Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 2 - Fasal 2 - Per 57
About Me

41361_wallpaper110.jpg

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 57.

Perkara 57: Perkara-perkara yang timbul disebabkan li`an.

Dalam perundangan Islam, seseorang suami yang meli`an isterinya akan timbul beberapa perkara ke atas isteri yang dili`an.

a) Had qazaf akan dijatuhkan kepada isteri yang dili`an, dan gugur had qazaf itu daripada suami yang meli`an.

[ Apabila seorang suami menuduh isterinya berzina, sedangkan dia tidak ada bukti, maka dalam hukum syara` pengarang kitab ini Hj Said Hj Ibrahim mengatakan bahwa wajib dikenakan qazaf ke atas si suami. Jadi untuk mengelakkan si suami dikenakan had qazaf 80x rotan, setelah dia yakin bahwa isterinya betul-betul berzina, maka dia kenalah meli`an isterinya. Iaitu dengan 4x menyatakan tuduhan dan kali ke5 hendaklah meminta laknat daripada Allah swt sekiranya dia berbohong. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat di atas. ]

b) Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli`an suaminya. Jika isteri itu meli`an suaminya, gugurlah had zina itu daripada isteri tadi.

[Bila suami meli`an isterinya, maka wajib dikenakan had zina ke atas isteri. Maknanya dirotan 100x, lepas tu direjam dengan batu sampai mati. Jadi untuk mengelakkan si isteri daripada dikenakan had zina ini, maka dia hendaklah meli`an balik suaminya. Bila dia li`an balik suaminya, maka barulah dia terlepas daripada hukuman had zina.

Jadi apa yang kita lihat dalam kes li`an meli`an ini, ianya berlaku disebabkan si isteri curang kepada suami dia. Apabila si suami melihat sendiri isterinya berzina, padahal dia tidak ada bukti, sedangkan dia telah menghebahkan berita tentang perlakuan zina isterinya tadi, maka dia tidak ada pilihan lain melainkan dia kena meli`an isterinya.

Sebab itu, kita sentiasa menyatakan bahwa, bagi mana-mana suami ataupun isteri yang ada masalah seperti ini, iaitu suami mendapati isterinya berzina ataupun isteri mendapati suaminya berzina; maka kalau boleh hendaklah diselesaikan di luar mahkamah. Bincang elok-elok dulu. Lepas tu kalau tak boleh selesai jugak, biarlah bercerai dengan cara yang baik. Jangan dihebahkan benda lagu ni kepada orang ramai sebab ini adalah perkara yang mengaibkan.

Semua orang boleh melakukan kesilapan masing-masing. Saya boleh melakukan kesilapan. Begitu juga tuan-tuan. Maka bila kita sendiri menghadapi dengan masalah dimana pasangan kita telah melakukan satu kesilapan yang sukar untuk dimaafkan, maka hendaklah diselesaikan (kalau boleh) tanpa dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sebab kalau dilaporkan, maka kisah ini akan dihebahkan. Lebih baik perkara ini diselesaikan hanya antara 2-3 orang sahaja yang tahu. Diselesaikan dengan cara yang baik. Aib kita akan ditutup. Begitu juga aib pasangan kita ditutup. Ini adalah lebih diutamakan dalam ajaran agama kita.

Punca berlakunya keretakan rumahtangga hari ini adalah kebanyakannya kerana sebahagian daripada pasangan itu mengabaikan apa yang pernah diperintahkan oleh Allah swt dalam al-Quran Surah an-Nur:3 yang bermaksud, "Satu orang lelaki perzina tidak akan berkahwin melainkan dengan penzina perempuan ataupun dengan perempuan musyrik. Satu orang penzina perempuan tidak akan mengahwininya melainkan dengan penzina lelaki ataupun musyrik lelaki. Yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman."...Satu pendapat dikalangan ulama` mengatakan bahwa ayat ini menjadi dalil haramnya seorang lelaki yang suci berkahwin dengan perempuan yang pernah berzina. Ataupun haramnya seorang perempuan yang suci berkahwin dengan lelaki yang pernah berzina. Manakala pendapat yang kedua yang termasuk juga pendapat al-Imamul as-Syafie rahimmahullahu ta`ala, mengatakan bahwa ayat ini bukan dalil kepada haramnya berkahwin dengan orang yang pernah berzina, tetapi ayat ini menjadi dalil bahwa tidak digalakkan berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Maknanya, mazhab Syafie mengatakan bahwa harus berkahwin dengan orang yang pernah berzina, tetapi tidak digalakkan.

Jadi, bila kebanyakan pasangan melanggar perintah Allah ini, maka itulah yang kita tengok berlaku hari ini. Sering kita tengok pasangan-pasangan hari ini menghadapi keadaan yang kucar kacir dalam rumahtangga mereka. Awat tidaknye?...Sebelum berkahwin, mereka tidak peduli langsung dengan track record bakal orang yang akan mereka kahwini. Yang mak mentua, pak mentua pulak; asal anak depa boleh kahwin, kira ok je tanpa soal selidik siapa bakal menantu tu. Mereka tak sedar bahwa orang yang ada track record yang tidak baik, pada lazimnya dia akan mengulangi record buruknya itu. Ada bukan takdak orang yang track record dulunya tidak baik, tapi sekarang dah bertaubat. Ada, tapi tak ramai. Katalah dalam 10 orang, mungkin hanya 3 orang sahaja yang boleh mantain taubat depa tu. Tapi yang 7 orang lagi tu akan kembali kepada track record buruk mereka dulu. Sebab itu dalam Islam, cara paling selamat ialah kita cari orang yang recordnya baik. Itu pun kadang-kadang walaupun kita dah usaha cari pasangan yang memang recordnya baik, tapi setelah berkahwin, pasangan kita tu pula mula melakukan perkara-perkara yang tidak diduga. Ada, tak dinafikan memang keadaan macam ni pernah berlaku. Kalau macam ni, tuan-tuan; ia adalah satu ujian Allah kepada kita. Maka dalam hal macam ni, kita serahkanlah sahaja kepada Allah swt, sebab Allah swt boleh buat apa sahaja untuk menguji kita. Yang penting kita ada usaha. Tu je.

