Make your own free website on Tripod.com
Bah 1 - Bab 1 - Pengenalan - Per 8 - 11








Isu-isu Pemikiran Semasa.

Ustaz Jailani pada kali ini membawa satu rencana yang dilapurkan di dalam majalah Newsweek keluaran 10 July 2000, dibawah tajuk "Trouble In Turkistan" (masalah kekacauan yang berlaku di sebuah tempat bernama Turkistan). Turkistan adalah satu nama yang diberikan kepada sebuah wilayah yang bernama XinJiang, yang sekarang ni di bawah negara China. Turkistan letaknya kira-kira 200km dari sempadan negara Afghanistan. Wanita-wanita mereka daripada bangsa UeiHur yang beragama Islam ini memakai tudung kepala sebagaimana orang-orang Islam yang lain. Tudung kepala mereka dijahit sendiri dengan jahitan tangan. Dan di sana terdapat beberapa kesan yang menunjukkan pernah berlaku pertempuran diantara penduduk Turkistan ataupun XinJiang ini dengan pihak berkuasa. 40% daripada 16 juta penduduk XinJiang adalah berbangsa UeiHur yang beragama Islam dan bercakap dalam bahasa Turki. Pada tahun 1944, gerila-gerila muslim daripada bangsa UeiHur ini telah mengisytiharkan kemerdekaan dan memberi nama negara mereka "Republik Turkistan Timur" di barat daya wilayah XinJiang.

[ Maknanya, 13 tahun sebelum M`sia menyambut kemerdekaan, mereka yakni bangsa UeiHur sudah pun mengisytiharkan kemerdekaan di wilayah XinJiang daripada kuasa pemerintahan komunis China. ]

Sehingga kini sebahagian daripada pemuda-pemuda UeiHur ini masih meneruskan perjuangan untuk memisahkan wilayah mereka daripada pemerintahan Beijing. Tetapi sebagaimana yang kita tahu bahwa sampai ke hari ini, mereka masih berada di bawah cengkaman pemerintahan kerajaan komunis Beijing. Ribuan daripada penduduk-penduduk bangsa Uei Hur ini telah pun ditahan dan lebih kurang 200 orang telah pun dihukum mati oleh pemerintah China pada hari ini.

Kenapa XinJiang menjadi satu wilayah yang cukup penting kepada kerajaan China?...Sebab XinJiang adalah satu wilayah yang kaya dengan hasil petrolium dan perusahaan kapas. Yang mana hasil daripada bumi XinJiang ini telah memberi 60% kekayaan kepada kerajaan China. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana bumi yang dipijak oleh manusia yang beragama Islam dan beriman kepada Allah swt dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah swt. Cumanya, terpulang kepada kebijaksanaan kita bagaimana untuk memanafaatkan kekayaan yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita. Samada mampu kita memanafaatkan kekayaan yang melimpah ruah itu ataupun kekayaan itu akan diambil oleh kaum yang kufur kepada Allah swt, itu adalah soal kedua. Tetapi soal yang pertama ialah kekayaan itu diberikan di bawah tapak kaki manusia yang beriman kepada Allah swt. Kemudian penulis rencana ini memberitahu bahwa salah satu daripada projek pembangunan barat yang dibuat oleh kerajaan China hari ini ialah projek menghubungkan paip yang bernilai kira-kira USD14 billion juta, yang menghubungkan daripada wilayah XinJiang ke pelabuhan Shanghai.

[ Kerajaan Beijing nak ambik kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah swt ini daripada perut bumi XinJiang dengan mengeluarkan melalui perhubungan paip yang panjangnya 14,200 km jauhnya. Maknanya, lebih daripada 4 kali ganda jauhnya antara Perlis ke Johor. Tetapi itulah yang ditunjukkan kepada kita apabila manusia yang beriman berada di bawah cengkaman kuasa kuffar, maka dengan ini pihak kuffarlah yang dapat menikmati kekayaan yang diberikan oleh Allah swt dibawah tapak kaki manusia yang beriman kepada Allah, dengan satu projek yang berjumlah USD14 billion juta. ]

Kemudian penulis itu memberitahu lagi bahwa bila ada setiap kali buat projek baru di wilayah XinJiang yang mana 40% peduduknya adalah beragama Islam, maka kerajaan komunis China akan membawa masuk bangsa China dari suku kaum Han ke XinJiang untuk mengimbangi populasi umat Islam di XinJiang yang menuntut kemerdekaan daripada mereka (kerajaan China). Dimana 50 tahun yang lalu, hanya 15% daripada populasi XinJiang adalah daripada bangsa China dari suku kaum Han. Tetapi sekarang, ia telah meningkat kepada 40% dan terus mengimbangi dengan kaum UeiHur.

