkan perkataan yang sengaja.

[ "Apa hudud-hudud! Apa ingat zaman unta ka la ni?!"...Kalau orang yang cakap tu tak tau apa sebab dia ingat hudud tu benda makan; yang tu takpa sebab dia jahil. Tapi kalau dia tau hudud itu daripada al-Quran, dan dia cakap tu dalam keegoan, maka time tu jugak gugur syahadahnya. Nauzubillahiminzalik. ]

Perkara 86: Murtad disebabkan i`qtikad.

Seseorang Islam boleh menjadi murtad disebabkan i`qtikad (kepercayaan) yang bertentangan dengan aqidah Islam. Di antaranya:

1) Tidak mengakui bahawa Allah Ta`ala ialah Tuhan yang berhak disembah.

[ Yang ni biasanya semua orang mengaku bahwa Allah itu berhak disembah. Melayu kata Tuhan itu adalah Allah. Cina pun kata tuhan Alla. Begitu jugalah dengan hindu kristian pun. Yang ni takdak masalah. ]

2) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang rasul-rasul yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad s.a.w.

[ Yang ni pun biasanya dalam masyarakat kita semua orang menerima bahwa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah. Cuma masalahnya sejak akhir-akhir ini muncul golongan yang menolak hadith Rasulullah s.a.w.. Golongan ini adalah golongan yang kuffur kepada Allah swt kerana aqidah mereka sudah terbatal. Jenazah golongan ini tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di tanah perkuburan orang-orang Islam. Kalau nak tanam juga, nuuu di luar pagar daripada perkuburan orang Islam, boleh. Ini dia kedudukan orang yang terbatal aqidahnya. ]

3) Tidak mengakui bahawa al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan Malaikat Jibril.

[ Kita wajib percaya bahwa al-Quran itu ditanzilkan oleh Allah Ta`ala melalui perantaraan Jibrail a.s. kepada Nabi kita Muhammad s.a.w.. Sebab kita tahu bahwa sekiranya kita tidak percaya kepada malaikat pun sudah boleh membawa kepada terbatalnya aqidah. ]

4) Tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.

[ Haaaa!...yang ni paling banyak dalam masyarakat kita tuan-tuan. Telinga kita dah tak heran dengar orang memperlecehkan hukuman hudud. Telinga kita juga biasa dengar terang-terang orang meremehkan undang-undang Allah Ta`ala walaupun undang-undang tersebut disebutkan secara jelas dalam al-Quran atau dalam hadith Rasulullah s.a.w.. Kita juga biasa dengar golongan yang mengugut golongan lain supaya tidak menjalankan undang-undang Islam. Tindakan tegas akan diambil sekiranya undang-undang Islam dijalankan juga. Ini dia tuan-tuan fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Golongan ini biasa kata, "Buat hukum Islam pun buat apa? Serupa saja!"...Inilah golongan yang tidak yakin akan keberkesanan hukum Allah. Ucapan-ucapan yang dilemparkan oleh golongan ini jelas boleh membatalkan syahadah mereka. Dan kita dah sebut tadi bahwa sekiranya seseorang itu terbatal syahadah, maknanya dia bukan lagi seorang Islam. Mayat dia tak boleh ditanam dalam tanah perkuburan orang Islam. Dan kita sebagai orang Islam, haram menyembahyangkan jenazah ke atasnya kerana dia sudah terbatal syahadah.

Okay bila sebut puak-puak jahil muraqqab ni (nak sebut bangang, depa marah pulak satgi. Kita pinjam sat istilah Arab ie jahil), mari kita sentuh sikit isu yang cuba dimainkan mereka baru-baru ni, iaitu isu liwat. Ada sorang barua puak ni mengatakan bahwa kerajaan negeri K`tan dan T`ganu telah menghalalkan liwat yang dilakukan oleh suami kepada si isteri. Sebenarnya seksyen 14 dan seksyen 16 dalam Enakmen Undang-undang Jinayah Syariah negeri K`tan dan T`ganu mengatakan bahwa definasi liwat adalah suatu kesalahan yang membabitkan persetubuhan di antara lelaki dengan lelaki, dan lelaki dengan perempuan, kecuali isterinya. Bila ada istilah "kecuali isterinya", maka si barua ni pun ambik point ni untuk menyebar ke seluruh M`sia dengan mengatakan bahwa kerajaan negeri K`tan dan kerajaan negeri T`ganu menghalalkan liwat yang dilakukan oleh suami kepada isterinya. Rupa-rupanya dia skip tak baca bahagian pertama Enakmen tersebut, sedangkan dalam bahagian pertama telah pun memasukkan kesalahan liwat suami ke atas isteri sebagai kesalahan ta`zir. Dia hanya baca bahagian kedua, kemudian bila dia jumpa istilah "kecuali isterinya", terus saja dia buat provokasi. Inilah dia kerja jahat puak barua umno, tuan-tuan.

