Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Hudud - Fasal 5 - Hirabah - Per 78 - 79

Qanun Jinayah Syar`iyah

FASAL 5.

HIRABAH

Perkara 78: Hirabah.

1) Ialah merampas harta orang dengan cara kekerasan atau ugutan yang dilakukan oleh orang perseorangan atau sekumpulan yang bersenjatakan apa-apa senjata atau alat yang boleh digunakan sebagai senjata atau dengan kekuatan yang ada pada diri orang yang melakukan hirabah itu.

[ Inilah yang kita sebut sebagai rompakan ataupun samun pada hari ini. Walaupun sebenarnya istilah rompak atau samun itu tak berapa tepat, tapi saja kita gunakannya untuk mudah faham. Dalam istilah hukum syara`, perbuatan sebegini kita sebut "hirabah" sebab di bawah hirabah itu dia ada 4 jenis kesalahan. Keempat-empat kesalahan ini pula berbeza di antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain dari segi bentuk dan kadar hukuman.

Yang pertama, katalah dalam proses melakukan rompakan, tiba-tiba si perompak itu melukakan mangsanya. Lalu si perompak itu sendiri jadi panik dan mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa sempat mengambil hasil rompakan tersebut. Dalam kes seperti ini kalau si perompak itu ditangkap, maka hendaklah dia dilukakan sekadar yang telah dilakukannya terhadap si mangsa.

Tapi sekiranya dia membunuh mangsa tanpa mengambil harta, maka hendaklah dibunuh penjenayah itu kembali sebagai hukuman di bawah hirabah. Bukannya di bawah hukum qisas. Di sini kita boleh lihat adanya perbezaan di antara hukum bunuh balas di dalam hirabah dengan hukum bunuh balas dalam qisas. Dalam hukum qisas, sebelum dibunuh balas ke atas penjenayah, wajib bagi kerajaan meminta izin terlebih dahulu daripada keluarga mangsa. Sebab hak untuk membunuh balas ke atas pembunuh dalam kesalahan qisas terletak pada keizinan keluarga si mangsa. Maknanya dalam hukum qisas, kerajaan tak boleh jatuh hukuman bunuh balas terhadap penjenayah, kecuali ia mendapat keizinan dari keluarga mangsa. Kalau keluarga mangsa memaafkan si penjenayah tersebut, maka kerajaan tak boleh bunuh si penjenayah tersebut.

Ini berbeza dengan bunuh balas dalam hirabah. Dalam kes hirabah, kerajaan tidak perlu untuk meminta keizinan daripada keluarga mangsa. Sekalipun keluarga mangsa memaafkan si pembunuh itu, kerajaan tetap wajib mengenakan hukuman bunuh ke atas si perompak berkenaan. Inilah dia perbezaan di antara hukuman bunuh dalam qisas dengan hukuman bunuh dalam hirabah.

Okay yang keduanya pula yang disebut sebagai hirabah ialah apabila si penjenayah merompak dan juga melakukan pembunuhan. Hukuman penjenayah sebegini, hendaklah dibunuh pada kayu salib. Walaupun ulama bersepakat bahawa cara hukuman bunuh ke atas penjenayah ini ialah dengan menggunakan senjata tajam, tetapi ia berlaku sedikit perbezaan pendapat tentang bila hendak dilaksanakan. Ulama dikalangan mazhab Imam asy-Syafie mengatakan bahwa ia hendaklah dibunuh dulu, kemudian baru mayatnya digantung dan diletakkan di kayu salib. Tetapi ulama dari mazhab yang lain mengatakan bahwa gantung dia di kayu salib dan bunuh dia di kayu salib tu juga. Inilah dua perbezaan pendapat para ulama cara mana nak hukum orang yang melakukan rompakan dan pada masa yang sama dia melakukan pembunuhan.

Yang ketiganya yang dikatakan hirabah juga ialah apabila si penjenayah itu melakukan rompakan tanpa mencederakan mangsa. Perompak seperti ini hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (i.e tangan kanan dan kaki kiri).

