Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Fasal 5 - Per 80 - 81

35911_wallpaper110.jpg

Perkara 80: Orang yang boleh dituduh di bawah kes hirabah.

1) Dalam kes hirabah, orang yang boleh dituduh dan didakwa melakukan kesalahan hirabah itu ialah:

a) Baligh, iaitu orang yang sudah dewasa mengikut perhitungan syara`, bukan kanak-kanak.

b) Berakal, bukan orang gila atau orang yang tidak siuman.

2) Kanak-kanak atau orang gila yang melakukan kesalahan hirabah itu tidak boleh dituduh dan didakwa di bawah kes kesalahan hirabah dan tidak boleh dikenakan hukuman mengikut peruntukan yang disebutkan dalam perkara 79 ceraian (1) perenggan (a), (b), (c) dan (d).

[ Perkara 79 sepertimana yang kita sebut dalam pengajian yang lalu, ianya menggariskan tentang 4 jenis hukuman yang disediakan oleh Allah Ta`ala dalam kes hirabah. Iaitu hukuman mati, hukuman bunuh di kayu salib, hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang, dan buang negeri selama setahun. ]

3) Dalam kes hirabah tidak ada perbezaan di antara penjinayah lelaki dengan penjinayah perempuan. Seseorang yang melakukan jinayah hirabah samada lelaki atau perempuan jika sudah sabit kesalahannya melakukan jinayah hirabah itu mengikut bukti-bukti yang diperutukkan dalam perkara 81 (a) dan (b) wajib dikenakan hukuman mengikut peruntukan yang disebutkan dalam perkara 79 ceraian (1), perenggan (a), (b), (c) dan (d).

[ Perkara 81 ialah tentang mensabitkan kesalahan hirabah dengan adanya iqrar dan keterangan 2 orang saksi lelaki yang adil. ]

4) Dalam kes hirabah penggunaan senjata tidak menjadi syarat untuk membolehkan seseorang yang melakukan kesalahan hirabah itu dikenakan hukuman mengikut peruntukan yang disebutkan dalam perkara 79 ceraian (1), perenggan (a), (b), (c) dan (d).

[ Walaupun tidak ada senjata digunakan, tapi selagi ianya dilakukan dengan secara kekerasan untuk memaksa mangsa menyerahkan harta benda, maka si pelakunya tetap tertakluk kepada undang-undang hudud. ]

5) Andainya orang yang melakukan kesalahan hirabah itu membunuh atau mengambil harta atau barangan mangsanya tanpa menggunakan sebarang senjata, malah hanya dengan kekuatan yang ada pada dirinya sahaja wajib dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 79 ceraian (1), perenggan (a), (b), (c) dan (d).

[ Misalnya dia cekik atau cekup mulut/hidung mangsa sehingga mangsa mati kelemasan. Cumanya kita kena tahu bezakan diantara kesalahan membunuh di bawah qisas dengan kesalahan membunuh di bawah hirabah. Sepertimana yang kita sebut hari tu, kesalahan membunuh di bawah qisas boleh settle sekiranya keluarga mangsa memaafkan si penjinayah. Kerajaan tak boleh buat apa-apa sekiranya keluarga mangsa memaafkan si penjinayah. Tetapi bagi kes bunuh di bawah hirabah, walaupun keluarga mangsa memaafkan pembunuh, kerajaan tetap wajib menjatuhkan hukuman bunuh ke atas perompak berkenaan. Inilah perbezaan antara kes bunuh di bawah qisas dengan kes bunuh di bawah hirabah.

Sebenarnya yang membezakan diantara keduanya ialah motif pembunuhan. Dalam kes hirabah, mangsa dibunuh bermotifkan rompakan atau samun. Contohnya katalah berlaku satu rompakan di bank. First sekali selalunya yang jadi mangsa ialah pak guard. Sebab tu la ni mana-mana bank pun, mesti ada 2 pak guard. Satu jaga kat pintu masuk, dan satu lagi jaga kat dalam berhampiran officer yang incharge bank berkenaan. Sekiranya berlaku pembunuhan dalam misi rompakan itu, dan kemudiannya apabila perompak itu ditangkap, lalu dibicarakan dan didapati bersalah dari segi undang-undang syariah; maka wajib dikenakan hukuman bunuh ke atas si perompak tersebut.