Ust Jailani kata, nak bagi lagi seronok isu ni, mari kita tengok pula Enakmen Kesalahan Syariah Negeri P.Pinang 1996 yang diterbit dan diedarkan oleh Persatuan pegawai-pegawai syariah M`sia. Ini P.Pinang punya tuan-tuan. Dalam seksyen 25 menyatakan bahwa kesalahan melakukan liwat adalah memasukkan zakar lelaki di dalam dubur lelaki lain. Fullstop, itu saja. Maknanya di P.Pinang, kalau lelaki memasukkan zakar dalam dubur perempuan, itu bukan liwat...Ooohooi! Patut ramai seronok nak mai duduk P.Pinang. Sebab depa dah tau bahwa liwat yang dilakukan kepada perempuan di negeri P.Pinang, bukannya satu kesalahan. Kalau tuan-tuan tak caya, tuan-tuan boleh cari sendiri dalam Enakmen Kesalahan Syariah Negeri P.Pinang. Cari ada dak dalam kesalahan tu, lelaki meliwat perempuan?

Hukuman liwat seperti sabdaan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a.; sabda Nabi, "Sesiapa telah mendapatinya melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (meliwat), maka rejamlah yang di atas dan yang di bawah."...Tu dia hukumnya tuan-tuan. Maknanya sapa yang melakukan kesalahan liwat samada lelaki meliwat lelaki atau lelaki meliwat perempuan selain isterinya, wajib direjam dengan batu sampai mati. Sekarang mari kita tengok hat undang-undang syariah negeri P.Pinang kata apa. Hat P.Pinang kata, "Jika sabit kesalahan yang kena tuduh, boleh didenda tidak lebih RM5000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman di atas."...Undang-undang kesalahan syariah apa lagu ni tuan-tuan. Hadith Nabi yang kita sebut tadi nak letak mana?...Baru je tadi dalam ceraian (2) kita mengakui Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul kita, tapi tiba-tiba sekarang kita tolak pulak dah. Apa nak jadi dengan kita ni tuan-tuan?...Daripada sini kita boleh tau adanya masalah dalam masyarakat kita hari ini. Iaitu masih tidak selesainya masalah tidak yakinnya kepada hukum Allah. Kalau kita kata kita yakin pada hukum Allah, tapi pasai apa sampai sekarang masih lagi tidak melaksanakan undang-undang Allah?...Ni dia masalahnya tuan-tuan.