Alah macam fifaworldcup.com jugak la tuan-tuan. Pada kebiasaannya, kalau team tu ada record yang baik, dia menanglah. Tapi dalam temasya Korea-Japan 2002 kali ni, banyak pasukan favourite tersungkoq awai-awai. Banyak kaki bola pun terkejut tuan-tuan bila defending champion, France, bungkuih awai tanpa score satu gol pun. Begitu jugaklah dengan Argentina, Portugal dan sebagainya. Tapi nak habaqnya, kalau track record team tersebut dirankkan sebagai satu pasukan yang kuat sebelum ini, kebiasaannya team tu memang kuat betoi.

Jadi, begitulah jugak dengan perkahwinan. Islam mengajar kita kalau nak kahwin, carilah pasangan yang record dia bagus. Jangan cari orang yang pernah berzina sebab kalau kita lihat pendapat yang pertama tadi, ulama` mengatakan bahwa haram satu orang yang suci berkahwin dengan orang yang pernah berzina. ]

c) Bercerai di antara suami isteri itu selama-lamanya sebagai talak bain.

[ Dalam kes li`an, bukan setakat suami isteri tu tak boleh rujuk, malah depa tak boleh kahwin buat selama-lamanya. Kalau kita tengok masalah bain, dia ada 2. Iaitu bain sugra dan bain kubra. Bain sugro maknanya tak boleh rujuk, tapi boleh kawin semula. Manakala bain kubra ialah seperti yang dok bincang ni. Dia rujuk pun tak boleh. Kawin lagi sekali pun tak boleh. ]

d) Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli`an isterinya kepada suami itu, jika suami tadi menolak anak itu pada li`annya. Dan anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili`an itu.

[ Maksud ayat ini ialah si suami tak mengaku bahwa anak yang dilahirkan oleh isterinya itu adalah anak hasil percampuran dia dengan isteri dia. Setengah ulama` berpendapat bahwa kalau suami itu menafikan anaknya itu setelah menerima tahniah daripada kaum kerabat, maka penafiannya itu tidak sah mengikut hukum syara`. Contohnya macam ni. Katalah si isteri selamat bersalin dalam bilik bersalin, lalu ketika itu, si suami tu pun seronok terima berita kelahiran anaknya. Maka pakat ramailah yang salam bagi tahniah. Tapi tiba-tiba tak semena-mena, lepas tu baru dia kata bahwa si anak itu bukan anak dia. Ini yang dikatakan pengakuan yang tidak sah, sebab dia umpama buruk siku.

Kalau dia betoi tak mengaku bahwa anak itu anak dia, maka dia hendaklah tidak mengakui di peringkat awal. Contohnya, ketika isteri itu masih mengandung lagi, dia dah mengaku bahwa anak itu bukan anak dia. Misalnya check-check, isteri didapati mengandung 3 bulan. Padahal dalam jangkamasa tersebut, sekali pun suami isteri itu tak pernah bersama. Dalam keadaan begini, barulah sah dakwaan si suami tersebut.

Tetapi kalau selepas buat kenduri kendara, cukur kepala anak, terima hadiah dah apa semua; tiba-tiba baru dia kata bahwa anak itu bukan anak dia, maka pengakuan itu tidak sah. Misalnya, tengah time ramai-ramai dok bagi tahniah, tiba-tiba mai sorang dua yang gatai mulut pi kata, "Aiseyman! Pasai apa aku nampak anak hang color gelap sket ni?..Padahal hang cerah. Isteri hang pun cerah jugak. Ni mai kot mana ni?..Mamak kedai sebelah rumah hang apa punya kerja!..."...Mulut jenih nilah yang orang kata, "Limau purut 3 serangkai. Buta perut, tarak akai!"...Jenih ni mau harya ngan penyapu buruk je. Benda lagu ni bukan saja-saja nak reka, tuan-tuan. Tapi pernah jadi. Hat jenih gatai mulut ni pun sebenarnya dia nak melawak aja, tapi tak reti. Sampai akhirnya tersinggung perasaan si suami tu. Bila berlaku keadaan lagu tu, lalu terus si suami tidak mengaku bahwa anak tu anak dia. Lagu ni tak sah, tuan-tuan.

Okay kalau dakwaan si suami itu dikira sah mengikut syara`, apabila dia mengaku anak itu bukan anak dia dari peringkat awal lagi, maka nasab (bin/binti) anak itu hendaklah diberikan pada si ibu. Tapi dalam amalan jabatan pendaftaran dalam negara kita hari ini, nama si anak sudah tidak di bin atau di binti kan lagi dalam surat beranak. Yang ada ialah nama anak dalam satu kolum, nama bapa dikolum yang lain dan nama ibu pun dalam kolum berasingan. Maknanya kalau si bapa itu tidak diketahui, depa akan tulis dalam kolum untuk bapa tu "Tidak berkenaan". Tapi kalau ikut Islam bila si suami meli`an si isteri, maka anak itu hendaklah di bin kan atau di binti kan kepada si isteri yang dili`an itu. Ini amalan cara Islam. Contohnya kalau nama anak itu Ahmad dan nama ibunya Fatimah. Maka ia ditulis sebagai Ahmad bin Fatimah. Tapi adat di M`sia hari ini, ia tidak diamalkan sedemikian. ]

e) Haram selama-lamanya bagi suami yang meli`an isterinya berkahwin kembali dengan isteri yang dili`annya, sekalipun isteri itu telah berkahwin dengan beberapa orang suami yang lain.

[ Ini bermakna kes li`an adalah lebih berat daripada kes cerai talak 3. Kalau cerai talak 3, si isteri itu boleh kembali kepada suami yang asal sekiranya dia kawin lain dan tidur bersama suami itu, kemudian dia diceraikan. Tetapi kalau li`an, pasangan terbabit bukan setakat dibubarkan pernikahan mereka, bukan setakat tak boleh kawin semula, malah mereka sekali-kali tidak boleh kawin buat selama-lamanya, walaupun isteri itu sudah pun berkahwin dengan beberapa cina buta mahupun melayu buta sekali pun. Biar pun si isteri tu dah beranak pinak dengan suami-suaminya yang lain, tapi Islam kata "Tetap diharamkan kepada suami untuk kembali berkahwin dengan isteri yang dili`annya itu.".