Dan yang keempatnya yang dikatakan sebagai hirabah ialah si penjenayah yang membuat gangguan di tempat-tempat awam tanpa menggunakan kekerasan dan tanpa mencederakan golongan yang terbabit. Orang seperti ini hendaklah dipenjarakan selama setahun ataupun dibuang negeri selama setahun. Bila disebut "buang negeri", menurut ust Jailani bahwa amalan dalam undang-undang negara kita hari ini, ianya disebut sebagai "buang daerah". Kemudian kata ust Jailani lagi, "Hukuman buang daerah dalam amalan undang-undang negara kita ini, ianya lebih berbentuk preventive."...Contoh yang dibawa oleh ust Jailani ialah seperti dalam kes di bawah akta rumah perjudian terbuka. Katalah si A didapati bersalah oleh mahkamah majistret kerana tolong menolong menjalankan judi ekor haram di bawah seksyen 4AA (akta rumah perjudian terbuka). Maka dia dihukum denda, katalah dia kena RM20k. Tiba-tiba datang satu orang yang bernama Mr X, pi tolong bayar denda tersebut dan sekaligus menjadi penjamin kepada si A. Kemudian selang sebulan, tertangkap pula si B, yang melakukan kesalahan dan didapati bersalah dibawah seksyen yang sama dan akta yang sama dengan si A tadi. Tiba-tiba datang lagi Mr X ke mahkamah untuk tolong bayar denda si B. Lepas tu bulan seterusnya, tertangkap pula si C, dan dia didakwa di bawah seksyen dan akta yang sama juga. Tapi yang datang settle untuk si C, tetap orang yang sama, iaitu Mr X. Jadi dari segi amalan dalam negara kita hari ini, bila berlaku keadaan sedemikian, maka pihak yang berkuasa akan mengsyaki bahwa Mr X ini adalah seorang yang tertentu yang ada kaitan dengan sindiket tertentu. Awat taknye?...Bayangkan, sampai semua orang salah tu, dia yang pi settle. Oleh yang demikian, dengan berdasarkan syarat-syarat yang tertentu, Mr X ini akan ditangkap, ditahan dan akan dibuang daerah untuk beberapa ketika. Ini disebabkan pihak yang berkuasa ada bukti yang kuat untuk mengsyaki bahwa Mr X adalah sorang yang terlibat dengan sindiket. ]

2) Hirabah itu boleh juga diistilahkan orang atau mereka yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksa, atau membunuh tuanpunya harta itu, atau dengan ugutan yang menakutkan.

[ Kalau dengan ugutan yang tidak menakutkan, maka itu tidak dikira. Contohnya kita kata kalau hang tak bagi duit kat aku, aku luku kepala hang. Macam tu tak kira sebab dia anggap kata-kata kita tu sebagai melawak. Tapi kalau kita ugut nak bawa samseng belasah dia kalau dia tak bagi; maka itu adalah satu ugutan yang menakutkan sebab dengaq saja samseng, dia dah takut. ]

3) Tempat berlaku atau kejadian hirabah itu tidak ada perbezaan, samada dilakukan di jalan, di kedai, di rumah, di kampung, atau bandar, dan samada di tempat sunyi atau di tempat orang ramai, kesemua tempat kejadian tersebut adalah dinamakan hirabah (perompakan atau penyamunan).

[ Dalam masalah tempat pula, dia tak kira. Samada ia berlaku di tempat awam, atau di tempat persendirian, atau di depan khalayak ramai (semua orang nampak), ataupun orang tak nampak; itu semua adalah hirabah. ]

Perkara 79: Hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan kesalahan hirabah.