Inilah yang Pas nak bagitau pada masyarakat. Bila ceramah disekat, kita try kot mimbar-mimbar masjid pulak. Tapi bila ust-ust kita bawa keluar isu macam ni dengan lantang, pakat habih tak boleh mengajar dah pulak. Sekali dengan ajk-ajk yang jemput ust-ust lantang ni pun habih kena pecat. Bila berlaku macam ni, menurut ust Jailani dari pengalaman beliau dan rakan-rakan seustaz dengan beliau, dia kata, kita jangan sekali-kali menyalahkan pihak polis atau polis cawangan khas. Mereka semua ni hanya sekadar menjalankan tugas...Kemudian ust Jailani pun menceritakan pengalamannya untuk dijadikan sebagai contoh. Satu hari tu ust kata dia dijemput jadi ahli panel dalam satu forum di Politeknik Jitra. Ust tanya kat pensyarah yang mengendalikan forum tersebut, "Boleh ke saya jadi ahli panel forum perdana ni?...Dok kedum, kedum hayun pun boleh ke?"...Pensyarah tu kata, "Ust jangan bimbang, kita akan minta kelulusan pejabat agama dan juga pihak polis."...Nama ust Ahmad Jailani pun dihantar ke pejabat agama dan cawangan khas di Alor Setar, dan kedua-duanya meluluskan. Takdak masalah. Sebab tu ust kata jangan salahkan polis sebab depa okay. Yang nak jadi ceritanya, elok-elok sampai hari yang ditetapkan dan petang tu semasa ust bersiap-siap nak pergi ceramah, tiba-tiba handset ust berbunyi. Dari pengalaman ust, dia kata kalau ada call time dia tengah bersiap macam tu, kebarangkalian cancel le ceramah tu. Tengok-tengok, memang sah tekaan ust. Memang cancel. Ust tanya, "Apa cerita sheikh?...SB tak bagi ke?"...Pensyarah tu kata, "Bukan SB ust. Tapi yang tak baginya, Pengetua tu."...Ust tanya, "Pasai apa tak bagi?"...Pensyarah tu kata, "Tiba-tiba ja semalam ada 2 orang mai jumpa Pengetua. Apa depa sembang saya pun tak tau. Dan kendiannya pagi ni, Pengetua bagitau saya, ust Ahmad Jailani tak boleh berceramah."...Tu dia tuan-tuan. 2 orang tu, kita pun boleh agak dah depa sapa. Kat kampung mana pun ada jenih macam ni. Sapa lagi kalau bukan barua-barua puak umno. Depa ni lah yang selalu menimbulkan masalah dalam masyarakat. Depa bukan mengaji sangat. Bab agama ni apa yellow pun tak tau. Dah la depa tak suka mengaji, lepas tu, dengki pulak tak mau bagi orang pi mengaji...Pointnya, apa yang ust nak bagitau dalam bab macam ni ialah kita jangan salahkan polis. Kita kena tahu kenal pasti punca masalah yang sebenar. Sapa lagi kalau bukan sorang dua orang politik di sekitar kita. Mereka inilah sebenar punca kepada pelbagai masalah dalam masyarakat kita hari ini.

Berbalik kita isu liwat tadi. Memang liwat adalah satu kesalahan hudud. Tetapi suami yang meliwat isteri, ianya dikecualikan. Kenapa?...Dalam kitab Tasyri` Jina`i Islami karangan Sheikh Abdul Qadir Audah (digunakan di UIA tahun 2), pengarang kitab itu mengatakan bahwa suami yang meliwat isteri tidak boleh dikenakan hudud kerana walaupun dia melakukan kesalahan yang diharamkan oleh Allah, tetapi dia hanya dikenakan ta`zir. Pasai apa?...Kerana isteri adalah milik suami, dan suami adalah milik isteri. Maknanya kita boleh menikmati keindahan tubuh badan isteri kita sebab dia adalah milik kita. Tapi bukan milik mutlak. Milik mutlak ialah Allah Ta`ala. Begitu juga dengan kita sebagai suami yang dimiliki isteri kita. Isteri kita nak belek-belek tengok dari hujung rambut sampai hujung kaki kita pun boleh. Tidak ada larangan. Jadi suami yang meliwat isterinya, walaupun dia berdosa di sisi Allah Ta`ala, tapi dia tidak boleh dikenakan hudud. Dia hanya boleh dikenakan ta`zir.

Sama lah sebagaimana bapa yang membunuh anaknya sendiri. Bunuh adalah di bawah undang-undang qisas. Sapa yang membunuh seseorang, maka dia akan dibunuh balas. Tetapi bapa yang membunuh anaknya, tidak boleh dikenakan qisas walaupun kesalahan membunuh itu akan menyebabkan si pembunuh itu dimasukkan ke dalam neraka. Sebab apa?...Sebab berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang mengatakan bahwa anak itu termasuklah harta bendanya sekali adalah milik ayahnya. Jadi bila si ayah bunuh si anak walaupun perbuatan si ayah itu adalah satu dosa besar di sisi Allah, tetapi dari segi qisas, tidak boleh dikenakan kepada si ayah tersebut. Hanya hukuman ta`zir sahaja yang dibolehkan. Ana rasa kita semua dah mengaji benda-benda ni dalam pengajian yang lepas-lepas. So sesapa yang ikuti pengajian Qanun Jinayah Syar`iyah yang ana post dari semasa ke semasa, mungkin takdak masalah bila timbul isu liwat ni. Hat pening, yang hat tak mengaji la kot.