Sebab itu, kalau suami syak isteri dia berzina, dia kena berhati-hati. Sebelum dia buat dakwaan, dia kena cari bukti dulu. Mana-mana undang-undang sekali pun, samada undang-undang Islam ataupun undang-undang sekular; kalau nak tuduh orang lain melakukan sesuatu kesalahan, beban pembuktian hendaklah dicari dulu. Kalau kita gagal bagi bukti setelah kita buat dakwaan, maka kita yang akan tanggung akibat. Dalam kes li`an ini, kalau suami tuduh si isteri berzina atas syak wasangka sahaja tanpa bukti; kemudian bila dia li`an isteri dia, maka terbubarlah perkahwinan mereka dan haram bagi mereka kembali sebagai suami isteri selama-lamanya. Sebab itu, dalam apa-apa tindakan kita sekali pun, bukti mesti mau ada.

Bila sebut tentang masalah tanggungjawab bagi bukti, ust Jailani pun mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan tentang masalah beban pembuktian dalam undang-undang hudud dan qisas, yang sekarang ni tengah hangat diperbincangkan. Okay bila kita tuduh seseorang buat sesuatu kesalahan, dalam mana-mana undang-undang sekali pun, orang yang buat dakwaan itu dia mesti bagi bukti. Contohnya katalah ada seorang wanita buat press conference bagitau kat reporter bahwa ada seorang lelaki sipolan bin sipolan pernah rogol dia. Padahal langsung tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa wanita itu pernah dirogol. Bila berlaku macam tu, maka lelaki yang dituduh itu berhak untuk memulakan satu saman fitnah ke atas wanita tersebut. Jadi, wanita itu bukan setakat akan menghadapi tindakan undang-undang sivil, malah pihak kerajaan jugak boleh mengenakan tindakan undang-undang jenayah ke atas wanita itu kerana dia telah membuat tuduhan fitnah jenayah ke atas seorang awam. Nampak tak tuan-tuan; dalam undang-undang sekular sekali pun, kalau kita buat dakwaan kosong semata-mata tanpa sebarang asas kepada dakwaan kita itu, maka kita bukan setakat menghadapi kemungkinan disaman oleh orang yang kita buat fitnah tadi, malah lebih daripada itu kita akan kena, iaitu pihak polis pun boleh mendakwa kita di bawah undang-undang jenayah.

Sebab itu, kalau kita nak buat tuduhan kepada seseorang, sekurang-kurangnya kita kena ada concrete avidence. Misalnya, katalah ada seorang wanita mendakwa bahwa dia dirogol. Untuk membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol, kalau dia anak dara sebelum ni, sekurang-kurangnya dia mesti ada bukti bahwa hymennya sudah pun koyak. Kalau dia ada bukti tersebut, barulah dakwaannya itu berasas. Tetapi jikalau doktor yang buat pemeriksaan kepada vagina wanita itu mendapati bahwa dara wanita itu masih ada atau hymennya tidak koyak, maka itu menunjukkan bahwa dakwaan wanita itu adalah dakwaan kosong tanpa ada sebarang asas. Dalam undang-undang sekular sekali pun, dia takkan benarkan dakwaan macam ni.

Okay, sekarang yang jadi isunya ialah undang-undang yang cuba dikemukakan oleh k`jaan negeri T`ganu. Ia menjadi hangat sebab ada beberapa pihak-pihak dan ngo-ngo tertentu, yang mengatakan bahwa undang-undang ini adalah satu lesen besar kepada para perogol untuk bermaharajalela di negeri T`ganu. Okay bagi pihak-pihak yang tak puashati sangat dengan k`jaan T`ganu, tolong buka enakmen kesalahan jinayah syariah negeri P.Pinang seksyen 23(2) dan (3). Enakmen itu menyebut bahwa kalau seorang perempuan itu mengandung di luar nikah (tidak ada suami), maka itu adalah bukti yang nyata (primafacie kes) bahwa dia telah melakukan kesalahan zina. Menurut ust Jailani yang juga seorang peguam, enakmen ini juga digunakan di Kedah. Dalam enakmen itu juga menyatakan bahwa sekiranya seorang perempuan itu mengandung tanpa suami mendakwa bahwa dia dirogol, maka dia hendaklah membuktikan bahwa dia benar-benar dirogol.

Nampak tak tuan-tuan; serupa saja. P.Pinang kata lagu tu, Kedah kata lagu tu dan hat T`ganu nak buat pun kata lagu tu jugak. Tapi pasai apa bila T`ganu nak buat, dan-dan keluar suara sumbang kata bahwa itu adalah lesen besar kepada perogol?...Padahal P.Pinang dan juga Kedah dah lama dah mengamal undang-undang macam ni. Tapi pasai apa sapa pun tak kata apa pun kat P.Pinang/Kedah?...Tuan-tuan nak tau pasai apa?...Pasai apa lagi kalau bukan pasai P.Pinang/Kedah tu geng belah bn karat. Tu je jawapannya. Oleh sebab T`ganu bukan dikalangan geng karat, maka ditibainya T`ganu cukup-cukup. Cakap terus terang je senang. Takpayah la dok pi cari para intelek, kemudian suruh depa masuk tv tiap-tiap pagi untuk cuba memesongkan pemikiran masyarakat hari ini.

Serupalah juga dengan lebel "tadayyun mankus". Tuan-tuan besa dengaq perkataan "tadayyun mankus"?...Puncanya, mungkin dah lama tak buat isu kot, tiba-tiba lagumana tak tau satu hari tu tak pasai-pasai mungkin gatai pungkok la kot, dia pi kata bahwa, "Sebahagian daripada ibubapa hari ini mengalami satu fenomena yang dipanggil sebagai tadayyun mankus."...Yang kata ni sapa lagi kalau bukan pak penakan hangpa, si mid man. "Tadayyun" bermaksud orang yang beragama. Manakala "mankus" pula bermaksud menyeleweng. Jadi tadayyun mankus bermakna orang yang committed dengan agama tetapi menyimpang daripada ajaran agama. Yang kita tak puashati tu sebab ada ka ditujunya perkataan tadayyun mankus ini kepada ibubapa hari ini yang cenderung hantar anak-anak pi hafal Quran?...Punyala loklak betoi orang tua ni. Kemudian dia terang pula pasai apa dia kata lagu tu. Dia kata bahwa hari ini ibubapa dok sibuk hantar anak pi hafal Quran dengan satu kepercayaan bahwa anak-anak itu nanti boleh memberi syafaat kepada ibubapa di negeri akhirat kelak. Lalu dia kata bahwa kepercayaan seperti ini adalah tidak betul, sebab dia kata bahwa hanya Nabi saw sorang saja yang boleh bagi syafaat. Bukannya anak-anak yang hafal Quran tu, kata mid man. Jadi mengikut dakwaan dia, hanya Nabi saw seorang sahaja yang boleh bagi syafaat. Oleh sebab itu, siapa yang hantar anak pi hafal Quran atas niat bahwa anak itu boleh beri syafaat kepada dia di negeri akhirat, maka kata mid man bahwa golongan ini adalah "tadayyun mankus", yang bermakna orang beragama tetapi sesat.