1) Dalam kes hirabah, mereka yang melakukan kesalahan tersebut wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana berikut:

[ Apabila seseorang itu melakukan hirabah, maka wajib dikenakan satu hukuman yang dinamakan sebagai hukuman hudud. Maknanya dalam masalah hirabah ini, kerajaan tidak ada pilihan lain melainkan melaksanakan hukuman hudud ke atas penjenayah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Hukuman hudud ini tidak boleh dipinda atau ditukar-ganti. ]

a) Hukuman mati, iaitu perompak/penyamun yang telah membunuh orang yang dirompak/disamunnya tanpa mengambil harta atau barangan orang yang dirompak dan yang dibunuhnya itu.

b) Hukuman mati di kayu palang, iaitu perompak/penyamun yang telah membunuh dan mengambil harta atau barangan orang yang dibunuhnya atau harta benda orang lain.

[ Sebagaimana yang kita sebut tadi, memang berlaku ikhtilaf antara para ulama tentang cara melakukan hukuman bunuh di kayu palang. Samada nak bunuh dulu, kemudian bubuh di kayu palang dan ditunjukkan pada orang ramai, atau bunuh terus dia di kayu palang; ini perbezaan dikalangan para ulama` Islam. Tapi yang pentingnya, ia tidak ada khilaf samada nak dibunuh atau dikenakan hukuman lain. Semua para ulama berpendapat, penjenayah itu mesti dibunuh.

Bila ada perbezaan pendapat macam ni, kita jangan sekali-kali menggunakan perbezaan pendapat ini untuk mengelirukan masyarakat. Apa yang betoi, itulah yang wajib kita bagitau. Kalau Islam kata, sapa yang merompak dan membunuh mangsanya, hendaklah dia dibunuh di kayu salib; maka kita wajib bagitau bahwa yang pentingnya ialah hukuman hudud (bunuh di kayu palang) itu mesti dilaksanakan. Tentang perbezaan pendapat bagaimana cara perlaksanaan, biarlah para ulama yang settle.

Jangan jadi macam seorang peguam yang berbangsa melayu, mengaku beragama Islam, tapi buat kenyataan terbuka menyatakan bahwa dia sanggup membela kes orang melayu yang nak murtad. Alasan yang diberinya dalam satu majlis pada hujung bulan Mei lalu, dia kata bahwa orang murtad ini tidak wajib dibunuh sebab para ulama` tidak sepakat tentang masalah orang yang murtad. Jadi dia sanggup mengendalikan kes untuk membantu orang melayu Islam yang nak keluar daripada ajaran Islam...Astaghfirullahal`azim, apa nak jadi ni?...Takyah sebutlah nama dia. La ni bukan boleh buat main-main, sikit-sikit saman, sikit-sikit saman. Saya pula bukan jenih ada duit. Tapi nak katanya, inilah dia perangai manusia akhir zaman.

Bila sebut kes murtad ni tuan-tuan, teringat ana baru-baru ni ust Jailani cerita kat kami yang dia telah berjumpa dengan sahabat lama dia seorang pensyarah yang sedang menyempurnakan pengajian PhDnya di Univ Malaya. Sahabat ni cerita semasa dia buat Masters dulu, untuk memenuhi kehendak pengajian bagi mendapatkan ijazah sarjananya itu, dia telah mengambil satu topik berkenaan dengan "Orang Islam yang Murtad". Jadi untuk mendapatkan maklumat tentang berapa ramai kah orang melayu Islam di M`sia ini yang memohon untuk keluar daripada ajaran Islam, dia pun pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara. Apa yang mengejutkan, didapati bahawa jumlah orang melayu Islam yang memohon untuk menukar nama daripada nama melayu Islam kepada nama agama lain adalah berjumlah seramai 26000 orang...Tu dia aih!...Tapi bila dokumen itu diminta untuk dikeluarkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi membolehkan sahabat ni buat kajiannya, tiba-tiba pegawai berkenaan tak bagi atas alasan, itu adalah OSA. Pegawai tu kata rahsia rasmi kerajaan tidak boleh diketahui oleh rakyat. Ya memang pihak berkenaan boleh ambil tindakan terhadap saya atas kenyataan ini sebab saya sebut dengan tidak ada bukti. Tetapi apa nak jadi, jadilah. Saya nak sebut jugak sebabnya ialah supaya tuan-tuan sedar apa sebenarnya sedang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Walaupun dokumen tersebut tidak dapat dikeluarkan atas alasan OSA, tapi maklumat tetap kita bagitau. Dulu pun kalau tuan-tuan masih ingat, bekas mufti Wilayah Persekutuan pernah mendedahkan bahwa di Wilayah Persekutuan saja pun sudah ada 3000 orang melayu yang apply borang nak tukar nama kepada nama bukan Islam. Itu dulu, apatah lagi hari ini. So, terpulang pada kita semua samada kita peka atau tidak dengan isu-isu seperti ini.