Okay tuan-tuan, clear dah kot isu liwat ni. Kita jangan dok meragui undang-undang Allah. Kita hendaklah mengelak daripada mempertikaikan undang-undang Islam. Yang menjadi kewajipan kita ialah memberi penerangan kepada masyarakat. Sebab apa?...Sebab kata Nabi s.a.w., "Sesiapa yang mendiamkan diri daripada kebenaran, maka dia adalah syaitan bisu!"...Jadi selagi mana kita mampu bercakap kebenaran, teruskan saja. Lainlah kalau kita sudah tidak mampu...Tuan-tuan kenal tak dengan ust Azmi Abdullah yang berkhidmat sebagai Pegawai Kastam tu?...Sapa belah utara mungkin kenai sebab beliau sering mengajar di masjid-masjid belah utara ni. Tuan-tuan nak tau ka; sekarang beliau sedang menghadapi banyak masalah. Pihak atasan menekannya dengan pelbagai tekanan sehingga akhirnya beliau sudah tidak mampu lagi untuk menahan, dan akhirnya terpaksa meletakkan jawatan. Sekarang jadi penganggur. Inilah dia penderitaan yang dialami oleh orang yang memperjuangkan agama Allah. Sebenarnya tidak ada kesalahan apa pun yang dilakukannya semasa berkhidmat sebagai Pegawai Kastam. Tidak ada masalah pun. Yang peliknya, dia baru saja menerima anugerah cemerlang dalam perkhidmatannya tahun lepas. Tapi tiba-tiba tahun ini dia dipaksa dengan pelbagai tekanan atas alasan berceramah menentang kerajaan. Ni dia masalahnya tuan-tuan. Masalah yang sama yang dihadapi oleh para pejuang agama Allah di M`sia hari ini...Macam ana jugak la tuan-tuan. Adakah posting-posting ana juga menentang kerajaan M`sia?...Tidak tuan-tuan. Ana hanya cerita pada tuan-tuan benda-benda yang tidak betul, yang berlaku samada dalam masyarakat mahupun dikalangan pihak pemerintah. Itu saja. Apa yang tidak betul, kita cerita, supaya kita sama-sama boleh memperbetulkan. Samalah kalau tuan-tuan baik dengan Ketua-ketua Menteri, tuan-tuan pi habag kat depa, "Yang ni tak betoi...yang ni tak betoi...yang ni tak betoi.."...Depa sebagai Ketua Menteri pula, kalau rakyat kata betul, maka tolonglah perbetulkan. Tapi kalau teguran rakyat dikatakan tak betul, maka tolonglah perjelaskan apa yang tidak betulnya.

Apa yang ana bengang, baru-baru ni telah keluar arahan dalam mesyuarat pegawai-pegawai Majlis Perbandaran P.Pinang; mereka diarah supaya semua signboard bertulisan jawi di tepi-tepi jalan tu, dibuang. Atas alasan ada orang dalam masyarakat kita ni yang tidak suka tengok tulisan jawi tu. Pegawai-pegawai Majlis Perbandaran buat bantahan, depa kata, "Apa salahnya tulisan jawi tu?..Bukankah kita nak mempopularkan kembali tulisan jawi?"...Pelbagai bantahan dibuat, tapi tidak diterima. Arahan tetap arahan, suruh depa buang jugak...Tu dia tuan-tuan benda yang berlaku di sekeliling kita. Apa nak jadi ni?...Dah la anak kita kat sekolah rendah tu pun baru saja nak start belajar tulisan jawi. Baca pun berangkak. Tiba-tiba tulisan jawi yang ada kat taman, kat tepi jalan, kat tempat-tempat awam ni semua nak kena buang. Bila buang, maknanya nak kena bubuh hat lain la pulak. Padahal, semua signboard bertulisan jawi tu baru saja bubuh. Ini pasti melibatkan kos. Bukan sikit, makan puluhan ribu jugak tu...Pasai apa berlaku macam ni tuan-tuan?...Ini berlaku kerana adanya golongan tertentu telah membuat keputusan yang silap dari segi agama. Mereka sudah tidak sayang kepada tulisan jawi yang merupakan tulisan yang berasal daripada al-Quran. Sebenarnya banyak lagi benda yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang memerlukan kepada pembetulan.