Ini berbeza dengan kes qisas. Dalam kes qisas, motif pembunuhan bukannya kerana rompakan. Mungkin kerana dendam, mungkin kerana benci, mungkin kerana nak hilangkan bukti dan lain-lain lagi yang bukannya kerana rompakan. Contohnya cuba kita tengok kes pembunuhan Canny Ong yang hangat diperkatakan hingga ke hari ini. Okay, pada malam berlaku kejadian tersebut, kira-kira dalam pukul 10.45pm, cctv yang ada kat basement parking tersebut telah merakam kejadian dimana didapati beberapa orang (kira-kira 3 orang lelaki) telah menculik Canny Ong. Kejadian itu berlaku ketika mangsa hendak mengambil kereta Tiara kepunyaan keluarganya. Yang peliknya tuan-tuan, apabila suspect di tangkap dan kemudiannya dihadapkan ke mahkamah; tengok-tengok hanya sorang saja yang kena. Mana pi lagi 2 orang?...Ini pelik sebab selalunya dalam kes-kes lain yang membabitkan lebih dari sorang, dan apabila hanya sorang saja ditangkap, maka pihak berkuasa akan bagitau bahwa yang lain tu tak dapat dikesan atau tidak ada bukti yang cukup dan sebagainya. Nie dak, dalam kes pembunuhan Canny Ong kali ini, pihak yang berkuasa tak cerita pun hat lagi 2 orang tu. Jadi, ini telah menimbulkan satu tanda tanya dikalangan masyarakat, khususnya pada golongan yang peka kepada soal perundangan. Semua pakat bengong belaka. Awat tak bengongnya tuan-tuan?...Cctv dapat rakam 3 orang, tapi yang disabitkan ke mahkamah hanya sorang saja lelaki melayu. Dan bertambah bengongnya lagi, apabila kita tengok bagaimana lembapnya pak guard yang jaga security post pada malam kejadian tersebut. Dia boleh nganga tengok saja sampai lambat bertindak melaporkan pada pihak polis; ketika mana penculik-penculik tu melarikan Canny Ong, memecut dengan kereta Tiara, dan merempuh pagar automatik depan security post tu...Apa raa! Punya pak guard...Jadi, sepatutnya orang yang mengendalikan kes ini, kenalah dia menceritakan secara detail sekiranya tidak mahu menimbulkan sebarang keraguan dalam masyarakat.

Okay kalau kita tengok kes Canny Ong ini, maka bolehlah diklasifikasikan sebagai kes qisas. Sebab apa?...Sebab tidak ada elemen rompakan dan tidak ada elemen samun. ]

6) Seseorang yang mengambil dan merampas harta atau barangan mangsanya dengan cara tipu helah tanpa membunuh mangsanya itu, mereka itu juga boleh dituduh dan didakwa di bawah kes kesalahan jinayah hirabah. Dan apabila sabit kesalahannya melakukan jinayah hirabah mengikut bukti-bukti yang diperuntukkan dalam perkara 81 (a) dan (b) wajib dijatuhkan hukuman melakukan jinayah hirabah mengikut peruntukan dalam perkara 79 (1) perenggan (c) - hukuman potong tangan/kaki secara bersilang.