Cuba tuan-tuan tengok di Johor umpamanya. Sudah keluar notis bahwa kakitangan kerajaan perempuan dilarang memakai jubah dan kakitangan kerajaan lelaki pula dilarang pakai serban. Isu ni sebenarnya lama dah. Cumanya dia timbol, tenggelam, timbol, tenggelam. Dalam isu ni kita agak pelik sebab kita lihat umat Islam di M`sia hari ini sudah tak tahu nak letak prioritinya. Dah la dalam masalah hudud dan qisas, depa tak mau buat. Sekarang depa serang bab pakaian pula. Pompuan hindu yang pakai sari dok tunjuk pusat boje dia boleh depa tak kata apa, tapi bila wanita Islam pakai jubah nak tutup semua biar nampak elok, depa melenting tak bagi pula. Nampak tak tuan-tuan, macamana sedang berlakunya di depan mata kita sendiri benda-benda pelik akhir zaman.

Cerita orang lelaki pula, ialah berkenaan notis tak bagi pakai serban dikalangan kakitangan kerajaan. Sebenarnya di P.Pinang pun dah ada circular tu. Ada sekolah-sekolah tertentu yang tidak membenarkan guru-guru lelaki pakai serban. Termasuklah ustaz pun. Yang lebih sedih, setengah tu pakai kopiah putih pun depa tak bagi. Atas alasan nampak kotor dan bau busuk kalau cikgu-cikgu lelaki tu penyegan nak basuh. Tu je sebabnya. Okay saya nak tanya, sapa biasa kawan dengan benggali?...Kalau tuan-tuan ada kawan benggali Singh, cuba tuan-tuan perati serban hat dia pakai tu. Busuk tuan-tuan oii!...Kain serban dia tu pun kalau kita perati, nampak lusuh. Tak taulah berapa lama dia tak basuh. Walaupun lusuh dan busuk, tapi pasai apa depa dibenarkan jugak pakai serban?...Sedangkan sikh bukan agama rasmi persekutuan. Agama rasmi persekutuan ialah agama Islam. Jadi dengan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, sepatutnyalah serban dan kopiah yang menjadi sunnah Nabi saw itu hendaklah dibenar pemakaiannya. Ini tidak. Dilarangnya pula.

Kalau tuan-tuan baca Harian Metro bulan sudah, dalam satu keluarannya, telah menceritakan bagaimana anggota polis lelaki yang beragama Islam di Britain telah dibenarkan pakai serban sewaktu bertugas. Sebelum ini pun kita pernah dengar tentang dibenarkan anggota polis wanita yang beragama Islam di Britain boleh pakai tudung. Sedangkan kita di M`sia ni, yang telah ditabalkan sebagai Negara Islam, tidak pula membenarkan anggota polis wanitanya bertudung. Tak pelik ke tu?...Opps! sori, sebenarnya ada juga yang dibenarkan pakai tudung. Tapi hanya kepada anggota polis wanita yang bertugas di mahkamah syariah sahaja. Tu pun color biru karat. Takpalah color apa pun, asalkan boleh pakai tudung kira okay sudah la tu. Tapi pasai apa hanya dibenarkan hat bertugas di mahkamah syariah sahaja?...Takkan malaikat hat catit amalan ada kat mahkamah syariah saja kot?...Cuba bagi alasan mai kita nak dengaq. Sebenarnya mana ada alasan tuan-tuan oiii!...Kalau Britain dengan Tony Blairnya yang dianggap sebagai syaitan yang cukup besaq ni pun boleh bagi anggota polis Islamnya pakai tudung, pakai serban; so apakah status syaitan "kita"?...Syaitan besar ke syaitan kecik?!!