Nampak tak tuan-tuan; siapa yang cakap lagu ni. Orang yang ada PhD dalam bab agama, tuan-tuan. Tak pernah ka dia baca hadith Nabi saw riwayat Imam Abu Dawud dan Ibn Majah, yang mana Nabi saw bersabda mafhumnya, "Orang yang mati syahid, di hari akhirat kelak dengan izin Allah, dia boleh memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarga dia."...Jadi, hujjah dia yang mengatakan bahwa hanya Nabi seorang sahaja yang yang diizinkan Allah bagi syafaat adalah tidak betul. Kemudian selepas seminggu Mid man bawa keluar isu ni, saya dengaq dalam radio M`sia P.Pinang, ada seorang ust dari Jabatan Mufti negeri P.Pinang telah membaca satu hadith yang membawa maksud bahwa orang yang hafal Quran juga boleh memberi syafaat kepada kaum keluarga dia. Nampak tak tuan-tuan, macamana kerja seorang ulama` us-suk. Dia sanggup membohongi masyarakat semata-mata kerana nak bodek tuan dia.

Sepatutnya dia sebagai ulama`, dia hendaklah menceritakan kepada masyarakat betapa hebatnya syafaat tu. Misalnya dengan syafaat daripada rahmat Allah itu, seseorang yang sepatutnya masuk neraka boleh ditukar masuk ke syurga. Tak hebat lagi ke lagu tu, tuan-tuan?...Jadi, takdak pasai untuk kita tak suka apabila ada diantara ibubapa hari ini berlumba-lumba hantar anak depa pi hafal Quran. Tak gitu tuan-tuan?...

Okay kalau hang nak tunjuk sangat kata hang terer dalam bahasa Arab; awat tak kata kat artis-artis yang mengaku beragama Islam tetapi menyanyi melalak atas pentas tu sebagai tadayyun mankus?...Awat hang tak berani sebut?...Sedangkan golongan artis inilah yang terang-terang buat dosa kepada Allah Ta`ala. Contohnya, bila reporter tanya Siti, "Macamana dengan album Siti yang terbaru sekarang ni?"...Siti pun jawab, "Alhamdulillah! Mendapat sambutan yang memberansangkan."...Ini baru betoi tadayyun mankus, tuan-tuan. Alhamdulillah apa kalau hang menyanyi untuk menarik perhatian lelaki, lepas tu buka aurat pulak, maka itu jelas bahwa dia mendapat rezeki dari sumber yang haram. Walaupun ramai yang beli album dia, tetapi rezeki dari sumber macam tu adalah rezeki yang HARAM!...Alhamdulillah apa kalau lagu tu, tuan-tuan. Alhamdulillah itu adalah segala puji-pujian bagi Allah. Takkan hang buat maksiat pun nak puji Allah kot?...Pi berzina dengan pelacur Siam, kita kata, "Puhhh! Alhamdulillah, kenyang sungguh dapat makan hat siam punya semalam."...Boleh ka kata lagu tuan-tuan?...Ini satu penghinaan kepada agama. Orang yang mengaji tak pernah buat kerja lagu ni. Kecualilah dia jahil. Ini ada kemungkinannya. Bila berzikir kepada Allah atas perkara-perkara maksiat, maka ini baru kita kata tadayyun mankus sebab bermain-main zikir kepada Allah.

Jadi muslimin muslimat sekelian, bila ibubapa yang hantar anak hafal Quran dikatakan sebagai tadayyun mankus, manakala para artis yang berzikir dalam keadaan membuat maksiat itu pula tidak menerima sebarang teguran, maka inilah yang kita lihat adanya sikap double standard dari golongan ulama` dalam negara kita. Tak la semua, tetapi sebahagian daripada mereka bersikap begitu. Disebabkan ulama` yang bersikap beginilah, maka hari ini kita tengok masyarakat menjadi semakin bercelaru. Mereka tak boleh dah nak beza diantara orang yang betoi-betoi soleh dengan orang yang fasik. Ini semua adalah angkara orang yang diamanahkan bercakap hal agama dalam tv kerana dianggap berilmu, tetapi bila dia buka saja mulut, kita kerap dengar kenyataan-kenyataannya sering menyimpang daripada ajaran agama.

Tuan-tuan, kalau kita kaji sejarah tokoh-tokoh ulama` besar Islam, kita akan dapati sebenarnya tindakan ibubapa yang hantar anak mereka umur 5-6 tahun pi hafal al-Quran adalah bertepatan dengan amalan tokoh-tokoh ulung Islam zaman yang terdahulu. Berikut adalah senarai tokoh-tokoh Islam:

i) yang pertamanya kita tengok sejarah Ibn Sina. Nama sebenarnya ialah Abu Ali Hussein bin Abdullah bin Hassan bin Ali Sina. Beliau dilahirkan di Bukhara pada tahun 980 masihi. Beliau menghafal al-Quran pada usia 10 tahun. Pada usia semuda itu juga beliau telah mempelajari ilmu tafsir, fekah, usuludin dan tasawuf. Kemudian baru dia belajar ilmu mantiq, sains, matematik, fizik, geomatrik, ilmu kaji bintang dan falsafah al-Farabi. Selepas itu, ketika berusia 17 tahun, barulah beliau mempelajari ilmu perubatan. Dan pada usia 18 tahun, beliau telah berjaya mengarang kitab "al-Qanun fi-Tib". Ini bermakna dalam masa setahun sahaja beliau telah berjaya menguasai ilmu perubatan dan sebagai hasilnya, kitab "al-Qanun fi-Tib" dikarangnya. Dan al-Qanun fi-Tib ini menjadi teks pengajian fakulti perubatan di univ-univ di benua Eropah selama 600 tahun. Tuuu dia tuan-tuan. Masa saya tulis ni pun, berdiri habih bulu roma...Nak bagitau apa?...Nak bagitaunya ialah kita dengan Ibn Sina teramat-amatlah jauh bezanya seperti langit dengan bumi.