[ Menurut ust Jailani, pukau juga termasuk dalam kes mengambil harta mangsa dengan cara tipu helah. Contohnya macam cerita Din kudung seperti yang pernah disiarkan dalam Harian Metro. Main hemboih asap rokok ja, pakat habih pompuan-pompuan yang jadi mangsa, serah dengan jiwa dengan raga-raga sekali. Kat balai polis hari tu pun, nasib baik polis tak bagi bila dia minta rokok. Polis boleh baca dah. Kalau tidak, dengan asap rokok ja, pakat lena habih polis. ]

7) Seseorang itu boleh dituduh dan didakwa juga di bawah kes kesalahan jinayah hirabah, jika mereka menghalang, mengugut atau menakutkan-nakutkan orang di jalan-jalan dengan cara kekerasan, sekalipun mereka itu mengambil harta benda atau membunuh mangsanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut hendaklah dikenakan hukuman mengikut perutukan yang disebutkan dalam perkara 79 (1) perenggan (d) - hukuman buang negeri selama setahun.

8) Dalam kes hirabah, orang yang dirompak dan disamun itu adalah pemilik yang sah kepada harta benda yang dirompak dan yang disamun tadi, atau wakil pemilik atau yang diamanahkan kepadanya harta benda itu. Dalam kes ini jika seorang yang dirompak dan yang disamun itu bukan pemilik yang sah kepada harta benda yang dirompak dan yang disamun tadi, misalnya harta benda yang dimilikinya dengan cara mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya, maka orang yang melakukan jinayah hirabah ke atas pemilik harta benda yang tidak sah itu tidak boleh dikenakan hukuman mengikut peruntukan yang disebutkan dalam perkara 79 (1), perenggan (a), (b), (c) dan (d). Tetapi hakim hendaklah menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas penjinayah itu.

[ Misalnya ada sorang pegawai kerajaan yang kita tahu memang dia ni kaki rasuah, tiba-tiba dok tak duduk, rumah dia dirompak. Dalam kes macam ni kalau perompak itu ditangkap dan didapati bersalah dalam perbicaraan, maka perompak itu tak boleh dikenakan hukuman hudud. Cumanya si perompak itu akan dikenakan hukuman ta`zir, sebab mengikut hukum syara`, pegawai kerajaan itu bukan pemilik yang sah terhadap hartanya walaupun harta tersebut ada dalam rumah dia sendiri.

Di sini tuan-tuan jangan salah anggap pulak. Walaupun pegawai kerajaan itu korupsi tapi perbuatan merompak harta benda dalam rumahnya itu tetap haram. Kita tak boleh pi kacau harta benda dia walaupun semua orang tahu bahwa harta benda itu diperolehinya dengan cara yang tidak sah mengikut hukum syara`. Ini dia Islam tuan-tuan. Inilah bukti yang menunjukkan kepada kita bahwa Islam adalah satu agama yang menjamin keselamatan dan kedamaian. Islam tak pernah menggalakkan kita pi rompak barang orang walaupun orang itu penjenayah yang cukup besar dalam negara. Islam tetap melarang kita pi ganggu harta benda orang walaupun orang itu pengkhianat pada bangsa dan agamanya. ]

9) Dalam kes hirabah, orang boleh dituduh, didakwa dan dikenakan hukuman melakukan kesalahan hirabah sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 79 (1), perenggan (a), (b), (c) dan (d) adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut:

i) Harta benda dan barangan yang dirompak dan yang disamun itu disimpan di tempat simpanannya.

[ Kalau kita cuai letak harta benda merata tempat, tiba-tiba harta kita itu disamun, maka itu tidak dinamakan sebagai "dalam simpanan". Yang kata "dalam simpanan" tu maksudnya ialah kita simpan dan jaga betoi-betoi harta tersebut. Tapi kalau dalam keadaan kita jaga betoi-betoi tu pun, ada penyamun mai rompak juga, maka penyamun itu tertakluk kepada undang-undang hudud. ]

ii) Harta benda dan barangan yang dirompak dan yang disamun itu mempunyai nilai (berharga) di sisi agama Islam.