Inilah dia krisis masalah yang sedang melanda negara kita hari ini. Jadi apa yang kita minta untuk pihak kerajaan pertimbangkan ialah bagilah peluang kepada orang-orang tertentu yang ingin berpegang kepada agama, supaya bagi kebebasan kepada mereka untuk beramal dengan agama yang dipegangnya.

Jadi pointnya di sini ialah kita jangan gunakan ikhtilaf (perbezaan pendapat dikalangan ulama) sebagai alasan untuk create bermacam-macam alasan lagi bagi tidak melaksanakan ajaran Islam. Perbezaan pendapat dikalangan ulama` ini hendaklah kita faham dan kita mesti perjelaskan kepada masyarakat perkara sebenarnya. Ini adalah supaya masyarakat tidak keliru dengan kedudukan hukum syara` dalam perkara-perkara yang diperselisihkan oleh para ulama` Islam.

Tuan-tuan nak tau tak pasai apa kerajaan tak bagi pakai serban. Jawapannya ada dalam satu artikel tulisan Ali Shari`ati. Ceritanya ialah tentang paradox, yang diamalkan oleh kerajaan masa dulu hinggalah sekarang dalam nak memesongkan kefahaman yang sebenarnya. Contoh yang pertama kita ambik ialah kisah Peter the great, iaitu pemerintah di Rusia pada suatu ketika dahulu. Semasa zaman remajanya, sebagaimana anak-anak orang kenamaan yang lain, Peter the great juga tidak terlepas dari dihantar belajar ke luar negara. Dia dihantar ke Belanda. Jadi bila dia tamat belajar, dia pun kembali berkhidmat di Moscow untuk rakyatnya. Setelah beberapa ketika, barulah Peter the great dapati bahwa negaranya Rusia itu agak mundur kalau nak dibandingkan dengan Belanda. Sebab apa dia kata mundur?...Sebab apabila berlakunya peperangan dengan negara sekelilingnya, Rusia selalunya dikalahkan. Jadi bila Peter the great naik menjadi pemerintah, maka dia pun buat analisa macamana nak menjadikan Rusia satu empayar yang disegani. Setelah membuat kajian demi kajian, akhirnya dia mendapati bahwa sepatutnya Rusia kena tiru Belanda kalau dia nak kuat. Sebagai kesimpulan daripada analisa yang dia buat, dia dapati Belanda kuat kerana rakyatnya cukur janggut. Maka dia pun mengeluarkan pendapat bahwa Rusia ni selalu kalah perang sebab rakyatnya simpan janggut. Lalu selepas itu, terus diharamkannya janggut dikalangan rakyat Rusia...Tu dia tuan-tuan. Inilah yang dikatakan wrong analysis. Benda ni sebenarnya dah berlaku sejak zaman dulu lagi. Dan sekarang ni dia sedang diulangi dalam negara kita sendiri. Apa, negara tak boleh maju ka kalau ada orang pakai serban?...Apa, negara tak boleh maju ka kalau orang pakai kopiah putih?

Tadi contoh di Rusia. Ini pula contoh di Iran, yang dikenali dengan Parsi pada zaman dahulu. Parsi juga sebelum dia kuat, dia juga pernah mengalami zaman kemunduran. Pemerintah Parsi zaman tu dulu menganggap depa lemah sebab rakyatnya suka sangat membaca buku-buku puisi dan buku-buku agama. Maka selepas itu, pemerintah Parsi pun memperkenalkan minggu membakar buku-buku puisi dan membakar buku-buku agama. Sama tak tuan-tuan dengan contoh negara Rusia tadi?...Sama saja. Orang yang berkuasa buat kajian, pasai apa negara dia lemah?...Pasai apa negara dia tidak maju?...Tapi kesimpulan yang mereka buat adalah satu kesilapan.