Bila kita tengok keadaan yang serba tak betul hari ini, maka kita kena ingat bahwa orang-orang yang bercakap tentang kebenaran pada hari ini sebenarnya mereka sedang mengambil risiko yang cukup tinggi. Baru-baru ni kat satu masjid (takyah bagitau le) di P.Pinang ni, timbul lagi isu surat layang pasai khatib baca khutbah. Isu ni timbul bila tok khatib masa berkhutbah, tiba-tiba dia pi tegur sorang dua dok bersembang kat belakang nu...Tuan-tuan mai kita nak tanya, salah ka khatib tegur orang semasa dia tengah berkhutbah?...Tak salah aih. Kita pernah baca satu riwayat yang menceritakan bagaimana sekali tu ketika Nabi s.a.w. tengah berkhutbah, tiba-tiba masuk sorang sahabat terus saja duduk tanpa solat tahiyatul masjid. Time tengah berkhutbah tu, masa tu jugak Nabi s.a.w. tegur, "Kamu solat tak tahiyatul masjid lagi?...Kalau belum. Kamu bangkit buat solat 2 rakaat dulu, kemudian baru duduk."...Tu dia tuan-tuan yang kata Nabi. Ada ka la ni kita tengok tok khatib buat lagu tu?...Mana ada. Kalau ada pun, nanti jadi lagu isu tadi la. Kalau suruh orang semayang tengah baca khutbah pun pelik, apatah lagi tegur orang bersembang. Nampak tak tuan-tuan macamana sunnah Nabi dah jadi pelik akhir zaman ni. Ini menunjukkan betapa jahilnya orang yang buat isu sebegini. Tuan-tuan nak tau sapa yang buat isu ni?...Sapa lagi kalau bukan barua umno. ]

5) Tidak mengakui adanya Malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada Malaikat-malaikat itu.

[ Tidak cukup kalau kita percaya kat Allah dan rasul sahaja. Kena percaya adanya malaikat jugak. Kalau tak percaya adanya malaikat, maka terbatallah syahadah. Nauzubillah. ]

6) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Hari Kiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan Hari Kiamat, seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

 

[ Dok was-was, ada ka takdak hari qiamat, syurga neraka apa semua ni. Dok main pikiaq lagu tu pun, memungkinkan terbatalnya syahadah. Nauzubillah. ]

7) Tidak mempercayai qadha` dan qadar, iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah swt.

[ Contoh yang tak percayanya pada qadha` dan qadar, ialah perbuatan membunuh diri. Perbuatan sebegini dikhuatiri aqidahnya telah rosak. Okay tuan-tuan satu lagi contoh; katalah kita nak anak perempuan sebab yang lelaki dah berderet. Tiba-tiba yang terbaru keluaq, tengok-tengok, "Alaaa, revolver jugak!"...Sepatutnya kita tak boleh frust tuan-tuan. Sedih tu memang la sedih tapi kita kena redha bahwa ini adalah ketentuan daripada Allah. Ada lah rezki tu nanti. Ada lah hikmah disebalik tu. Kita patut bersyukur sebab ada banyak sahabat yang takdak anak langsung pun ada. Punya mau anak sehingga ada yang sanggup pi mandi kat pulau Dayang Bunting kat Langkawi nuu. Jangan sekali-kali buat kerja lagu ni tuan-tuan. Boleh terbatal syahadah. Kalau nak ikhtiar, ikhtiar betoi-betoi. Pi cari doktor pakar apa ka. Kalau syak kita kena sihir, pegi la cari bomoh yang bertaqwa kepada Allah. Jangan dok pi kat benda-benda kurafat yang mengarut.