[ Yang ni kita dah ulas dah dalam satu posting yang lalu. Maksud barang yang tidak berharga di sisi Islam ialah barang yang diharamkan sebab ainnya adalah najis. Seperti babi umpamanya. Jadi kalau ada satu orang Islam pi rompak satu lori penuh dengan babi, walaupun perbuatannya itu haram, tapi dia tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Sebab apa?...Sebab babi adalah satu binatang yang dikira sebagai tidak bernilai dalam hukum syara`. ]

iii) Harta benda dan barangan yang dirompak dan yang disamun itu bukan milik perompak dan penyamun itu, atau bukan milik yang syubhat.

[ Kalau sapa pun tak tau siapa yang empunya harta yang dirompak itu, maka harta itu menjadi syubhah. Bila berlaku syubhah, maka perompak itu tidak tertakluk dibawah undang-undang hudud. ]

Perkara 81: Mensabitkan kesalahan hirabah.

1) Bukti-bukti untuk mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan hirabah adalah tertakluk di bawah perkara-perkara berikut:

a) Iqrar (pengakuan) daripada penjinayah.

b) Keterangan 2 orang saksi lelaki yang adil.

[ Okay tuan-tuan, kedua-dua cara pembuktian di atas adalah dalam kes hirabah (hukuman hudud). Maknanya kalau nak kata seseorang itu bersalah dalam kesalahan hirabah, maka perlulah adanya iqrar dari pesalah ataupun adanya 2 orang saksi lelaki yang adil. Bila ada salah satu daripada 2 cara pembuktian itu, maka barulah boleh proceed kepada menjatuhkan hukuman hudud. Inilah yang disebut sebagai "kesalahan hudud mesti dibuktikan dengan cara pembuktian hudud".

Bila sebut "kesalahan hudud mesti dibuktikan dengan cara pembuktian hudud", teringat saya cerita ust Jailani minggu sudah ketika beliau menghadiri satu program di Satira Club di Seberang Jaya. Program itu adalah anjuran Jawatankuasa Peguam P.Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam negeri Perak dan juga negeri Kedah. Di situ mereka berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah dalam negara kita.

Menurut ust Jailani, dalam dok bincang pi bincang mai, tiba-tiba masing-masing tertumpu pada satu perkembangan terbaru yang agak menarik untuk diperbincangkan. Tuan-tuan nak tau apa dia?...Iaitu ada dikalangan golongan yang diberikan tanggungjawab untuk membuat draf undang-undang syariah pada hari ini, telah mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan, supaya menggugurkan kesalahan zina daripada undang-undang syariah...Tuuu dia tuan-tuan yang kata negara Islam contoh ni!...Agak-agak tuan-tuan pasai apa dikemukakan cadangan tersebut?...Kita kan tahu zina itu adalah satu kesalahan hudud. Bila sebut zina itu kesalahan hudud, maka cara pembuktiannya juga mestilah mengikut cara pembuktian hudud. Tapi dalam negara kita hari ini, cara pembuktian yang diamalkan ialah penggunaan circumstantial evident (qarinah) seperti rakaman cctv ataupun rakaman video cam umpamanya. Jadi, kalau kita rakam perlakuan orang yang sedang berzina, maknanya orang yang berzina itu melakukan kesalahan hudud. Kemudian bila kita bawa rakaman itu ke mahkamah untuk dijadikan sebagai barang bukti, maknanya cara pembuktian adalah cara ta`zir; sedangkan kesalahan itu adalah kesalahan hudud. Mana boleh lagu tu!!...Islam mengajarkan kepada kita, kalau seseorang itu melakukan kesalahan zina, maka dia mesti dibuktikan bersalah dengan cara hudud, dan kemudiannya dihukum dengan hukuman hudud. Tapi apa yang kita lakukan hari ini; kita ambil zina sebagai satu kesalahan, cara pembuktiannya adalah cara ta`zir, dan hukumannya pula adalah hukuman yang tidak ada di dalam hudud. Tak ke celaru punya cerita tu?...