Dan akhir sekali Ali Shari`ti tulis dalam artikelnya itu ialah tentang peel penjajah yang suka bawa masuk ke tanah jajahan mereka budaya pergaulan bebas antara lelaki pompuan. Terutamanya golongan barat kalau kita perati, depa suka mempopularkan free sex. Cuba kita perati, kenapa perkara hiburan macam ni dipopularkan oleh golongan penjajah dalam negara-negara yang mereka jajah?...Kajian yang dibuat oleh Ali Shari`ati menunjukkan bahwa sexual freedom ini akan melalaikan sama sekali pemikiran anak bangsa yang dijajah itu daripada berfikir bagaimana nak bebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Maknanya bila kita dah khayal dengan pompuan-pompuan, atau kita pompuan yang dah khayal dengan jantan-jantan yang diharamkan oleh Allah Ta`ala, ini membuatkan syahwah kita sentiasa bergelojak dan bergelora sehingga tidak ada masa lagi untuk fikir tentang perjuangan. Ni dia taktik depa tuan-tuan. Taktik inilah sekarang ni sedang dipelopori umno bagi melemahkan perjuangan Islam. Kita yang duduk dalam Pas, yang selalu pi kuliyah, selalu pi ceramah, selalu pi usrah; mungkin boleh faham apa yang saya nak bagitau ni. Saya nak bagitau kat tuan-tuan, sebelum saya kenai Pas, saya ni bolehlah dikatogerikan orang yang suka tengok filem-filem aksi. Sampai la ni pun, memang saya suka dengan filem-filem macam tu. Tapi bila dah involve dengan perjuangan nak menegakkan Islam, jadi sekarang ni takdak masa dah nak tumpu tengok filem-filem action apa semua tu. Pasai apa jadi lagu tu?...Pasai dalam kepala kita la ni kira takdak lain dah, melainkan dok pikiaq macamana nak menyumbang tenaga kita kepada Islam. Padahal tak haram pun kalau tengok action movie tu. Tapi nak ceritanya, apabila kita dok berjuang, bekerja kuat dan sebagainya; membuatkan masa untuk kita tengok tv, vcd apa semua ni jadi terlalu terbatas. Ini sama la juga dengan geng-geng yang dok sibuk dengan betina, dok sibuk dengan jantan, dok sibuk dengan hiburan, dok sibuk dengan bermacam-macam benda yang mengasyikkan; mereka ni semua sure punya takdak masa dah nak fikir tentang perjuangan. Berhibur tu memang boleh, tapi berpatut-patut la. Jangan terlampau-lampau sangat sebab ada banyak lagi kerja Islam yang kita kena buat, terutamanya kita akhir zaman ni. ]

c) Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri, iaitu perompak/penyamun itu hanya mengambil harta atau barangan orang yang dirompak/disamunnya tanpa membunuh atau mencederakannya.

d) Hukuman buang ke tempat lain (buang negeri) iaitu perompak/penyamun itu hanya menakut-nakutkan orang sahaja di jalan-jalan.

2) Hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan kesalahan hirabah sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) adalah berdalilkan firman Allah ta`ala 
 
"Sesungguhnya bagi golongan yang menentang Allah dan rasulNya, serta melakukan bencana kerosakan di mukabumi (dengan melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan), hendaklah mereka itu dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka secara berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam), hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawa Allah Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani." (Surah al-Ma`idah: 33-34)

[ Inilah dalil hukuman ke atas pelaku-pelaku kesalahan hirabah. Dari ayat ini kita boleh tengok bahwa yang pertamanya Allah beri hukuman hudud kepada pesalah hirabah. Dan yang keduanya, Allah kata hukuman itu adalah satu bentuk penghinaan daripada Allah Ta`ala kepada manusia yang melanggar hukumNya di dunia.