Nampak tak tuan-tuan macamana orang zaman dulu punya stail pendidikan. Depa hantaq anak pi hafal Quran dulu. Bila kecik-kecik budak dah hafal Quran, ini bermakna satu asas yang cukup kuat sudah ditanam dalam minda. Lihat saja Ibn Sina, bila habis hafal Quran, baru dia belajar ilmu-ilmu lain sehingga akhirnya dunia keseluruhannya kagum dengan pencapaiannya. Inilah dia kehebatan yang dimiliki oleh orang yang hafal Quran sejak daripada kecik. Selain daripada dia boleh bagi syafaat kepada ibubapanya, dia juga berjaya menguasai ilmu-ilmu dunia khususnya ilmu perubatan. Dalam usia 18 tahun sahaja, beliau dah khatam bab perubatan. Padahal kita hari ini, umur 25 tahun baru keluaq daripada fakulti perubatan. Kemudian setahun lagi buat apa ka, lepas tu umur 26 tahun baru boleh keluaq jadi doktor. Tetapi Ibn Sina, belum lagi mencecah 20an, tapi bukan kata jadi doktor, malah dapat mengarang satu kitab yang menjadi teks perubatan di benua Eropah selama 600 tahun.

ii) Ibn Rushdi : Beliau mengaji Quran, bahasa Arab, sastera, fekah, usuludin sejak daripada kecik. Sehingga beliau dapat menghafal kitab al-Muwatta`karangan Imam Malik rahimahullahu ta`ala. Kitab al-Muwatta` tu kitab hadith, tuan-tuan. Kemudian baru dia belajar ilmu matematik, perubatan, astronomi dan sains. Lepas tu baru dia jadi doktor peribadi kepada Abu Yusof Ya`kub al-Mansur pada tahun 1182 masihi.

iii) Ibn Khaldun : Beliau juga menghafal Quran sejak daripada kecik. Kemudian mendapat pendidikan awal di Masjid al-Kuba` di Tunis. Disitulah beliau belajar tafsir, hadith dan mantiq. Kemudian daripada itu, terus beliau belajar sirah, bahasa Arab, sastera dan balaghah. Akhirnya beliau berjaya mengarang sebuah buku yang dipanggil sebagai "al-Muqaddimah", yang juga menjadi teks pengajian di benua Eropah selama beberapa abad lamanya.

iv) Shah Waliyullah : Beliau adalah seorang tokoh mujaddid (pembaharuan) Islam. Beliau hafal Quran ketika usia 7 tahun. Tuuu dia, tuan-tuan. Budak-budak kita la 7 tahun buat apa?...Depa nanti bawa walkman, letak earphone kat telinga, lepaih tu satu macam punya dok angguk angguk angguk. Macam ni kah generasi yang mid man ngan bos dia nak tengok, sampai nak kacau habih budak-budak yang nak pi hafal Quran?

v) Jamaludin al-Afghani : Beliau yang dilahirkan di Kabul, Afghanistan, adalah seorang tokoh penentang penjajah British pada tahun 1862 masihi dulu. British sehingga sekarang, tak mau langsung cerita tentang sejarah cubaan mereka untuk menakluki Afghanistan. Sebab apa?...Sebab waktu tu British kalah teruk di bumi Afghanistan. Diantara tokoh yang bertanggungjawab menghalau British waktu itu ialah Jamaludin al-Afghani. Sama la jugak dengan Amerika; yang kalau boleh tak mau cerita tentang sejarah Perang Vietnam. Kalau dia cerita pun, dia akan cerita seolah-olah dialah yang menang, sebagaimana yang kita lihat seperti filem-filem Rambo dan sebagainya. Padahal dalam sejarah Perang Vietnam, Amerikalah yang cabut lari pasai kalah dalam keadaan yang mengaibkan. Berbalik kita kepada Jamaludin al-Afghani; beliau menghafal Quran pada usia 12 tahun. Lepas tu, beliau pergi menuntut di Najd mempelajari ilmu tafsir, hadith, ilmu kalam, falsafah, mantiq, perubatan, matematik, ilmu falaq dan sebagainya. Nampak tak tuan-tuan, macamana orang zaman dulu belajaq. Dia start dengan hafal Quran dulu, lepas tu baru dia belajaq ilmu-ilmu lain, sehingga dapat menguasai kesemua ilmu-ilmu tersebut. Mana kita nak cari orang lagu ni kalau ada pemimpin perangai macam mid man?...Dengan pimpinan Jamaludin al-Afghani yang hafal Quran sejak dari kecik inilah, para mujahidin Afghan berjaya menewaskan penjajah British pada tahun 1862 masihi.

vi) Muhammad Abduh : Beliau juga seorang penghafal Quran sejak daripada kecik, dan seterusnya melanjutkan pelajaran sampai ke al-Azhar dan sebagainya. Beliau adalah anak murid kepada Jamaludin al-Afghani. Dan daripada Jamaludin al-Afghani lah, Muhammad Abduh ditanami semangat jihad yang amat jitu.