Jadi bila berlaku kecelaruan begini, maka golongan yang bertanggungjawab mendraf undang-undang syariah terpaksa membuat cadangan supaya kesalahan zina digugurkan daripada kesalahan jinayah syariah dalam negara kita...Tuuu dia tuan-tuan. Nampak tak?...Inilah bendanya yang menunjukkan kepada kita, bagaimana serba salahnya golongan ulama dalam negara kita hari ini, bila berhadapan dengan golongan yang berkuasa yang tidak mahu kepada hudud. Dalam satu peringkat, golongan ulama kerajaan ini merasa bersalah kepada Allah Ta`ala. Tapi dalam satu peringkat yang lain, kalau hudud diimplementkan bagi kesalahan zina, maka pasti pihak yang berkuasa ke atas golongan ulama ini akan melenting. Ini yang menjadikan mereka serba salah. Hat kata ulama` ni pun, walaupun takut kat Allah, tapi pangkat/gelaran mau juga. Kalau selama ni kereta rasmi hanyalah proton wira; nak merasa Mercedes mata belalang la pula. Ini dia pertembungannya tuan-tuan. Pertembungan antara keinginan duniawi dengan keinginan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Jadi, bila berlaku lagu ni, maka golongan yang tipis imannya akan sanggup mengorbankan saja keinginannya untuk mendapat keredhaan Allah Ta`ala, semata-mata kerana hanya ingin mengembirakan golongan atasan, walaupun mereka tahu apa yang mereka lakukan itu amat-amat bertentangan dengan kepentingan Allah swt. Inilah dia masalah yang sedang dihadapi oleh golongan ulama yang bekerja dalam kerajaan.

Okay bila sebut soal qarinah tadi; walaupun ada juga pendapat-pendapat tertentu membenarkan penggunaannya bagi kesalahan zina (misalnya pendapat Saidina Umar al-Khatab ra tentang wanita mengandung tanpa suami), tapi bagi mazhab Imam as-Syafie, ia tidak diterima "qarinah wanita mengandung tanpa suami" ini sebagai salah satu cara pembuktian.

Ini ada satu lagi contoh cerita tentang circumstantial evident (qarinah). Cerita yang ust Jailani bawa ni adalah satu kes yang berlaku di Pahang pada tahun 1988, antara Pendakwa Syarie Pahang lawan VVAbu (salah seorang vip di Pahang). VVAbu ini ditangkap kerana dituduh memasuki tempat perjudian di Kasino Genting Highlands. Dalam pembelaannya, VVAbu mengatakan bahwa dia memasuki kasino di Genting kerana mencari kawan. Maknanya dia masuk tu, bukannya dia sengaja nak berhibur pi main judi, tapi dia masuk tu semata-mata kerana nak cari kawan dia. Inilah defence yang digunakan oleh VVAbu untuk membela dirinya. Kesalahan masuk tempat perjudian bukannya kesalahan hudud, tapi dia adalah ta`zir. Jadi bila ta`zir, kita boleh guna qarinah. Lalu hakim dalam perbicaraan tersebut pun memutuskan untuk memberi contoh qarinah. Antara katanya, "Qarinah ialah yang pertamanya seperti yang dicontohkan seseorang yang dituduh mencuri sesuatu barang kepunyaan seseorang yang lain. Dan apabila disiasat, orang itu ada barang tersimpan dalam sakunya. Maka barang itu adalah menjadi qarinah. Atau yang keduanya, kalau seseorang itu meminum minuman yang memabukkan. Untuk mensabitkan dia bersalah, qarinah digunakan kerana ada bau pada mulutnya."...Tu dia yang kata qarinah tu tuan-tuan. Jadi alasan VVAbu membela diri kata dia masuk kasino pasai nak cari kawan itu ditolak mahkamah. Dan mahkamah mengatakan bahwa VVAbu bersalah kerana mengunjungi kasino di Genting Highlands berdasarkan qarinah yang ada dalam kes ini. Qarinah itu ialah yang pertamanya dia berada dalam kasino. Tak kiralah samada dia melawat ka, dia cari kawan ka, dia memang nak berhibur ka; itu kita tak tahu. Yang penting, qarinahnya dia berada dalam kasino. Dan yang keduanya, qarinah menunjukkan dia sengaja masuk dalam kasino ialah kerana semasa dia ditangkap dalam kasino, dia berpakaian baju batik...Tu dia tuan-tuan oiii!...Selama ni kita pun tak tau yang dress code nak masuk kasino ialah kena pakai baju batik. Ni baru kita tau...Jadi bila VVAbu pakai baju batik dan dia dijumpai berada dalam kasino, maka itu adalah qarinah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Bentong, menunjukkan bahwa dia sengaja masuk dalam kasino, dan ini diharamkan bagi orang Islam.