[ Ini menunjukkan kepada kita bagaimana usaha kerajaan kuffar China untuk mengimbangi kekuatan yang ada kepada umat Islam di XinJiang. ]

Bila suasana menjadi sedemikian, pengarang memberitahu bahwa bagaimana dilambak dan dibiarkan pelacuran wujud di wilayah XinJiang.

[ Dimana bila diwujud industri pelacuran di bandar-bandar dalam wilayah XinJiang, maka akan timbullah pelbagai perkara yang mengancam kedudukan umat Islam di wilayah XinJiang. Inilah strategi puak kuffar. Yang pertama, mereka mengimbangi populasi yang ada kepada umat Islam, yang mana pada asalnya hampir separuh daripada populasi XinJiang adalah umat Islam. Kemudian yang keduanya, mereka mewujudkan industri pelacuran di XinJiang, semata-mata bertujuan untuk meruntuhkan moral umat Islam, maka ini akan membuatkan umat Islam tidak akan ada lagi daya juang yang tinggi. Yakni semangat jihad untuk menegakkan agama Allah sudah tidak ada sebab sudah bergelumang dengan dosa.

Jadi saudara saudari muslimin muslimat sekelian; kita dapati bagaimana projek yang dibuat oleh kerajaan komunis China, sebenarnya juga sedang berlaku dalam negara kita samada kita setuju ataupun tidak. Kalau kita baca akhbar dalam negara kita, kita boleh tengok macamana berita-berita yang menunjukkan kepada kita bahwa kalau sebuah bangunan kat tingkat atas tu ada pejabat imigresen, maka di tingkat bawah tu pula ada sindiket pemalsuan passport. Kalau di tingkat atas tu ada Jabatan kerajaan tertentu, maka di bawah pula ada sindiket pemalsuan kad pengenalan/sijil kelahiran dan sebagainya. Sapa yang dok buat kerja macam ni, tuan-tuan?...Tidak lain dan tidak bukan, merekalah orang yang satu bangsa dan satu agama dengan kita, tapi yang korup dan menyeleweng. Mereka ini menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk mendapat keuntungan yang diharamkan oleh Allah swt, sehinggakan mereka tidak peka lagi terhadap survival ummah. Kepada soal penerusan masa depan umat Islam, langsung tidak difikirkan. Orang-orang sebeginilah yang membiarkan usaha membawa masuk golongan tertentu dalam negara kita sekarang untuk mengimbangi jumlah populasi yang dimiliki oleh umat Islam dalam negara kita. Cuba kita lihat sekeliling kita, sepatutnya kita orang Islam yang kebanyakannya melahirkan anak dengan begitu ramai ini dapat mengatasi populasi jumlah penduduk, tetapi apa yang kita lihat la ni ialah kita dengan "depa ni" lebih kurang sama ramai ataupun "depa ni" jauh lebih ramai daripada kita, walaupun apa yang kita tahu majoriti daripada "depa ni" taklah lahir anak ramai sangat. Kadang-kadang bila kita cuba communicate dengan setengah dari "depa ni", kita dapati ada yang langsung tak tau bercakap bahasa Melayu. Ini menunjukkan kepada kita ada unsur-unsur tertentu yang kalau dibiarkan berterusan, maka akan parahlah generasi umat Islam akan datang. Jadi apa yang kita nak bagitau ialah sekiranya gejala pegawai-pegawai kerajaan yang korup yang hanya mementingkan kekayaan tanpa mementingkan survival ummah tidak ditangani, maka tunggulah suatu masa apabila sampai suatu ketika populasi diantara umat Islam dengan golongan yang kuffar kepada Allah swt tidak seimbang, maka kita akan dapati bagaimana umat Islam akan tewas di dalam pertandingan untuk mendapat kuasa ekonomi dan politik di dalam negara. Inilah yang berlaku di wilayah XinJiang, yang mana kerajaan komunis China berusaha untuk menumbangkan daya jihad yang ada pada bangsa UeiHur untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan komunis China.