...Nampak tak tuan-tuan apa yang saya nak bagitau?...Sebenarnya apa yang mid man nak bagitau kat kita ialah kalau sistem pembelajaran yang lain kita ikuti daripada yang disediakan oleh kerajaan umno/bn yang diwarisi mereka daripada penjajah British, maka sistem yang kita gunakan itu adalah menyeleweng daripada ajaran agama. Padahal samada dia sedar ataupun tidak, sejak dari dulu lagi, dialah orang yang banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang ulama` yang diikhtiraf, dia hendaklah mengalu-alukan rakyat M`sia yang semakin bersemangat untuk hantar anak masing-masing pi hafal Quran. Ingat tak tuan-tuan pada tahun 1987 ketika ekonomi merudum jatuh?...Waktu tu, berapa ramai anak-anak kita yang belajar engineering khususnya dalam civil eng daripada US dan Australia, yang balik ke negara kita sebagai penganggur?...Waktu itu, ada ka tidak kita dengar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengatakan bahwa berenti belajaq civil eng, pi belajaq benda lain?...Mana ada, tuan-tuan. Sekoq pun tak berani bukak mulut. Sapa pun tak kata, "Haa! Ini dia tadayyun mankus. Hanya sibuk dok belajaq kejuruteraan saja, sampai tak mau belajaq ilmu-ilmu lain!"...Ada kita dengaq sapa-sapa sebut lagu tu?...Takdak, tuan-tuan; walaupun proven pada tahun 1987 bahwa ramainya anak-anak muda kita yang menganggur akibat terlalu ramai yang ambik pengajian civil eng. Tapi tiba-tiba hari ini, bila ada ibubapa yang hantaq anak-anak depa pi hafal Quran, ada saja suara-suara pemimpin yang mengutuk, mencela dan mengkritik tindakan ibubapa tersebut. Ini menandakan bahwa ada satu benda yang tidak kena pada jiwa golongan-golongan seperti midman ini, sehingga mereka tidak senang kepada golongan yang committed dengan agama.

Jadi, kalau kita relate cerita undang-undang hudud/qisas di T`ganu tadi dengan cerita tadayyun mankus ini, kita akan dapati ada persamaannya. Sebenarnya, hati merekalah yang tak suka dengan benda-benda lagu ni. Sehingga mereka sanggup bermati-matian mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menunjukkan bahwa mereka tidak senang kepada benda seumpama itu, walaupun apa yang diperuntukkan dalam undang-undang kerajaan negeri T`ganu itu sebenarnya adalah lebih kurang sama sahaja dengan undang-undang syariah negeri P.Pinang dan Kedah dalam masalah "orang yang mendakwa dia dirogol mesti bagi bukti".

Mari kita ulang balik apa yang ust Jailani sebut tentang kes rogol ini supaya kita jelas sejelas-jelasnya. Okay, kalau ada sapa-sapa kena rogol, antara perkara yang perlu kita buat ialah mula-mula sekali, kita kena buat laporan polis. Tapi mesti diingat, kalau kita buat laporan palsu, kita pula akan dikenakan tindakan. Contohnya, selepas kita launch a police report, tiba-tiba selepas polis buat siasatan, didapati bahwa tidak ada satu bukti pun untuk menyatakan bahwa kita dirogol. Maka sabit dengan itu, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang sekular. Katalah kita anak dara, tiba-tiba bila dihantar untuk buat vagina examination, doktor mendapati bahwa selaput dara masih tidak koyak. Begitu juga dengan pemeriksaan lain; seperti tidak ada kesan pergelutan ataupun tidak ada kesan air mani, maka orang macam ni akan mendedahkan diri dia kepada kemungkinan dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu kepada polis. Ini yang pertama.

Manakala yang keduanya, bila dia sebut nama orang yang didakwa merogolnya, sedangkan dia langsung tidak ada bukti, maka itu bermakna dia telah buat fitnah kepada penama tadi. Oleh itu, penama tersebut boleh saman dia mengikut undang-undang sivil, ataupun pihak polis sendiri boleh saman dia mengikut undang-undang fitnah jenayah. Nampak tak tuan-tuan, sebenarnya serupa saja. Undang-undang sekular kata macam tu. Undang-undang syariah pun kata lagu tu juga. Jadi, apa yang peliknya?

Okay sekarang kita tengok pula kalau dia ada bukti. Dalam undang-undang syariah, kalau dia ada bukti, kita kena tengok 2 perkara. Iaitu kita kena tengok samada bukti itu cukup untuk mensabitkan si perogol itu, ataupun bukti itu jelas (primafacie) tetapi tidak cukup untuk mensabitkan si perogol itu.

i) kalau bukti itu cukup untuk mensabitkan si perogol itu seperti si perogol itu mengaku (iqrar), atau ada saksi 4 orang nampak betoi-betoi dia rogol budak perempuan; maka si perogol itu hendaklah dihukum bunuh. Sebab daripada apa yang kita belajar sebelum ini, kalau kita berpendapat bahwa perogol itu dihukum sebagaimana zina; maka perogol itu hendaklah dirotan 100x, kemudian dia direjam dengan batu sampai mati.

ii) kalau ada bukti tapi tak cukup kuat untuk sabitkan si perogol. Misalnya, ada kesan air mani, ataupun berlaku koyakan selaput dara, ataupun ada kesan kuku atau bulu si perogol itu pada tubuh mangsa; maka ini semua kita sebut sebagai bukti primafacie. Bukti primafacie, kita tak boleh sabitkan penjinayah, walaupun ia adalah bukti yang jelas. Bila tidak dapat sabitkan si perogol, maka tidak boleh dihukum hudud. Tapi walaupun tidak boleh dibunuh si perogol itu dengan bukti primafacie, dia tetap boleh dikenakan hukuman ta`zir.

Kalau tuan-tuan pi mahkamah hari ini, dalam kes-kes rogol tertentu, Yang Arif Timbalan Pendakwaraya merekomenkan supaya perogol dikenakan 2 pertuduhan. Pertuduhan yang pertama ialah rogol. Dan pertuduhan yang kedua ialah mencabul kehormatan. Ini adalah kerana kalau si perogol itu terlepas daripada dakwaan merogol kerana tak cukup bukti, dia tetap akan menghadapi dakwaan mencabul kehormatan pula.

Jadi apa yang yang ust Jailani nak bagitau ialah kaedah undang-undang sekular pun sama saja dengan syariah. Iaitu kalau bukti tidak cukup, charges akan reduce daripada rogol kepada yang lebih ringan iaitu mencabul kehormatan. Tapi awat orang tak pertikai pun?...Depa tak nampak ka dalam undang-undang syariah pun lagu tu juga?...Kalau tahap bukti tu tak cukup kuat, ia akan diturunkan daripada hudud kepada ta`zir. Seperti penjarakan dia 10 tahun atau 20 tahun, atau sebat dia jangan sampai 40x; inilah ta`zir.