Ini dia qarinah. Qarinah boleh digunakan dalam kes ta`zir sebab ianya agak longgar berbanding dengan hudud. Ta`zir ni ringan seperti denda RM500, denda RM1000 saja. Tapi hudud jangan buat main. Disebabkan hukuman hudud amat berat, maka cara pembuktiannya juga amat berat. ]

2) Keterangan saksi yang tidak mencukupi untuk mensabitkan kesalahan orang yang dituduh dan yang didakwa itu melakukan jinayah hirabah, misalnya hanya terdapat seorang saksi lelaki sahaja, atau seorang lelaki dan seorang perempuan, atau orang dituduh dan didakwa itu mengaku melakukan jinayah hirabah tadi, kemudian selepas itu ia menarik pengakuannya, maka dalam kes ini penjinayah itu tidak boleh dikenakan hukuman melakukan jinayah hirabah mengikut peruntukan yang disebut dalam perkara 79 (1), perenggan (a), (b), (c) dan (d).

[ Inilah yang menunjukkan betapa strictnya kes hudud. Pembuktian kalau tak cukup, hukuman tidak akan dijalankan. Begitu juga dengan kes ta`zir, kalau dengan qarinah pun tidak cukup untuk membuktikan seseorang itu bersalah, maka wajib mahkamah membebaskan tertuduh daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya....Sekali lagi ust Jailani sebut pasai "qarinah". Menurut ust Jailani, sekali lagi dia sebut qarinah sebab penggunaan qarinah amat penting, lebih-lebih lagi ketika kita nak menilai sesuatu perkara yang kita tidak tahu kedudukannya secara pasti. Kalau kita tak pasti, maka kita boleh menghukum suatu benda berdasarkan qarinah. Contohnya macam kes Nabi Yusuf as digoda Zulaikha. Apakah judgement untuk kita mengatakan bahwa Zulaikha yang jahat dan Nabi Yusuf dianiaya?...Qarinah yang kita pakai ialah baju Nabi Yusuf as koyak daripada belakang. Ini menunjukkan Zulaikha yang tarik baju Nabi Yusuf ketika Nabi Yusuf membelakangkannya. Kalau Nabi Yusuf nak rogol Zulaikha, sudah tentulah baju Nabi Yusuf koyak di sebelah depan. Inilah yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita, supaya kita gunakan akal dalam perkara-perkara yang kita tidak boleh tahu secara pasti. Mana ada orang lain tengok ketika Nabi Yusuf digoda Zulaikha. Hanya Nabi Yusuf dengan Zulaikha sahaja yang berada di tempat kejadian. Sebab itu kalau kita nak tengok orang itu baik ke tidak, keterangan keadaan (circumstantial evident) boleh menilaikannya.