Bila sebut "hina" ni tuan-tuan. Teringat cerita pasai vcd lucah artis yang riuh hari tu. Apa yang saya fahamkan, pelakon lelaki tu adalah seorang peguam lulusan UIA. Astaghfirullah...malu tuan-tuan! Macamana nanti dia nak balik mengadap makbapak di kampung yang melahirkan dia, yang membesarkan dia, yang mengasuh dia sampai dewasa?...Begitu juga macamana dia nak mengadap adik beradik dan orang kampung?...Inilah dia bentuk penghinaan daripada Allah Ta`ala bagi orang yang melanggar undang-undang Allah swt.

Sebab itu tuan-tuan, kita sepatutnya sentiasa renew akan taubat kita tiap-tiap hari. Istighfar banyak-banyak menyesal atas perbuatan kita dan berazam tak mau ulang balik perbuatan tersebut. Nak tau kita benci ke tidak, nak tau kita taubat ke tidak, nak tau kita menyesal ke tidak atas perbuatan yang kita lakukan; segala simpanan benda-benda maksiat yang kita buat dulu, wajiblah kita hapuskan...Contohnya macam pelakon lelaki yang beraksi lucah dalam vcd artis tu. Kita difahamkan aksi itu dirakam sewaktu depa masih belum kawin lagi. Jadi kalau dia betul-betul bertaubat dengan perbuatannya itu setelah dia kawin dengan artis tersebut, sepatutnya dia dah hapuskan rakaman tersebut, betoi tak?...Ni dak. Disimpannya lagi. Sekali bocor, habih satu negara semua orang tau; malu kita tuan-tuan.

Berbalik kepada ayat di atas, selepas Allah bagitau tentang hukuman kepada pesalah hirabah; Allah kata lagi, bukan setakat Dia bagi penghinaan kepada pesalah hirabah di atas dunia ini dengan hukuman yang disebut tadi, malah yang paling pentingnya, di negeri akhirat pula menunggu mereka suatu azab yang maha pedih...Allahurabbi...inilah yang paling tak tahan dan paling menakutkan!...So takdak jalan lain selain kenalah golongan ini melakukan taubat nasuha sekiranya inginkan pengecualian azab ke atas mereka. Itupun sekiranya mereka sempat bertaubat sebelum ditangkap.

Kemudian cuba tuan-tuan tengok ayat hat last tu. Inilah yang menunjukkan betapa adilnya Allah swt. Mula-mula diancamNya kita dengan beberapa bentuk penghinaan dan juga dengan azab yang begitu pedih (hang buat, hang kena!). Tapi bila sampai di hujung ayat, Dia imbangkan balik dengan mengatakan bahwa Dia amat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Nak ceritanya apa di sini tuan-tuan?...Ceritanya ialah jangan sekali-kali kita berani buat dosa. Sebab Allah swt amat murka di atas dosa yang kita lakukan. Jangan sekali kita berzina, jangan sekali kita mencuri, jangan sekali melawan ibubapa, jangan cuai didik anak-anak dan etc. Tetapi pada masa yang sama, Allah kata kalau kita terlanjur berbuat dosa (sebab semua kita tak maksum), maka bertaubatlah kepadaNya. Sebab Allah swt akan menerima semua jenis taubat. Kita berzina, Allah terima taubat kita. Kita tak sembahyang, Allah terima taubat kita. Hatta sekiranya kita syirik pun, Allah Ta`ala tetap akan terima taubat kita. Yang pentingnya, kita hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha i.e. taubat yang benar bersungguh-sungguh. ]

3) Hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan hirabah yang disebutkan dalam ayat 33 dan 34 surah al-Ma`idah tersebut bukanlah hukuman pilihan, tetapi adalah hukuman yang wajib dikenakan ke atas penjinayah yang telah sabit kesalahannya di majlis qadha` (mahkamah) melakukan kesalahan hirabah, dan hukumannya adalah mengikut jenis kesalahan yang mereka lakukan.