Tapi kalau langsung tidak ada bukti; seperti selaput dara masih ada, kesan air mani takdak, kesan pergelutan pun takdak, elok saja, takdak apa pun; maka ini bermakna perempuan itu telah membuat tuduhan tanpa asas. Dengan ini, dia terdedah kepada hukuman mengikut undang-undang Islam.

Jadi kalau kita dengaq sapa ka kata, "Kesian la pompuan tu. Dah la kena rogol. Bila bukti takdak, dia pulak yang kena hukum."...Kita mau bagitau kat kawan yang kata tu, "Nie Sheikh! cakap pakai akai la!..kalau pompuan tu kena rogol, paling takdak pun, salah satu bukti yang kita sebut tadi mesti ada punya. Hang tau ka? Ucapan yang hang sebut tu cukup bahaya, sebab ia boleh mengelirukan pandangan layman, iaitu orang awam yang tak tahu berkenaan undang-undang."

Jadi, oleh sebab itu tuan-tuan; kalau kita belajaq benda-benda macam ni, InsyaAllah, kita akan mendapat clear picture tentang keadaan yang sebenar. InsyaAllah, dengan ilmu yang kita dapat tu juga, kita boleh membezakan diantara golongan yang mana hanya bertopengkan agama (berpura-pura baik) dengan golongan yang benar-benar memperjuangkan agama Allah.

Bila sebut saja "memperjuangkan agama Allah", maka istilah jihad pasti akan muncul dalam benak kita sebab tugas ini adalah sambungan daripada tugas para rasul a.s.. Jadi siapa yang berjihad di jalan Allah, maka dia secara langsung memikul amanah para rasul as. Ini kemuliaan, tuan-tuan. InsyaAllah, kalau kita mati dalam jihad memperjuangkan agama Allah, pasti Allah akan tunjuk tanda-tanda kemuliaan itu. Bukankah dalam Quran, Allah telah bentangkan keadaan macamana orang-orang yang kuffur kepadaNya mati?...Dan begitulah juganya dengan orang-orang yang syahid mati?...Untuk apa Allah bentangkan kematian mereka yang kuffur seperti Firaun, isteri Nabi Nuh, anak Nabi Nuh, isteri Nabi Luth dll ini kepada kita?...Tak lain tak bukan, untuk kita berfikir. Begitulah juga halnya dengan orang-orang yang mati syahid seperti ahli-ahli sihir Firaun yang dikisahkan Allah dalam Suratul A`raaf, walaupun pada peringkat awalnya, depa bukan main lagi bodek Firaun. Dalam ayat 113, Allah menceritakan bagaimana ahli sihir mendatangi Firaun sebelum diadakan perlawanan menentang Nabi Musa as. Lalu ahli sihir tanya Firaun, "Wahai Tuanku Firaun! Adakah kami akan mendapat habuan kalau kami dapat kalahkan Musa?"...Maksudnya, boleh projek dak kalau boleh kalahkan Islam?...Kalau takdak projek pun; hang offer kat kami RM7000 sebulan, kereta Merc sebijik ngan drivernya sekali, lepas tu minyak mau free pun kira okay jugak tu.

Lalu Firaun jawab, "Ya, kalau kamu dapat kalahkan Musa (mengalahkan Islam) dengan sihir kamu sehingga aku dapat mengekalkan kuasa lagi sebab Musa datang nak kacau pemerintahan aku, bukan sekadar upah yang aku akan bagi, malah kamu termasuk dikalangan orang yang hampir dengan aku (kroni)."...Inilah dia ayat kroni, tuan-tuan. Sebab tu, kita tengok sampai teriak rempoh sakan hari tu. Jangan buat main-main tu. Cuma yang kita herannya; awat pi teriak awai sangat?...Okt 2003, lambat lagi. Naik risau jugak kita pun bila tengok puak-puak ni pi teriak awai.

Ahli sihir Firaun pun pada peringkat awalnya, begitulah jugak. Tetapi setelah melihat kebenaran, mereka pun jatuh tersungkur lalu beriman kepada Tuhan Nabi Musa/Harun as. Disebabkan itu, mereka disiksa sebelum dibunuh oleh Firaun. Allah ceritakan kematian mereka sebab walaupun mereka baru saja beriman, tetapi kematian mereka cukup mulia kerana berjuang di atas kebenaran.

Kemudian dalam Surah Yunus, Allah ceritakan pulak tentang kematian Firaun yang dikatakan hebat sangat tu. Awat tak hebat, tuan-tuan?...Istana dia ada, segala polis, askar, kementerian, kesemuanya di bawah kekuasaan dia. Tapi bila dia mati, Allah swt cerita dalam ayat 90 macamana keadaan dia. Sewaktu tenggelam timbul dalam laut, barulah dia kata, "Aku beriman kepada Tuhan sepertimana berimannya Bani Israil..."...Ayat inilah yang Astora Jabat kata Firaun pun beriman. Padahal para mufassirin telah membahaskan bahwa iman Firaun ketika itu sudah pun ditolak Allah swt. Ini dia keputusan jumhur ulama`. Takke bangang pi kata Firaun pun beriman?

Tapi inilah dia Firaun. Orang yang punya kuasa. Yang dicium tangannya selama 500 tahun. Hangpa nak apa?...Habaq saja, dia bagi semua. Tambah yang bergelar ahli sihir, kaya raya semuanya. Merc mata belalang sorang sebijik dia bagi. Tuuu dia Firaun, tuan-tuan. Tapi bila dia mati, Allah kata, "Jangankan kata orang nak menangis, langit dan bumi Aku pun tak kebuloq nak menangis!"...Allah swt perli tu, tuan-tuan. Sebab selama 500 tahun dia hidup, takdak kerja lain, nak lawan Islam aje kejenya.