Sebab itu tuan-tuan sekelian, kita perlu berhati-hati dengan apa yang ada di mukabumi pada hari ini. Sebab setiap kali golongan yang memperjuangkan agama Allah muncul, mereka ini akan digelar sebagai golongan pemisah. Yang mana akan dituduh bawa keganasan, menyeludup senjata, yang membuat pengeboman, yang membunuh orang-orang yang tidak berdosa dan bermacam-macam lagi. Ini adalah satu label yang diberikan kepada golongan-golongan yang cuba memperjuangkan agama Allah swt, supaya masyarakat takut untuk mendekati golongan yang jujur dalam kehidupan beragama. Inilah satu usaha yang cuba dilakukan oleh puak kuffar.

Sebab itu muslimin/muslimat sekelian; kita perlu berhati-hati supaya dapat membezakan diantara golongan yang benar-benar berjuang untuk agama Allah swt, dengan golongan yang menggunakan agama untuk tujuan tertentu.

[ Inilah dia perbezaan diantara Pas/Umno, bagi kawan-kawan yang masih tak nampak lagi perbezaan diantara 2 parti ini. Kalau ada yang kata Pas/umno sama saja, maknanya dia silap banyak. Kerana umno menggunakan agama untuk kepentingan politik dan temoloknya. Manakala Pas, dia memperalatkan partinya untuk kepentingan agama Allah swt. Itu bezanya; ada nampak ka? ]


...Sambungan kitab Qanun Jinayah Syar`iyah.

Perkara 8 : Hukuman Diyat (pampasan/ganti rugi)

1) Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah keatas mangsanya.

[ Harta yang dimaksudkan itu, tak kiralah samada binatang ternakan ka, pakaian ka, wang ringgit ka dan sebagainya; janji mau dalam bentuk harta. Hukuman diyat juga boleh dikatakan sebagai hukuman alternatif kepada kesalahan yang dibuat secara sengaja. Contohnya, bunuh dengan sengaja. Hukuman asal kepada bunuh dengan sengaja adalah qisas, yakni bunuh balik. Jadi hukuman alternatifnya ialah diyat yakni bayar ganti rugi. ]

2) Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas. Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan rasulNya di dalam al-Quran dan hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

Perkara 9 : Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah :

a) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.

[ Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan. Contohnya, kita ambik rotan atau kayu yang kecil, lalu kita pukul seseorang dengan niat hanya sekadar nak pukul kerana marah. Alat yang digunakan untuk memukul itu pada adatnya atau kebiasaannya, ia tidak boleh membunuh, tetapi bila dipukul kepada mangsa, tiba-tiba secara kebetulan membuatkan mangsa tu mati. Walaupun pada kebiasaannya alat yang digunakan tadi tidak boleh membunuh, tetapi oleh sebab perbuatan tadi sengaja walaupun tanpa niat untuk membunuh, maka pembunuhan itu disebut sebagai pembunuhan yang serupa dengan sengaja ataupun separuh sengaja. ]

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang memang tidak sengaja.

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh. Firman Allah Ta`ala dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas). Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan...."

[ Maknanya, si pembunuh kena bayar dengan segera wang diyat, kecuali jika ada syarat kelonggaran daripada keluarga mangsa. ]

"...Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh Allah swt..."

[ Masa dulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, takdak lagi benda lagu ni. Yakni bila seseorang dibunuh, maka wajib bunuh balas balik. Tetapi dalam syariat Nabi Muhammad saw, Allah swt bagi keringanan dengan cara diyat sebagai alternatif kepada hukuman bunuh balas. ]

"...Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada Allah swt kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu, maka baginya azab yang pedih."

[ Mengenai ayat ini, dia ada 2 perbezaan. Perbezaan itu ialah mengenai definasi pengarang tentang ayat ini dengan beberapa tafsir di dalam al-Quran. Pengarang kitab ini menterjemahkan maksud ayat ini ialah kepada sesiapa yang nak membalas dendam. Tetapi dalam beberapa kitab tafsir yang lain, terutamanya dari kitab tafsir Arab umpamanya; dinyatakan maksud ayat ini ialah apabila penjinayah tadi melampaui batas, yakni penjinayah itu mengulangi jinayah yang dia buat. Maknanya penjinayah ini telah pun didapati bersalah diatas satu pembunuhan. Kemudian dia telah diampunkan oleh keluarga mangsa. Tapi bila dia dibebaskan, tiba-tiba dia mengulangi dengan melakukan pembunuhan kali yang kedua. Maka dinyatakan bahwa orang macam inilah yang melampaui batas, yakni dengan mengulangi perbuatan bunuh itu walaupun pada kali pertama dia telah dimaafkan. Maka kata Allah, baginya azab yang pedih.