Mari kita flashback apa yang dikatakan qadha` dan qadar itu?...Qadha` ialah perlaksanaan kepada qadar Allah. Qadar adalah ketentuan daripada Allah. Contohnya, rezki sekian-sekian, hidup sekian-sekian, mati sekian-sekian etc. Maknanya, qadha` adalah perlaksanaan kepada ketentuan Allah. Dan qadha` pulak dia ada 2. Yang pertamanya, qadha` mubram. Iaitu qadha` yang tak boleh diusahakan. Kita buatlah apa pun, dia akan berlaku macam tu jugak. Maknanya, ianya kekal, tak boleh nak pinda dah. Contohnya, setiap makhluk, semuanya akan mati. Perlaksanaan kepada kematian ialah ditarikNya nyawa kita. Tetapi bilakah kita akan mati?...Itu ialah yang kedua, iaitu qadha` mu`alaq. Ianya berhubung-kait dengan doa dan usaha kita. Kalau kita jaga tubuh badan kita elok-elok dan berdoa kepada Allah supaya kesihatan kita sejahtera, InsyaAllah, kita akan dipanjangkan umur oleh Allah Ta`ala. Mati, tetap akan mati jugak. Tapi cumanya, dipanjangkan umur. Dan antara contoh qadha` mu`alaq lagi ialah jodoh. Maknanya perlu diusaha. Katalah kita tanya kat sorang isteri yang dianiaya oleh suaminya, kita kata, "Awat terok sangat laki u tu?..Macamana u boleh kawin dengan dia?"...Dia kata, "Nak buat camna, dah jodoh."...Jodoh apa lagu tu. Yang hang pi sengih miang ngan dia dulu tu pasai apa?...Jodoh ni qadha` mu`alaq. Dia tak fix lagi. Allah tengok kalau kita sering berdoa kepadaNya untuk mendapat suami yang soleh atau isteri yang solehah, sure Dia takkan zalim pada kita. Maha Suci Allah daripada sifat menzalimi hambaNya. Jadi kalau kita seorang yang baik dan berusaha dengan usaha yang baik, kemudian berdoa kepada Allah, InsyaAllah kita akan mendapat suami/isteri yang baik, anak-anak yang baik dan ibubapa yang baik.

Sebut pasal jodoh ni, ust Jailani pun cerita tentang sorang isteri mai jumpa dia untuk minta cerai daripada si suami. Sebab?...Kata isteri tu, "Suami saya saudara baru tapi kehidupannya masih kekal pada yang asalnya. Dia masih minum arak. Masih lagi makan babi. Lepas tu, dia bagi pulak 2 anak kami makan babi."...Ust tanya, "Awak tahu macamana?"...Dia kata, "Saya tahu la ust sebab saya duduk serumah dengan parents in law. Saya tengok depa pegi pasar, beli daging babi, kemudian masak dan depa makan bersama, termasuklah dengan anak-anak saya sekali. Saya sorang saja yang tak makan daging babi."...Sambung isteri tu lagi, "Sebenarnya dulu sebelum saya kawin, ayah saya dah larang, jangan kawin dengan dia. Tapi cinta punya pasai, saya kawin jugak. Ayah saya punyala marah sehingga dia keluarkan kata-kata bahwa dia jamin saya tidak akan bahagia. Kalau saya bahagia, ayah cabar suruh saya mai kencing kat kuburnya."...Apa ni tuan-tuan?...Inilah ayah yang tak reti ugama. Ya, memang betoi anak kita berdosa besar bila dia menderhaka kepada kita. Tetapi kalau dia kawin jugak, adakah kita nak doakan supaya dia tak bahagia?...Adakah kita masih still mahukan anak kita itu mendapat malapetaka?...Tidak tuan-tuan. Kita sebagai ibubapa yang bertaqwa kepada Allah Ta`ala tetap mendoakan kesejahteraan pada anak kita walaupun anak pompuan kita kawin jugak dengan lelaki yang kita tidak suka. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa yang bertaqwa. ]

8) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma` sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam perkara-perkara agama.

 

[ Ijma` sahabat r.a. menerima bahwa wanita wajib tutup aurat, tiba-tiba ada dikalangan kita pi kata wanita tak wajib pakai tudung. Sebab apa?...Sebab dia pi compare dengan sorang anak tok imam yang tidak tutup kepala. Tuan-tuan nak tau sapa dia yang sebut lagu ni?....Inilah dia orang yang jadi Ketua Pengarang majalah al-Islam sekarang ni. Takyah sebut la nama dia. Tuan-tuan cari la sendiri. Nama dia banyak dalam utusan meloya. Kadang-kadang ana tertanya-tanya, adakah orang macam dia ni masih lagi Islam?...Bila dia cakap saja, kira tak habih-habih nak mempertikaikan benda-benda yang diijma`kan oleh para sahabat r.a.. Sekarang ni ana nak baca al-Islam pun dah tak berselera. Padahal al-Islam tu memang la baguih. Tapi bila tengok ja nama Ketua Pengarang, naik geli geleman ana. ]

9) Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan Allah dengan dalil-dalil qat`ie, seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba` dan sebagainya.

10) Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan Allah dengan dalil-dalil qat`ie seperti jualbeli, berkahwin, sewa menyewa dan sebagainya.

[ Tengok apa yang berlaku pada Dato`Ishak Baharom?...Jawatan muftinya dilucutkan akibat ketegasannya mengharamkan ratu cantik wanita. Begitulah juga apa yang berlaku pada Dato` Hashim Yahya. Yang puak-puak umno ni mau ialah mufti macam yang "kena" dengan Sultan Johor pada malam penutup Musabaqoh hari tu. Mufti kaki bodek depa suka la. Dia bodek banyak-banyak pun, kalau nak kena, dia kena jugak. Takyah sebut lah nama dia. Semua orang kenai. Dia nama je mufti tapi sering mengeluarkan pendapat-pendapat yang menggelisahkan para pejuang agama Allah. Hangpa tak tengok ka malam dia kena tu?...Ana pun sebenarnya tak tengok. Dengaq member cerita ja. Depa cerita, kamera fokus kat muka dia, nampak kering buat derk je. Ana pun kata kat member tu, "Emmm..baguih jugak ada Sultan camni ya. Sepatutnya Sultan mau tibai lebih sikit."

Tuan-tuan, sepatutnya para alim ulama` ni, sebaik-baiknya jangan terikat dengan jawatan rasmi dengan kerajaan. Sebab kalau kita tengok para ulama yang muktabar dari dulu lagi, kebanyakan daripada mereka menolak jawatan rasmi kerajaan. Mereka tidak mahu terikat dengan kehendak kerajaan. Banyak kali dah kita sebut. Tuan-tuan bacalah sejarah 4 orang imam besar mazhab. Tapi kalau tuan-tuan cari dalam buku teks sekolah menengah, pasti tak akan jumpa cerita yang selengkapnya. Tuan-tuan tak akan jumpa cerita Imam Malik membantah kehendak Pemerintah Jaafar bin Sulaiman al-Hashimi. Tuan-tuan jugak tidak akan jumpa dalam buku teks anak-anak kita hari ini, macamana Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal berhadapan dengan kerajaan. Sengaja ditiadakan kisah-kisah penentangan ini sebab mereka tidak mahu pelajar bangkit menentang kemungkaran yang dilakukan oleh golongan atasan. Sepatutnya cerita-cerita beginilah yang kita mahu, dalam nak memotivasikan anak-anak muda kita supaya berani bercakap tentang kebenaran. ]

11) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau bilangan rakaatnya.

12) Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qat`ie, seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.

[ Sebut pasai haji ni tuan-tuan, Alhamdulillah, kita memang setuju dengan penurunan kosnya dalam bajet hari tu. Tapi alangkah lebih baiknya, kos haji ini dikurangkan lagi. Cuba tuan-tuan tanya diri masing-masing, apa kita nak buat sampai 40 hari kat Mekah nu?...Ana tak pertikai kalau tuan-tuan mampu untuk buat ibadat sunat. Tapi sepatutnya, kita bagilah peluang kepada orang yang tidak berkemampuan supaya buat ibadat wajib sahaja. Ini prioritinya. Contohnya, katalah sahabat kita hanya ada RM3K sahaja. Apa kata kita bagi dia pi setakat seminggu lebih, untuk buat hat wajib saja and then dia balik. Ini sepatutnya. Jadi macam ni la tuan-tuan. Cerita banyak tak mau. Sekiranya ada dikalangan kita yang berjawatan tinggi dalam Tabung Haji ataupun dalam kerajaan (tak kiralah parti apa pun), tolong cadangkan buat satu pakej khusus untuk orang yang tidak mampu. Bajet kat depa cantik-cantik setakat boleh buat yang wajib sahaja. Ini dia keutamaannya tuan-tuan. Tu pun kalau puak hat pegang tabung haji la ni boleh buat le. Kalau tak boleh, maih bagi tabung haji tu kat geng bulan, atau tunggu kami menang esok, pasti kami akan laksanakan program ini. ]

Wallahu ta`ala `alam.