Cuba tuan-tuan tengok semasa kematian Allahyarham Dato` Hj Fadzil Mohd Nor. Kawan-kawan kita yang jaga toll bagitau bahwa 300,000 kenderaan memasuki toll pada hari tersebut. Ada sapa bagi duit suruh depa mai ka hari tu?...Peristiwa tersebut bukan saja menjadi sejarah bagi M`sia, malah bagi dunia, tuan-tuan oiii!...Diberitahu sewaktu di HUKM, sembahyang jenazahnya saja dibuat 7x. Sekali buat, 1000 orang. Pernah Nabi saw bersabda (mafhumnya) bahwa, "Sekiranya cukup 40 orang yang beriman dan yang bertaqwa menyembahyangkan jenazah kamu, maka kamu akan selamat di alam barzakh."...Jenazah ust Fadzil, bukan 40 orang sembahyang tuan-tuan, suratkhabar cina melaporkan hampir sejuta orang. Bila kita tengok polis yang jaga vip (yang ada paku-paku bunga padi tu) turun, kita pun tanya, "Cikgu, berapa ni?"...Dia pun tengok-tengok, dia kata, "500,000!"...Yang tu memang kerja dia la, pasai besa dok hantaq FRU. Nampak tak tuan-tuan, figure dia tak lari.

Saya sendiri Allah pegang hati saya suruh pi. Lepas call kawan saya 2 orang, kami pun bertolak dari Penang pukoi 2 pm, masuk saja pekan Langgar, dia mula jamned. Kesot punya kesot, 3 jam baru sampai pekan Pokok Sena. Padahal kata orang Kedah, sepatutnya pada hari-hari biasa, dari pekan Langgar ke Pokok Sena, 15 minint saja. Tapi hari tu, 3 jam!...Bila sampai di Muassasah Darul Ulum dalam pukoi 6 pm, ada sahabat bagitau bahwa kesesakan sudah pun menular hingga ke Lebuhraya Sg Perak (Taiping-Kuala Kangsar nuuu!). Sampai ada sahabat dari Perak send sms, kata depa bayaq toll kat Juru, kemudian terpaksa u-turn balik Taiping. Tak boleh pi dah.

Inilah dia `izzah dan kemuliaan yang Allah tunjuk. Sekiranya kamu berjuang atas dasar Allah, inilah dia yang Allah tunjuk di hari kematian kamu. Apalah sangat yang ada pada Allahyarham?...Mata pun ceme sebelah pasai kencing manis. Buah pinggang pun bungkuih. Darah tinggi jangan cakap la tuan-tuan, pasai makan takdak pantang punya. Sehingga doktor beritahu bahwa kalau betoi-betoi ikut record perubatan dia, sepatutnya dia dah meninggal 10 tahun yang lalu. Tapi Allah panjangkan sikit usianya kerana jihad yang dipimpinnya. 13 tahun dia menjadi Presiden, 13 tahun itulah dia sentiasa berada bersama-sama dengan pejuang-pejuang agama Allah. Sehingga kata Dr Amar (anak Allahyarham), "Kami keluarganya hanya dapat bersama dengannya selama 13 hari saja. Sedangkan pengikut/ahli Pas bersama dengannya selama 13 tahun. Tapi kami tetap redha..."...Kesedihan sehingga ke hari ini masih lagi menyelubungi pengikut-pengikutnya, walaupun terubat sikit bila menang di Anak Bukit kelmarin.

Sayangnya orangramai kepadanya, sehingga jenazah yang diusung daripada rumahnya untuk masuk ke musolla, kelihatan sebijik macam syuhada Palestin meninggal. Masa passing memassing tu, saya tengok keranda dia pelan lama pelan senget. Kalaulah unit amal tak kawal time tu, boleh relai, tuan-tuan. Saya tengok seolah-olah nak jadi macam di Mekah pulak dah. Lepas saja sembahyang jenazah, bila usung tu, orang pakat cuit sorang sikit. Punyalah sayangnya orang kat dia. Apa ada kat dia, tuan-tuan?...Dia takdak kementerian. Dia takdak askar. Dia takdak polis. Malah dia pernah di"tendang" daripada UTM selama 4 tahun kerana bertanding di Alor Merah. Selama menganggur 4 tahun itu, dia pernah jual kain pelikat/beras pulut untuk menanggung anak bini dia. Bila bawa kes pemecatannya itu ke mahkamah, hakim pada waktu itu, Tan Sri Raja Azlan Shah (paduka Sultan Perak sekarang) menyatakan bahwa pemecatan itu tidak sah. Maka UTM kena ambik dia balik dan bayar pampasan. Dengan duit pampasan itulah beliau beli rumah dia sekarang ni di Jalan Borhan, Alor Malai, Alor Setar.

Jadi sebelum ini, 4 tahun dia sewa di Padang Balang. 4 tahun dia jual beras pulut. 4 tahun dia jual kain pelikat. Punyalah dia berjihad. Akhirnya, Allah bayar pada hari kematiannya. Walaupun dia dimaki dan dihentam siang malam, akhirnya Allah tunjuk pada pejuang sekular, "Kamu tengoklah! Inilah dia kematian seorang yang berjuang di atas dasar Islam!"...Kalau puak-puak sekular tak yakin lagi dengan perjuangan Islam, saya pun tak tahulah nak kata apa dah. Depan mata depa Allah tunjuk. Sampai sorang pakcik kata kat saya, "Bila pakcik tengok orang ramai jalan kaki menuju ke Darul Ulum ni, pakcik teringat masa kat Mina dulu."...Tuuu dia tuan-tuan, nak kata ramainya orang time tu. Sampai TG Nik Aziz memaklumkan pada ust Halim Nasir bahwa ada sorang cina DAP pun nak masuk sama dalam musolla untuk sama-sama nak sembahyangkan jenazah Allahyarham. Sehingga pimpinan kita tolak dia keluaq, "Aeiya! Lu mana boleh masuk. Lu cina..."...Punyalah kasihnya orang kat ust Fadzil. Inilah dia contoh mati di atas jihad mempertahankan Islam bukannya mati sia-sia. Dia bukannya seperti Firaun yang punyai kerajaan besar. Dia hanyalah sebagai seorang yang menegur pihak kerajaan untuk "check n balance" dalam pentadbiran . Itu saja. Tapi Allah tunjuk, bukan 40 orang, malah ratusan ribu yang menyembahyangkan jenazahnya. Itulah dia ust Fadzil Mohd Nor. Maknanya, dia dah cuci tangan dalam memperjuangkan Islam. Kita ni pulak lagumana? ]

Wallahu ta`ala `alam.