Jadi saudara saudari muslimin muslimat sekelian; sepatutnya bila kita dengar ayat macam ni, hendaklah kita rasa takut. Tetapi ramai dikalangan manusia pada hari ini, mereka memandang rendah kepada ayat-ayat al-QuranulKarim menyebabkan amaran-amaran daripada Allah ini tidak langsung menakutkan diri mereka. Sebagaimana peristiwa gerhana bulan yang berlaku baru-baru ini. Kebetulan pernah berlaku satu peristiwa gerhana pada saat kematian Ibrahim, anak kepada Rasulullah saw. Maka Nabi saw pun habaq awai-awai kat para sahabat bahwa kejadian gerhana itu tidak ada kaitan dengan kematian ataupun kelahiran seseorang. Gerhana ini adalah satu petanda daripada Allah swt untuk menakutkan manusia. Maknanya Allah nak tunjukkan kehebatan kuasa yang dimilikiNya sehinggakan Dia boleh letak kedudukan matahari, bumi dan bulan selari antara satu sama lain. Inilah satu amaran daripada Allah swt untuk menakutkan manusia supaya manusia sedar tentang kekuasaan yang dimiliki oleh Allah swt. Tetapi yang sedihnya ialah apa yang saya lihat ramai yang tak sedar dan tak ambik pusing langsung tentang peristiwa gerhana bulan pada malam itu. Yang kita ni punyalah bersyukur kerana Tuhan boleh bagi sembahyang sunat gerhana bulan, yang menurut ahli kaji bintang, gerhana seperti ini akan berlaku sekali lagi dalam jangkamasa seribu tahun lagi. Boleh ka kita hidup sampai ke seribu tahun lagi?...Ish! punya la tak cerdik puak-puak ni. Depa boleh relax aja kat kedai kopi, tak ambil peduli langsung tentang kesempatan yang Allah bagi untuk sembahyang sunat gerhana. Walhal, kedai kopi tu 2-3 langkah saja daripada masjid. Inilah sebenarnya contoh puak-puak yang tak tahu nak menghargai dan mensyukuri terhadap apa yang telah Allah swt bagi kat depa. Sepatutnya hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada Allah (lebih-lebih lagi bangsa Melayu kita) sebab kita dilahirkan sebagai seorang Islam baka, yakni dalam keluarga yang telah pun Islam. Cuba kita tanya diri kita sendiri; apa akan jadi kalau aku dulu dilahirkan dalam keluarga Kristian atau Buddha atau mana-mana keluarga yang bukan Islam?...Apakah kita akan kaji ugama seperti saudara Ann Wan Seng ataupun saudara Abu Tiger buat, sebelum mereka dapat hidayah untuk memeluk Islam?...Adakah kita nak cari hidayah sebagaimana Nabi Ibrahim as mencari identiti sebenar Tuhannya dengan memperhati cakerawala?...Boleh ka kita buat dan kaji sepertimana hamba-hamba Allah yang saya sebut tadi?...Sebab inilah, sepatutnya kita mesti mengucap syukur kepada Allah swt dengan tanpa sebarang penat lelah kerana hidayah telah diberikan oleh Allah swt kepada kita dalam keadaan kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. ]

Perkara 10 : Hukuman Ta`zir.

1) Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjinayah-pemjinayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir dalam Qanun Jinayah Syar`iyah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran dan hadith.

[ Pengarang kitab ini kata bahwa hukuman ta`zir ini adalah satu bentuk hukuman yang tidak ditentukan bentuk serta kadar dia macamana oleh Allah/rasulNya. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri. Tetapi para ulama berpendapat bahwa ta`zir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud. Contohnya; kalau kita nak sebat orang misalnya. Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas kesalahan ta`zir, maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud. Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan, yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras yang memabukkan. Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman ta`zir, maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan. Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. ]

2) Hukuman ta`zir adalah hukuman dera keatas penjinayah-penjinayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