Sekarang cuba kita guna qarinah dalam isu "ulama` palsu" yang dibangkitkan di Multaqo ulama` baru-baru ini. Ada sorang tu (malas nak sebut nama dia sebab semua orang tahu sapa dia), dia define "ulama` palsu" ni sebagai ulama` yang cuba tunjuk terer dalam agama, tapi sebenarnya tak tau apa pun. Memang betoi definasi yang dia bagi tu. Tapi yang tak syoknya, dia gunakan isu ini untuk tujukan pada musuh politiknya. Takpa, biaq pi lah kat dia sebab tu memang keja dia. Tapi apa yang kita nak perkatakan sekarang, mari kita tengok siapa dia sebenarnya "ulama` palsu"?...Cuba kita ambik satu kriteria yang perlu ada pada ulama`. Tak payah ambik hat kaw-kaw punya. Kita ambik bab menguasai ilmu bahasa Arab pun cukup lah. Sapa yang pernah pi Pulau Melaka dan sapa yang pernah pi Rusila; boleh tau lah tahap mana ilmu yang ada pada kedua-dua tok guru yang ada kat sana. Kalau nak compare ilmu kedua-dua tok guru tu dengan ulama-ulama umno (2 Hamid), bagaikan langit dengan bumi.

Okay sekarang mai kita banding. Hat belah Pas, kita boleh tengok dengan serbannya, dengan jubahnya, dengan janggutnya, dengan kuliahnya, dengan tazkirahnya. Hat belah umno pulak, ada sapa-sapa pernah nampak Midman pakai serban?...Ada?...Takdak. Walaupun tak pernah pakai serban tapi ada orang kata dia alim, pasai dapat ijazah kat al-Azhar, lepas tu sambung kat St. Andrews. Orang lain sambung kat al-Azhar atau Madinah, tapi dia sambung kat St. Andrews. Takpa la tu sambung kat mana pun. Serban tak pakai pun takpa lagi sebab memang tak wajib pun pakai serban ni. Janggut dia ada dak?...Pun takdak juga. Tu pun takpa lagi sebab tak wajib pun simpan janggut. Apa yang dia ada?...Misai?...Simpan misai ni ada dalam sunnah Nabi ka?...Tu semua takpa lah, memadai dengan bersangka baik.

Okay sekarang kita ambik kriteria yang kita kata tadi, iaitu penguasaan bahasa Arab. Takyah ambik hat lain, kita tengok bahasa Arab pun cukup la. Okay kalau betoi-betoi Midman seorang yang alim, yang boleh menguasai bahasa Arab, sepatutnya dia seorang yang fluent bahasa Arabnya, betoi tak?...Tapi kalau sapa tengok tv hari tu semasa Dr Tantawi dari al-Azhar diinterview dan ditranslate oleh Midman, tuan-tuan boleh gelak sakit perut. Sebab apa?...Sebab kita tengok seolah-olah Dr Muhammad Sayyid Tantawi ajaq budak sekolah rendah ja. Mungkin dia kesian kat Midman kot, lalu dia pun ucap sepatah-sepatah. Dia kata, "`udwanun!"...Sheikh yang kata alim ni pun translate, "permusuhan!"...Lepaih tu Dr Tantawi sambung, "wal zulm!"...Midman pun sambung, "kezaliman!"...Sepatah-sepatah Dr Tantawi cakap. Seolah-olah dia ajaq budak Pasti baru belajaq bahasa Arab jadinya. Dalam hati saya kata, "Ish! ish! ishk! Rupanya midman sama taraf dengan aku je!."

Kalau lagu ni la taraf midman, buat malu ja kalau nak compare ngan tok guru. Takyah tok guru, compare ngan Setiausaha Pas pun sudah la. Bukan apa tuan-tuan; sewaktu saya attend kuliah Subuh di Pulau Melaka 2 tahun sudah, saya sendiri tengok macamana ust Nasarudin Mat Isa translate ucapan seorang ulama` Hamas dari Palestin. Ulama` tu cakap, "Gedum! Gedum! Gedum!"...Ust Nasarudin sambung dengan terjemahannya dengan cukup kemas. Maknanya, ust Nasarudin seorang yang cekap dengan bahasa Arab. Tok Arab tu cakap pi banyak mana pun, ust Nasarudin boleh ulas on the spot lagu tu ja. Tu baru setiausaha, belum mai tok guru lagi.