[ 3 mazhab (Syafie, Hanafi dan Hambali) kata bahwa ayat Surah al-Mai`idah:33-34 ini bukannya berbentuk pilihan. Maknanya, kalau siapa dalam merompak tu dia bunuh mangsa, maka bunuh dia balik. Siapa yang merompak dan bunuh pula mangsanya, maka bunuh dia di kayu salib. Siapa yang merompak saja tanpa membunuh mangsa, maka hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang. Hukuman mengikut kesalahan. Ini pendapat daripada mazhab Syafie, mazhab Hanafi dan mazhab Hambali. Tetapi bagi mazhab Maliki, dia ada perbezaan sikit. Kalau kita perati ayat di atas, kita akan dapati ada perkataan "atau" beberapa kali di situ. Imam Malik faham perkataan "atau" di situ ialah berbentuk takhyir, iaitu memberi pilihan. Jadi maknanya kalau pesalah itu pi bunuh mangsanya disebabkan merompak, maka mengikut mazhab Maliki, kerajaan boleh pilih salah satu daripada 3 bentuk hukuman. Bukannya 4. Hat last sekali tu, iaitu hukuman buang negeri, ianya terkecuali atas alasan yang kita akan cerita kemudian nanti. Tapi yang pentingnya disini ialah perkataan "atau" itu menyebabkan Imam Malik berpendapat bahwa kerajaan yang memerintah boleh buat pilihan. Samada nak dijatuhkan hukum bunuh balas, atau nak bunuh di kayu palang, atau hanya nak potong tangan dan kaki secara bersilang; terpulanglah pada pemerintah. Tapi apa pun, Imam Malik kata, jangan lari daripada 3 bentuk hukuman ini. Nampak tak tuan-tuan, berlakunya khilaf di sini. Tapi apa yang negara kita buat sekarang ni, tak jumpa pun dalam perbezaan pendapat tadi. Imam Syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali kata kena ikut turutan. Manakala Imam Maliki kata boleh buat pilihan. Jadi yang kita bubuh perompak dalam penjara tu, agak-agaknya mazhab mana kita ikut?...Nak kata ikut Imam Syafie pun tidak, Imam Abu Hanifah pun tidak, Imam Ahmad bin Hanbal pun tidak, malah Imam Maliki pun tidak!!...Mazhab mana yang kita ikut?...Mazhab idung besaq ka?!...Tu mula la tu...]

4) Perompak/penyamun yang hanya mengambil harta atau barang orang yang dirompak/disamunnya sahaja tanpa melakukan apa-apa kecederaan ke atas mangsanya hendaklah dikenakan hukuman hudud (potong tangan kanan dan kaki kiri).

5) Perompak/penyamun yang hanya mengugut orang yang dirompak/disamunnya itu sahaja tanpa mengambil harta atau barangan orang yang diugutnya itu dan tidak pula melakukan sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan ke atas orang yang diugutnya hendaklah dikenakan hukuman ta`zir, iaitu dipenjara selama tempoh yang difikirkan patut dan munasabah mengikut budibicara dan kearifan hakim yang akan membawa penjinayah itu kepada kesedaran dan kekesalan.

6) Dalam kes hirabah, mereka yang membunuh dan mengambil harta atau barangan mangsanya wajib dikenakan ke atas penjinayah itu hukuman hudud, dan tidak gugur hukuman hudud itu dengan sebab dimaafkan oleh wali orang yang dibunuh dan yang diambil harta atau barangannya tadi. Tetapi jika pembunuhan itu berlaku disebabkan permusuhan dan perseteruan, maka hukuman hudud itu gugur dengan sebab kemaafan daripada wali orang yang dibunuh tadi. (al-Fiqhu al-Islami Waadillatuh: 6/129)

[ Yang ni lah yang kita dok sebut tadi. Kes bunuh bawah qisas, kalau keluarga mangsa bagi maaf, maka kerajaan kena lepaskan si penjenayah tersebut. Tapi kalau berlaku pembunuhan di bawah hirabah, maka kerajaan mempunyai kuasa penuh untuk menjatuhkan hukum bunuh balas tanpa merujuk kepada keluarga mangsa. ]

Wallahu ta`ala `alam.