[ Contoh 1 : Misalnya pesalah ini ditangkap hanya kerana mencuri gula-gula sebijik. Maka tak cukup syaratlah kalau nak jatuhkan hukuman hudud keatasnya, yakni potong tangan. Bila syarat tak cukup, maka hendaklah ia digantikan dengan hukuman ta`zir. Inilah definasi hukuman ta`zir, yang mana bentuk dan kadarnya terserahlah kepada kebijaksanaan pemerintah, tapi ia tak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contoh 2 : Misalnya pencegah maksiat serbu satu bilik untuk tangkap pesalah-pesalah zina.Tiba-tiba bila pintu dibuka, mereka dapati seorang lelaki sedang ber"dayung" diatas seorang perempuan. Jadi secara logik akalnya, perbuatan men"dayung" itu maknanya sedang bersetubuhlah.Tapi masalahnya, pencegah-pencegah maksiat tadi tak sempat nak tengok zakar tu masuk ka tak masuk dalam faraj, kerana bila diserbu lagu tu, couple tadi mesti melompat punya. Takkan pegawai-pegawai pencegah maksiat tu nak kata, "Op! op! nanti sat; kami nak tengok, masuk ka tak masuk?"...Takkan nak kata lagu tu kot. Tapi yang sempat mereka tengok hanyalah si lelaki berada di atas si perempuan, itu saja. Apakah kita boleh jatuhkan tuduhan zina ke atas couple tersebut?...Tak boleh, tuan-tuan. Sebabnya walaupun kalau ada 10 orang saksi sekali pun ketika itu, tapi kesemua mereka hanya nampak seorang lelaki berbogel dok ada atas seorang perempuan yang berbogel. Itu saja. Jadi apabila tidak boleh dikenakan hukuman hudud keatas pasangan itu, maka alternatifnya ialah dikenakan hukuman ta`zir. Iaitu tidak boleh dikenakan tuduhan zina, tapi kita kenakan tuduhan khalwat atau berkelakuan sumbang. Kita nak penjarakan mereka 10 tahun ka, nak penjarakan 1 tahun ka, nak denda ka, nak sebat 10 kali ka; terpulanglah kepada kebijaksanaan pemerintah. ]

3) Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjinayah-penjinayah itu,kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi, yakni bukan untuk menyiksa mereka.

Perkara 11 : Penghakiman keatas penjinayah.

Seseorang hakim yang menghakimi kes-kes yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyah apabila sabit kesalahan penjinayah itu di dalam mahkamah hendaklah dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukum syara` yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan rasulNya yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith - jangan diputuskan dan dihukum mereka itu tanpa merujuk hukuman Allah terlebih dahulu.

[ Jadi, dalam masalah penghakiman, yakni semasa nak buat judgement, atau nak buat sesuatu decision, atau nak buat satu keputusan; priority mestilah diberikan kepada Kitabullah/hadith Rasulullah saw. Kita tak mau ada di kalangan kita yang gunakan logik akal dulu, kemudian baru nak tengok Quran/hadith Nabawi. Sebab itu, kita rasa sedih atas apa yang pihak pemerintah nyatakan tentang kes al-Maunah tempohari. Tak pasai-pasai, sekolah pondok dan sekolah Pasti disalahkan. Depa kata bahwa oleh sebab Amin Razali ni dulu dididik melalui sekolah agama rakyat, yakni bukan daripada sekolah kerajaan, maka institusi sebegini hendaklah diharamkan. Apa ni, depa akai tak dak ka?...Ooooo! kalu lagu tu, kalaulah seorang tu pi gasak duit orang melalui teknologi pengklonan kad ATM ka atau kad kredit ka, tiba-tiba dia ditangkap dan check-check dia adalah graduan USM.emmmmph mampuiiih! USM pulak nanti kena haram. Lagu tu ka matdet oooit!?...Hang sebagai seorang pemimpin negara, boleh ka cerita satu benda lagu ni?...Bagi la bukti dulu yang kata sekolah agama rakyat tu mengajar ajaran sesat. Bila ada bukti, barula hang boleh cakap!...Kalau setakat nak kata, tapi tanpa bukti yang perbuatan Md Amin Razali tu akibat pentarbiyyahan daripada sekolah agama rakyat, maka itu merupakan satu jinayah yang dahsyat kepada rakyat yang ikhlas mencari keredhaan daripada Allah swt.