So macamana la ni tuan-tuan?...Sapa dia ulama` palsu yang sebenarnya?...Orang yang hang dok perendah kata, "Tak semestinya pakai serban jubah ni baik la. Ilmu takdak tapi nak berpura-pura jadi ulama` la."; orang yang hang dok kata tu, bahasa Arab dia lancarrrrr sheikh ooiii!...Yang hang tu, bahasa Arab hang tu takat mana?...Ada sapa pernah pi kuliah 2 Hamid ni mengajaq?...Silap-silap tak pernah mengajaq orang apa ka?...Tapi tok-tok guru tu dah mengajaq orang sejak dulu lagi. Sejak belum jadi MB, sampai dah jadi MB pun dok mengajaq orang lagi. Anak murid depa, masyaAllah, ramai tuan-tuan ooiii!...Ceramah-ceramah depa pulak tak putuih dengan ayat-ayat Quran. Jadi layak ka hang kata tok-tok guru ni palsu dari segi status ulama` depa?!

Okay dah telajak sebut tok guru; mai kita tengok sikit isu yang cuba dimainkan umno bila TG Nik Aziz cadangkan supaya pelajar-pelajar sekolah tertentu beramal dengan pemakaian serban dan jubah. TG Nik Aziz kata, "Bila dah pakai pakaian macam ni, InsyaAllah, boleh membantu meninggalkan maksiat"...Oihhh! Apa lagi, riuh satu M`sia puak barua ni buat. Ya memang kita akui, orang yang pakai jubah ni tak semestinya baik belaka. Berapa ramai tok-tok Arab mai Bangkok pakai jubah, tangan kanan pegang tasbih, tangan kiri peluk pompuan siam. Tapi itu orang Arab, yang pakaian harian depa jubah. Kat M`sia lain, biasanya hat pakai jubah kat M`sia ni adalah geng-geng mengaji yang nak ikut sunnah Nabi saw. Kat M`sia ni, pernah ka kita tengok sahabat kita pakai jubah masuk disko?...Mana adaaaa!...Tapi kat masjid pakai jubah, bila nak pi disko tukaq pakai baju batik, pesyen ni ramai la. Takkan nak masuk disko pakai jubah kot. Nampak tak?...Perasaan malu tu ada jugak.

Alaaa! Macam dulu ada orang pertikai nama parti PAS la tuan-tuan. Depa kata, "Awat takdak nama lain ka nak boh?..Satgi kalu ahli buat lece, Islam pulak yang dapat nama buruk!"...Kata-kata lagu ni lama dah saya dengaq walaupun daripada simpatism Pas sendiri. Inilah bahananya depa masuk Pas pasai benci kat umno. Fikrah umno tu masih lagi karat dalam kepala depa. Orang suruh cuci dengan mai mengaji kat masjid, depa pi sembang kedai kopi. Habih camana karat tu nak hilang?...Bila karat masih dok bersarang, kira nampak hat negatif saja la. Hat positif tak nampak langsung. Tahu tak depa berapa ramai yang masuk je Pas, on the spot, tingkah-laku berubah daripada kehidupan yang tak tentu hala, kepada kehidupan ukhuwah yang ceria?...Ya, memang kita akui tak la sampai 100% berubah, tapi ianya sedikit sebanyak dapat juga mempengaruhi individu dari segi amalan dia. Nak buat apa pun, mula dia nanti pikiaq, "Ish! takkan aku nak buat tak senonoh kot. Aku orang Pas weih!"...Dia akan mula berfikrah dengan fikrah Islam. Jadi, apa yang kita nak bagitau kat puak-puak umno dan yang sepemikiran dengan dengan depa; kalau nak kritik tu, jangan la main sembrono je. Sebelum kritik tu, cuba pikiaq habih-habih dulu; adakah kritikan tu berlandaskan hukum agama ataupun tidak?