Lalu ustaz Jailani buat satu perbandingan buruk baiknya antara sekolah agama rakyat dengan sekolah agama kerajaan. Contohnya; dalam masalah medium of instruction yakni bahasa pengantar yang digunakan. Kelebihan yang ada pada sekolah agama rakyat atau sekolah agama negeri ni ialah dia menggunakan "medium of instruction"nya, sepenuh dalam bahasa Arab. Maknanya, belajar sirah dalam bahasa Arab, belajar tafsir dalam bahasa Arab, belajar fekah pun dalam bahasa Arab dan kesemuanya dalam bahasa Arab. Tapi bagi sekolah agama milik kerajaan persekutuan, dia hanya menggunakan bahasa Arab dalam matapelajaran Bahasa Arab sahaja. Yang lainnya seperti sirah, tafsir, usul fiqh, kesemuanya belajar dalam bahasa Melayu. Sebab itulah, dalam masyarakat kita hari ini, kecenderungan mereka adalah kepada sekolah agama milik kerajaan negeri atau sekolah agama persendirian yang menggunakan bahasa Arab 100%. Inilah kelebihan sekolah agama milik persendirian ataupun milik kerajaan negeri. Sebab itu, kita sarankan kepada pemimpin berkenaan, kalau dia nak buat sesuatu kenyataan biarlah bagi contoh yang menunjukkan bahwa rakyat boleh percaya kepada kenyataannya itu. Jangan la dok bagi satu statement yang boleh menyebabkan masyarakat mentertawakan kamu. Pasai kita tak mau benda-benda macam ni berlaku dalam kepimpinan negara kita. ]

Perkara ini telah diingatkan oleh Allah Ta`ala dalam firman-firman berikut (yakni yang menjadi dalil bahwa bila kita nak buat satu hukuman, maka hendaklah rujuk dulu kepada al-Quran/hadith) :

1) Dimana firman Allah dalam ayat 48 Suratul Ma`idah yang bermaksud,

"Dan telah Kami turun kepada kamu (wahai Muhammad) Kitab al-Quran dengan membawa kebenaran, dan yang membenarkan apa-apa yang ada sebelum daripadanya..."

[ Maknanya, al-Quran membenarkan segala kitab/suhuf yang pernah diturunkan oleh Allah swt. Iaitu yang membenarkan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as. Begitu juga yang membenarkan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as, dan juga kitab Zabur dan pelbagai suhuf-suhuf yang lain yang pernah diturunkan oleh Allah swt kepada para ambia` dan para mursalin as ]

"...al-Quran juga menjadi pengawas kepada nya..."

[ Maknanya, untuk mengesahkan kitab-kitab yang terdahulu itu betul ka tak betul, maka didatangkan al-Quran kepada kita. Misal kata, jika kita lihat atau mendapati kitab injil yang ada pada hari ini iaitu New Testament atau kitab Taurat (old testament) yang ada pada hari ini, kandungannya bertentangan dengan al-Quran; maka pertentangan itu akan diperjelaskan atau dinafikan di dalam al-Quranul Karim. Contohnya ialah konsep triniti dalam kristian yang mempercayai tuhan Allah, tuhan anak dan rohul kudus; maka konsep ini telah dinafikan secara mutlak di dalam al-Quran melalui Surah al-Ikhlas. Firman Allah yang bermaksud, "Katakanlah Allah Ta`ala itu Esa. ALllah sebagai tempat meminta pertolongan. Dia tidak beranak dan Dia tidak diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya."...Jadi inilah contoh ayat-ayat daripada al-Quran yang menjadi pengawas kepada ayat-ayat daripada kitab-kitab yang terdahulu, supaya kita boleh bezakan antara kandungan Quran hari ini dengan apa yang ada dalam injil/taurat yang ada depan kita pada hari ini. Inilah yang menjadi hujah bahwa injil/taurat pada hari ini telah pun diselewengkan oleh tangan-tangan manusia dari golongan pemuka-pemuka agama yahudi/kristian pada hari ini dan zaman lampau. ]

"...Maka jalankanlah hukum diantara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepada mu dari kebenaran."

[ Jadi inilah pesanan Allah swt kepada kita, supaya kita ikut ajaran Islam yang diturunkan oleh Nya. Para sahabatku sekelian, sebab itulah pentingnya untuk kita pilih seorang pemimpin yang ada punyai ciri-ciri beriman kepada Allah swt. Kerana kebanyakan manusia ni bergantung kepada agama pemerintah mereka. Dan sebab itu juga kita digalakkan untuk mengkagumi orang-orang yang mukmin. Yakni mengambil para ulama untuk menjadi idola kita. Bukannya menjadi seperti apa yang ada dalam masyarakat kita sekarang, iaitu menjadikan para artis sebagai idola mereka. Contohnya; wajarkah anak-anak muda kita menjadikan Ning Baizura yang bertindik pusat tu sebagai idola atau ikutan mereka?...Wajarkah anak-anak muda kita mengambil orang yang berani cerita tentang kehidupan seks di luar-nikahnya itu sebagai contoh kepada mereka?...Kenyataan yang keluar daripada seorang yang jelas kesesatannya serta perwatakan yang boleh menyesatkan anak-anak muda, sepatutnya ditapis dulu. Ini tidak. Malah tidak diharamkan dan boleh pula disiarkan melalui media-media massa secara meluas. Tapi cuba kalau ada orang yang ikhlas bawa mai cerita tentang Islam kepada masyarakat, la la tu jugak dia akan di cop sebagai pembawa ajaran sesat. Ditahan dia dalam "bilik gelap" umpamanya. Inilah yang dikatakan kezaliman sekularisma yang ada dalam masyarakat kita sekarang.

Sebab itu, kita tak hairan kalau ada benda-benda yang berunsur jihad dalam ugama, maka ia akan dipandang serong.Tapi kalau benda-benda yang menampakkan buah dada dan punggung perempuan, ia diraikan. Ini adalah disebabkan oleh pihak berkuasa yang seronok dengan perempuan yang bertelanjang, tetapi tak suka kepada para pendakwah yang membasmi kemungkaran. Inilah realiti yang ada dalam masyarakat kita hari ini, tuan-tuan.

Saudara saudari muslimin muslimat sekalian; sepatutnya kita jangan biarkan suasana sebegini terus bermaharajalela dalam masyarakat kita. Jadi kita kenalah faham jika dibiarkan terus benda-benda lagu ni, akhirnya agama akan terhakis daripada masyarakat kerana para pendakwah dipandang dengan penuh curiga; manakala para artis yang bawa kedurjanaan moral ke dalam masyarakat, tidak pula dianggap sesat. ]

2) Firman Allah Ta`ala dalam Suratul Ma`idah ayat 49 yang bermaksud,

"Dan hendaklah kamu menjalankan hukum diantara mereka itu, dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah Ta`ala. Dan jangan kamu ikuti hawa nafsu mereka itu, dan berjaga-jaga supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu."

[ Allah turunkan ayat ini kerana bersabitan dengan satu kisah berkenaan dengan 3 orang pemimpin yahudi yang pergi berjumpa dengan Nabi saw. Ini ialah kerana ketika itu tercetus pergaduhan diantara 2 kumpulan yahudi. Maka salah satu daripada kumpulan itu menghantar 3 pemimpin mereka untuk berjumpa dengan Nabi saw, dan meminta Nabi untuk menerima tawaran mereka supaya menjadi hakim dalam permasalahan diantara 2 puak yahudi itu. Mereka bertiga itu ialah Kaab bin Asad, Abdullah bin Shuriya dan Shas bin Qois. Lalu mereka bagi syarat kepada Nabi dengan mengatakan, "Wahai Rasulullah, kami akan menyeru semua puak-puak yahudi untuk beriman kepada kamu tapi dengan syarat. Kamu kena buat keputusan yang menyebelahi puak kami bilamana kamu kami angkat sebagai hakim bagi menyelesaikan masalah ini."...Inilah yang dinamakan konspirasi. Cuba kita tengok, kalaulah guna logik akal, sepatutnya Nabi terima tawaran itu sebab kabel yang cuba diconnect oleh puak yahudi tu nampak cukup cantik dah. Tetapi setelah diperingatkan oleh Allah swt dalam ayat tadi supaya berjaga-jaga dengan tipu daya puak yahudi ini, yang mana mereka akan cuba memesongkan Nabi daripada ajaran Allah swt, maka Nabi menolak tawaran tersebut untuk bersekongkol dengan puak yahudi itu walaupun mereka offer untuk beriman kepada Nabi. Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita bahwa keadilan hendaklah ditegakkan, walaupun sesama penjinayah, walaupun sesama orang kapir, walaupun dikalangan orang zolim. Keadilan wajib ditegakkan sebagaimana yang diajarkan oleh Allah swt kepada kita. ]

themosqueofrasulullah.jpg